02 September 2010

Wanita di Bawah Naungan Islam : Nafkah Untuk Perempuan yang Dicerai Raj’iy

23 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Perempuan yang dicerai secara raj’iy (suami masih mempunyai hak untuk merujuknya), maka hukumnya dari sisi nafkah tidak berbeda seperti leadaan perempuan (istri) yang tidak dicerai selagi masih dalam masa ‘iddah, yaitu masa di mana suami masih berhak merujuk kepada istri tanpa harus melalui persetujuannya apabila sang suami menghendaki pengembalian semua masalah kepada kondisi seperti sebelumnya yang penuh dengan keharmonisan dan kasih-sayang. Apabila seorang suami menceraikan istrinya secara talak raj’i, maka ia wajib tetap memberinya nafkah berupa sandang-pangan-papan (pakaian, makanan, tempat tinggal) dan lainnya sebagaiamana sebelum terjadi perceraian.

Wanita di Bawah Naungan Islam : Nafkah Untuk Istri

23 Ramadhan 1431H.
oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Pada kajian terdahulu telah kita sebutkan bahawa agama Islam telah membebaskan perempuan dari seluruh beban ekonomi dalam berumah tangga dan Islam membebankannya di atas pundak suami, sekali pun sang istri itu adalah seorang perempuan kaya, sang suami tetap menanggung seluruh beban kehidupan ekonomi rumah tangga, dari sandang-pangan-papan (pakaian, makanan, tempat tinggal), dana pengobatan dan lain-lainnya.

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA :LAKI-LAKI ATAU WANITA YANG MENYAMBUNG RAMBUTNYA DENGAN RAMBUT MANUSIA ATAU RAMBUT PALSU LAINNYA

23 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

50. LAKI-LAKI ATAU WANITA YANG MENYAMBUNG RAMBUTNYA DENGAN RAMBUT MANUSIA ATAU RAMBUT PALSU LAINNYA

Asma’ binti Abu Bakar berkata, seorang wanita datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Wanita itu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai anak perempuan yang pernah terserang campak sehingga rambutnya rontok, kini ia mau menikah, bolehkah aku menyambung (rambut)nya?” Rasulullah menjawab,

َعَنَ اللهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ.

“Allah melaknat perempuan yang menyambung (rambut) dan yang meminta disambungkan rambutnya.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1676.)

Dan dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu, ia berkata,

زَجَرَ النَّبِيُّ أَنْ تَصِلَ الْمَرْأَةُ بِرَأْسِهَا شَيْئًا.

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang wanita menyambung (rambut) kepalanya dengan sesuatu apapun.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1679.)

Termasuk dalam hal ini adalah mengenakan sanggul yang biasanya dipasangkan oleh pendandan rambut yang mana kedai mereka penuh dihiasi dengan berbagai kemungkaran.

Termasuk perbuatan haram ini adalah memakai rambut palsu sebagaimana banyak dilakukan orang-orang yang tidak memiliki moral, baik dari kalangan artis, bintang film, pemain drama teater, dan sebagainya.

Khidmat Musa Hassan tidak disambung

22 Ramadhan 1431H.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Tan Sri Musa Hassan tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein hari ini.

Pengumuman ini telah menghentikan spekulasi yang berbulan-bulan lamanya termasuk kempen yang dibuat oleh Utusan Malaysia agar beliau disambung perkhidmatannya.

Musa sepatutnya pencen pada tahun 2007, namun telah tiga kali khidmatnya disambung sebelum ini.

Liga Fikri Lenggong

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Liqa' Fikri bulanan PAS Kawasan Lenggong yang jadualnya menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan kali ini memberi peluang kepada yang hadir mengikuti pembentangan Powerpoint Lailatul Qadar.

Pembentangan bagi program yang diadakan di Markaz PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan di Kampung Banggol Belimbing itu dilakukan sendiri oleh Ketua Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan, Ustaz Mohd Hanafiah Idris.

Hampir 100 orang menghadiri program itu terdiri daripada pimpinan PAS kawasan dan cawangan-cawangan termasuk ahli serta penyokong, khususnya yang berada dalam DUN Kota Tampan.

"Oleh kerana program kali ini jadualnya menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan, kita memilih Lailatul Qadar sebagai maudhuk untuk tazkirah.

"Alhamdulillah sambutan menggalakkan dan pada sesi soal jawab banyak soalan dikemukakan," katanya.

Ustaz Mohd Hanafiah berkata, seperti biasa program bermula dengan majlis penerangan serta taklimat parti, tahlil, berbuka puasa dan solat maghrib sebelum tazkirah ringkas dan makan nasi.

Katanya, pembentangan Powerpoint Lailatul Qadar dibuat selepas solat Tarawih dan selepasnya diadakan sedikit aktiviti penyampaian bantuan kepada Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota Tampan, Abdullah Husin yang kemalangan jalan raya Julai lalu.

Selepas itu, katanya seperti biasa Haji Razman mengadakan aktiviti ziarah pesakit dan berusaha mengubati pesakit dengan kaedah perubatan Islam Darus Syifak sambil menyampaikan bantuan.

"Saya turut berterima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan atau ringkasnya PPK, yang sudi memberikan sumbangan bantuan untuk dua penerima melalui PAS di Banggol Belimbing kali ini," katanya.

Rafizi tanding ketua AMK, umum regu

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK).

Beliau turut mengumumkan barisan regunya - dikenali sebagai Generasi Reformasi - yang akan bertanding jawatan utama dalam AMK.

Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK.

Manakala tiga lagi ADUN gandingannya akan bertanding jawatan naib ketua dan exco. Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja).

Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan empat orang lagi - Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.

Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.

Beliau dipercayai akan mendapat tentangan sengit daripada penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.

Timbul isu baru

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi ini, Mohd Rafizi berkata, reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza pendekatan, warna kulit dan kepakaran, tetapi berkongsi matlamat yang sama.

Selepas pilihan raya umum lalu, tambahnya, walaupun isu pokok yang diperjuangkan - seperti pemansukan ISA dan kebebasan institusi kehakiman - masih sama, timbul pelbagai isu baru yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi baru yang mempunyai citarasa yang berbeza.

"Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik," katanya yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

"Berdasarkan misi in, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu dalam AMK. Sebagai persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13."

Turut hadir dalam sidang media itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya memberikan sokongan tetapi tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam AMK walaupun disebut-sebut sebelum ini.

Malaysiakini/-

PKR Perak mahu Mustaffa tanding timbalan presiden

22 Ramadhan 1431 H

PKR Perak mahu pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu November depan.

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak semalam, lapor lamanweb Suara Keadilan yang memetik kenyataan setiausaha MPN Perak, Anuar Zakaria.

Anuar dipetik sebagai berkata, kepimpinan peringkat negeri serta semua 24 ketua cabang berpendapat Mustaffa (kiri) paling layak memegang jawatan timbalan presiden kerana mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang sejak sertai parti itu pada 1999.

Menurutnya, Mustaffa berpengalaman memimpin PKR sebelum ini sebagai pemangku ketua Pemuda selama dua tahun, setiausaha agung selama tiga tahun dan naib presiden selama enam tahun.

Mustaffa juga pernah menjadi pengerusi PKR Terengganu dan Sarawak dan berjaya menyelesaikan kemelut di kedua-dua negeri itu.

Menurut Anuar, MPP Perak juga menyokong naib presiden yang juga ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohd Nur Manuty bertanding jawatan naib presiden.

MPN Perak juga mengumumkan lapan calon bagi jawatan anggota MPP bagi mewakili negeri itu.

Mereka ialah Madzi Hassan (naib pengerusi MPN Perak), Zulkify Ibrahim (ketua penerangan MPN Perak), Ismail Yusof (pengarah pilihan raya Perak), Usaili Alias (ketua cabang Parit), YB S Kesavan, (naib pengerusI MPN Perak dan ADUN Hutan Melintang), YB Tai Sing Ng (bendahari MPN Perak dan ADUN Kuala Sepetang), Muzaffar Shah Khairuddin (exco AMK pusat dan Perak) dan Siti Aisyah Shaik Ismail (ketua Srikandi Pusat).

Sehubungan itu, kata Anuar, MPN Perak meminta supaya pimpinan cabang dan ahli di peringkat akar umbi untuk mencalonkan kesemua nama yang tersenarai semasa proses pencalonan MPN kelak.

Malaysiakini/-

RM100 lagi bagi kakitangan awam Pulau Pinang

22 Ramadhan 1431 H

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.

“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

“Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.

“Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta,“ kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

Malaysiakini/-

Tunggakan cukai pintu MBAS turun RM10 juta

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Muhamad Abdul Qayyum

Hanya dalam tempoh dua tahun, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya mengurangkan tunggakan cukai pintu daripada RM27 juta kepada RM17 juta.

Pengurangan sehingga RM10 juta itu dikaitkan dengan kejayaan strategi yang digunapakai majlis berkenaan termasuk memperkenalkan kaedah pembayaran secara ansuran dalam usaha mencapai sasaran tunggakan sifar.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, berkata kejayaan itu kerana sistem yang digunakan majlis mendapat sambutan penduduk dan beliau yakin sasaran tunggakan sifar akan tercapai.

"Walaupun jumlah tunggakan semakin kurang, namun saya kesal kerana ada pemilik premis yang tidak membayar cukai pintu melebihi 30 tahun," katanya di Alor Setar.

Khazali berkata, paling ramai pemilik premis yang tidak menjelaskan tunggakan itu adalah bagi tempoh kurang dua tahun.

Sehubungan itu, MBAS akan menghantar notis segera kepada mereka meminta menjelaskan tunggakan secara ansuran dan tidak akan berkompromi dengan individu yang engkar.

Malaysiakini/-

Tandatangan online sokong hapus saman ekor

22 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.

Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.

Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota.

“Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya.

DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor.

Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor.

Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

Harakahdaily/-

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama

22 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.

"Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.

"Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.

"Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi.

Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan.

Harakahdaily/-

Bantuan raya: Kedah dicadang guna dinar, dirham

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

ALOR SETAR, 31 Ogos: Ahli Dewan Negara, Senator Zambri Yusuf mencadangkan Kerajaan Negeri Kedah supaya membayar bantuan khas sempena Aidilfitri kepada kakitangannya dengan menggunakan Dinar atau Dirham Kelantan.

Menurut beliau, dengan penggunaan dinar atau dirham adalah sebagai satu kaedah yang positif bagi memastikan ekonomi bergerak dengan lebih lancar dan adil.

"Penggunaan mata wang ini mampu untuk mengurangkan risiko manipulasi dalam sektor ekonomi dan pasaran.

"Pendedahan penggunaan mata wang ini perlu dipromosikan kerana ketika ini masyarakat belum jelas mengenai ketetapan nilai dinar dan dirham yang bergantung kepada nilai pasaran emas," katanya.

Beliau yang juga mantan Pengerusi PKR Kedah berkata, sekiranya maklumat tepat dan jelas diberikan kepada masyarakat mengenai sistem yang akan diguna pakai ini, ia akan dapat diterima oleh semua pihak.

Oleh kerana itu Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu meneruskan usaha ke arah penggunaan dinar dan dirham dari aspek yang lebih praktikal.

"Rakyat juga dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan pemikiran sempit oleh segelintir pihak yang terlalu takut kepada kaedah alternatif yang sedang giat diperkenalkan di Kelantan," ujarnya lagi.

Kata Zambri lagi, penggunaan emas 22 karat pada dinar adalah lebih tahan lasak sebagai mata wang penggunaan harian.

Manakala kadar berat 4.25 gram adalah perbandingan yang amat jelas di antara nilai dinar dan nilai emas di pasaran.

Sebagai Penyelaras Pemilihan PKR Negeri Kedah, beliau juga menyatakan penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan membuktikan kajian terperinci dan mendalam telah mereka lakukan dalam aspek dan ciri-ciri penggunaan dinar dan dirham tersebut.

Harakahdaily/-

Politik pelampau, negara hancur

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Idris Ahmad

PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sempena kemerdekaan negara ke-53, menyatakan bahawa masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama.

Kenyataan ini perlu ditujukan kepada pemimpin Umno dan BN yang sering mengeluarkan kenyataan yang memanaskan suasana politik seperti panasnya cuaca di negara pada hari ini.

Sebenarnya suasana politik negara ini menjadi panas selepas keputusan PRU 12, apabila BN tidak mendapat sokongan 2/3 di Parlimen dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Beberapa siri demo dan provokasi seperti demo di Pulau Pinang pada 14 Mac 2008 kononnya Lim Guan Eng hendak hapus Dasar Ekonomi baru, Demo di Perak 16 Mac 2008 kononnya kerajaan Pakatan Rakyat menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu, sehinggalah yang terakhir ucapan yang diucap oleh seorang Pengetua Sekolah di Kulaijaya Johor dan Guru Sekolah di Bukit Selambau Kedah.

Sebenarnya berlaku ini adalah kerana Umno BN tidak boleh belajar menjadi orang kalah. Ditambah pula kenyataan dan tindakan Perkasa yang memanaskan suasana politik di negara ini.

Tindakan yang melampau dalam agama seperti pembakaran gereja ketika isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Peristiwa kepala babi dilemparkan di dalam Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun Petaling Jaya Selatan.

Mutakhir ini isu doa untuk memberi hidayah kepada Lim Guan Eng telah digambarkan, kononnya Lim Guan Eng mengganti Yang di-Pertuan Agong, semuanya ini bertujuan untuk menanamkan prajudis dikalangan rakyat di negara ini.

Sekali lagi Umno bersikap memperalatkan agama untuk kepentingan politik dalam isu lawatan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang ke Surau al-Huda Kajang Sentral pada 22 Ogos 2010. Membuat fitnah bahawa Teo Nie memberi ‘tazkirah’ dan memberi bantuan kepada ahli PAS. Sedangkan apa yang berlaku ialah beliau memberi derma RM1,000 kepada surau dan memberi taklimat berkenaan skim pendidikan kerajaan Selangor.

Kenapa Umno tidak pernah marah selama ini, kerana ada di kalangan wakil rakyat bukan Islam dari kalangan BN yang datang ke surau/masjid.

PAS menganggap bahawa negara menyambut kemerdekaan negara kali ke-53 dalam suasana yang agak suram dengan sentimen perkauman dan tindakan melampau dalam agama yang dilakukan oleh pimpinan Umno.

Sepatutnya negara yang sudah mencapai umur kematangan setelah negara merdeka. Tetapi apa yang berlaku ialah keadaan seolah-olah negara baru sahaja mencapai lima tahun merdeka. Ini adalah gambaran bahawa BN gagal memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat di negara ini.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada generasi selepas merdeka. PAS sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, akan sentiasa bergerak di atas landasan agama.

Walaupun kadang-kadang Umno melihat PAS pelik, kerana tidak menyokong tindakan Umno seperti isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan isu orang bukan Islam masuk masjid atau surau.

Perlu diingat pemimpin PAS ada kemampuan untuk merujuk satu hukum berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan. PAS tidak mahu tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam.

Harakahdaily/-

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS

22 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga, menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.

Harakahdaily/-

IBUBAPA ADALAH CERMIN KEPADA ANAK-ANAK

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: md zainal mzd

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

“ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa lapang sebelum datang masa sibuk, masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, dan masa hidup sebelum datangnya maut”

Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana berada dalam sebuah negara yang aman damai, boleh bekerja mencari rezeki dan boleh beribadat tanpa gangguan. Pada keseluruhannya keamanan adalah terjamin dan hubungan antara satu sama lain adalah baik tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.”

Berbanding di banyak tempat di dunia ini yang tidak aman, pertumpahan darah sering berlaku walaupun antara sesama bangsa dan seagama. Kita patut insaf dan sedar bahawa kita mempunyai banyak peluang untuk melakukan yang terbaik berbanding contohnya umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam kekeliruan dan bencana akibat penindasan rejim haram yang menjadi musuh Allah.

Sayugia kita sedar, umur umat akhir zaman ini sepertimana sabda rasulullah dalam sebuah hadisnya ialah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Oleh itu marilah kita pergunakan sewajarnya umur kita yang masih ada, yang muda cara yang muda manakala yang tua sesuai dengan umur yang tua. Keadaan generasi yang akan datang banyak bergantung kepada apa yang kita perlakukan pada hari ini.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak terutama yang masih kecil, marilah kita isikan umur mereka dengan membina asas yang kukuh yang diperlukan untuk hidup bagi tempohmasa sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang akan datang. Bila sampai waktu itu sebahagian dari kita sudah pasti tiada bersama kerana tiada siapa yang boleh menongkat dunia selama-lamanya.

Kalau kita telah berusaha memberi didikan yang baik untuk anak-anak kita, maka bolehlah berharap dan berdoa agar Allah kurniakan kebaikan kepada mereka, berdoa tanpa berusaha tidak menjamin apa-apa.

Firman Allah dalam Al-Quran,

1. “ Sesungguhnya tidak akan mendapat seseorang itu melainkan sekadar usahanya”
2. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan
mereka sendiri berusaha mengubahnya”

Dalam banyak perkara terutama waktu masih kecil, anak-anak kita tidak faham apa yang kita perbuat atau perkatakan, tetapi kebolehan mereka untuk mendengar dan melihat, banyak mempengaruhi cara berfikir dalam pembentukan tingkahlaku mereka pada masa hadapan atau bila diwasa nanti.

Disamping itu kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga makan minum serta pakaian dari perkara-perkara yang meragukan.. Adalah dituntut memperbanyakkan selawat sewaktu menyediakan makanan dan minuman agar kita mendapat keberkatannya.

Di sini diperturunkan ( sekadar contoh ) beberapa perkara yang dianjurkan oleh Islam.

Sewaktu dalam kandungan
1. Suami dan isteri bergaullah secara Islam, pakaian , percakapan dan sebagainya
2. Banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran sejak dari dalam kandungan terutama selepas
tiga atau empat bulan iaitu bila roh telah ditiupkan ke jasadnya. Dianjurkan supaya ibu
dan bapa membaca sendiri Al-Quran bukan dengan memperdengarkan kaset atau
sebagainya, kemerduan suara ibubapa akan diingati sampai bila-bila.
3. Ibu-ibu yang mengandung perlu mengelakkan mengunjungi tempat-tempat terlarang
atau berlama ditempatnya.
4. Ibubapa sentiasa melakukan perkara atau amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkara
dosa dan mungkar.
5. Sentiasa harmoni sesama suami-isteri, bertutur dengan sopan dalam semua perkara
terutama bila kandungan sudah sampai waktu boleh mendengar.

Sewaktu bayi atau kanak-kanak:
1. Mengazankan dan mengiqamatkan sewaktu anak atau anak-anak dilahirkan.
2. Mendodoikan dan menidurkan mereka dengan bacaan Al-Quran atau sekurang-kurangnya
dengan perkara yang dibenarkan Islam.
3. Berselawat dan mengusap ubun-ubunnya serta sentiasa berdoa kebaikan untuknya.
4. Banyak membaca Surah Al Insyiraah sewaktu menidurkannya dan bila-bila sahaja kita
berpeluang bersama dengannya.
5. Bila kepergian samaada sendirian atau berkeluarga , usahakan supaya kita pulang ke
rumah tanpa melewati waktu maghrib.
6. Memelihara penglihatan dan pendengaran mereka dari perkara-perkara yang melalaikan
dan perkara-perkara seumpamanya.
7. Bila umur meningkat, dekatkan mereka dengan Al-Quran secara perlahan-lahan. Adalah
suatu yang amat dituntut ibubapa sendiri mengajar mereka bukan dengan menyerahkan
tugas itu kepada orang lain. Kalaupun tak dapat selalu, sekali sekala bacalah bersama
mereka.
8. Solat berjemaah, jika tidak dapat selalu buatlah sekerap mungkin.
8. Bawalah anak-anak mengunjungi tempat-tempat ibadat Islam dan di mana yang sesuai
buatlah ibadat berjemaah serta jangan lupa berdoa bersama mereka..
9. Sekali sekala bawa anak-anak menziarahi orang yang menjadi sahabat atau jiran kita
atau ibubapa kita. Mengekalkan silaturrahim sebegini amatlah dituntut oleh Islam.
10. Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang tidak dianjurkan agama Islam.
11. Tunjukkan sikap toleransi antara ibubapa dalam apa perkara sekalipun dan jangan sekali-
kali meninggikan suara terutama ibu kerana pengaruh ibu cukup kuat dalam pembentukan
sahsiah anak-anak. Sentiasa berusaha menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
12. Sebanyak mungkin amalkan makan bersama demi mengelakkan sikap individualistik
dan dalam waktu yang sama tidak membazir serta dapat menjimatkan makanan
13. Bila memasuki alam persekolahan eloklah dimulakan dengan pendidikan secara Islam.
14. Sentiasa memberi nasihat supaya menjaga tingkahlaku dan adab sopan.
15. Sebelum melepaskan mereka keluar rumah, usaplah kepala anak-anak dengan doa yang
baik-baik dan berpesan supaya berhati-hati dalam semua perkara, jika masih belajar,
doakan supaya sentiasa rajin dan istiqamah dalam pelajaran mereka.
16. Banyakkan solat tahajjud dan seumpamanya dan pohonlah Redha Allah terhadap apa
yang kita kerjakan.

Walaupun kini kita sedia maklum, kebanyakan kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara-perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan urusan harian, tetapi kita kena ingat, usaha yang baik atau kelalaian pada hari ini akan hanya dapat dilihat kesannya sepuluh atau lima belas tahun kemudian, bila anak-anak itu diwasa nanti. Waktu itu nasi sudah menjadi bubur dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa lagi.

Dalam melakukan sebarang tindakan, kadang-kadang kita tersilap memberi keutamaan. Apa yang kita lakukan adakah semuanya mengikut landasan yang dibenarkan Islam. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk kita terlupa bahawa anak kita tidak pergi ke sekolah. Kita terlupa mengadakan keperluan mereka. Kita juga tidak pernah menyiasat dengan siapa mereka berkawan. Kita juga ada masanya tidak sedar mereka tidak sampai ke sekolah, atau lewat pulang ke rumah kerana melencong ke tempat lain. Juga kita tidak tahu adakah mereka solat atau berpuasa secukupnya dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya sebahagian besar kelakuan anak-anak adalah cermin kepada kehidupan kita masa lalu.

Mari kita lihat sekadar beberapa contoh carahidup ibubapa yang negatif dan tidak baik yang boleh mempengaruhi perangai anak-anak kemudian hari nanti.

1. Pakaian yang tidak kemas dan ambil mudah tentang aurat
2. Tiada perasaan hormat dan bercakap kasar antara suami isteri, lebih malang kalau sampai
ke peringkat bertengkar, bergaduh atau sebagainya. Anak-anak akan terbiasa dengan
keadaan begitu.
3. Tidak berbahasa secara lembut, tidak ada panggilan sopan satu sama lain, hanya
memanggil dengan nama sahaja. Dalam susunan ahli keluarga sepatutnya ada status
quo supaya ada rasa hormat antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya.
4. Cucu melihat sikap ibubapa yang tidak hormat pada datuk dan nenek atau mengabaikan
mereka.
5. Tidak menghormati waktu solat atau suka melewatkannya.
6. Suka keluar malam tanpa urusan atau suka pulang lewat.
7. Tidak tertib sewaktu makan iaitu gopoh dan tidak berdoa atau terdapat makanan yang
tidak halal, tidak baik atau meragukan..
8. Suka pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai
9. Boros berbelanja dan sentiasa akur sahaja kemahuan anak-anak.
Walaupun ianya penting, kadang-kadang perlu dilewatkan sedikit supaya anak-anak tahu
bahawa kita berhati-hati dalam mengawal perbelanjaan.
10. Tidak berhati-hati dalam memilih kawan dan tidak menjaga batas pergaulan.
11. Suka berahsia walaupun perkara tersebut perlu dikongsi bersama, manakala
pada waktu yang lain celupar sedangkan ia sepatutnya menjadi rahsia.
12. Ibu atau bapa mempertahankan anak-anak walaupun mereka melakukan kesalahan.
13. Tidak mengambil berat jiran yang sakit atau meninggal dunia. Tidak menziarahi jiran
yang sakit, tidak berdoa untuknya atau tidak menyembahyangkan jenazah walaupun kita
ada kelapangan.
14. Kedekut untuk bersedekah atau selalu mengungkit-ungkit berkaitannya.

Cukuplah sekadar beberapa contoh untuk kita fikirkan dan ambil tindakan memperbaikinya. Kita boleh mendapat banyak lagi perkara yang boleh membantu menyemarakkan syiar Islam dengan terdapatnya banyak buku-buku agama dan kitab-kitab di pasaran.

Marilah sama-sama kita berusaha selagi mempunyai masa lapang, badan masih sihat, umur masih muda, semasa masih ada harta dan tentunya sebelum maut mendatangi kita.

Apabila telah berusaha bolehlah kita berdoa dan berharap yang terbaik untuk anak-anak atau ahli keluarga supaya generasi yang akan datang tidak mencaci atau memperlecehkan kita. Kita hanya berusaha dan Allah sahajalah penentu segala sesuatu.

Sebagai penutup catatan kali ini, mari kita renungkan maksud dari beberapa Firman Allah dalam Al-Quran.

1. “ Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ‘’
2. “ Neraka itu antara bahan bakarnya adalah manusia ”

ISU PENTING : FESYEN TUDUNG BERSANGGUL

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.

MEMBURU LAILATUL QODAR

22 Ramadhan 1431H.
Oleh : Abu Yusuf Sujono

Malam lailatul Qodar adalah lailatul mubarakah (malam penuh berkah), dia berada pada malam-malam bulan Ramadhan dan mungkin dicari dan didapatkan pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan secara khusus pada malam-malam ganjil. Dan malam yang paling diharapkan terjadinya malam lailatul Qodar adalah malam kedua puluh tujuh di bulan Ramadhan, Ubay bin Ka’b radhiyallahu 'anhu berkata:

" والله إني لأعلم أي ليلة هي ، هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها ، وهي ليلة سبع وعشرين " [ أخرجه مسلم ]

”Demi Allah, sungguh aku tahu bila malam itu (lailatul Qodar), dia adalah malam di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya (shalat malam) yaitu malam ke 27.”(HR. Imam Muslim rahimahullah)

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu'anhuma berkata:”Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" من كان متحرياً فليتحرها ليلة سبع وعشرين ، يعني ليلة القدر " [ أخرجه أحمد بسند صحيح ] .

”Barang siapa yang menginginkan untuk mendapatkannya, maka carilah dia dengan sungguh-sungguh pada malam 27, maksudnya adalah mencari lailatul Qodar.”(Diriwayatkan Imam Ahmad rahimahullah dengan sanad shahih)

Dan yang benar adalah bahwa malam lailatul Qodar tidak ada satu pun orang yang mengetahui kapan terjadinya. Dari Anas radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" رأيت ليلة القدر ثم أنسيتها ، وإذا بي أسجد صبيحتها في ماء وطين " قال : فمطرنا في ليلة ثلاث وعشرين ، فصلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وانصرف ، وإن أثر الماء والطين على جبهته وأنفه " [ أخرجه مسلم وأحمد ] .

”Aku melihat lailatul Qodar kemudian aku dilupakan darinya, ketika itu aku sujud pada pagi harinya (shalat) di air dan tanah (lumpur)”Anas berkata:”Kami kehujanan pada malam 23, lalu kami shalat bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan beliau pergi dari shalat dan sesungguhnya bekas air dan Lumpur ada di kening dan hidung beliau shallallahu 'alaihi wasallam.”(HR. Muslim dan Ahmad)

Dan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu'anhuma sesungguhnya beberapa laki-laki dari Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diperlihatkan lailatul Qodar di dalam mimpi mereka di malam 27 Ramadhan, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" أرى رؤياكم قد تواطأت ـ توافقت ـ في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر " [ متفق عليه ] .

“Aku melihat (memandang) mimpi-mimpi kalian saling bertepatan di tujuh malam terakhir, maka barang siapa yang ingin mencarinya maka hendaklah mencarinya di tujuh hari terakhir.”(mutaffaq ‘alaihi)

Dan dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان " [ متفق عليه ] .

”Bersungguh-sungguhlah mencari malam lailatul Qodar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.”(mutaffaq ‘alaihi)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkata:

كان رسول الله صلىالله عليه وسلم يجاور ـ يعتكف ـ في العشر الأواخر من رمضان ، ويقول : " تحروا ليلةالقدر في العشرالأواخر من رمضان " [ متفق عليه ] .

”Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, dan beliau bersabda:” Bersungguh-sungguhlah mencari malam lailatul Qodar pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.”(mutaffaq ‘alaihi)

Ubadah bin ash-Shamit radhiyallahu 'anhu berkata:

وعن عبادةبن الصامت قال : خرج النبي صلى الله عليه وسلم ليخبرنابليلة القدر ، فتلاحى ـ تخاصم ـ رجلان من المسلمين فقال : " خرجت لأخبركم بليلة القدر ، فتلاحى فلان وفلان،فرفعت وعسى أن يكون خيراً لكم،فالتمسوهافي التاسعةوالسابعة والخامسة " [ أخرجه البخاري ] .

“Nabi keluar untuk memberitahukan kepada kami mengenai waktu tibanya lailatul Qadar. Kemudian ada dua orang lelaki dari kaum muslimin yang berdebat.” Beliau bersabda, ‘Aku keluar untuk memberitahukan kepadamu tentang waktu datangnya lailatul Qadar, tiba-tiba si Fulan dan si Fulan berbantah-bantahan. Lalu, diangkatlah pengetahuan tentang waktu Lailatul Qadar itu, namun hal itu lebih baik untukmu. Maka dari itu, carilah dia (Lailatul Qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima.’ (Dalam satu riwayat: Carilah ia pada malam ketujuh, kesembilan, dan kelima).”

Dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu'anhuma berkata:

" رأى رجل أن ليلة القدر ليلة سبع وعشرين ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : " أرى رؤياكم في العشر الأواخر ، فاطلبوها في الوتر منها " [ أخرجه مسلم ] .

”Seorang laki-laki melihat lailatul Qodar (dalam mimpi) pada tangga 27 Ramadhan, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Aku melihat mimpimu pada sepuluh hari terakhir, maka carilah dia (lailatul Qodar) pada malam-malam ganjil dari hari-hari itu.”(HR. Imam Muslim rahimahullah)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" أريت ليلة القدر ، ثم أيقظني بعض أهلي ، فنُسيتها فالتمسوها في العشر الغوابر ـ البواقي ـ " [ أخرجه مسلم ] .

”Aku diperlihatkan malam lailatul Qodar, kemudian aku dibangunkan oleh salah satu keluargaku, lalu aku lupa, maka carilah dia di sepuluh hari terakhir.”(HR Imam Muslim rahimahullah)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyembunyikan pengetahuan tentang malam lailatul Qodar, supaya manusia bersungguh-sungguh dalam mencarinya, sehingga mereka memperbanyak sholat malam, do’a dan ibadah-ibadah yang lain pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan kerana mengharap menemukan malam lailatul QOdar, dan hal ini seperti waktu yang dikabulkan untuk berdo’a pada hari jum’at, Allah telah meyembunyikannya dari hamba-Nya, sebagaiman halnya Dia menyembunyikan malam lailatul Qodar.

Maka wajib bagi setiap muslim untuk mencontoh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dengan bersungguh-sungguh di dalam beribadah, memperbanyak ketaatan pada setiap waktu dan kesempatan, lebih khusus lagi di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, kerana itu adalah malam paling agung dan di dalamnya ada malam yang agung nilainya, tinggi kedudukannya, dan itu adalah lailatul Qodar. Inilah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seseorang yang telah diampuni dosanya yang telah lalu maupun yang akan datang, beliau bangkit untuk I’tikaf pada malam-malam penuh berkah ini, beliau berharap bertemu dengan lailatul Qodar, mengharap ampunan Allah. Maka sudah sepantasnya bagi setiap muslim yang jujur, yang mengharap apa yang ada di sisi Allah berupa pahala dan ganjaran, dan tamak terhadap apa yang disisi Allah berupa balasan yang baik, dan siapa saja yang menginginkan Surga yang kekal dan kerajaan yang tidak akan sirna (di akherat), dan sudah sepantasnya bagi setiap muslim yang jujur, yang cemas terhadap azab Allah dan takut terhadap siksa-Nya, dan lari dari Neraka yang menyala-nyala, maka sepantasnya bagi dia untuk menghidupkan malam-malam ini, dan berI’tikaf di dalamnya sesuai kemampuan dalam rangka mengikuti Nabi yang mulia, Nabi pembawa rahmat dan petunjuk, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Maka hendaklah semuanya (kaum Muslimin) bersemangat dalam menunaikan shalat Tarawih, Tahajjud secara berjama’ah di masjid-masjid karena mengharapkan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan takut terhadap siksaan dan azab-Nya, maka barang siapa yang dimudahkan untuk menghidupkan malamnya dan beramal shalih di hari-hari itu, dan dia mendapatkan lailatul Qodar maka pahalanya telah ditulis di sisi Allah dan mendapatkan ampunan dari-Nya kerana setiap manusia itu tempatnya kesalahan dan ketergelinciran.

Sepuluh hari ini adalah penutup dari bulan Ramadhan, dan amalan sesoarang berdasarkan penutupnya (akhirnya), dan semoga saja salah seorang di antara mendapatkan malam lailatul Qodar dalam keadaan menghadap Allah dalam shalat malam, lalu Allah menampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dan hendaknya setiap muslim memotivasi anggota keluarganya, menyemangati mereka dan mendorong mereka untuk menghidupkan malam-malam tersebut dalam rangka menambah ibadah, memperbanyak ketaatan dan kebaikan. Lebih-lebih kita berada pada situasi yang agung, yang tidak ada yang menyia-nyiakan situasi itu kecuali orang yang terhalangi dari kebaikan, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم،يقول لأصحابه : " قد جاءكم شهر رمضان،شهر مبارك، كتب الله عليكم صيامه ، فيه تفتَّح أبواب الجنة ، وتغلق أبواب الجحيم ، وتغل الشياطين ،فيه ليلة خير من ألف شهر ، من حرم خيرها فقد حرم " [ أخرجه أحمد والنسائي ]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada para Sahabat beliau:”Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, Allah mewajibkan kalian berpuasa di dalamnya, di dalamnya dibuka pintu-pintu Surga dan ditutup pintu-pintu Jahim (neraka), dibelenggu setan-setan dan di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, barang siapa yang terhalangi dari kebaikannya maka dia sungguh telah terhalangi.”(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan an-Nasaai rahimahumallah)

Dan dari ‘Ubadah bin Shamit radhiyallahu 'anhu secara marfu’:

" أتاكم رمضان ، شهر بركة ، يغشاكم الله فيه، فينزل الرحمة،ويحط الخطايا،ويستجيب فيه الدعاء،ينظر إلى تنافسكم فيه ، ويباهي بكم ملائكته ، فأروا من أنفسكم خيرا ، فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله ".

”Datang kepada kalian Ramadhan, bulan penuh berkah, Allah mendatangi kalian di dalamnya, lalu Dia menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa, mengabulkan do’a-do’a, Dia melihat berlomba-lombanya kalian (dalam kebaikan) di bulan itu, dan para Malaikat membanggakan kalian, maka puaskanlah dirimu dengan kebaikan, karena sesungguhnya orang yang sengsara adalah orang yang terhalang dari rahmat Allah di bulan itu.”

Dan hendaknya setiap mukmin bersungguh-sungguh mencarinya pada setiap malam di sepuluh hari terakhir, dalam rangka mengamalkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

" التمسوا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان " [ متفق عليه ]

”Carilah lailatul Qodar pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (Mutaffaq ‘alaihi)

Maka barang siapa yang berbuat kebaikan hendaklah dia memuji Allah sehingga ditambahkan kebaikannyam dan hendaklah dia meminta kepada Allah kemantapan, pengkabulan ( diterimanya ibadah) dan ampunan. Dan barang siapa yang lalai hendaklah dia bertaubat kepada Rabbnya sebelum datang ajal menjemput.

Keutamaan Ramadhan:

1. Dia adalah malam diturunkannya al-Qur’an, sebagai mana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

{ إنا أنزلناه في ليلة القدر } .

”Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Qur’an) pada malam lailatul Qodar”(QS al-Qodar: 1)

2. Dia adalah malam yang berkah, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

{ إنا أنزلناه في ليلة مباركة } .

”Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Qur’an) pada malam yang penuh berkah”(QS ad-Dukhan: 3)

3.Allah menulis pada malam itu ketetapan-ketetapan dan rizki-rizki selama satu tahun kedepan, sebagaimana firman-Nya:

{ فيها يفرق كل أمر حكيم } .

”Pada malam itu dijelaskan segala perkara yang penuh hikmah.”(QS ad-Dukhan: 4)

4.Kelebihan ibadah pada malam itu melebihi ibadah pada melam-malam selainnya, sebagaimana firman-Nya:

{ ليلة القدر خير من ألف شهر } .

”Malam lailatul Qodar itu lebih baik dari seribu bulan.”(QS al-Qodar: 3)

5.Malaikat pada malam itu turun ke dunia dengan membawa kebaikan, berkah, rahmat dan pengampunan, sebagaimana firman-Nya:

{ تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر } .


”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.”(QS al-Qodar: 4)

6.Malam itu terbebas dari kejahatan, dan melimpah di dalamnya ketaatan, amal kebaikan dan kebajikan dan di dalamnya banyak terdapat kesejahteraan dan keselamatan, sebagaimana firman-Nya:

{ سلام هي حتى مطلع الفجر }

”Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”(QS al-Qodar: 5)

7. Pada malam itu ada pengampunan dosa bagi yang menhidupkan malam itu dan dia mengharap pahala di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebagaimana sabda beliau shallallahu 'alaihi wasallam:

.: " من قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه " [ متفق عليه ] .

”Siapa saja yang mengidupkan (shalat malam) pada malam lailatul Qodar dengan dilandasai keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.”(mutaffaq ‘alaihi)

Maka suatu malam yang keutamaannya, keistimewaannya dan kebaikannya seperti itu, sudah sepatutnya bagi kita untuk bersungguh-sungguh di dalamnya dan memperbanyak do’a, istighfar dan amal-amal shalih, kerana dia adalah kesempatan yang langka dalam umur kita, dan kesempatan tersebut tidak selamanya kita dapatkan. Maka keutamaan apa yang lebih besar dari keutamaan ini bagi orang-orang ynag diberikan taufiq oleh Allah. Maka bersungguhlah –semoga engkau dirahmati Allah- dalam mendapatkan malam lailatul Qodar, dan bersemangatlah dengan melakukan amal shalih, supaya kalian beruntung mendapatkan pahala yang besar dari Allah, karena sesungguhnya orang yang terhalang adalah orang yang terhalangi dari pahala, dan siapa saja yang melewati situasia pengampunan sedangkan dosanya masih menumpuk disebabkan kelalaiannya, berpalingnya dan tidak perhatiannya dengan situasi itu, maka itulah orang-orang yang terhalangi. Wahai manusia yang bergumul dengan maksiat, bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kejalan-Nya, mintalah apunan-Nya karena Dia telah membuka untukmu pintu taubat, dan Dia memanggilmu untuk memasukinya dan Dia menjadikan suatu saat di mana kebaikan di dalamnya dilipat gandakan dan keburukan dihapus, maka ambilah sarana-sarana dan jalan-jalan keselamatan.

Maka bersegeralah untuk memanfaatkan hari-hari yang tersisa dari bulan ini, semoga saja kita mampu mengejar kertinggalan dan memperbaiki diri atas waktu-waktu yang kita sia-siakan di masa lalu. Betapa banyak mayat yang sudah kita hantar ke kubur mereka, kita berpisah dengan mereka dan mengalirlah air mata, lalu tidak berselang lama kita sudah lupa dan kita kembali ke dalam kelalaian dan menyia-nyiakan umur. Dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ini boleh jadi adalah yang terakhir yang kita dapatkan kerana kematian selalu mengintai seandainya tidak datang hari ini, maka besok pasti dia akan datang, tidak dapat dielakkan. Maka persiapkanlah hari itu dengan amal shalih. Berusahalah dengan sungguh-sungguh untuk berpuasa di siang harinya dan hidupkanlah malam harinya, barang siapa yang menggabung antara keduanya, dan memenuhi hak-hak keduanya, maka dia termasuk orang yang sabar yang akan mendapatkan pahala tanpa batas. Maka semoga kita termasuk orang yang dimudahkan Allah untuk menghidupkan malam-malam tersebut dengan berbagai macam ketaatan dengan penuh keikhlasan, mengharap pahala dan sesuai dengan contoh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Amiin. Wallahu waliyut Taufiq.

http://www.alsofwah.or.id

'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng

22 Ramadhan 1431H.

Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"

Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.

"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.

"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi. Malaysiakini/-

Pemuda PAS Perak tinjau dakwah malam merdeka

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

30 Ogos 2010 (TAIPING) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menjalankan satu program khas sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke - 53 pada malam sambutan yang telah diadakan di sekitar Taman Tasik Taiping.

Program yang dinamakan 'Xpdc Dakwah' yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani dan pimpinan Dewan Pemuda PAS seluruh Negeri Perak.

Edaran risalah kesedaran maksud kemerdekaan sebenar kepada anak muda dan juga kesedaran berkaitan gejala sosial yang menimpa remaja sekarang ini. Pemuda PAS juga meminta setiap remaja yang belum mendaftar supaya mendaftar sebagai pemilih baru.

Program yang bermula pada jam 11.30 malam tersebut berakhir sekitar jam 1.00 pagi pada hari berikutnya. Penerimaan remaja yang membanjiri sekitar Taman Tasik tersebut amat baik dan tiada program-program yang tidak bermoral pada malam tersebut.

FIRAUN BESAR ZUL KULIM SEMAKIN MERAPU

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mandor

MARAH benar nampaknya Firaun besar Kulim Bandar Baru Zul `Harbi' kepada pemimpin DAP yang digelarnya `kafir harbi'. Baca tulisan orang kecewa yang kena pecat dari PKR itu di sini. Simpatinya beliau terhadap anak bekas Mufti Perlis yang pernah didakwa kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah negeri yang diperintah oleh Bn itu.

Kata firaun besar ini, anak seorang bekas Mufti tidak dibenarkan memasuki masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi dibenarkan bertazkirah di ruang solat surau. Kita faham siapa yang firaun besar itu maksudkan.

Masalahnya, siapa dia kafir harbi tersebut? Lojikkah kafir harbi melawat surau atau masjid untuk memberi bantuan membangunkan Rumah Allah itu? Kafir harbi itu bermaksud orang-orang kafir yang menentang Islam secara mutlak. Adakah pernah terjadi penentang Islam memberikan bantuan kepada Rumah Allah?

Firaun besar ini nampaknya semakin nyanyuk di dalam sebarang tulisannya semenjak dipecat dari PKR. Ilmu yang ada sedikit didadanya sedikit demi sedikit terjual akibat berkawan dengan puak-puak sekutu Apco, puak-puak yang menentang hukum Hudud dan yang menolak Islam itu. Harap kali ini tulisan firaun besar bukan `kelentong' lagi kerana beliau pernah mengaku beliau memang kaki kelentong sejak dahulu lagi.

Melucukan kita, yang mendakwa anak bekas Mufti Perlis itu kerana mengajar di masjid itu siapa? Negeri mana? Bukankah di negeri yang Bn dan Umno berkuasa? Maknanya firaun besar tahu Umno dan Bn itu zalim.

PEMIMPIN UMNO TIDAK MAHU KE SURAU, MASJID, JANGAN HALANG PULA PEMIMPIN DAP

22 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi.

Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu.

Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala.

Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini.

Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan.

Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?