11 April 2010

Baru tahu : Menteri kecewa tak dapat guna dewan.

25 Rabiulakhir 1431H.


Isu penyalahgunaan harta kerajaan oleh BN untuk program kempen piliharaya merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat kerana ianya sangat becanggah dengan Demokrasi dinegara kita. Lebih malang yang hanya boleh menggunakan sekolah misalnya hanya BN dan kalau ianya dipohon oleh parti pembangkang pasti akan ditolak. Maka jadilah bangunana-bangunan kerajaan itu sebagai sarang dan pusat aktiviti BN setiap kali pilihanraya.

Namun saya masih yakin penolakan itu ada pada landasan dan alasan yang munasabah, malah ianya ditolak dengan pertimbangan tertentu yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili oleh pihak pengurusan dewan yang mewakili kerjaan negeri.

Sekali ini kena pada batang hidung BN pula di Hulu Selangor bila Menteri Pembangunan luar bandar , Datuk Seri Shafie Apdal tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor blalu ia menuduh tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

Selain itu dia mengaku dengan katanya "Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Jelas satu program kempen politik oleh UMNO dan BN sdi Hulu Selangor.

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie.

Lucunya Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya dan siapakah akan percaya dengan dakwaan ini.

Peluang digunakan sepenuhnya dengan merayu supaya sokongan terhadap BN diteruskan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang pada 25 April ini.

Risda hari ini menganjurkan majlis tersebut bagi mengagihkan bayaran dividen kepada 253 orang peneroka getah dan kelapa sawit melibatkan kawasan seluas 70 hektar.

Jual agama dengan harga yang murah

25 Rabiulakhir 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Pernahkah anda ditanya, pendakwah dan juga penerbit buku agama boleh dikira menjual agama kerana mereka yang terbabit mendapat wang untuk kesenangan mereka di dunia ini. Bukankah firman Allah yang bermaksud: “Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah at-Taubat :9)

Sahabat baharu saya, Azmi yang kebetulan berkenalan di sebuah restoran mamak di Bandar Baru Bangi telah menyedarkan saya betapa isu ini masih kurang difahami. Malah kerana tidak faham itu, ramai umat Islam yang termasuk dalam kategori menjual agama.

Azmi berkata, agama tidak boleh jual, bagaimana kalau kita buat majalah agama dan menjual kepada orang ramai. Yang pasti motif daripada jualan itu adalah untuk keuntungan. Sudah tentu menjual majalah termasuk dalam menjual agama.

“Allah sebut dalam al-Quran, jangan menjual ayat Allah dengan harga yang murah, merujuk kepada sikap orang munafiq dan orang Yahudi yang mengambil peluang menyebarkan fahaman agama Islam seolah-oleh mereka tersangat faham ajaran Islam. Tetapi apabila orang ramai sudah percaya kepadanya, maka dia mula mempengaruhi pengikutnya ke arah dirinya,” jawabku.

Memang wujud pada hari ini golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri, kumpulannya atau pemimpin politiknya. Golongan ini akan berhujjah dengan ayat al-Quran dan hadis atau hujjah tokoh-tokoh tertentu untuk meyakinkan orang ramai kepadanya. Tetapi dia cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingannya.

Golongan ini tidak berani menggunakan al-Quran dan Hadis sepenuhnya terutama yang mesejnya agak bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Hujjahnya ialah, perkara ini tidak boleh disebut secara umum kerana terlalu sensitif dan boleh menyinggung perasaan orang lain. “Kita mesti jaga hati orang lain, kita perlu bersikap toleransi, itulah ajaran Islam,” kata mereka.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 41)

Umat Islam yang beriman tidak seharusnya menjadi penjual agama untuk kepentingan diri, tetapi sebaliknya mereka seharus menjual diri, harta dan nyawa mereka untuk kepentingan agama. Inilah yang membezakan orang yang beriman dengan orang munafiq dan kafir. Orang yang beriman sanggup menjual diri demi agama. Mereka sanggup dihina demi mempertahankan agama.

Mereka inilah yang dikatakan berjihad pada jalan Allah. Harta dan nyawa sanggup digadai, dihabiskan untuk menyebarkan Islam. Mereka tidak perduli tentangan orang ramai asalkan agama terus boleh didaulatkan. Mereka ini sudah pasti tidak termasuk dalam golongan yang menjual ayat al-Quran dengan harga yang murah.

Dengan penjelasan ini diharapkan umat Islam terutama pejuang Islam agar terus bermotivasi untuk mengangkat Islam ke tempat yang sewajarnya. Sabahat-sahabat yang seperjuangan dengan saya harus membetulkan kedudukan masing-masing agar ayat al-Quran tetap dirujuk dalam semua keadaan.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Teknik menulis teks pengacara

25 Rabiulakhir 1431H.

Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan ditulis oleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal ini tidak bermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak penganjur atau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.

Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan majlis amal selalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalam mengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.

2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara

Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja, anda perlu mengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan anda menulisnya. Oleh itu, di sini diterangkan serba ringkas teknik penulisan teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal pengacara majlis dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.

2.1.1 Penyediaan Teks

Sebelum menyediakan teks pengacara majlis, anda terlebih dahulu perlu mengetahui nama majlis tersebut, tujuan majlis, dan atur cara sesuatu malis dengan lengkap. Pastikan juga anda mendapat senarai nama jemputan terkini terutama tamu kehormat dan penaja acara jika ada. Setelah itu, baru anda boleh merancang teks anda agar bersesuaian dengan majlis.


2.1.2 Cara Menyediakan Teks Dan Kandungan Teks

Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:


Masa CUE ANN 1


Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara. Manakala ruangan ‘cue’ pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi sesuatu pengumuman. Dengan kata lain, ‘cue’ ini merupakan penanda aras bagi menentukan sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan ‘announcement’ pula ialah ruangan yang perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang mencatatkan setiap perkara yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.

Yang berikut merupakan contoh penyediaan teks pengacara majlis:

Masa


8.30 pagi

CUE

Apabila isyarat, iaitu YAB Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam dewan dengan diiring oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah… dan Pengarah

ANN1

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat …............ . dengan diiringi oleh Yang Berbahagia ............ dan Yang Berusaha ............ . masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Perlu diingatkan di sini bahawa setiap muka surat diperuntukkan untuk satu pengumuman sahaja. Hal ini penting agar jika terdapat perubahan pada saat akhir berkaitan perjalanan atur cara, maka perkara ini memudahkan pengacara menyusun semula teks mengikut atur cara tanpa perlu membuat contengan yang akan mengelirukan. Teks yang telah lengkap perlu diklip untuk diselak ke atas atau ke kanan.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my..

Jenis-jenis kegemukan

26 Rabiulakhir 1431H,

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air

• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Sumber : Email SYuN / Yahoo Group

BERAT BADAN SENANG NAIK, PAYAH TURUN....

500,000 tiket Piala Dunia belum terjual

25 Rabiulakhir 1431H.

JOHANNESBURG 10 April - Penganjur Piala Dunia berkata sebanyak 500,000 tiket masih belum terjual dan mereka bimbang berlaku “tragedi” stadium kosong ketika kejohanan berlangsung.

FIFA berkata, tiket-tiket perlu dijual kepada orang ramai di Afrika Selatan mulai 15 April ini.

Penganjur mempunyai tempoh tidak sampai dua bulan untuk menjual hampir suku daripada tiket-tiket perlawanan bagi mengelak tempat duduk kosong.

Pihak penganjur mengaku proses penjualan dalam talian tidak sesuai kepada peminat tempatan yang kebanyakannya miskin dan tidak membeli tiket menerusi Internet.

Ketua jawatankuasa penganjuran, Danny Jordaan berkata, ia boleh menjadi “tragik” kepada tuan rumah jika stadium kosong dan menggesa para peminat untuk “membeli sekarang.” - AP

Kejadian ragut.

TURUTAN gambar menunjukkan Mary Rose Joseph, 63, melalui detik cemas apabila dikejar peragut. Mangsa kemudian nekad memanjat pagar rumah jirannya dan diikuti peragut bersenjata parang sehingga ke halaman rumah sebelum meragut rantai emas. Apr 10, 2010 3:17 am(BH)

Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin

25 Rabiulakhir 1431H.
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 10 April: Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

"Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.

Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS).

Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza (IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit dalam pertemuan eksklusif itu.

Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut."

Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan.

"Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin.

Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar, rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya, iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM.

Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001 lalu.

Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu Izhak David Nakar dan Ido Schechter.

Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana.

Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi seakan diabaikan.

Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin Technology Sdn. Bhd.

Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan Asiasoft atau sebaliknya.

Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama memelihara keamanan negara.

Harakahdaily/-

PUTERI UMNO HULU SELANGOR SUDAH TEMPAH SARI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PRK Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan semangat 1 Malaysia direalisasikan oleh mereka-mereka yang bermazhab Umno terutamanya. PR awal-awal lagi telah memasang niat kali ini mereka bukan berdepan dengan 1 Malaysia sahaja tetapi turut berdepan dengan pencinta APCO. Umno sudah gigit jari yang semakin hampir putus itu, manakala MIC kini sudah mula memenuhi gereja atau kuil mereka untuk melakukan sembahyang kesyukuran.

Penceramah-penceramah Umno seperti Ezam atau Lokman Adam dan yang sepencacai dengannya terpaksa menukar skrip atau jalan cerita ceramah mereka. Mereka sedang pening sekarang apakah buah butirnya yang hendak mereka `goreng' kepada rakyat di Hulu Selangor. Hendak cerita ketuanan Melayu? Nanti disumpah pula oleh Kitab 1 Malaysia atau dijerkah oleh MCA atau MIC. Terpaksa pula nanti mohon maaf dan melutut lagi macam Noh Omar baru-baru ini. Hendak cerita moral pula? Nanti tidak pasal-pasal kena `tempeleng' oleh penyokong-penyokong Chua Soi Lek `hero seksis' itu.

Habis apa yang mahu diceritakan oleh penceramah mereka? Takkan mereka mahu cerita pasal rumah mantan MB Selangor yang buruk dan hendak roboh itu? Hendak cerita pasal YBK tidak bayar cukai tanah? Atau cerita Pengerusi YBK menghabiskan duit? Oleh kerana tiada modal, mereka cuma datang ke Hulu Selangor sebagai `dermawan' dengan membawa jutaan malahan bilion `harta karun'. Puteri-puteri Umno dengar ceritanya ada yang bercadang untuk memakai sari sambil berkempen rumah ke rumah. Ini bagi merealisasikan 1 Malaysia serta mengambil hati kaum calon Bn di sana. Kaum lelaki pula, mungkin sekarang ini sedang sibuk belajar bagaimana untuk menandakan `garisan putih' pada dahi dan memakai sarung umpama Mahatma Gandhi.

Gerombolan ini akan berebut-rebut masuk kampung, felda mahu pun estate untuk mencari `kerja kosong'. Warga tua yang selama ini anak atau cucu yang menyuapnya makan, tidak lagi perlu risau kerana akan hadir `manusia berjiwa malaikat' ini hadir untuk tolong suapkan. Tidak percaya? Bukti foto di atas berlaku di Bagan Pinang. Sekarang cuba tanya mak cik tu, ada atau tidak tukang suap tu lagi? Bagi anak-anak muda di Hulu Selangor, anda boleh minta apa sahaja sekarang ini. Padang Futsal? kemudahan WIFI? Kolam Renang? Mesti `beyeh' punya. Tidak percaya? Cuba tanya askar-askar di Bagan Pinang sekarang. Tiap-tiap hari mereka mandi di kolam renang dan bermain Futsal. Lepas itu, boleh layari internet kerana ada kemudahan WIFI sekarang. Semua itu kawan saya seorang tentera di Bagan Pinang cerita tentang kisah mimpi beliau.

Tidak teringin ke kerajaan pusat hendak bina Universiti 1 Malaysia atau apa sahaja namanya samada Universiti APCO ke di Hulu Selangor? Bukankah MB Selangor sudah berjanji akan memberikan sebidang tanah dengan harga yang murah jika kerajaan pusat ingin membina Universiti di Hulu Selangor? Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

Projek Pengubahsuaian Ubah Hidup Penduduk di Bandar Kashi Xinjiang (2).

25 Rabiulakhir 1431H.

Projek tersebut mencipta kemajuan yang memuaskan pada tahun 2009, iaitu tahun pertama pelaksanaan projek.

Ketika wartawan membuat liputan ke Kawasan Perumahan Bahagia yang baru siap dibina di Kashi, terdapat banyak penduduk tempatan sedang sibuk memindahkan barang-barang ke dalam rumah baru mereka. Guli, seorang wanita dari etnik Uygur memberitahu wartawan bahawa beliau sedang membantu datuk dan neneknya berpindah rumah ke kawasan perumahan tersebut. Beliau berkata:

"Datuk dan nenek saya asalnya tinggal di bangunan yang terletak di bukit tanah kuning yang tinggi. Luasnya rumah itu hanya 27 meter persegi. Kemudahannya serba kekurangan. Sekarang rumah mereka yang baru luasnya 48 meter persegi. Mereka mendapat rumah ini secara percuma melalui projek pengubahsuaian perumahan di Kashi. Mereka juga lebih selesa pada musim sejuk kerana rumah ini siap dipasang dengan alat pemanas."



Wartawan masuk ke rumah baru di Kawasan Perumahan Bahagia, rumah milik Syabinuofu Tulake, lelaki etnik Uygur yang sudah berusia 89 tahun setelah mendapat izinnya. Rumah seluas 106 meter persegi ini terdiri daripada lima rumah yang berasingan. Struktur rumah ini direka mengikut kebiasaan kehidupan penduduk etnik Uygur. Bilik duduk yang luas dan terang dibentang dengan permaidani diperbuat daripada bulu kambing yang cantik. Beberapa keping foto beliau memakai uniform tentera waktu muda digantung pada dinding. Beliau dengan gembira berkata:

"Rumah ini dilengkapi dengan kemudahan air, elektrik dan gas. Saya amat puas hati terhadap rumah yang baru ini."

Berderet-deret bangunan perumahan yang baru dibina di kawasan lama Kashi. Di bahagian bawahnya ialah kedai runcit manakala tingkat atasnya ialah rumah kediaman. Bangunan-bangunan tersebut dibina menurut rupa asalnya dan pemilik rumah boleh menghias rumah masing-masing dengan gaya sendiri. Bumbung, pintu dan tingkap bangunan semuanya diperbuat daripada kayu yang bermutu. Seni bina bangunan yang cukup istimewa reka bentuknya ini menggunakan reka bentuk tradisional etnik telah menarik ramai pelancong dari luar wilayah. Seorang pelancong dari provinsi Sichuan ketika diwawancara menyatakan:

"Rumah penduduk tempatan amat istimewa. Kebetulan hari ini saya melihat beberapa penduduk sedang berpindah rumah. Saya rasa kerajaan tempatan memang memberikan perhatian kepada kehidupan rakyat. Walaupun Kashi terletak di kawasan berhampiran sempadan, tetapi pembinaannya tidak jauh ketinggalan dengan bandar raya yang lain di negara ini."

Rashid Ahmed, dari Pakistan yang sekarang bekerja di China juga datang khusus ke Kashi untuk menghayati suasana kehidupan etnik di Xinjiang. Beliau berkata:

"Saya berminat terhadap kebudayaan Xinjiang kerana tempat ini mempunyai hubungan yang rapat dengan dunia Islam dari segi sejarah. Saya boleh merasai kebudayaan yang mempunyai sejarah beberapa ribu tahun semasa saya bersiar-siar di kawasan ini. "

Menurut pandangan para pelancong, "tidak tahu China begitu luas sekiranya tidak pergi ke Xinjiang, dan mereka tidak dapat merasai daya tarikan Xinjiang sekiranya tidak pergi ke Kashi." CRI/-

Jangan jadi seperti bangkai pada waktu malam

25 Rabiulakhir 1431H.
http://akhisalman.blogspot.com/


BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له


“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.

Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.

KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.


Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?

BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.

PASANGAN YANG BERTHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين


“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.

SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:

إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن


“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”

TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه


“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى


“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.

Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.

MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalim tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.

“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”

Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.