30 Julai 2010

Ayam sembelih halal atau tidak - wajib anda tahu

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.



Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)



Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.


Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)




Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.

(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.


Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.


Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.


PROSES SELEPAS SEMBELIH




TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN.

Sumber : http://www.tranungkite.net


Setelah gagal satukan PAS dengan UMNO, Harussani kena satukan Mufti dulu.

17 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, bagi saya merupakan penjelasan yang "terang lagi bersuluh" mengenai isu yang hangat diperkatakan sejak lebih seminggu lepas.

Nik Aziz juga dipetik sebagai berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan. Tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit dilihat adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

Kerana itu saya mencadangkan dan memberi tugas baru kepada Harussani untuk satukan dahulu mufti-mufti yang ada di setiap negeri di Malaysia. Nampaknya sejak dahulu 14 orang mufti yang ada di Malaysia tidak pernah bersatu. Terakhir perselisihan pendapat mengenai ESQ Leadership Training Center yang menjadi perbahasan dan pertikaian.

Mufti Wilayah telah mewartakan fatwa pada 17 Jun lalu yang menyatakan bahawa program latihan tersebut sebagai haram, sedangkan Harussani dan mufti yang lain mengatakan tidak bercanggah dengan Islam.

Harussani di usia senjanya sebagai Mufti negeri Perak yang saya anggap diberikan pelbagai ujian oleh Allah khususnya berdepan dengan kemelut rampasan kuasa oleh BN yang menafikan kuasa rakyat di Perak. Kerana itu Harussani boleh kekal sebagai seorang yang dihormati seperti satu masa dulu kalau dia tidak memihak.

Apalagi tindakannya berbohong dalam kes pertemuannya dengan Hassan Ali menambahkan rasa tidak hormat kepadanya. Tindakan nya memihak dan membenarkan dalam apa saja tindakan UMNO jelas menunjukkan tidak matang beliau untuk mengurus kerusi mufti yang disandangnnya.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini beliau mula merungut ada yang menamakannya dengan panggilan yang bukan-bukan yang tidak berminat saya ulangi disini. Tetapi isu sebenarnya kenapa sehingga sudah hilang hormat kepada namanya walaupun masih bergelar mufti ?.

Rasanya tidaklah sanggup penulis blog tersebut yang sanggup berkata dengan bahasa yang sesuai dengan tindakan Harussani sendiri. Bukan dengan tujuan menyokong bahasa yang dikeluarkan itu namun rasanya itulah nasib kepada perbuatan yang dilakukannya sendiri.

Bayangkan semasa beliau berceramah di hadapan pelajar Malaysia di Adelaide Australia, bila ditanya hukum lompat parti, jawab Harussani tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam . Harussani berkata hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun.

Katanya lagi sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan dia menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun disamping dia hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa.

Demikianlah jawapan mudah dari Harussani untuk mengharuskan dan menghalalkan tindakan BN merampas kuasa di Perak. Kalaulah mencuri seekor ayam ada hukumnya, rupanya mencuri mandat rakyat di Perak tidak ada hukum. Sepertilah yang beliau anggap amanah di Malaysia tidak boleh mendedahkan siapa jumpanya, namun di Adelaide dia dedahkan kepada pelajar disana.

Itulah Harussani yang tidak habis-habis dengan tugas barunya sebagai penasihat agama UMNO dan selayaknya dipanggil mufti UMNO.

PKFZ: Ling hadapi tuduhan pecah amanah

17 Syaaban 1431H.

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4,45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Suan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Be
kas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.

Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Malaysiakini/-

SALAH LAKU PELAJAR: SALAH SIAPA?

17 Syaaban 1431 H
OLEH: DR. RAJIEE HADI

PELAJAR dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman dan desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi sosial, kecelaruan idea dan pegangan hidup.

Fenomena ini mengwujudkan masalah dalam jiwa remaja apabila berlakunya kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius, ibu bapa bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih sayang keluarga dan tiada sokongan keluarga dan sosial.

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu (1993) dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan wujudnya kes pelanggaran disiplin. Faktor tersebut termasuk sikap negatif terhadap pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu; tiada dorongan motivasi akibat kurang kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan serta gangguan kesihatan diri.

Sehubungan itu pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang tiada kawalan diri, kurang mengerjakan kerja sekolah dan latihan di rumah, kurang patuh kepada arahan guru, kurang berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain dan suka membuat bising.

Golongan remaja juga boleh menghadapi masalah kesihatan mental dan lazimnya bertingkah laku agresif termasuk kedegilan, keresahan, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, kemurungan, penderaan dan tingkah laku seksual dan kehamilan remaja luar nikah.

Justeru pelajar yang melanggar disiplin sebenarnya tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan.

Pelajar terbawa-bawa dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan mudah terpengaruh dengan anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan keseronokan, salah memilih rakan sebaya dan pelajar mengalami masalah penyesuaian atau masalah peribadi.

Namun demikian apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah randah lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009) melaporkan bahawa walaupun peningkatan sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus namun pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius.

Pada keseluruhannya menurut beliau lagi isu yang melibatkan disiplin berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar. Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Walau bagimanapun jumlah aduan disiplin murid diterima bagi tempoh januari hingga ogos tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .

lmpak daripada perangkaan inilah yang perlu ditangani oleh seorang kaunselor atau pegawai psikologi yang terlatih. Pengetua atau Guru Besar selaku pemimpin sekolah sewajarnya memantau dari semasa ke semasa prosedur pelaksanaan sesi kaunseling dan program di sekolah.

Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai psikologi sepenuh masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah.

Kendatipun pelajar lelaki lebih cenderung merokok, menghisap ganja, menghidu gam, menghidu petrol, minum minuman keras, menonton atau menyimpan bahan lucah dan berjudi namun pelajar perempuan pula lebih cenderung terlibat dengan rokok, bahan lucah dan bercinta.

Oleh itu peranan guru kaunseling dan guru disiplin mengenal pasti masalah awal salah laku yang sering dilakukan pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik daripada mengubati. Mereka berperanan membantu pelajar mengurangkan dan seterusnya meninggalkan salah laku tersebut.

Sokongan dan dokongan ibu bapa dan setiap ahli komuniti di luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar agar tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Justeru banyak kajian mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana mereka tidak dapat memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata pelajaran yang diajar.

Kesulitan yang dialami ini menyebabkan mereka tidak berminat menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng kelas atau sekolah.

Ekoran daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu mata pelajaran dan tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Berdasarkan beberapa kajian yang penulis temui mendapati bahawa jikalau pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan maka masalah disiplin tidak akan timbul. Ini disebabkan faktor minat kepada subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru.

Selain itu ada kajian juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat belajar ialah kerana mereka tidak berminat dengan beberapa mata pelajaran yang diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran.

Dengan itu mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru; sebaliknya mereka sering mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas.

Sebagaimana sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian pelajar.Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi konflik dengan keluarga dan rakan sebaya terutama yang melibatkan aspek halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang budaya.

Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang boleh dipercayai . Senario ini menyebabkan wujudnya tekanan perasaan dan konflik dalam diri. Situasi demikian disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah yang berperanan mendidik; berbeza dari guru kelas atau guru subjek.

Mereka memerlukan rakan ‘dewasa’ yang mempunyai hubungan dan struktur kognitif berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta rahsia hati tanpa curiga dan berasa gentar.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku pelajar dan sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan tersebut.

Kesimpulannya penulis berkeyakinan bahawa untuk melahirkan pelajar yang

bermoral bukanlah mudah.Pembentukan pelajar dipenuhi beberapa faktor yang bertali- temali. Jika gagal salah satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan.

0leh itu kaedah pengajaran dalam bilik darjah yang membentuk lima faktor yang saling kait mengait iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang diterima daripada guru, pengaruh keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya media massa, sewajarnya dipraktiskan oleh guru dengan berhemah lagi bijaksana.

Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak prejudis banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran. Tegasnya, bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan salah laku pelajar berterusan.

Dan sudah sewajarnya kerajaan menekankan betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan dan komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni selaras dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam dan semangat patriotisme satu Malaysia dalam pentadbiran negara.

SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail.

Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu.

Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran?

Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'.

Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku?

Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini?

Mendekati Upacara Perkahwinan Tradisi Penduduk Islam China

17 Syaaban 1431 H

Hubungan perkahwinan dikenalpasti. Sopan santun dan upacara keagamaan mestilah wujud dalam proses penjalinan hubungan perkahwinan umat Islam. Pertamanya, tarikh bagi majlis perkahwinan akan ditetapkan pada hari yang sesuai.

Ini kerana hari Jumaat merupakan hari penting bagi umat Islam untuk bersembahyang berjemaah di masjid. Keduanya, upacara perkahwinan itu lebih sesuai diadakan di masjid atau hotel.

Sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, kedua-dua ibu bapa calon pengantin lelaki dan perempuan mestilah mandi terlebih dahulu. Ketiga, jamuan perkahwinan akan disediakan oleh pihak keluarga lelaki.

Imam, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan serta saudara mara turut diundang ke majlis tersebut. Sanak saudara yang beragama Islam akan menyampaikan salam kepada ibu bapa kedua-dua bakal pengantin.

Selepas jamuan dimulakan, bakal pengantin lelaki dan wanita akan bertukar-tukar maklumat diri dalam bahasa Arab antara satu sama lain. Maklumat diri ini diperbuat daripada bahan emas, perak atau logam yang amat cantik coraknya.

Seterusnya, kedua-dua pengantin saling bertukar cenderamata kenang-kenangan, yang terdiri daripada barang kemas emas dan perak, jam tangan yang mahal serta pakaian yang bermutu tinggi.

Kelima, meja makan pengantin disediakan khusus kepada kedua mempelai ibu bapa mereka, serta jemputan yang beragama Islam, dan satu meja yang lain disediakan untuk para sahabat dan saudara yang bukan beragama Islam. Setelah Imam selesai membaca Al-Quran, jamuan akan dimulakan.

Selepas selesai jamuan, kedua mempelai akan bertepuk tangan dan membaca Al-Quran. Ini menandakan kesyukuran kerana terjalinnya hubungan perkahwinan dan merapatkan hubungan antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan telah pun melafazkan akad nikah dan tidak akan melepaskan hubungan perkahwinan itu.

Ibu bapa kedua-dua pengantin akan saling bertukar maklumat diri sebelum menetapkan tarikh majlis perkahwinan. Majlis ini biasanya diadakan pada hari Jumaat. Sebelum majlis perkahwinan dimulakan, sahabat handai dan saudara mara akan diundang oleh ibu bapa kedua-dua pengantin yang akan menjadi penghantar dan juga penyambut kepada pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Antaranya dua orang saudara dijemput menjadi pengapit untuk menyambut atau menghantar pengantin. Pihak keluarga lelaki akan menyewa tiga buah kereta yang dihiasi dengan warna merah, manakala dua buah kereta lagi dihiasi dengan warna hijau. Berbagai-bagai canang disediakan untuk menyambut pengantin perempuan.

CRI/-

Hai Qun Zhi Ma

17 Syaaban 1431 H

Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya

Asal Usul:Pada suatu hari, kira-kira 4000 tahun yang lalu, Huangdi (Empayar Kuning), iaitu raja yang pertama dalam legenda China, telah membawa rombongan pengiringnya, menuju ke sebuah kampung untuk menziarahi seorang kawannya di sana.

Dalam perjalanannya itu, baginda terjumpa seorang budak lelaki yang sedang menjaga sekumpulan kuda.

Disebabkan perjalanan ke tempat yang ditujunya masih agak jauh, maka, baginda bertanya kepada budak itu,

"Kamu tahukah jalan ke kampung kawan beta itu?"Budak itu menganggukkan kepalanya, sambil menjawab,

"Ya, hamba tahu."Huangdi bertanya lagi,"Kamu kenalkah kawan beta itu?"Budak itu menjawab,"Ya, hamba kenal."

Melihat budak itu tahu tentang begitu banyak hal, Huangdi terus bertanya kepadanya,"Adakah kamu tahu, bagaimana caranya untuk mentadbir negara?"Budak itu menjawab,

"Cara untuk mentadbir negara hampir samalah dengan menjaga kumpulan kuda ini. Hanya perlu mengusir kuda-kuda yang boleh mencelakakan kumpulannya sahaja."

Huangdi merasakan bahawa, kata-kata budak itu memang agak masuk akal. Selepas meninggalkan tempat itu, baginda masih terus memikir-mikirkannya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Hai Qun Zhi Ma" atau "Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya" ini, membawa erti yang sama dengan peribahasa "sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka berbuat sesuatu yang merugikan kelompok masyarakatnya sendiri.

cri/-

Penjelasan tentang Pengasas Tulisan Braille Bahasa Mandarin Huang Nai

17 Syaaban 1431 H

Pengasas tulisan braille bahasa Mandarin Huang Nai dilahirkan pada tahun 1917. Beliau merupakan seorang pakar penyelidikan terkemuka di China tentang isu Jepun, dan pakar pendidikan yang menggunakan tulisan braille.

Huang Nai merupakan anak bongsu kepada Huang Xing, seorang revolusioner China dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Namun, ketika usianya 17 tahun, matanya terkena bola yang ditendang oleh rakannya semasa beliau bermain bola sepak bersama mereka. Akibatnya retina matanya tercabut.

Walaupun mendapat rawatan perubatan yang baik, tetapi segala usaha yang dibuat tidak berkesan. Ini mengakibatkan Huang Nai kehilangan penglihatan di sebelah matanya. Pada umur 19 tahun, Huang Nai pergi ke negeri Jepun untuk melanjutkan pelajaran.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1938, waktu beliau berumur 21 tahun, Perang Anti-Jepun tercetus, Huang Nai pun pulang ke tanah air untuk ikut sama dalam perjuangan menentang Jepun.

Kemudian beliau menyertai revolusi untuk membebaskan negara daripada pemerintahan Parti Koumintang. Sebelum tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, matanya yang sebelah lagi kena sakit pula. Pada tahun 1950, Zhou Enlai, Perdana Menteri China ketika itu telah menghantarnya ke Moskow, ibu negara bekas Suviet Union untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Namun usaha itu juga gagal. Dengan itu, Huang Nai terpaksa memulakan cara hidup yang baru sebagai seorang buta.

Walaupun menghadapi kesukaran kerana cacat penglihatan, namun Huang Nai tetap menunjukkan ketabahannya untuk terlibat dalam usaha penyelidikan tentang sistem tulisan braille dalam bahasa Mandarin dengan harapan orang-orang buta di China dapat bekerja dan menjalankan penyelidikan seperti orang biasa dan dapat mengikuti perkembangan zaman.

Pada tahun 1953, sistem tulisan braille bahasa Mandarin yang wujud sekarang berjaya dihasilkannya, dan sistem ini diterima oleh masyarakat China serta merta. Pada tahun 1954 pula, majalah pertama Bulanan Orang Buta dengan menggunakan kaedah tulisan yang dicipta oleh Huang Nai ini terbit dengan matlamat untuk meluaskan fikiran dan pengetahuan orang-orang buta.

Selepas itu, Badan Penerbitan Braille China pun ditubuhkan. Sebuah agensi penerbitan telah menerbitkan bahan bacaan hanya dengan menggunakan sistem tulisan yang dibina oleh seorang manusia sahaja. Gejala ini tidak pernah berlaku di China.

Huruf Bahasa Mandarin mempunyai intonasi yang berbeza. Maka bahan-bahan bacaan yang menggunakan tulisan braille bahasa Mandarin yang wujud ini sukar difahami kerana tulisan itu tidak mempunyai tanda bunyi.

Jadi, Huang Nai pun berazam untuk memperbaiki kaedah penulisan ini agar tulisan braille bahasa Mandarin ini mempunyai intonasi supaya para pengguna dapat membaca dan memahami makna perkataan dengan tepat.

Setelah berusaha selama 20 tahun, Huang Nai mengemukakan Program Huruf Braille dengan Pinyin dalam Bahasa Mandarin pada tahun 1975. Program penulisan ini kemudian terus dilengkapi dan digunakan dalam lingkungan(sektor) yang tertentu.

Program ini menggabungkan secara berkesan kaedah tulisan braille yang lazim digunakan di arena antarabangsa dengan ciri-ciri bahasa Mandarin sehingga corak bentuk tulisan huruf braille itu jelas, intonasinya tepat, tandanya tidak rumit, dan mudah untuk dipelajari dan digunakan.

Huang Nai berusaha untuk mengembangkan budaya kerjaya bagi orang buta di China sepanjang hayatnya. Beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Naib Pengerusi Persekutuan Orang Kurang Upaya China, Naib Pengerusi Persatuan Orang Buta, Pekak dan Bisu China.

Melalui usaha Huang Nai, nasib beratus-ratus ribu orang buta di China dari beberapa generasi telah berubah. Jumlah pekerja yang bertugas di Badan Penerbitan Braille China meningkat kepada lebih 160 orang sekarang ini daripada hanya beberapa belas orang sahaja pada masa dahulu.

Tahap teknik percetakannya juga telah meningkat dengan ketara. Kedua-dua jenis tulisan braille dalam Bahasa Mandarin yang dicipta oleh Huang Nai bukan sahaja digunakan untuk menerbitkan kira-kira 300 jenis bahan bacaan setiap tahun, malah diajarkan di lebih 130 buah sekolah orang buta di seluruh negara.

Dalam tempoh 60 tahun yang lalu, jumlah pelajar buta yang menerima pendidikan dengan menggunakan tulisan braille dalam Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah tersebut cukup banyak hingga sukar dikira. Dengan ini, Huang Nai memang wajar dihormati sebagai pakar penyelidik tulisan braille dalam bahasa China, pakar pendidikan orang buta dan ahli kemanusiaan yang terbilang. Huang Nai meninggal dunia pada tahun 2004.

CRI/-

SIDANG DUN PERAK: RAKYAT PERLU LIHAT DAN NILAI

17 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu maklumbalas kebenaran mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos 2010 ini daripada Bahagian Majlis DUN Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang telah dihantar pada 6 Julai 2010 lalu yang sehingga kini belum menerima sebarang jawapan rasmi.

DPPN Pk meyakini bahawa rakyat sepatutnya dibenarkan mengikuti Sidang DUN tersebut supaya mereka boleh menilai sendiri perkara yang dibincangkan di dalam Sidang DUN tersebut.

DPPN Pk amat sedih sekiranya ada pihak tertentu yang cuba untuk menutup ruang demokrasi ini yang secara jelas dibenarkan di dalam Perlembagaan Negara demi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.

DPPN Pk percaya ruang demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara bukan sahaja perlu dipelihara dengan telus, malah mesti dilihat sebagai telus dengan dijauhkan dari sebarang penyalahgunaan yang hanya akan mengundang pandangan serong masyarakat.

Sudah tentu kesedihan rakyat Negeri Perak terutamanya akan bertambah jika usaha menegakkan demokrasi tulen ini masih tidak tercapai.

Bagi DPPN Pk, Umno / Barisan Nasional (BN) mesti bersedia berdepan dengan rakyat secara telus dan berani setelah mereka berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan melalui "pintu belakang" dan bukannya melalui saluran rakyat.

Kenapa perlu takut berdepan dengan rakyat jika mereka yakin rakyat yang memberi mandat kepada PR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu sudah boleh menerima mereka walaupun dengan cara pengalihan kuasa yang tidak demokratik itu.

Perlukah Sekolah Berasrama Penuh lagi?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Alias Mohd Yusof

Tujuan asal penubuhan Sekolah Asrama Penuh adalah untuk menempatkan murid-murid yang miskin tetapi cemerlang dalam pelajaran.

Jika murid-murid miskin ini tidak dibantu dan diletakkan di Sekolah Asrama Penuh, mereka mungkin akan tercicir dari sekolah kerana terpaksa bekerja untuk membantu keluarga mereka.

Di peringkat awalnya hanya ada beberapa buah Sekolah Asrama Penuh sahaja ketika itu, seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Kolam Ayer (Seri Puteri) di Kuala Lumpur.

Selain mereka tinggal di asrama, diberi buku dan makan percuma, mereka juga diberi wang saku oleh kerajaan.

Publisiti yang begitu meluas oleh media terhadap kejayaan akademik sekolah-sekolah asrama penuh ini bila setiap kali keputusan SPM keluar menjadi orang ramai teruja untuk memasuki sekolah ini.

Akhirnya sekolah ini telah bertukar menjadi sekolah elit bagi menempatkan murid-murid yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR tanpa mengira golongan miskin atau pun kaya.

Orang ramai berasa bangga kalau anak-anak mereka dapat masuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini. Walaupun di masa sekarang tidak semua diberikan percuma, tetapi ibubapa masih berlumba-lumba mahu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh.

Malah kos bersekolah di Sekolah Asrama Penuh jauh lebih tinggi berbanding jika bersekolah di sekolah biasa berhampiran rumah mereka, dan ini sedikit pun tidak menghalang ibubapa untuk terus menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh.

Keghairahan orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh memberi kesan yang buruk kepada sistem pendidikan kita.

Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendirikan asrama dan tempat tinggal, suatu perbelanjaan yang tidak perlu.

Dalam keghairahan mengejar gred A, pusat-pusat tuisyen tumbuh dengan banyaknya dan membuat keuntungan yang lumayan, hasilnya murid-murid kita hanya pandai menghafal langkah-langkah penyelesaian setiap soalan peperiksaan tetapi tidak menggunakan fikiran untuk menyelesaikannya.

Akhirnya murid-murid kita ramai jadi robot yang hanya mampu ikut arahan tetapi tidak boleh berfikir. Oleh itu peperiksaan UPSR tidak lagi dapat mengasingkan murid-murid yang benar-benar pintar, yang boleh berfikir dengan murid-murid yang hanya boleh menghafal.

Anak-anak yang baru berumur 13 tahun ini juga adalah terlalu awal dipisahkan hidup dari keluarga mereka, ini juga boleh memberi kesan psikologi dan tabiat kurang baik kepada sikap pergaulan mereka kepada kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Oleh itu perlukah Sekolah Asrama Penuh?

Oleh kerana persepsi masyarakat mengatakan Sekolah Asrama Penuh dapat menjamin anak-anak mereka boleh lulus cemerlang dalam SPM. Oleh itu ia boleh menjadi perangsang kepada anak-anak untuk memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR.

Mungkin ada yang berfikir, untuk apa dapat 5A dalam peperiksaan UPSR kalau tidak dapat apa-apa faedah. Dapat masuk Sekolah Asrama Penuh itu seperti dapat satu hadiah besar kepada mereka yang dapat 5A.

Tanpa adanya Sekolah Asrama Penuh akan melunturkan semangat ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.

Sekolah Asrama Penuh juga baik untuk disiplin anak-anak mereka. Kalau di sekolah biasa, anak-anak mudah terdedah dengan anasir-anasir samseng dan berkawan dengan murid-murid yang ada masalah disiplin.

Saya amat setuju jika UPSR digunakan untuk tujuan masuk ke Sekolah Asrama Penuh dihapuskan. Sekolah Asrama Penuh mesti dihapuskan.

Sebaliknya , adalah lebih baik Sekolah Asrama Penuh digunakan untuk mengumpulkan murid-murid yang ada masalah disiplin berat. Mereka perlu diasingkan supaya tidak mengganggu murid-murid lain yang mahu belajar di sekolah biasa.

Biarkanlah murid-murid yang dapat 5A dalam UPSR terus belajar disekolah biasa tanpa diganggu oleh murid-murid samseng yang telah diasingkan itu.

Adalah lebih baik murid-murid yang dapat 5A ini berada di sekolah biasa kerana ia akan dapat membantu sekolah untuk lebih berjaya dalam bidang akademik.

Harakahdaily/-

Tiada cara lainkah jimatkan perbelanjaan negara?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Mat Zain Mat Isa

Apa yang dibimbangi sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan. Penerimaan baik sebahagian rakyat terhadap kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian sebelum ini terbukti menjadi isyarat silap terhadap tindakan kerajaan itu.

Bagai diduga, Barisan Nasional (BN) memanipulasi penerimaan rakyat atas kenaikan itu untuk mengurangkan lebih banyak bantuan, peruntukan dan subsidi yang selama ini mereka nikmati. Terbaru, sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi, kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api dan gula, berkuatkuasa Jumaat (16 Julai) lalu.

Subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 1 sen sekilogram. Dengan penyelarasan itu, petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.85 seliter, diesel RM1.75 seliter dan LPG RM1.85 sekilogram.

Turut diselaraskan ialah harga gula, sebanyak 25 sen sekilogram menjadikannya RM1.90 sekilogram. Kenaikan itu adalah kali kedua selepas Januari lalu.

Sepertimana lazimnya di setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangan keperluan utama rakyat, ia sering diiringi seruan klise agar rakyat berjimat cermat atau berbelanja dengan berhemah.

Bagi menyokong pendiriannya itu, BN yang selalunya tidak mengutamakan hujah agama tergamak pula menukilkan hujah dan pandangan Islam berhubung kebaikan berjimat-cermat dan kekejian berborosn.

Ditaburkan juga janji manis kononnya setiap sen yang dijimatkan kerajaan ekoran penarikan balik subsidi itu akan disalurkan kepada perkara lain yang dibayangkan akan memebri manfaat lebih besar kepada rakyat.

Kita masih ingat itulah antara hujah BN ketika ia mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel dulu. Rakyat disintuk limau dengan janji penambahbaikan sistem pengangkutan awam menggunakan wang negara dijimatkan itu.

“Pada saya tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat,” itu pula hujah Perdana Menteri sepertimana dipetik media pada 4 Januari lalu bagi merasionalkan kenaikan harga gula.

Kerapkali juga BN berterus-terang bahawa kerajaannya sudah tidak mampu menampung pembiayaan subsidi barangan terbabit. Bahkan ada menteri sampai tergamak membayangkan negara akan muflis dalam masa sedekad lagi sekiranya pembiayaan subsidi sepertimana diamalkan kini tidak dirasionalisasikan.

Andaian itulah yang dijadikan alasan utama untuk merasionalkan mengapa soal penyusunan semula subsidi wajar diterima secara positif oleh rakyat.

Setakat itu kelihatannya BN memiliki hujah dari berbagai sudut – agama, kesihatan, maslahah umum mahu pun ekonomi negara. BN bertuah kerana setiap kali ia mengambil tindakan menambah bebanan hidup rakyat, akan sentiasa ada golongan yang tampil membela dan menyokong tindakan itu.

Itulah yang kita katakan isyarat silap. Betapa penerimaan dizahirkan rakyat itu, biar pun tidak mewakili keseluruhan mereka, sudah lebih dari cukup memberikan keselesaan kepada parti pemerintah itu untuk terus melaksanakan apa juga langkah difikirkannya sesuai.

Lebih menyeronokkan lagi bagi BN ialah apabila penerimaan rakyat terhadap hujah dan rasional dikemukakan tadi akhirnya semacam menjadi karat yang membentengi pemikiran rakyat daripada menyelongkar punca sebenar yang menjerumuskan kewangan negara ke kedudukan amat tenat kini.

Usaha menjimatkan perbendaharaan negara adalah langkah yang wajar dialukan. Soalnya, apakah setiap kali langkah penjimatan itu disuarakan maka yang perlu menanggung bebannya semestinya rakyat?

Kita kerap didendangkan dengan lagu bernada apologetik dan menagih simpati dari mulut para pemimpin negara. Kononnya rakyat perlu berkongsi masalah di hadapi negara. Kononnya negara ini milik bersama antara pemimpin dan rakyat. Justeru, rakyat juga perlu berperanan membina negara.

Tempat jatuh bodekan itu ialah agar rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu berganding bahu bersama kerajaan memikul beban perbelanjaan negara.

Kononnya perkongsian bijak rakyat-kerajaan akan memudahkan usaha memantapkan kedudukan ekonomi negara. Untuk itu rakyat perlu bersedia menyerap sedikit kos kenaikan harga barangan keperluan mereka.

Agak rendah diri kelihatannya para pemimpin tatkala membuat rayuan itu. Seolah-olah sebelum ini setiap keputusan berhubung perbelanjaan negara, mereka membuatnya dengan terlebih dahulu bertanyakan rakyat selaku “rakan kongsi pemerintahan”.

Sudah agak kerap kita dihidangkan dengan luahan dan pandangan berterus-terang beberapa tokoh negara berhubung salah pengurusan kewangan negara. Bagi mereka ini punca utama kedudukan kewangan negara terjejas adalah apabila perbelanjaan tidak diurus dengan baik.

Tidak syak lagi rekod pembaziran dan salahurus kewangan negara di bawah BN amat menakjubkan. Isu kapal selam, kapal perinda TUDM, Sukhoi, PKFZ, dan banyak lagi menjadikan negara kita persendaan dunia. Itu belum lagi kita senaraikan kes-kes pembelian tidak masuk akal barangan oleh agensi dan jabatan kerajaan sepertimana sering didedahkan laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

Kita rasa fakta-fakta itu dengan sendirinya menjelaskan bahawa cara lebih berkesan menjimatkan wang negara ialah dengan mengelakkan pemborosan, ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan negara.

Harakahdaily/-

Guru dibenar berpolitik wajar dipersoal

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ketetapan terbaru kerajaan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan membenarkan guru sekolah berpolitik wajar dipersoal, kata Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar).

Bagi pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, ketetapan tersebut bakal menghakis profesionalisme serta prinsip kekecualian yang sepatutnya dihayati oleh setiap kakitangan kerajaan.

"Prinsip kekecualian (neutrality) kakitangan perkhidmatan awam telahpun dihakis, patut diperkasakan selepas 50 tahun (merdeka), bukannya dihakis.

"Kamu (Mohd Sidek) kata tentang transformasi perkhidmatan awam, reformasi besar-besaran profesionalisme, semua ini kamu yang perkenalkan, apa sebenarnya masej dia ini," kata beliau kepada Harakahdaily petang ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai pakar perlembagaan berkata, kakitangan awam sepatutnya fokus pada meningkatkan kualiti perkhidmatan awam masing-masing.

Ini kerana, katanya, mereka secara prinsipnya dibayar gaji yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi.

"Tak kiralah nak sertai parti politik pembangkang atau kerajaan, mereka perlu berhenti kerajaan rakyat membayar cukai dan cukai ini menjadi gaji mereka.

"Tak boleh satu kaki dalam politik, satu kaki lagi dalam perkhidmatan awam, kalau nak berpolitik, berhenti," ujarnya.

Pun begitu, beliau tidak bermaksud menghalang kebebasan individu untuk berpartisipasi dengan mana-mana parti politik, dengan syarat berhenti dari menjadi kakitangan perkhidmatan awam.

Tambahnya, realiti dunia politik sekarang pun sebenarnya tidak memerlukan partisipasi langsung guru-guru sebagaimana pada era selepas merdeka.

"Kalau dahulu, ya seseorang guru siswazah dipencenkan untuk sertai politik supaya menteri cerdik-cerdik sikit, sekarang siswazah sangat banyak, itu terlalu banyak menyimpang," tegasnya.

Dari segi yang lain, katanya, mutu pengajaran di sekolah dijangka kian menurun ekoran guru-guru terbabit terbeban oleh tanggungjawab berpolitik di samping beban yang sedia ditanggung oleh mereka di luar waktu sekolah.

"Sekarang ini pun sudah berlaku, perubatan kenaikan pangkat, isu PTP (kursus penilaian kenaikan pangkat), selepas ini mengampu dan macam-macam lagi mungkin berlaku," beliau menambah.

"Profesyen perguruan sendiri banyak masalah, mengapa dia cakap macam ini, dia pegawai tadbir diplomat (PTD), dia bukannya guru," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ketetapan terbaru ini adalah hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia sendiri demi menyelamatkan survival politik Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Umno nampaknya macam terdesak, sekarang ini dia cuba main politik di sekitar ini (guru-guru) pula.

"Kerajaan ini dikawal oleh Umno, Umno tentu tahu apa yang sepatutnya dilakukan (pada kakitangan kerajaan)," katanya.

Harakahdaily/-

Umno BN Perak perlu bersedia hadapi rakyat

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Johari Jaafar

IPOH, 28 Julai: Pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) Perak mesti bersedia berdepan dengan rakyat secara telus dan berani setelah mereka berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan melalui ‘pintu belakang’ dan bukannya melalui saluran rakyat.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk), Mohd Munir Ali berharap Umno BN negeri tidak perlu takut untuk berdepan dengan rakyat.

“Kenapa perlu takut berdepan dengan rakyat jika mereka yakin rakyat yang memberi mandat kepada PR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 dahulu sudah boleh menerima mereka walaupun dengan cara pengalihan kuasa yang tidak demokratik itu?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya masih menunggu maklum balas kebenaran mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 3 Ogos ini daripada Bahagian Majlis DUN Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang telah dihantar pada 6 Julai tetapi sehingga kini belum menerima sebarang jawapan rasmi.

DPPN Pk, katanya meyakini bahawa rakyat sepatutnya dibenarkan mengikuti sidang supaya mereka boleh menilai sendiri perkara yang dibincangkan di dalam sidang Dun tersebut.

Katanya, DPPN Pk amat sedih sekiranya ada pihak tertentu yang cuba untuk menutup ruang demokrasi yang secara jelas dibenarkan di dalam Perlembagaan Negara demi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.

“DPPN Pk percaya ruang demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara bukan sahaja perlu dipelihara dengan telus, malah mesti dilihat sebagai telus dengan dijauhkan dari sebarang penyalahgunaan yang hanya akan mengundang pandangan serong masyarakat,” katanya.

Menurutnya, sudah tentu kesedihan rakyat Negeri Perak terutamanya akan bertambah jika usaha menegakkan demokrasi tulen itu masih tidak tercapai.

Harakahdaily/-

FDI : Dunia hilang kepercayaan

17 Syaaban 1431 H
http:episodeperjuangan.blogspot.com

1. Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] 81% [ kini jatuh pada nilai RM 4.43 billion ] adalah berpunca dari hakisnya kepercayaan dunia kepada kualiti pengurusan dan pentadbiran negara .

2. Hilang kepercayaan adalah sebahagian daripada satu kehinaan dan malapetaka yang sedang dirasai oleh negara mutaakhir ini . Negara seperti hilang nilai jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani oleh pihak lain .

Asas kepada hakisnya tahap kepercayaan dunia kepada negara kita ialah berpaksi kepada beberapa perkara seperti :

* Korupsi yang membarah
* Ketidaktelusan dalam sistem kehakiman
* Imej Perdana Menteri yang lemah
* Pemerintah yang tiada 2/3 majoriti di Parlimen
* Tahap nilai demokrasi yang luntur

3. Retorika ekonomi kerajaan yang cuba untuk mengulit atau mendodoi rakyat kononnya negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah sangat memalukan .

4. Bukan sahaja dengan indeks FDI yang merudum tetapi rakyat masih terpinga - pinga dengan langkah drastik kerajaan menaikkan harga minyak petrol , diesel , gas dan gula atas alasan pelarasan semula subsidi negara kepada rakyat .

5. Sepatutnya , jika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana yang didakwa , rakyat akan mendapat manafaat atau faedah daripadanya , tetapi apa yang berlaku ialah darah dan lemak rakyat disedut rakus oleh kerajaan .

6. Saya melihat sandiwara ekonomi ini mula disedari oleh para pelabur di peringkat antarabangsa bahawa Malaysia sebenarnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi yang semakin kritikal dan yang paling malang mereka sedang menyaksikan sebuah kerajaan yang rakus sedang memperdaya rakyatnya sendiri . Jika rakyat sendiri sanggup diperdaya apa jaminan para pelabur asing tidak diperdaya ?

7. Sementelah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh mereka tidak memiliki akhlak yang menjamin tidak berlakunya penindasan dan penyelewengan . Malah terdedah kepada pelbagai wajah spekulasi yang akan mengorbankan keuntungan pelabur dalam tempoh jangka panjang .

Tentunya para pelabur bukan sahaja takut kepada kerugian yang sememangnya telah menjadi risiko kepada sesuatu pelaburan yang dilakukan tetapi yang lebih perit ialah berhadapan dengan manipulasi dan spekulasi yang wajar .

8. Sebab itulah kita menyeru supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN agar menerima Islam atau kembali kepada sistem syariat Islam agar mampu mengembalikan semula izzah bersama ketinggian akhlaknya.

9. Saya yakin , kemuliaan dan ketinggian akhlak Islam yang berpaksi kepada iman dan taqwa akan memahat kembali keyakinan bermuamalah [ urus niaga ] di semua peringkat dan sekaligus boleh mengembalikan kestabilan ekonomi dan akhirnya memulangkan faedah yang lumayan buat rakyat .

10. Negara kita bukanlah miskin sehingga terpaksa mengemis kepada pihak pelabur atau mana - mana pihak kuasa ekonomi antarabangsa justeru negara kita mempunyai hasil mahsul dan sumber yang banyak dan mencukupi .

Tetapi malang pengurusan yang salah dan berlandaskan nafsu rakus individu tertentu akhirnya mempamerkan kepada dunia betapa kekayaan Malaysia hanya berlegar pada kelompok tertentu .

Fenomena ini mencetus rasa tidak puas hati dan penentangan dari rakyat marhain lantas menimbulkan pula satu persekitaran politik dan ekonomi yang tegang serta terancam dan ini turut menggusarkan para pelabur .

Harakahdaily/-

Anwar dikagumi tegas pertahan prinsip – Nik Aziz

17 Syaaban 1431 H
Oleh: M Faqih

KOTA BHARU, 28 Julai: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pembangkang tersebut dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar hari ini menyebut kerjasama Umno dan PAS tidak akan menjadi realiti meski pun tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan.

Anwar dipetik sebagai berkata, Umno merasakan sekiranya mereka boleh tawan Nik Aziz, mereka boleh tawan PAS.

Mursyidul Am itu merakam ucapan tahniah sepenuh hati kepada Anwar di atas ketegasan beliau dalam perjuangan.

Menurutnya ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang ada pada pemimpin memperjuangkan kebenaran dan hak hakiki.

“Istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama.

"Prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Azizan: Pengurusan kes Kota Siputeh dilakukan esok

17 Syaaban 1431 H

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini memaklumkan bahawa pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan rayuan terhadap pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan dilakukan esok.

Azizan berkata, kerajaan negeri sudah menerima notis mengenai perkara berkenaan menerusi penasihat undang-undang negeri.

"Esok mereka akan tengok semua dokumen dan akan tetapkan tarikh untuk perbicaraan dan saya harap pilihan raya kecil diadakan segera sebab pilihan raya ini akan selesaikan banyak masalah terutama rakyat yang tergantung tiada wakil rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Star, hari ini.

Pada 23 November tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau juga mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM751,000 sebagai wang saguhati untuk pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institut pengajian tinggi awam.

Katanya, setiap pelajar diploma menerima RM200, manakala pelajar ijazah sarjana muda menerima RM400.

"Kita beri kepada pelajar dari keluarga yang kurang kemampuan berdasarkan sokongan wakil rakyat di tempat masing-masing," katanya.

Malaysiakini/-

PAS: Ezam parahkan Umno S'gor

17 Syaaban 1431 H

Penglibatan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor dalam 'pertembungan' dua tokoh pemuda Umno Selangor didakwa menambahkan lagi perpecahan dalam parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (kiri) mendakwa, pertembungan antara timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo tidak dapat dibendung lagi, malah sudah menjadi perhatian umum.

"Usaha melibatkan Ezam Mohd Nor dalam kemelut tersebut hanya akan menambah parah perpecahan parti itu di Selangor," kata Dr Hasan.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri berkata penubuhan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) oleh Umno dilihat sebagai satu "usaha terdesak untuk menyelamatkan parti yang hampir karam di negeri itu".

"Umno ternyata gagal dan rakyat terpaksa membayar dengan harga yang begitu mahal atas segala bentuk korupsi, skandal, penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjadi amalan Umno Selangor selama ini.

"Mungkin lebih sesuai kempen 'Selamatkan Selangor' ditukar sahaja namanya menjadi kempen 'Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan parti Islam itu tidak pernah jemu mengingatkan bahawa tidak ada dasar dan usaha yang lebih baik untuk menyelamatkan Selangor melainkan berpaksikan ajaran Islam.

"Dasar inilah yang selama ini di perjuangkan oleh PAS, (ia) selari dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini," katanya.

Malaysiakini/-

Kenaikan 5-dalam-1: 'PM, akurlah atau kami demo lagi'

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Christine Chan

Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:


Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Menguatkuasakan dasar gaji minimum.Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini.

Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006dibelanjakan.

Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya
Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.

Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.

Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, PROTES juga akan mengadakan beberapa siri bantahan di peringkat negeri di seluruh negara.

Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

PROTES juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Sehubungan itu, beliau mengajak pimpinan parti politik bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.

Ahli parlimen Kuala Krai itu berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.

"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Malaysiakini/-

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'

17 Syaaban 1431 H
Oleh: Regina Lee

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

Malaysiakini/-

Memakai wangian

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Agihkan zakat sendiri atau melalui pemerintah?

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Terdapat persoalan di dalam kotak soalan berkenaan dengan bayar zakat kepada pusat zakat. maka ini jawapannya dlm mazhab Imam Syafie:-

Harta zakat ada terbahagi pada dua bahagian: Bahagian pertama: Harta yang tersembunyi (Amwal Batinah) iaitu zakat emas perak(termasuk zakat harta), harta tersorok dalam tanah (rikaz) dan zakat fitrah.

Harta2 seumpama ini boleh dibayar zakat dengan diberi terus kepada orang2 yang berhak menerimanya tanpa melalui pemerintah. Pemerintah tidak boleh meminta tuan harta mengeluarkan zakat kepada pemerintah kecuali melihat tuannya tidak membayar zakat; maka ketika itu pemerintah hendaklah memerintahnya supaya mengeluarkan zakat kepada yang berhak.

Jika tuan harta tidak mahu mengeluarkan maka wajib imam menuntut zakat harta tersebut seperti mana wajibnya mencegah kemungkaran. Ini berdasarkan apa yang diucapkan oleh saidina Usman r.a ketika beliau berkhutbah di mimbar Rasulullah s.a.w: هذا شهر زكاتكم فمن كان عليه دين فليقض دينه حتى تخلص أموالكم فتؤدوا منها الزكاة

Maksudnya:" Ini adalah bulan untuk kamu mengeluarkan zakat. Sesiapa yang ada hutang hendaklah dia lunaskan supaya hartanya bersih dari hutang dan dapat membayar zakat hartanya."(Hr Baihaqi - sahih)

Harta ini boleh di wakilkan kepada pihak lain (individu atau agensi swasta) untuk diserahkan kepada pihak yang layak (asnaf yang lapan) , diserahkan kepada pemerintah dan boleh diberikan terus kepada yang layak tanpa perantara. Memberinya terus kepada penerima lebih baik dari diwakilkan. Diserahkan kepada pemerintah untuk mengagihkannya lebih baik dari diwakilkan kepada pihak lain.

Jika pemerintah itu adil maka lebih baik diberikan kepada pemerintah berdasarkan hadis mauquf dari Ibnu Umar r.a : ادفعوا صدقاتكم إلى من ولاه الله أمركم Maksudnya: "Bayarlah zakat kamu kepada pemerintah kamu" (Hr Baihaqi - hasan atau sahih)

Menyerahkan zakat kepada pemimpin yang adil lebih baik dari mengagihkan dgn sendiri kerana bila zakat telah diberikan kepada pemerintah maka tanggung jawab pemilik harta sudah selesai walaupun pemerintah tidak menunaikan tanggung jawabnya untuk mengagih2kan zakat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w " Apabila aku telah membayar zakat kepada wakilmu adakah aku telah lepas dari tanggung jawab ku (dlm zakat) kepada Allah dan Rasulnya?" Rasulullah s.a.w menjawab: نعم إذا أديتها إلى رسولي فقد برئت منها إلى الله ورسوله ولك أجرها وإثمها على من بدلها

Maksudnya: "Ya.. Jika kau sudah membayar zakat kepada wakilku maka engkau telah lepas dari tanggung jawabmu kepada Allah dan Rasulnya. Engkau akan mendapat pahala zakat dan jika zakat tidak diagihkan kepada yang berhak maka dosanya kepada yang orang yang melakukan perkara tersebut." (Hr Ahmad)

Adapun jika diagihkan sendiri dikhuatiri diserahkan kepada orang yang tidak layak. Lagipun pemerintah yang adil lebih mengetahui priority bagi penerima2 zakat. Kalau pemimpin yang zalim hendaklah diagihkan sendiri.

Bahagian kedua: Harta yang nampak (Amwal Zahirah) iaitu zakat binatang, tanaman, buah2an dan harta galian. Jika pemerintah tidak memintanya maka pemilik boleh mengagihnya sendiri. Jika pemerintah memintanya maka wajib diberikan kepada pemerintah sekiranya pemerintah yang adil.

Ini adalah berdasarkan suruhan Allah kepada pemerintah: Maksudnya: "Hendaklah kamu ambil zakat daripada harta2 orang Islam..." (103: at-Taubah) Kalau rakyat enggan maka pemerintah boleh memerangi mereka dan menghukumnya.

Adapun sekiranya pemerintah itu zalim dalam mengagih2kan zakat maka pemilik harta boleh mengagih2kannya sendiri atau diberikan kepada pemerintah. Mengagih2kan sendiri lebih baik. Ini sekiranya pemerintah zalim itu tidak mewajibkan kepada rakyatnya untuk membayar kepada mereka.

Jika pemerintah zalim itu meminta dengan cara mewajibkan maka wajib dibayar zakat ini (amwal zahirah) kepada pemerintah.

kewajipan kepada pemerintah untuk melantik pemungut2 zakat kerana Rasulullah s.a.w mengutuskan Umar bin Khattab untuk memungut zakat (Hr Bukhari dan Muslim).

was was dalam akidah

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Syaitan adalah musuh manusia yg utama.Firman Allah(maksudnya)"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mu maka hendaklah jadikannya sebagai musuh"( 6: 35 al-Fatir)syaitan cuba membisikkan was was ke dalam hati manusia.

Firman Allah:"Katakanlah hai Muhammad : aku berlindung dengan tuhan manusia, raja bagi manusia, tuhan bagi manusia dari kejahatan syaitan yang bernama was was dan khannas.

Syaitan yang mencampakkan was was dalam hati manusia. Syaitan yang mewaswaskan hati manusia adalah dari kalangan jin dan manusia." (1-6: An-Nas)

Was was ada dua bhagian: 1. was dalam aqidah 2. was was dalam ibadah. disini akan dibincangkan was was dalam aqidah kerana baru2 ini saya ditanya mengenai perkara ini oleh orang yang mengalaminya. sebenarnya saya juga pernah mengalaminya ketika sekolah menengah.

was was dalam aqidah perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah s.a.w lag. Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya "Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan2hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah." Nabi s.a.w bertanya "Kamu diserang oleh lintasan2 itu?

" Mereka menjawab " Ya" Nabi s.a.w bersabda:ذاك صريح الإيمانMaksudnya: "Itulah petanda iman yang jelas".was was dalam akidah petanda iman di hati.

Itulah apa yg nak diberitahu oleh Nabi s.a.w dlm hadis diatas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dlm akidah adalah petanda Iman di hati.

Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: "Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkai dgn ketuhanan. Nabi s.a.w menjawab:

تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata2 disebabkan iman. (Hr Muslim)

Contoh2 was was dari syaitan:-

1. benda2 yang kotor dan mencarut.
2. Benda yg batil yg bersangkut dgn ketuhanan seperti timbul persoalan kewujudan tuhan.
3. Benda yg batil yg bersangkut dgn kenabian dan perkara2 yg gaib.
4. sangkaan buruk dan memaki sesama Islam.

Jenis was was syaitan dalam akidah

pertama: Yang datang secara mendadak dan tidak tetap. Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan. Nabi s.a.w bersabda:

إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Allah mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yg diwas waskan." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kedua: Yang tetap dalam hati. Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan belajar ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan tuhan secara nas dan secara akal.

cara mengubati penyakit was was dlm akidah:-

1. Hendaklah orang yang ditimpa was was dlm akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dgn tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was was tersebut.

2. Hendaklah dia berasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was2 dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata:

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was2." Maka dia berkata:

"Apabila engkau hendak memutuskan was was darimu, pada bila2 masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was."

3. Berta'awwuz dgn Allah dr syaitan yg direjam. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui." (200: al-A'raf)

Nabi s.a.w bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته

Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)

Lafaz Ta'awwus adalah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

atau

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

4. Hendaklah dia sentiasa berkata "aku beriman dengan Allah dan Rasulnya" setiap kali diserang oleh was was syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله

Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid. Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (Hr Abu Daud).

6. Memperbanyakkah zikir sperti ma'thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah s.a.w pada waktu pagi dan petang.

Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mengucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Syaitan berkata kepadanya: "Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendakla engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Syaitan berkata lagi "Apabila kamu membacanya maka Allah sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh." Nabi s.a.w bersabda:

أما إنه قد صدقك وهو كذوب

Maksudnya: "Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dgn ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong."(Hr Bukhari)

7. Menutup laluan syaitan.

Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantaranya:

-Ingat dan sebut nama Allah.
- Membaca doa masuk dan keluar tandas.
- Menahan dari menguap.
- Banyakkan solat.
-Bersihkan hati.
- Menghindari maksiat.
- Menghindari sifat2 mazmumah seperti marah dan lain2.

Seeloknya orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini berjumpan guru yg berilmu.