09 Jun 2017

Jangan berkira dalam beribadah

Pena Idham Lim
14 Ramadhan 1438H.

Ingatlah segala ibadah yang di lakukan termasuklah di bulan Ramadhan adakah puasa, Tarawih dan pelbagai ibadah lain yang kita kerjakan bukan untuk orang lain tetapi untuk bekalan diri sendiri untuk menghadapi kehidupan yang abadi kelak. Saya hairan melihat orang yang sangat berkira mengenai ibadah yang dikerjakan . Malah ada yang sanggup bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih sedangkan segalanya adalah untuk diri sendiri. Tidak rugi sesuatu amalam soleh yang dikerjakan sedikit apa lagi banyak kerana ianya adalah bekalan yang berguna bila kita dipanggil Illahi nanti.

Sejahtera Bersama Islam.

JAGA KEHARMONIAN NEGARA, TOLAK BUDAYA SAMSENG

Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.