25 September 2008

Kuih Kalakataar.

Beberapa hari kebelakangan sejak pertengahan puasa lepas ramai orang membicarakan tentang kuih tradisi orang Banjar "kalakataar"(lihat :http://adamftrade.blogspot.com/ )Terasa istimewa pula sebab isteri saya adalah orang Banjar dan kuih itu telah menjadi kegemaran sejak khawin dengan isteri tercinta.





Itulah hikmah perkahwinan bukan sekadar ikatan sesama manusia namun mengikat kita dengan tradisi dan adat orang yang kita kahwini.


Kalau bercakap mana dia kalakataar yang paling sedap saya spontan akan menjawab yang paling sedap adalah yang dibuat oleh isteri dan ibu mertua kesayangan. Satu lagi yang dijual disebuah warung kecil di Parit Teluk Pial dalam DUN Kuala Kurau tidak kurang juga sedapnya.

Setiap kali kalau ada pertemuan resmi keluarga termasuk pada minggu lepas kami adakan majlis berbuka dikalangan adik beradik, emak memasak kuih kegemaran menantunya itu.

Anak-anak kami semuanya gemar memakan kuih itu, pastinya memberi semangat kepadanya untuk membuat kuih itu kalau ada kelapangan.

Biarlah kita riuh dengan kalakaatar tetapi masalah lain banyak lagi yang kita kena selesaikan dan fikirkan. Kulakataar akan terus kekal sebagai kuih tradisi orang Banjar namun masalah yang meghadapi masyarakat dan bangsa serta suku Banjar kita kena selesaikan.

Minyak turun 10 sen.

Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.

Bagi negeri-negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.

Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

Harga minyak dijangka turun lagi 10 sen sahaja.

Harga minyak dijangka diturunkan sebanyak 10 sen lagi, selepas penurunan sebanyak 15 sen bulan lalu.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 dijangka turun kepada RM2.45 seliter manakala RON 92 pula berharga RM2.40.


Kerajaan juga dijangka mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Semalam, Perdana menteri berkata beliau berharap harga petrol dan diesel dapat dikurangkan susulan harga minyak mentah dunia yang berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengurangan harga akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi ini.

"Perkara yang berkaitan dengan minyak, subsidi dan seumpamanya adalah perkara-perkara yang diputuskan di dalam kabinet.

"Dan lebih baiklah kita tunggu dulu daripada memberi sebarang bayangan berkaitan dengan perkara itu."Jika esok kita tengok ada, adalah, harap-harap begitulah (harga minyak turun)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Exco Ekonomi Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).




Jikalah benar seperti yang dijangkakan nampaknya penurunan ini tidak dapat meringankan beban rakyat yang ditanggung selama ini.