20 April 2008


JAMUAN BERSAMA RAKYAT

YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah

Masa :
12.00 tgh - 3.00 Petang Tarikh : 20 April 2008 ( Ahad )
Tempat :
Dewan Merdeka Parit BuntarSemua Dijemput Hadir


PIDATO PERPADUAN NASIONAL
PENCERAMAH:
Dr. Mujahid bin Yusuf RawaAhli Parlimen Parit Buntar)
Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
Ng Khor Ming(Exco Kerajaan Negeri Perak)
Drs Khalil Idham Lim Abdullah(ADUN Titi Serong)
Masa : 9.30 malam
Tarikh : 20 April 2008 ( Ahad )
Tempat : Dewan Merdeka Parit Buntar
Semua Dijemput Hadir

Landasan Kereta Api Kelajuan Tinggi yang Paling Panjang Mula Dibina di China

Perdana Menteri, Wen Jiabao mengumumkan di Beijing hari ini, landasan kereta api kelajuan tinggi Beijing-Shanghai sudah mula dibina.

Landasan itu sepanjang lebih 1,300 kilometer. Kelajuannya direka bentuk untuk 350 kilometer sejam. Ketika beroperasi pada peringkat awal lajunya mencapai 300 kilometer sejam. Projek itu akan berlangsung kira-kira lima tahun.





Pegawai Kementerian Kereta Api menyatakan, landasan itu direka bentuk oleh China sendiri dengan pembinaan projek asas bergantung kepada teknologi China dan segala kelengkapan yang akan digunakan dalam projek itu dikeluarkan oleh perusahaan dalam negara.

KDNK China pada Suku Tahun Pertama 2008 Meningkat 10.6%

BEIJING, 19 April:-Berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara China semalam, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun pertama 2008 mencatat hampir 6150 bilion yuan RMB, iaitu meningkat 10.6% berbanding angka tempoh yang sama tahun lalu, kadar pertumbuhan itu menurun 1.1%. Jurucakap Jabatan Statistik Negara, Encik Li Xiaochao menyatakan bahawa, walaupun ekonomi negara mengekalkan pertumbuhan yang pesat pada tahun ini, tetapi barang pengguna masih menghadapi tekanan terus naik.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China semalam, Li Xiaochao telah membuat kenyataan terhadap ekonomi China pada suku tahun pertama 2008.
"Pada tahun ini, walaupun China menghadapi bencana ribut salji yang jarang berlaku dalam sejarah dan kesan negatif krisis gadai janji subprima yang tercetus di A.S., kerajaan China telah mengambil tindakan yang berkesan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil dan pesat."


Beliau berkata bahawa dengan kawalan makro di pihak kerajaan, trend pertumbuhan ekonomi China yang terlalu pesat telah dikawal pada suku tahun pertama 2008. Menurut statistik itu, pada tempoh tersebut, kadar pertumbuhan KDNK menurun sedikit berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Kadar pertumbuhan eksport telah menurun, dan lebihan dagangan China juga turut berkurang. Ini telah mencapai sasaran kawalan makro yang ditetapkan.


Berdasarkan statistik itu juga, sumbangan perbelanjaan kepada pertumbuhan ekonomi China terus meningkat. Jumlah keseluruhan jualan runcit mencecah 2600 bilion yuan RMB, iaitu meningkat 20% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2007. Li Xiaochao berkata bahawa disebabkan pendapatan rakyat China mengekalkan pertumbuhan yang pesat, kepesatan itu adalah paling tinggi pada beberapa tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa dalam usaha menggalakkan pertumbuhan pendapatan penduduk, kerajaan China amat mengutamakan golongan yang berpendapatan rendah. Misalnya, berdasarkan peningkatan berterusan pencen, kerajaan akan terus menambah pencen pegawai yang bersara bagi tiga tahun berturut-turut bermula tahun ini. Pada masa yang sama, pelbagai langkah jaminan sosial juga dilaksanakan. Ini telah menyumbang kepada peningkatan perbelajaan.


Beliau juga menyatakan bahawa ekonomi China masih menghadapi beberapa masalah yang besar, terutamanya, sejak bulan Ogos tahun lalu, harga barang pengguna di penduduk China terus naik. Pada masa ini, terdapat banyak punca kenaikan harga barang pengguna, seperti kenaikan harga minyak mentah dan kos tenaga kerja. China tetap menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai matlamat "mengawal Indeks Harga Pengguna (CPI) bawah 4.8% pada tahun 2008" yang dikeluarkan dalam laporan kerja kerajaan. Namun, jika ditinjau dari keadaan sekarang, kerajaan China mampu mengawal kenaikan harga itu.


Kewangan China yang kukuh dapat memainkan peranan besar dalam menambahkan bekalan di pasaran dan mengawal pasaran. China juga akan terus mempertingkat sokongan terhadap pengeluaran pertanian. Baru-baru ini, Kementerian Kewangan China menambah 25.2 bilion yuan RMB lagi subsidi kepada kaum tani. Bekalan bahan makanan China mencukupi. Selain itu, pembekalan keluaran perindustrian utama tetap melebihi permintaan."

Akhlak yang paling mulia.

“Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya” (HR Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Hibban).

Banyak orang bercita-cita untuk menjadikan keluarganya " sakinah mawaddah warahmah". Iaitu, keluarga yang aman tenteram, bahagia dan penuh kasih sayang. Sebabnya , kejayaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga berarti kita berhasil mendapatkan syurga dunia. Namun keluarga yang tenteram, bahagia, dan penuh kasih sayang bukanlah sesuatu yang terjadi dengan sendirinya. Harus dilalui dengan proses dan syarat-syarat khusus.

Salah satu syaratnya adalah berbuat baik kepada isteri. Hal inilah yang telah diamalkan Rasulullah semasa hidupnya. Bukan hanya itu, beliau juga berwasiat, “Wahai manusia, takutlah kepada Allah akan urusan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai istri dengan amanat Allah. Kami halalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Sesungguhnya kalian mempunyai hak atas isterimu, dan isterimu pun mempunyai hak atas kamu. Ketahuilah, aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik terhadap isteri kalian.” Bahkan dalam hadits di atas, Rasulullah SAW mengatakan berbuat baik kepada isteri termasuk akhlak orang yang paling baik.

Semua hadits tersebut menunjukkan bahwa kehadiran seorang isteri perlu dihargai dengan sebesar-besarnya. Perlu dihargai minat dan perasaannya. Perlu juga dihargai apa-apa yang telah dan akan dilakukannya. Sayangnya banyak manusia sering melupakan kebaikan yang diberikan isterinya sendiri setiap hari, sebaliknya dengan mudah selalu mengingat kebaikan yang diperoleh sekali dua dari orang lain.

Sultan Perak : Laksanakan urus tadbir secara adil

KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini meminta kerajaan campuran negeri ini yang baru supaya melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik.

''Kerajaan beta hendaklah melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik," titah baginda.

Baginda juga bertitah dan meminta kerajaan campuran negeri ini yang baru supaya memenuhi segala janji-janji mereka semasa kempen pilihan raya yang lalu.

Baginda mahu segala yang dikata dikotakan dan seluruh tenaga serta fikiran dijuruskan untuk memajukan negeri.

Menurut baginda, masa berkempen sudah berakhir dan kini adalah masa untuk bekerja.

''Berkempen dan bekerja sangat berbeza. Segala janji hendaklah dipenuhi dan segala kata perlu dikota," titah baginda sempena Istiadat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Ke-80 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad mendahului senarai 773 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-80 Baginda.

Abdul Hamid menerima darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak Ke-10 pada 17 Mac lepas pula menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Titah Sultan Azlan, antara yang perlu dilakukan ialah menambah baik prasarana, menarik pelaburan, merapatkan jurang pendapatan, menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Baginda juga menasihatkan kerajaan yang baru supaya melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik.

''Kerajaan beta hendaklah melaksanakan urus tadbir secara adil dan setiap rakyat wajib diberikan perhatian yang saksama tanpa mengira agama, kaum, jantina mahupun fahaman politik," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, dasar-dasar pembangunan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara hendak- lah diteruskan.

Titah baginda, di samping itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat perlu dijalin, khazanah negeri perlu diurus secara amanah, keamanan negeri hendaklah terjamin dan hubungan harmoni antara rakyat perlu dipupuk.

''Kepentingan negeri dan kepentingan rakyat hendaklah mengatasi kepentingan politik kepartian," tegas baginda.

Kenyataan yang bercanggah , Siapa yang tidur ?

Baru baberapa hari semua kakitangan awam yang gembira mendengar beberapa tawaran hasil dari permohonan CUEPACS dengan pihak kerajaan dimana presidennya berkata, Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.


Pelik dan ajaib tiba-tiba macam terjaga dari tidur ? dan entah siapa sebenarnya yang tidur ? Perdana menteri seperti yang laporkan bernama berkata Kerajaan masih menimbangkan secara positif sama ada akan meningkatkan umur persaraan kakitangan sektor awam daripada 56 tahun kepada antara 58 dan 60 tahun, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.


Perdana Menteri berkata beliau telah menerima secara positif cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), tetapi belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.
Katanya Cuepacs telah menyalahtafsirkan kenyataannya.


“Cuepacs telah membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Saya telah mengatakan bahawa saya ingin melihat ini sebagai satu cadangan yang positif.


“Saya bersikap positif mengenainya untuk meningkatkan umur persaraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemukiman bersama Anggota Parlimen Barisan Nasional di sini hari ini.