09 Januari 2014

Bekas Miss Venezuela Mati Ditembak

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
CARACAS: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang ratu cantik Miss Venezuela dan temannya yang merupakan anak kelahiran British.

Kejadian tembakan tersebut berlaku di hadapan anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun, kata pihak berkuasa.
Monica Spear, 29, seorang bintang drama bersiri, dan Thomas Henry Berry, 39, mati ditembak dalam satu kejadian rompakan apabila kereta mereka rosak di lebuh raya di barat laut Venezuela pada lewat malam Isnin, waktu Venezuela, kata pihak polis dan pendakwa raya.

Sembilan Terbunuh, Kebakaran Kereta Api Dekat Mumbai

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
MUMBAI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian kebakaran sebuah kereta api pada awal pagi Rabu, hanya seminggu selepas 26 orang terkorban dalam satu kejadian kebakaran kereta api di tenggara India.

Kebakaran berlaku di tiga gerabak kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Mumbai ke utara menghala Dehradun.

Peningkatan Kos Boleh Tingkatkan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak - Pakar

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Para pakar memberi amaran bahawa kes-kes penderaan kanak-kanak berkemungkinan besar akan meningkat akibat tahap tekanan yang ditanggung keluarga dalam usaha untuk menangani kos hidup yang tinggi.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia berkata kekecewaan yang meningkat dalam kehidupan di bandar, tekanan kerja, isu kewangan, kehilangan keselesaan dalam keluarga, semua ini dikesan boleh membawa kepada kemarahan memuncak seseorang sejak kebelakangan ini.

Air S'gor: Akhirnya pusat setuju beri kerjasama

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Kemelut pengambilalihan industri air di Selangor bakal berakhir apabila Kerajaan Pusat bersetuju memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri dengan mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bersama syarat lain.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pertemuannya bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus kelmarin, bersetuju dengan tertakluk kepada beberapa syarat iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua orang Pentadbir syarikat konsesi air bagi menjalankan pengurusan air.

Ulama Mesir larang keluar mengundi

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Doha: Ulama Sunnah terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, semalam mengeluarkan fatwa melarang rakyat Mesir keluar mengundi di dalam pungutan suara yang akan diadakan minggu depan oleh kerajaan sementara negara itu yang disokong tentera. 


Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Presiden Mohamed Morsi sudah menggesa pemulauan proses pengundian perlembagaan baru, pada 14 dan 15 Januari ini yang dirangka pihak berkuasa sementara sejak penyingkiran beliau Julai lalu. 

Lelaki menyamar polis mati

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Lelaki menyamar anggota polis yang cedera parah dalam pergelutan ketika cuba menyamun dua pelajar Nigeria di Taman Pusat Kepong di sini, malam kelmarin, meninggal dunia awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek, 52, bersama dua rakannya berusia 42 dan 53 dikatakan menjalankan pemeriksaan di rumah sewa pelajar terbabit, sebelum memeras ugut mereka. 

‘Bughah’ berjaya alih isu kenaikan harga barang

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kini sudah lebih seminggu isu kos sara hidup tenggelam oleh kerana isu 'bughah' mengambil tempat perbincangan Masyarakat Melayu Islam di luar bandar khasnya, berjaya juga isu bebanan rakyat dialihkan tetapi harga barang naik tanpa disedari dan dibantah. 


“Adakah isu 'bughah' akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?” tanya Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan.