Pena Idham Lim
26 Ramadhan 1438H.
“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan” (HR. Bukhari & Muslim).
Sekiranya kita berada dalam suatu pelawanan bolasepak sekarang ini kita sebenarnya berada di minit terakhir dalam pertandingan akhir. Yang menang akan bergelar juara. Namun realiti nya penumpuan pertandingan hanya berlaku dalam pusingan awal dan dalam pertandingan akhir sudah hilang fokusnya. Kebanyakannya sudah bersiap untuk merayakan jadi juara sedangkan wisel akhir belum ditiupkan.Demikianlah rumah ibadah yang ramai pengunjung diawal Ramadhan dan semakin kurang bila semakin dihujung Ramadhan. Mereka lupa untuk bersungguh untuk mendapatkan Lailatul qadar yang letaknya di 10 akhir sebelum merayakan kemenangan dengan Berhari Raya.
Sejahtera Bersama Islam.