21 November 2011

Banjir mula landa Pantai Timur, 22 dipindahkan

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

Beliau berkata, di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada jam 8 pagi ini manakala kampung yang terbabit di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

"Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui," katanya.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.

- Bernama

Mati bersama hutang mahjong

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang tertekan akibat dibebani hutang mahjong sebanyak RM3,000 dikatakan sempat bersembahyang sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan Choo Siew Wah, 56, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Difahamkan, Siew Wah sebelum ini mengalami tekanan jiwa selepas gagal membayar hutang mahjong tersebut yang dipinjam daripada rakan-rakannya di kawasan perumahan tersebut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, mangsa dilihat masuk semula ke rumah selepas selesai bersembahyang di luar rumahnya.

“Namun, tanpa disedari, dia telah keluar semula lalu terjatuh ketika berada di koridor rumahnya. Ketika itu suaminya sedang membersihkan sayur di dapur dan terkejut apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.

“Apabila ditinjau, dia melihat mayat isterinya berada dalam keadaan terlentang di tingkat bawah,” ceritanya ketika ditemui.

Beberapa bulan lalu, mangsa pernah cuba membunuh diri dengan cara yang sama tetapi dapat dihalang oleh jiran yang menyedari tindakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

kosmo/-

Susu 1Malaysia: Kenapa kementerian tidak bertindak?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, pengumuman di laman web KR1M sahaja tidak memadai sebaliknya kementerian harus mengiklankannya di media arus perdana."Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi.

Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna," katanya.

Tambahnya pengguna yang membeli produk di KR1M bukan dari golongan yang selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas pihak yang mendakwa pendedahan oleh Pakatan Rakyat berhubung isu itu hanya bersifat politik.

Katanya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanggungjawab 'check and balance' kepada pihak kerajaan.

"Kita hanya jalankan tugas semak dan imbang kepada kerajaan. Ini bukan soal politik, tapi soal keselamatan rakyat.

"Kita mintak Fomca dan PPIM juga perlu bersama kami," katanya.

harakahdaily/-

Sekolah terbakar: 2 guru maut

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JEDDAH: Dua orang guru mati dan 46 lagi, hampir kesemuanya pelajar, cedera dalam satu kebakaran di sebuah sekolah persendirian di Wilayah Safa di Jeddah, semalam.

Kebakaran itu bermula di bahagian bawah tanah bangunan sekolah, berkemungkinan disebabkan oleh litar pintas.

Bagaimanapun belum ada pegawai yang mengesahkan punca kebakaran di sekolah Baraim Al-Watan yang bermula jam 12.57 tengah hari itu. Bangunan sekolah itu menempatkan murid perempuan di tahap tadika, sekolah rendah dan peringkat menengah rendah.

Senarai jumlah mangsa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, menyebut dua orang guru meninggal dunia, 46 cedera dan 23 lagi mendapat rawatan di beberapa hospital.

Daripada 46 yang cedera, dua masih berada di unit rawatan rapi, manakala yang lain mendapat rawatan kerana melecur dan luka ringan.

Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal yang melawat sekolah itu berkata, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Katanya, pegawai Pertahanan Awam telah diminta untuk menyediakan laporan secepat mungkin. -AN

Tak bubar DUN Selangor, Umno kini gusar, kata Faekah

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.

Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.

NONEMenurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

“Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.

“Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

NONEMenurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan.

Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya.

“Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Ghairah main politik

“Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

azlan“Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium,” katanya.

Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.

“Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.

“Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal,” katanya.

NONEFaekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.

malaysiakini/-

Ibu tua uzur terlantar disisih anak-anak

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KULIM — Dalam keadaan uzur dan diserang angin ahmar seorang warga emas, Jamilah Osman, 70, kini terlantar di rumah ibu saudaranya di Kampung Padang Kulim, di sini sejak dua minggu lalu kerana disisihkan anak-anak.

Keadaan sedih menimpa ibu tua ini bermula setelah seorang anak perempuannya bernama Aminah meninggal dunia setahun yang lalu, kemudian Jamilah menetap di Perak dijaga anak-anaknya yang lain.

Rumah ibu saudara Jamaliah, Zainab Tahir, 80, berhampiran sebuah rumah usang milik keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan tidak dihuni. Zainab yang tinggal bersendirian juga uzur akibat sakit tua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Padang Kulim, Wan Nazir Wan Abd Rahim berkata, seorang cucu Jamaliah telah menghantar warga emas itu ke rumah lama berkenaan.

Katanya, bagaimanapun kerana rumah tersebut terlalu uzur, cucu Jamilah meninggalkan dia di rumah Zainab, yang kebetulan pula ketika itu tiada di rumah.

Wan Nazir berkata, setelah berbincang, keluarga Zainab bersetuju menempatkan Jamilah buat sementara waktu di rumah ibu saudaranya itu dan dimaklumkan wanita itu dibiarkan setelah wang simpanannya dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dikeluarkan Mac lalu.

Jamaliah mempunyai enam orang anak termasuk Aminah hasil perkongsian hidup dengan suaminya Allahyarham Ahmad Din.

Sementara itu UMNO Bahagian Padang Serai berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim untuk disiasat.

Setiausaha bahagian itu Ahmad Zubib Saad yang mengunjungi Jamaliah hari ini menyampaikan bantuan tabung segera JKM sebanyak RM300, manakala Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Rohana Mohd Yusuf berkata, wanita itu akan ditempatkan di Rumah Ihsan di sini. - Bernama

ISA: Rakyat benci pemimpin mungkir janji, kata PAS

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diingatkan supaya konsisten dengan janji-janji yang ditaburkan kerana rakyat rakyat benci dengan pemimpin yang memungkiri janji.

Menurut ketua penerangan, Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, sikap memungkiri janji adalah pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.

azlan“Jika ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan. Sikap ‘walk the talk’ adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini.

“Sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini, hari ini.

Sehubungan itu, Riduan juga membidas Hishammuddin yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah ISA sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

“Pemuda PAS menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan ‘melepas diri’ dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin“Jawapan Hishamuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA. Sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum,” katanya.

Riduan juga mempersoalkan mengapa 13 individu berkenaan perlu ditangkap mengikut ISA dan tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?

“Buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

“Jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

“Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi,” katanya.

Menzalimi rakyat

Namun demikian, menurut Riduan, Pemuda PAS tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan dan berpendapat keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya.

azlan“Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh.
“Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut.

“Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?” soalnya.

Menurut Riduan, perkara yang sama pernah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang dilakukan.

najib special address malaysia day 150911Najib pada 16 September lalu, sempena Hari Malaysia, mengumukan pemansuhan akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, akta itu masih digunakan untuk menangkap 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Walaupun dibidas pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, Suhakam, NGO dan kumpulan hak asasi, Hishamuddin memilih memperttahankan penggunaan akta berkenaan.

malaysiakini/-

Amaran hujan di utara dan pantai timur

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai hari ini sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi semalam.

Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan tersebut boleh menyebabkan banjir.

Sementara itu angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.

Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. - Bernama

Produk KR1M: Mengapa kementerian membisu?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

NONEMerujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

1malaysia milk kr1m kedai chilli sauce sos cili 161111Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

malaysiakini/-

PKR dakwa NFC biayai umrah keluarga Shahrizat

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PKR mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir ini.

“Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang juga ahli Parlimen Machang berkata, dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya.

Justeru, beliau menyeru supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membuat kenyataan mengenai skandal itu, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek itu tidak dibawa ke peringkat kabinet.

Sebaliknya, kata beliau projek berjumlah RM250 juta itu khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

“PKR pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini,” ujarnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Saifuddin memberi contoh, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Tegasnya, PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Menurutnya lagi, selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Justeru, katanya PKR menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura.

Beliau memberitahu, Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan api.

Katanya lagi, semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Tambah beliau, semakan PKR menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

Menurutnya lagi, PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture Pte Ltd di Singapura.

Jelasnya, Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Beliau menambah, semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.

“Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagaisyarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

“Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta,” ujarnya.

Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

harakahdaily/-

Main bola tanpa kaki

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.

Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius.

Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, “Ia adalah perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa.”

Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.

Tapi dia membesar dengan sokongan daripada kembarnya Sophie dan ahli keluarganya yang lain di Little Calcton, Essex.

Ellie tidak boleh berlari menggunakan kaki palsu standad kerana ia menyakitkan.

Ellie adalah peminat setia Arsenal, terutama pemain Gary Roberts.

Apabila mengetahui kisah Ellie, orang ramai mengadakan kutipan derma untuk membelikan dia sepasang kaki palsu ringan Flex Run Feet yang berharga 10,000 pound (RM50,000) yang dibuat daripada gentian oleh sebuah firma Dorset Orthopaedics di Britain.

Ellie adalah pemakai paling muda kaki palsu itu - dan dia menggunakannya setiap minggu untuk bermain bolah sepak untuk pasukan Sekolah Rendah Engaines.

Lisa, 37, yang membantu orang kurang upaya berkata, “Dia tidak mengalami masalah di padang bola. Dia terus berlari dan bermain.

“Pasukan kegemarannya adalah Arsenal dan dia akan menyaksikan semua perlawanan mereka dengan bapanya.”

Bapanya, Paul, 48, yang bekerja sebagai penjaga berkata, “Dia kelihatan sangat luar biasa bila beraksi di padang.

“Dia memang suka bermain bola dan sangat mahir menggelecek bola.”

metro/-

Syria semakin parah

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya dua butir bom tangan meletup di bangunan milik parti pemerintah Syria, Parti Baath di Damsyik, semalam.

Serangan itu adalah yang pertama dilaporkan di ibu negara itu sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar Al-Assad bermula, lapan bulan lalu.

Menurut laporan saksi, serangan berlaku beberapa jam selepas berakhirnya tempoh diberikan Liga Arab kepada kerajaan Syria supaya menghentikan kekerasan terhadap penduduk negara itu.

"Asap tebal dapat dilihat daripada bangunan yang hampir kosong itu. Nampaknya serangan ini adalah tanda amaran kepada rejim Bashar," menurut seorang saksi yang enggan dinamakan.

Namun laporan serangan itu tidak dapat disahkan secara tepat kerana kerajaan Syria menghalang media luar daripada memasuki negara itu sejurus kebangkitan rakyat bermula, Mac lalu.

Bashar kelmarin mengumumkan pilihan raya akan diadakan Februari atau Mac depan dan perlembagaan baru akan dibuat oleh Parlimen yang dipilih rakyat semasa pilihan raya itu.

sinar harian/-

Bila Mesir akan aman?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Rakyat Mesir menggulingkan pemimpin kuku besi negara itu, Hosni Mubarak dengan harapan mendapat kebebasan dan keamanan serta kehidupan lebih baik pada masa depan.

Namun jika diukur dengan perkembangan yang dapat dilihat di Mesir, lebih sembilan bulan selepas kejatuhan Mubarak, harapan penduduk negara itu mungkin masih terlalu jauh untuk dicapai.

Kekacauan terbaru berterusan buat hari kedua di Mesir, semalam, selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis, kelmarin, menyebabkan dua orang terbunuh dan 676 lagi cedera.

Perkembangan ini membimbangkan kerana ianya adalah kekacauan terbesar di negara itu sejak Februari lalu dan ianya berlaku kurang 10 hari sebelum pilihan raya negara itu dijadual berlangsung.

Corak kekacauan terbaru itu dilihat serupa dengan kebangkitan rakyat Mesir selama 18 hari yang menggulingkan Mubarak, 11 Februari lalu selepas pemerintahan beliau selama 30 tahun.

Penunjuk perasaan kini menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir yang meme-rintah negara itu buat sementara waktu supaya segera mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru yang akan dibentuk selepas pilihan raya.

Menurut laporan media, ribuan perusuh di Kaherah, Iskandariah dan Suez berarak, kelmarin, sambil melaungkan ‘Rakyat mahu gulingkan kerajaan’ semasa menyerbu ke arah polis antirusuhan yang menggunakan peluru getah dan menembak gas pemedih mata bagi menghalang penunjuk perasaan.

Perusuh dilaporkan turut memecahkan simen daripada laluan pejalan kaki dan membaling serpihannya ke arah polis semasa pertempuran di Dataran Tahrir, iaitu lokasi utama yang menjadi antara simbol revolusi dunia Arab.

Selain itu, media melaporkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan kerajaan turut dibakar dalam kekacauan terbaru di Kaherah itu.

Undian bagi pilihan raya pertama Mesir selepas kejatuhan Mubarak dijadual bermula, 28 November ini namun ia mungkin tertangguh jika keganasan kembali tercetus di negara itu.

Majlis Tertinggi Tentera Mesir menerima sokongan rakyat untuk mengawal keadaan negara semasa permulaan pemberontakan terhadap Mubarak tetapi penduduk Mesir kini mula mendakwa institusi itu ingin mengekalkan kuasa sebagai pemerintah walaupun selepas kerajaan baru dibentuk kelak.

SINAR HARIAN/-

Pas mahu akaun NFC dibeku segera

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mahu segala aktiviti perbelanjaan dan akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd. milik suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dibekukan dan digantung segera. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu perlu dibuat kerajaan dengan segera sehingga satu badan audit bebas melakukan 'forensic auditing' terhadap akaun dan aktiviti syarikat tersebut. "Kita mintak akaun dan segala kegiatannya digantung (moratorium) segera dan kerajaan perlu mengarahkan pihak ketiga membuat forensic auditing. "Sejak isu ini dibangkitkan, kita tidak nampak apa-apa tindakan diambil kerajaan khususnya Perdana Menteri, sedangkan tuduhan itu serius," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor kepada Harakahdaily. Selain itu beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah dana awam berjumlah RM250 juta itu deberikan kepada NFC secara penganugerahan (grant) atau pinjaman mudah dengan interest dua peratus. "Umum masih bertanya, adakah pemberian dana awam itu diberikan secara grant atau pinjaman. "Andai kata pinjaman dua peratus, mesti ada terma dan syarat pinjaman, dedahkan apa dia terma dan syarat itu," katanya. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya projek berjumlah RM250 juta itu didakwa diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan ‘kucar-kacir’. Malah lebih dari itu, PKR juga mendakwa wang itu digunakan untuk kepentingan keluarga ketua wanita Umno itu termasuk membeli kondominium mewah di ibu negara.

Harakah Daily

Pengguna Terpaksa Mandi dengan Air Tercemar ?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MIRI - Masalah air paip kotor di bahagian Miri dan Sibuti memang sudah lama berlaku dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Mengikut sampel air paip yang diperolehi dari Mohdar Hj Ismail seperti contoh dibawah jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.

Air paip yang diambil dari lokasi tertentu secara rawak:

1. Pusat Bandar Miri
2. Luak Bay
3. Kg Bakam
4. Kg Siva Jaya
5. Kg Terhad
6. kg Angus
7. Kg Tengah
8. Kg Menjelin
9. Kg Jengalas
10. Bekenu Bazaar

Sampel ini di ambil dari jam 14:30-08:00 pada 2011/11/17 dan akan lebih banyak lagi sampel air di kumpul dari kawasan Sibuti dan Miri menurut Mohdar Hj Ismail dalam face book nya. Banyak lagi contoh-contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang.

Ramai pengguna mengadu mengapa pihak LAKU (lembaga Air Kawasan Utara) tidak membuat sesuatu agar perkara ini dapat diatasi dengan segera kerana pengguna terpaksa membayar bil air yang tidak dapat digunakan untuk mandi dan memasak. Bahkan penapisan air pengguna juga tercemar akibat menapis kekotoran kesan dari air paip yang kotor tersebut.

Kita mendesak agar pihak LAKU bertindak dengan segera jangan sampai pengguna terkena penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna akibat menggunakan air kotor. Berilah perkhidmatan terbaik untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-semata tapi pengguna tidak diberi perkhidmatan yang sebaiknya.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

“DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan ‘melepas diri’ dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, DPP Malaysia berpandangan, jawapan Datuk Seri Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum.

Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan Hishammuddin, sekiranya benar mereka berbahaya terhadap keselamatan negara dan serantau, mengapa perlu di tangkap di bawah ISA.

“Mengapa mereka tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?” soalnya lagi.

Tegasnya, buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

Tambahnya, jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

“Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi,” ujarnya.

Namun demikian, tegasnya DPP Malaysia tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan.

“Keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya. Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh,” tegasnya lagi.

Katanya, Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut.

“Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?” tanya beliau seterusnya.

Ini juga, ujarnya yang telah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang mereka lakukan.

Justeru, katanya DPP Malaysia mengingatkan Hishammuddin dan kerajaan Malaysia agar konsisten dengan janji yang ditaburkan terhadap rakyat.

Tegasnya, jika ISA telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan.

“Sikap walk the talk adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini, sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat,” katanya lagi.

DPP Malaysia juga, katanya mengingatkan sikap itulah sebagai pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.

HARAKAHDAILY/-

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 40 )Sivakumar- anggap sidang bajet ini adalah penting dan berharap ketua pembangkang diberikan masa secukupnya seperti amalan biasa termasuk di parlimen dan begitulah masa yang secukupnya diberikan kepada semua adun untuk berbahas.

( 39 ) Keadaan hutang negeri melebihi simpanan adalah mendedahkan perak kepada bahaya dan merupakan penderhakaan kepada rakyat. Menjangkakan lebih banyak pemberiaan akan disalurkan dalam masa terdekat semuanya demi memancing undi

Ngeh-bajet kalau ada lebih sepatut kita menambah simpanan bukannya digunakan untuk memancing undi

( 38 ) Ngeh- mengikut kenyataan itu mengambarkan kedudukan speaker ganesan tidak sah dan sivakumar masih speaker yang sah. Kes sivakumar diheret keluar dan timbalan speaker yang ambil alih adalah tidak sah.

( 37 ) Dato Ngeh mengatakan pengakuan dari bekas ketua hakim negara tun zaki yang mengatakan dia tidak terlibat dalam menentukan panel hakim dalam isu perak maka menggambarkan bahawa keputusan isu mb dan speaker di perak serta kes-kes lain yang berkaitan adalah dipertikaikan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam


25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ds nizar sedang menyampaikan kenyataan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 36 ) Ds Nizar juga mempertikaikan mengenai kebebasan pergerakan adun dikawal ketat oleh pihak keselamatan yang dipanggil dari luar untuk berkawal pada hari ini

( 35 ) Kami pr merakamkan bajet tidak mengambarkan prinsip pengurusan kewangan yang baik. Malah ianya satu penghinaan kepada rakyat. Di Perak kita lihat bagaimana kerajaan untuk meningkatkan pendapatan. Kami sepakat mengatakan ini adalah bajet undi dan utk tersuakan kerajaan haram

( 34 ) Bajet tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri tetapi dalam bentuk pemberian. Pada prinsipnya bajet sekali ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tidak digambarkan apakah cara bn hendak menambah hasil pendapatan negeri

( 33 ) Ds Nizar menyifatkan bajet defesit lebih 50 juta adalah bajet pilihanraya untuk teruskan kerajaan haram diperak. Sifatkan satu bajet yang cuba digambarkan baik. Pendekatan bajet seperti yang najib bentang.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -



Sidang media selepasa sidang ditangguhkan di bilik sidang media.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

( 32 ) MB Zambry mengakhiri pembentangan bajet dengan di sokong oleh pengkalan hulu. Ganesan menangguh sidang kepada esok jam 10 pagi...juga memaklumkan sidang akan berlanjutan hingga jumaat.

( 31 ) Zambry mendakwa bajet defesit lebih rm 50 juta akan diisukan oleh pakatan rakyat.

bajet perak 2012 mengalami defesit sebanyak RM 50.142 juta. Satu angka yang besar dan mengambarkan kepincangan pengurusan kewangan yang mendedahkan kerajaan negeri perak kepada sebuah negeri yang bankrap bila belanja lebih dari pendapatan.

( 30 ) Zambry mengumumkan peruntukan untuk buka pondok di perak dengan bajet rm 800,000 dengan permulaan bina 25 pondok

( 29 )MB Zambry sedang membentangkan bajet perak 2012 yang saya sifatkan sebagai bajet pilihanraya dan bajet terakhir BN sebelum mereka akan di tumbangkan oleh kuasa rakyat pada pru 13. Antaranya kebajikan kepada semua kelab2 guru semua sekolah diperuntukan dengan rm 2 juta untuk semua kelab guru di semua sekolah di negeri perak...

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

( 28 ) Nota dari salah seorang adun pakatan rakyat mengenai kedudukan YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry sebagai MB BN yang terakhir. Beliau sedang menyampaikan ucapan bajet 2012 dalam sidang DUN Perak yang bermula hari ini.

PRU-13: Himpunan Pemuda Pas Perak 27 Nov

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak akan mengadakan himpunan seluruh anggotanya pada 27 November ini sebagai persiapan terakhir berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijadual bila-bila masa dari sekarang.

Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS.

"Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu.

"Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya.

Pemuda PAS Perak kumpul dana PRU13

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan melancarkan Tabung Dana Khas bersempena Himpunan Pemuda PAS Perak (Hempap) 2011 bagi persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Bendaharinya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Hempap kali ini adalah persediaan terakhir bagi semua ahli Pemuda PAS Perak untuk pecutan terakhir bagi mempersiapkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU13 nanti.

“Untuk berhadapan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak khasnya dan BN Perak amnya memerlukan persediaan rapi daripada semua aspek keperluan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Ini, katanya termasuk semangat petugas ahli Pemuda PAS, faktor kewangan, kemahiran bekerja secara tersusun dan sebagainya.

“Dan Hempap ini sebagai pencetus persediaan tersebut dan kami akan memastikan seluruh kekuatan akan dimaksimakan bagi mencapai kemenangan pada PRU 13 kelak,” katanya.

Justeru, pihaknya berharap bagi rakyat negeri ini atau pengundi yang berada di luar Perak yang ingin bersama himpunan itu amat dialu-alukan, malah yang ingin turut menyumbang bagi tujuan tabung dana khas itu juga amat dialu-alukan.

Pemuda PAS Peraktelah membuka tabung dana khas tersebut atas nama ‘Perak Care’ 558015001720 (Maybank) bagi yang ingin memberikan sumbangan.

Harakah Daily

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

Mungkinkah ini sidang terakhir bagi dun perak untuk penggal ini, sidang bajet 2012 pada hari ini diharapkan sebagai sidang terakhir juga bagi BN yang berkuasa di perak secara tidak demokratik bila mereka merampas kuasa pada awal tahun 2009.

Kenapa menyusahkan guru, ibu bapa hanya RM100?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 21 Nov: “Kalau pun hendak pancing undi janganlah menyusahkan ibu bapa dan guru ketika memberi wang RM100 kepada setiap pelajar,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, pada mulanya janji Datuk Seri Najib Tun Razak wang itu akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi apa yang terjadi pihak sekolah terpaksa diiringi oleh polis ketika mengambil wang di bank.

Justeru, beliau mempersoalkan apa jaminan keselamatan, terhadap wang yang hendak diagihkan kepada pelajar-pelajar.

“Jika terjadi suatu yang tidak diingini siapa yang akan menggantikan wang tersebut?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pihak sekolah pening kepala memikirkan masalah keselamatan wang yang berada kepada guru-guru sebelum diagihkan kepada pelajar-pelajar.

Katanya lagi, ibu bapa juga turut susah, kerana umpan politik BN.

Beliau menambah, ada ibu bapa terpaksa pergi ambil di tempat yang jauh daripada sekolah anak mereka belajar kerana di sana ada majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat BN.

Ujarnya, sebelum ibu bapa diberi wang, mereka akan dengar kuliah yang bertema "bersyukurlah kepada kerajaan BN".

“Bukankah kerja ini menyusahkan ibu bapa?” soalnya lagi.

Apa yang paling malang, katanya ada ibu bapa yang marah kepada pihak sekolah, kenapa mereka perlu ke tempat lain untuk mengambil wang, sedangkan sebahagian yang lain hanya ambil di sekolah.

“Semua ini gara-gara pilihanraya sudah dekat, maka BN akan buat apa sahaja walaupun pada mulanya untuk masuk ke dalam akaun BSN sahaja, kemudian menukar strategi supaya ibu bapa pula datang ambil.

“Buatlah apa sahaja, insya Allah ini adalah khidmat terakhir untuk rakyat sebelum PRU 13,” ujarnya.



Harakah Daily

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 27 )MB Zambry meneruskan perbahasan dengan membentang Bajet Negeri Perak 2012, sekarang timbalan speaker "katak" dari jelapang mengambil tempat kerusi speaker

( 26 )Usul di umumkan oleh speaker diterima dan MB Zambry meneruskan perbahasan dengan mengusulkan satu enekmen usul kumpulan wang pembangunan 2012 diteruskan dengan bacaan kali kedua.

( 25 )Usul disokong oleh wakil Pengkalan Hulu.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 24 )MB Zambry bangun untuk mengusulkan 1. Enekmen perbekalan 2012 2.enekmen Kolej Islam darul ridzuan(pembubaran) 2011 3.enekmen mineral perak(pindaan)2011 dan diusulkan untuk kali pertama dan kedua

( 23 ) Wakil setiawan bangun mempertikaikan keadaan dan gangguan pembesar suara demi untuk merekodkan perjlanan dewan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 22 ) Wakil setiawan mempertikaikan jawapan ganesan dengan mengatakan speaker telah mengarakah SUK diarakan olehnya. Setiawan mengatakah"ini adalah rumah kami" sebagai adun dan anggap menghina dewan

( 21 )Wakil setiawan bangun meminta penjelasan mengenai kedudukan pemerhati yang datang mengikuti sidang sesuai dengan perintah tetap. Beliau mengecam tindakan mengawal dewan dengan campurtangan mengawal dewan dan meminta ganesan memastikan orang luar yang diarahkan mengawal dewan segera meninggalkan dewan dengan segera.

( 20 )Soalan tambahan oleh wakil dari Lintang mengenai kawalan kepada peniaga luar yang datang menjalankan peniagaan di tempat orang asli. Juga memohon jawapan mengenai kenapa buah kelapa sawit orang asil sebesar biji kopi. Soalan lisan ditamatkan oleh speaker ganesan.

Polis pantau aktiviti lumba haram

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -KUANTAN - Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di beberapa lokasi strategik bagi menangani masalah lumba haram khususnya ketika musim cuti sekolah ini. Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata anggota polis diarah berpakaian preman bagi memantau dan menangani masalah lumba haram. "Anggota kita akan terus melakukan penyamaran di beberapa lokasi strategik untuk memburu pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang, khususnya lumba haram," katanya di sini hari ini. Beliau berkata polis juga akan memantau kesalahan lain seperti gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memandu tanpa lesen serta cukai jalan tamat tempoh. Sementara itu, sebanyak 83 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu pemeriksaan yang bermula pukul 1 hingga 4.30 pagi tadi di Jalan Bukit Rangin-Jalan Kuantan By-Pass. Zainalabidin juga berkata polis menerima aduan jalan itu sering dijadikan tempat lumba haram oleh penunggang motosikal, terutama pada malam minggu. - Bernama

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 19 ) Soalan tambahan pertama kepada soalan 5 di tanya oleh wakil kenering

( 18 ) Soalan 5 dari wakil umno kenering mengenai memajukan taraf orang asli di perak. Dijawab oleh wakil kota tampan mewakili kerajaan negeri.

( 17 ) Chenderiang memberikan penjelasan sekali lagi untuk perhatian dewan. Soalan tambahan oleh wakil dap dari sungkai, mengenai ubat-ubat yang diperlukan pesakit tidak dibekalkan kpd pesakit dgn alasan mahal.

Apek ajak rakan pertahankan emas

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -JAKARTA - Penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meminta rakan sepasukan supaya bangkit dari keletihan menutup tirai tahun 2011 dengan mempertahankan pingat emas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA edisi ke-26 menentang tuan rumah, Indonesia petang esok. Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung pada pukul 7 petang waktu tempatan (8 malam di Malaysia) esok di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan. Malah perlawanan tersebut menyaksikan perlawanan ulangan Indonesia menentang Malaysia, di mana tuan rumah tewas 0-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A sebelum masing-masing berjaya melayakkan diri ke separuh akhir. Menurut Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, sekiranya kemenangan ini berjaya dipertahankan, skuad B-23 ini pastinya akan membawa bekalan moral yang tinggi untuk menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur. Malaysia akan bertemu Syria pada Rabu ini, pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. "Saya cuma mengharapkan kami semua (pemain) dapat memberikan pingat emas dan seterusnya mempertahankan kejuaraan ini sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lobi hotel penginapan skuad bola sepak negara di sini hari ini. Pemain kelahiran Kelantan ini berkata beliau percaya terhadap rakan sepasukan dapat menjulang maruah negara ke tahap tertinggi di stadium keramat pada malam esok di hadapan penyokong tuan rumah yang pastinya sering membuat provokasi dan ejekan terhadap Malaysia. "Kita semua tidak akan tunduk dengan ejekan penonton mereka dan 'boo' itulah menjadikan kita lebih bersemangat bermain bagi tunjukkan siapa lebih hebat. "Apa yang penting adalah fokus. Kami semua tidak mahu terlepas peluang meraih emas kerana rata-rata pemain bawah-23 ini adalah pertama kali menyertai temasya ini," katanya. Beliau berkata tumpuan pastinya akan diletakkan ke atasnya kerana Indonesia pastinya akan cuba merobek gawang negara menerusi trio penyerang dari Papua New Guinea, Patrick Wanggai, Titus Bonai dan Oktovianus Maniani yang dilihat berbahaya buat gawang negara. "Saya harapkan rakyat Malaysia doakan kami semua untuk berjaya dan saya percaya pertahanan kita masih terbaik dan saling 'backup'. Sebarang kesilapan pastinya mereka akan peroleh peluang gol," katanya. Pemain berusia 22 tahun ini berkata semangat tidak kenal erti putus asa seperti yang dipamerkan ketika menang ke atas tuan rumah dan Myanmar semalam perlu dikekalkan jika mahu mengulangi kejayaan membenam Indonesia. "Kami semua agak keletihan mengharungi tiga perlawanan berturut-turut dengan tempoh rehat, hanya selang sehari tetapi menang pingat emas ini menjadi keutamaan buat kami kerana kami menggalas cabaran besar buat negara. "Menang bola sepak ibarat kita menang keseluruhan acara Sukan SEA ini dan juga maruah negara," katanya. Bermula dengan perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A pada Khamis, skuad tersebut kemudian menentang Myanmar pada penentuan separuh akhir, malam tadi dan akan bertemu Indonesia, malam esok. Skuad negara kemudian akan menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini dalam kempen kelayakan Olimpik. - Bernama

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 16 )Chenderiang menarik balik bila sidang dihangatkan dalam isu tersebut. Buntung bangun dengan bertanyakan masih perlukan penjelasan kerana masalah lif ditanya oleh rakyat sudah 2 tahun lepas. Sebab dia nak jelaskan kepada rakyat terutamannya pada hari minggu.

( 15 ) Sidang dibagatkan bila chenderiang mengatakan mengenai penyelenggara lif dihospital kurang enak dijelaskan sebabkan melibatkan seorang ahli yang berhormat. Pasir panjang dan stiawan membantah disebabkan tidak menyebutkan mana nama adun tersebut dan kalau tidak disebut ia menjadi fitnah.

( 14 ) Soalan 4 dari wakil dap buntung kepada kerajaan negeri mengenai masalah bospital raja permaisuri bainun ipoh dengan dijawab dari wakil mca dun chenderiang.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 13 )Wakil pas dari selingsing mohon penjelasan atas kapisiti sebagai bekas seorang tentera lebih 20 tahun mempersoalkan mengenai kedudukan sebidang tanah di dlam dunnya untuk tujuan itu dijadikan kolan udang.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 12 )Soalan tambahan di benarkan oleh ganesan kepada wakil dari kubu gajah. Adun pr persoalkan mengenai persoalan bila beliau banyak berleter dengan memuji-muji kerajaan negeri. Ganesan juga bertanyakan man soalan? Dan menggamatkan suasana dewan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 11 ) Wakil temenggor bangun untuk bertanyakan soalan tambahan mengenai, bilakah program penganugerahan itu akan bermula..

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 11 ) Jawapan diberikan oleh wakil kerajaan dari manong dengan menyenaraikan RPT dan jumlah keluasan yang dianugerahkan kepada bekas tentera di semua daerah.

Segera cegah,bukan tuding jari

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM - Masyarakat diseru tidak meminggirkan atau menghina anak tidak sah taraf kerana mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Malahan status dipikul bukanlah daripada kesalahan sendiri, sebaliknya akibat kesalahan kedua ibu bapanya.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 11 ) Soalan ke 3 oleh adun BN dari temenggor mengenai penganugerahan lot tanah kepada bekas-bekas tentera yang tinggal di negeri Perak.