01 November 2021

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dikuat kuasa hari ini

 

AHMAD YAAKOB

KOTA BHARU: Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan yang mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah dikuatkuasakan di seluruh negeri ini bermula hari ini.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 secara dalam talian di laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), semalam.

Berang kalah pilihan raya, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik

 

Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang bekas ketua kampung yang mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah.

Boleh jual arak hingga 9 malam sahaja – DBKL

 

gambar hiasan

PETALING JAYA – Bermula hari ini, semua pemborong dan peruncit minuman keras di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya dibenarkan menjual bahan itu bermula dari pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam.

Kes COVID-19 terus catat penurunan

 

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dan kekal bawah 5,000 kes, dengan 4,626 kes hari ini.

Sampan kayu berusia 1,000 tahun

 

SAMPAN kayu Maya dipercayai berusia 1,000 tahun ditemukan di selatan Mexico. – INAH

MEXICO CITY: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan sebuah sampan kayu tamadun purba Maya yang dipercayai berusia lebih 1,000 tahun, di selatan Mexico.

Lapor BBC, sampan berukuran lebih 152.4 sentimeter (cm) ditemukan hampir utuh sepenuhnya, tenggelam dalam kolam air tawar berhampiran bandar raya Maya Chichen Itza yang sudah musnah.

Tukang cuci jumpa cek RM10.4 juta

 

HALIMAH (kanan) menemukan beg dompet mengandungi cek bernilai bilion rupiah di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.-TRIBUN JAKARTA

JAKARTA: Seorang tukang cuci di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta menemukan sebuah dompet berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta).

Lapor Kompas.com, petugas bernama Halimah, 29, menemukan dompet tersebut ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Buah-buahan al-Quran kini tumbuh di Pakistan

 

SHAUKAT OMAR (kiri) semasa berada di taman Islam di Jinnah Urban Forest Park, Karachi.-AGENSI

KARACHI: Seorang jurutera berusia 80 tahun membina ladang Islam pertama di Pakistan dengan menanam tumbuh-tumbuhan yang disebut di dalam al-Quran.

Berinspirasikan dari Taman Botani Islam di Sharjah, jurutera yang banyak menghabiskan kehidupan profesional di Arab Saudi bakal melancarkan projek tersebut di selatan Karachi.

Sekolah dibenar periksa status vaksinasi guru

 

MOHD. RADZI Md. Jidin (kanan) berbual dengan seorang murid Tahun 1 semasa melawat SK Ayer Molek di Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA: Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah memeriksa status vaksinasi para guru bagi mengelakkan penipuan golongan pendidik antivaksin.

Menteri Kanannya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, semakan itu penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan terjamin.

UCAPAN TAHNIAH

 


Sanusi ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah

  Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

Muhammad Sanusi dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pembangunan NBL sediakan lebih 1,600 peluang kerja baharu

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

PUTRAJAYA: Pembangunan kilang getah nitril butadiena (NBL) di Bandar Getah Kedah (KRC), Padang Terap akan mewujudkan lebih 1,600 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata projek yang mendapat pelaburan sebanyak RM3 bilion daripada Hong Seng Consolidated Berhad itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

Pelitup muka kekang gelombang ketiga COVID-19 - Pakar

  Foto arkib NSTP

Foto arkib NSTP

JAKARTA: Pakar epidemiologi dari Universiti Gadjah Mada, Riris Andono Ahmad meminta semua pihak untuk terus konsisten dengan protokol pemakaian pelitup muka bagi mengekang gelombang ketiga jangkitan COVID-19.

"Penularan COVID-19 di negara ini kini terkawal. Jika ia dapat dikekalkan dan disokong dengan pematuhan masyarakat dalam pemakaian pelitup muka, risiko gelombang ketiga (jangkitan COVID-19) dapat dikurangkan," katanya semalam.

Sekurang-kurangnya 12 cedera, dua kereta api berlanggar di UK

  Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England pada Ahad. - Foto AGENSI

Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England pada Ahad. - Foto AGENSI

GLASGOW: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England pada Ahad.

"Beberapa orang cedera namun syukur tiada mangsa yang meninggal dunia," tulis Polis Pengangkutan British di Twitter lapor Agensi Anadolu.

UMMAH DAN MAPPIM RAKAM PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas peningkatan peruntukkan yang telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat, Tahfiz dan Pondok sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 di Parlimen.

Lebih 1.3 juta pelajar mula bersekolah hari ini

 Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melakukan lawatan ke SK Ayer Molek, hari ini. - Foto NSTP/AMIR MAMAT

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melakukan lawatan ke SK Ayer Molek, hari ini. - Foto NSTP/AMIR MAMAT

MELAKA: Lebih 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah bagi empat negeri yang sudah beralih ke Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sesi persekolahan, hari ini.

Empat negeri terbabit adalah Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ahli Parlimen diberikan dos penggalak

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Rakyat yang lengkap menerima dua dos vaksin, akan diberikan suntikan dos penggalak COVID-19, bermula esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan dos berkenaan bermula jam 9.30 pagi di Dewan Bankuet di bangunan Parlimen.

Kelulusan AS untuk vaksin remaja Moderna ditangguhkan

  Foto fail AFP

Foto fail AFP

WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna semalam menjelaskan kelulusan vaksin COVID-19 untuk remaja ditangguhkan bagi memberi lebih banyak masa untuk menilai dengan lebih baik potensi risiko mendapat miokarditis atau keradangan jantung.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS pada Jumaat memaklumkan kepada Moderna bahawa agensi itu memerlukan masa tambahan untuk menilai analisis antarabangsa baru-baru ini mengenai risiko miokarditis selepas vaksinasi," kata syarikat bioteknologi itu dalam kenyataan semalam.

25 perompak terbunuh dalam serbuan di Brazil

  Senjata dirampas dalam serbuan di dua ladang di Minas Gerais, Brasilia. - Foto AGENSI

Senjata dirampas dalam serbuan di dua ladang di Minas Gerais, Brasilia. - Foto AGENSI

BRASILIA: Seramai 25 individu dipercayai ahli kumpulan perompak bank di Brazil maut dalam operasi besar-besaran polis di Minas Gerais, semalam.

Sumber memberitahu agensi berita AFP, operasi serbuan membabitkan 50 pegawai bersama anggota polis dan polis tentera ke atas dua ladang di Varginha.

Bajet 2022 dibahas di Dewan Rakyat hari ini

 Dewan Rakyat, Parlimen. - Foto fail NSTP

Dewan Rakyat, Parlimen. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, mula dibahas oleh Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sesi perbahasan dijadual dimulakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas selesai sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan mengikut kebiasaan pembahas kedua adalah daripada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Mangsa banjir di Pendang meningkat 199 orang

 Anggota APM Pendang menyukat paras air di Kampung Alor Pudak, Mukim Tobiar yang baru dinaiki air malam tadi, berikutan hujan lebat sejak kelmarin.- Foto NSTP/Ihsan APM

Anggota APM Pendang menyukat paras air di Kampung Alor Pudak, Mukim Tobiar yang baru dinaiki air malam tadi, berikutan hujan lebat sejak kelmarin.- Foto NSTP/Ihsan APM

PENDANG: Peningkatan paras air di Sungai Pendang yang mencecah 3.03 meter berikutan hujan lebat, kelmarin menyebabkan bilangan mangsa banjir di daerah ini terus bertambah sehingga 199 mangsa dari 51 keluarga.

Setakat jam 8 pagi hari ini, sebanyak 12 kampung di daerah ini terjejas akibat banjir yang berlaku sejak 21 Oktober lalu.