25 Jun 2021

Jemaah Menteri nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan persidangan Parlimen - Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan menetapkan Jemaah Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Sidang Parlimen, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau berkata, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

UMMAH sokong penuh JAKIM tubuh Task Force bersepadu menangani isu penghinaan agama dan promosi hidup LGBT.

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan media yang dibuat oleh YBTM Agama Datuk Marzuk Shaary pada 24 Jun 2021, yang terkait dengan isu penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT yang berleluasa sempena bulan Jun yang diangap sebagai 'Gay Pride Month'.
2. Sehubungan itu UMMAH menyokong penuh ketetapan dan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Task Force secara bersepadu diantara agensi yang terlibat iaitu KKMM, Jabatan Peguam Negara dan PDRM bagi melaksanakan tindakan tegas dan segera bagi menangani isu agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

UMMAH sokong NGO SEDAR dan QIAM, formula kerajaan Melayu Islam yang stabil gabungan UMNO, PAS dan Bersatu.


1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato Sirajuddin Hj Saleh, Pengerusi NGO SEDAR dan QIAM yang bertajuk :

PRU 15 : UMNO, PAS DAN BERSATU PERLU BERTANDING SEBAGAI SATU PASUKAN.
2. UMMAH sebagai penganjur utama Himpunan Perpaduan Ummah bersama NGO2 Islam dan parti2 politik Islam melayu bagi Himpunan Bantah ICERD pada 8 Dis 2019, menyokong penuh cadangan Dato Sirajuddin atas cadangan yang dikemukakan demi menjaga kuasa politik ummat Islam dan orang melayu sebagai majoriti di negara ini.

Parlimen dijangka bersidang selewat-lewatnya minggu pertama September


KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama berkata, tarikh itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat terlebih dahulu, dijangka pada akhir Julai.

Terung bantu suami isteri bangkit selepas rebah dibadai Covid-19

 

MUHAMMAD Rozi Ismail dan Haslina Md. Jalil di kawasan tanaman terung di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang. 

JERANTUT: Sepasang suami isteri dari generasi kedua pene­roka Felda di sini membuktikan kesan Covid-19 bukan peng­ha­lang untuk kembali bangkit.

Muhammad Rozi Ismail, 41, dan Haslina Md. Jalil, 40, dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini mula menikmati hasil gigih mereka mengusahakan tanaman terung sejak selepas pendapatan terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘Tak boleh makan durian selepas divaksin?’

NOOR Azmi Ghazali melihat proses suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang penerima ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Merdeka, Tapah. 

TAPAH: Memakan buah durian tidak memberi kesan kepada individu sama ada selepas atau sebelum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, tiada dalam amalan perubatan yang menyatakan demikian sebaliknya pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin.

3 hari berturut-turut lepasi 250,000 dos suntikan, negara hampiri sasaran vaksinasi 10% penduduk menjelang Julai

Khairy berkata, selama tiga hari berturut-turut negara mencatatkan lebih 250,000 dos suntikan sehari selepas merekodkan 268,604 dos suntikan semalam.

PETALING JAYA: Negara semakin menghampiri sasaran 10% daripada jumlah populasi divaksin selepas 15% atau 4.9 juta individu berumur 18 tahun ke atas sudah menerima vaksin dos pertama setakat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu seramai 1.89 juta atau 5.8% sudah lengkap dos kedua.

Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

 

Datuk Seri Mazlan Lazim

PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Masakan Cina : Ayam Lemon

Ayam lemon merupakan antara masakan Cina yang kerap disajikan di kebanyakan restoran. Resepinya juga cukup mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Mohamad Firdaus di laman Facebook.

Senarai 60,000 jemaah haji diumum hari ini

 

LEBIH 500,000 permohonan diterima untuk mereka yang mahu mengerjakan haji tahun ini.

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mengumumkan senarai 60,000 jemaah yang dipilih untuk menunaikan haji, hari ini.

Arab News melaporkan, selepas dibuka selama 10 hari, sebanyak 540,000 permohonan diterima daripada penduduk tempatan dan warga asing yang mendiami negara ini.

Tindakan tegas menghina agama, promosi LGBT


KUALA LUMPUR: Tindakan tegas secara bersepadu dalam kadar segera dilaksanakan bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT khususnya di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary setelah selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Vaksin percuma untuk rakyat, lapor jika ada tawaran pembelian, kata menteri

 

Suntikan vaksin bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah percuma kepada semua penduduk, kata Khairy Jamaluddin.

Katanya, walaupun orang ramai mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) bawah pengamal perubatan swasta, tiada kos rundingan boleh dikenakan.

Euro berhenti letak botol Heineken depan pemain Islam

 

PAUL Pogba mengalihkan botol Heineken yang diletak di depannya dalam sidang akhbar.

LONDON: Penganjur Euro 2020 akan berhenti meletakkan botol Heineken tanpa alkohol di depan pemain beragama Islam selepas Paul Pogba mengalihkan minuman penaja kejohanan itu minggu lalu.