PAS Kawasan Kuala Kangsar melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa PAS
kurang pengaruh di Sarawak. Kenyataan tersebut sangat mengguris hati
ahli PAS khususnya di Sarawak yang telah bertungkus-lumus menjalankan
gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila
masa.Bagi kami, kenyataan tersebut seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa PAS tidak akan diberi peluang meletakkan calon mewakili kerjasama politik PAS dan PKR. Sedangkan, PAS telah pun membuat persiapan rapi dan telah mengenalpasti kawasan sasaran yang akan diberikan fokus.