10 Mac 2010

Nasihat PJ PAS Perak ; Garang di Mesir dan garang di Malaysia.

KAHERAH, 9 Mac : Garang di Mesir kalau tidak garang dan bergerak di Malaysia bila habis pengajian adalah tidak guna. Medan sebenar adalah di Malaysia dan di Mesir adalah medan latihan. Demikian antara pesanan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussin kepada Pelajar Malaysia di Mesir disini dalam satu program yang diatur.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak juga berpesan kepada mereka supaya membuat persiapan sebaik mungkin dan balik ke malaysia sebagai amilin dan murabittun.

"Pada hari ni kita mesti meletak ilmu diutamakan, kita berjuang berdasarkan kepada hujjah dengan dalil dari Al Quran dan Sunnah." Pesan Ust. Bakar.

Selain itu beliau menyatakan bahawa Misi PAS Perak ialah mengilmukan rakyat, berbeza dengan UMNO yang suka rakyat bodoh dan jahil. Sebab itu dia menganjurkan ilmu yang bodoh-bodoh.

Sehubungan itu harapan kepada mereka supaya merebut peluang yang ada di Mesir untuk mendapatkan ilmu sangat terbuka luas dan rebutlah peluang dan suasana ini.

"Bila Ilmu tidak diberikan keutamaan maka jadilah mereka golongan ulamak yang buat-buat tidak tahu seperti yang ada di Perak. Mereka jadi petualang dan menjadi masalah. Ilmu dijadikan putar belik dan fitnah." Jelasnya.

Selain itu Ust. Bakar merasa kagum dengan kegigihan pelajar yang berada di sini, sedangkan tidak menafikan ada setengah mereka yang merasa takut. tapi tidak bertempat, sebenarnya takut kena ada tapi kena bertempat.

"Bermacam-macam ilmu ada di sini, tetapi ambillah yang baik. Kami menunggu kepulangan saudara-saudari, kami kekurangan tenaga." Katanya.

Selain itu beliau juga menegaskan keujudan Pakatan Rakyat menyebabkan mereka yang anti kepada islam sebelum ini telah menghormati Islam

"Kita kena sayangkan kepada orang Cina dan India yang mereka disalah fahamkan mengenai PAS dan Islam, selain itu kita juga sayangkan kepada orang Melayu. saudaralah yang berperanan untuk menjelaskan kepada rakyat." Jelasnya lagi.

Pertemuan yang diadakan itu merupakan beberapa program yang diatur sempena dengan lawatan Rombongan PAS Perak ke Mesir. Antara ahli rombongan yang lain ialan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak , Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi dan rombongan lain .

Maaf, saya berada di luar negara sehingga 23 Mac.

Mungkin posting blog kesayangan anda ini mengalami sedikit gangguan selama saya berada di luar negara sekitar seminggu dari hari ini sehingga 23 Mac akan datang.

Kerana itu saya memohon maaf sekiranya terdapat beberapa masalah posting dalam tempoh tersebut...

Hadits pilihan.

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

Selamat berangkat.....


Rombongan Perhubungan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Ust. Abu Bakar Hussin bergambar bersama sebelum berangkat ke Mesir, Jordan dan UK malam tadi.

Pesawat Kecil Terhempas Di Kawasan Sawah

KOTA BHARU: Sebuah pesawat latihan milik swasta terhempas di kawasan sawah di Jelawat, Bachok, hari ini, dengan juruterbang dan penumpangnya dilaporkan terselamat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada 4.40 petang.

Namun katanya, beliau belum mendapat maklumat mengenai jenis pesawat dua tempat duduk itu.

Menurut jurucakap Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berada di lokasi kejadian, juruterbang dan penumpangnya dibawa keluar dari pesawat itu dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

"Seorang patah kaki manakala seorang lagi terseliuh kakinya," katanya. Bernama/-