09 Mei 2014

Raikan Hari Kebebasan Akhbar bersama Pak Samad, 10 Mei

8 Rejab 1435. [MOD] -
HARAKAHDAILY | .
BATU: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan PAS Kawasan Batu akan meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 pada 10 Mei ini, jam 9.00 malam di Dewan Orang Ramai, Taman Gombak bersebelahan Taman Gombak Ria.

Program yang dikenali sebagai "Temu Mata Dato' A Samad Said Bersama Facebooker, Bloggers, Wartawan & Penulis" turut mengundang Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin sebagai gandingan panelis dalam "gebang-gebang santai" mengenai kebebasan media di negara ini, selain tokoh Sasterawan Negara.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diraikan pada 3 Mei setiap tahun.

Calon presiden dianggap rendahkan martabat Golkar

8 Rejab 1435. [MOD] -

JAKARTA: Dewan Pertimbangan (Wantim) Parti Golongan Karya (Golkar) menyangkal spekulasi bahawa Ketua Umum parti berkenaan, Aburizal Bakrie(gambar) dijadikan calon naib presiden bagi calon presiden parti lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.

Badan tertinggi Parti Golkar itu berpendapat, spekulasi itu tidak sepatutnya timbul kerana parti tersebut berada pada kedudukan kedua pada Pemilu Parlimen, 9 April lepas.

Sebelum ini, Aburizal telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yang menyebabkan Aburizal dikatakan 'merendahkan martabat' Parti Golkar apabila bersedia menjadi calon naib presiden kepada Prabowo.

Yingluck hadapi tuduhan cuai jalan tugas

8 Rejab 1435. [MOD] -


Yingluck Shinawatra yang dilucutkan jawatan sebagai perdana menteri oleh Mahkamah Perlembagaan semalam, didapati bersalah hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) terhadap pertuduhan cuai menjalankan tugas berhubung skim subsidi beras.