22 Oktober 2010

Dr. Zul calon PAS di Galas

14 Zulkaidah 1431H.

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam tadi.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

harakahdaily/-

Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?

13 Zulkaidah 1431H.

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Malaysiakini/-

20 Tahun Membangun Bersama Islam

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat

UCAPAN SEMPENA MAJLIS

SAMBUTAN 20 TAHUN PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM NEGERI KELANTAN
Pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, jam 9.00 malam di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Firman Allah SWT, (Surah Al Hasyr Ayat 18) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangannNya); dan hendaklah tiap-tiap diri, melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).

(Sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”

Alhamdulillah segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat dan pendukung perjuangan baginda.

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.

Di kesempatan yang bermakna ini, patik bagi pihak diri patik dan seluruh warga pentadbiran Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas kesudian Tuanku, untuk berangkat mencemar duli, merasmikan Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbrian Membangun Bersama Islam, pada malam yang penuh berbahagia ini. Semoga dengan keberangkatan Tuanku menambahkan keserian majlis ini.

Harapan patik, agar Tuanku sentiasa dilimpahkan keberkatan oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

Untuk pengetahuan Tuanku, pada hari ini, 20 Oktober 2010 genaplah dua dekad atau 20 tahun Kerajaan Negeri Kelantan diterajui dengan dasar Membangun Bersama Islam. Alhamdulillah, dan segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberikan kekuatan kepada patik dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri,

untuk terus cekal, mengharungi segala pahit-maung yang ditempuhi selama menerajui kerajaan ini. Semoga dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, menambahkan lagi kekuatan bagi patik sekalian, untuk terus memikul amanah, yang telah dipertanggungjawabkan ini.

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.

Sekali lagi patik merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku, diatas kesudian berangkat mencemar duli, hadir ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran Tuanku, bertambahlah kasih dan sayang rakyat Kelantan, khususnya, dan akan sentiasa mengutuskan doa, agar Kerajaan Tuanku disirami rahmat oleh Allah S.W.T., Patik mohon izin limpah perkenan Tuanku, untuk menyampaikan kata-kata pesanan kepada pacal rakyat sekalian.

Sesungguhnya ingat mengingati dan tegur menegur adalah merupakan kerja agama. Al-Quranul karim menggunakan pelbagai bahasa bertujuan untuk menegur manusia. Ada yang dimulakan dengan berkataan “wa iz” iaitu ingatlah olehmu. Ada yang terang-terang menggunakan “Wazkur” Atau “wazakkirhum”.

Demikian juga Al-Quran itu sendiri dinamakan dengan tazkirah menunjukkan bahawa ingat memperingati adalah merupakan salah satu daripada ajaran agama. Justeru, apa yang kita lakukan pada hari ini iaitu mengingati dua puluh tahun Kelantan Membangun Bersama Islam adalah kerja agama. Ia bukan dilakukan hanya sekadar untuk bersuka-suka semata-mata.

Dua puluh tahun yang lampau, pada tarikh ini 20 Oktober, rakyat Kelantan telah membuat keputusan yang terpahat selama-lamanya di dalam sejarah. Pilihan yang termaktub lewat Pilihan Raya Umum pada tahun 1990 telah menjadi bahan perhatian bukan sahaja di seluruh negara bahkan seluruh dunia.

Bolehkah sebuah negeri, ditadbir dengan dasar-dasar Islam? Lebih jauh lagi, bolehkah dasar yang diperkenalkan, iaitu Membangun Bersama Islam, dapat diterima di dalam sebuah masyarakat majmuk?

Persoalan demi persoalan muncul, bukan sahaja di kalangan non muslim. Bahkan umat Islam sendiri pun, yang tidak memahami dengan baik dasar-dasar pentadbiran secara Islam, mempertikaikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan, pada masa itu. Segala pujian bagi Allah S.W.T.

tempoh tiga bulan yang diberikan sesetengah pihak, berjaya kita lalui, bulan demi bulan, tahun demi tahun, kita berdepan dengan tekanan yang tidak menghormati amalan demokrasi dan federalisme. Dan hari ini Alhamdulillah, Membangun Bersama Islam sebagai dasar utama pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, kini sudah berusia 20 tahun.

Memerintah dan mentadbir negara, pada hakikatnya termasuk di dalam urusan agama. Ini dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W. sendiri yang juga merupakan Perdana Menteri Negara Islam Pertama berpusat di Madinah Al-Munawarrah telah setiap hari mengurus tadbir urusan negara.

Ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pentadbiran negara, ialah urusan yang berasingan dengan agama. Rasulullah S.A.W. telah membuat perjanjian bertulis dengan musuh tradisi iaitu Yahudi di Madinah.

Baginda juga turut mengirim surat-surat kepada Raja-Raja yang ada di sekitar Semenanjung Arab serta mempunyai cop mohornya sendiri. Ini menunjukkan asas-asas pentadbiran negara telah diletakkan oleh baginda.

Kita menyaksikan bagaimana usia dakwah Rasulullah S.A.W. ialah selama dua puluh tiga tahun; tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Tempoh yang begitu panjang ini, sangatlah mustahil dijadikan oleh Allah S.W.T.

hanya untuk mengajar solat dan puasa semata-mata, tanpa sebarang aktiviti yang lain khususnya pengurusan negara. Melalui Perlembagaan Langit yang namanya Al-Quran, Allah S.W.T. menyampaikan wahyuNya yang bukan sekadar memerintah supaya bersolat dan berpuasa, bahkan terdapat padanya urusan hukum-hukum jenayah, jihad, urusan pembahagian harta pusaka, mengurus rampasan perang, melantik al-ummal, umara al ajnad, menjawab persoalan-persoalan rumah tangga dan menyelesaikan kekusutan jenayah seks dan mal.

Alangkah salahnya jika wujud dakwaan bahawa Islam dan Al-Quran langsung tidak berbicara mengenai pemerintahan walhal ia telah menyusun semua urusan hidup manusia semenjak seribu empat ratus tahun sebelum wujudnya Perlembagaan Lord Reid.

Allah S.W.T sendiri menjanjikan pahala di sebalik setiap amalan yang dilakukan asalkan selari dengan syariat Allah. Bagaimana pahala boleh dianugerahkan kiranya ianya tidak dikira agama? FirmanNya (Surah At Taubah Ayat 120) bermaksud:

“Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan musuh; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – semua itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh.

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Bahkan diantara tujuh golongan yang dijemput berteduh di bawah naungan Arasy-Nya ketika mana tidak ada sebarang teduhan lain di Padang Mahsyar ialah Imam adil.”

Menyedari hakikat itulah, dasar Membangun Bersama Islam kita perkenalkan apabila diberikan mandat oleh rakyat pada tahun 1990. Membangun Bersama Islam dengan maksud kita akan terus memacu pembangunan selari dengan landasan yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

Pembangunan perlu terus dilaksanakan kerana dunia ini dijadikan oleh Allah S.W.T. untuk manusia, bukan untuk malaikat atau makhluk lain. Namun pembangunan yang kosong rohaninya hanyalah umpama pokok besar yang akarnya buruk dan reput.

Daunnya sekalipun merimbun tidak akan lama menaungi, masanya tersemban jatuh sangat mudah. Di antara ajaran penting dalam Islam ialah dunia ini bersambung dengan akhirat dan ini tidak ada di dalam ajaran ideologi yang lain selain Islam.

Oleh yang demikian, sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar.

Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti.

Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

Alhamdulillah, dengan amanah diberikan oleh Allah S.W.T. ini, kita melaksanakan apa yang selama ini hanya dapat disebut di dalam masjid sahaja. Sudah lama kita menyebut tentang haramnya judi, arak, riba, pendedahan aurat dan sebagainya. Namun ia hanya dapat dikuatkuasakan bila kita ada kerajaan.

Kita telah mengharamkan riba dan kita wujudkan Ar-Rahn apabila ada kerajaan dan menggalakkan perbankan Islam dengan memindahkan semua wang kerajaan ke perbankan Islam. Di dalam bidang pendidikan, kita wujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dan Maahad Tahfiz Sains yang dulunya dianggap mustahil.

Di dalam pentadbiran, kita namakan teras UMI atau Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Tenaga urus tadbir diajar bahawa kerja yang dilakukan ini dikawal oleh CCTV Allah S.W.T. melalui Polis Rahsia Allah yang namanya Malaikat.

Hasilnya, dalam masa 20 tahun, kita tidak dengar warga tadbir Kerajaan Negeri Kelantan didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah. Untuk keselesaan tenaga pekerja, kita perkenalkan cuti dua hari seminggu.

Masih tergiang-giang tuduhan yang menyatakan rakyat Kelantan akan menjadi pemalas dengan perubahan ini. Namun kini tanpa segan silu ia ditiru oleh seluruh negara. Rupanya untuk memperkenalkan dasar semudah itupun, tidak terlintas di benak pemikiran mereka kerana terlampau bergantung kepada telunjuk barat.

Di samping itu, kebajikan rakyat tidak dilupa, kita wujudkan Skim Takaful Kifaalah untuk warga emas tanpa mengira fahaman politik, Ladang Rakyat diwujud yang kini ditiru oleh sesetengah negeri di samping kita menjaga kebajikan armalah atau ibu tunggal.

Alhamdulllah, budi yang ditabur ini saya yakin dapat dinikmati setelah Kelantan mempunyai kerajaan berlandaskan Islam. [Pantun]

Di sana padi di sini padi

Baru sempurna bernama bendang

Di sana budi di sini budi

Baru sempurna bernama orang

Perubahan dan pembaharuan selama 20 tahun tentunya tidak dapat diceritakan di dalam masa yang singkat. Apa yang pasti, Kelantan Alhamdulillah terus membangun. Rakyat Kelantan menikmati arus pembangunan tanpa terjejas dengan gangguan-gangguan yang dibuat-buat.

Bezanya, pembangunan ini dipasak di atas asas yang namanya rohani. Pembangunan rohani inilah yang sering kali tidak dipedulikan. Yakinlah, manusia jika hanya membangun jasmaninya tetapi mengenepikan rohaninya, ia akan pincang. Umpama kapal terbang yang mempunyai dua sayap dipaksa terbang dengan satu sayap,

bagaimana jadinya? Manusia diciptakan menggunakan dua bahan mentah satunya jasmani manakala satu lagi rohani. Kedua-duanya dicampur dan bercantum seperti kembar siam yang tidak boleh dipisahkan. Firman Allah S.W.T. (Surah al-Hijri Ayat 29) bermaksud:

“Kemudian apabila Kami sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”

Kerana itu, Allah S.W.T. menjanjikan di sebalik kesenangan di dunia dan kemewahannya itu, disediakan satu lagi ganjaran abadi di akhirat, sekiranya hidup itu dilandaskan di atas iman dan taqwa kepada Allah dalam semua bidang hidup.

Firman Allah S.W.T. (Surah Muhammad Ayat 36) bermaksud: “Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Tetapi jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu di akhirat dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.”

Akhir kata, besarlah harapan saya agar benih yang kita tanam pada hari ini dapat dijaga sebaik mungkin oleh generasi yang akan datang. Nakhoda bahtera boleh bertukar ganti, namun kemudinya biarlah sentiasa terarah ke destinasi yang betul, iaitu arah

“Siratal lazi na an am ta alaihim, Minan nabi yiin wassa diqin wasyuhada’ wassalihin” seperti yang setiap masa kita pohon dalam sembahyang. Semoga Negeri Kelantan terus dipayungi dengan rahmat dan keberkatan oleh Allah S.W.T. dan terus membangun bersama Islam.

Junjung kasih patik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang sudi berangkat mencemar duli merasmikan majlis ini pada malam ini. Sekian, saya sudahi dengan “aqu lu qau li wastaghfirullah al azim li wa lakum, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

Harakahdaily/-

Nik Aziz: Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salmah Mat Husain & Foto: Mohd Nor

KOTA BHARU, 21 Okt: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun kerajaan Kelantan ke-20, malam tadi.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Harakahdaily/-

Calon PAS: Dr Zulkefli atau Pandak Panjang Ey?

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abdul Rahim Sabri

Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Pandak Panjang Ey.

Salah seorang daripada mereka disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS jam 9 malam ini di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang.

PAS akan mengumumkan malam calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan dua nama yang disebut-sebut ialah.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Pandak Panjang Ey adalah seorang jurutera.

Menurut sumber-sumber PAS, kedua-dua calon tersebut adalah antara sepuluh calon yang diserahkan oleh PAS Kelantan kepada PAS Pusat untuk pertimbangan.

Kata sumber lagi, mereka juga merupakan calon yang mengisi dua tempat teratas dalam senarai calon itu dan disebut-sebut mewakili PAS dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

Malaysiakini difahamkan tiga lagi nama yang turut disenaraikan ialah naib yang dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong; setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad; dan ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang juga dijadual hadir dalam majlis pengisytiharan calon malam ini.

Malaysiakini/-

Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : S Pathmawathy

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik,

Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

Malaysiakini/-

Tips: Pelbagaikan Kegunaan Cuka

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mala yusof

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

# Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

# Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

# Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

# Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

# Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

# Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

# Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

# Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

# Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

# Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

# Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

# Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

# Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Dr. Zul calon PAS di Galasm

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

Asma Ul-Husna; Makna Dan Kegunaannya

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : ZAMRI

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan
Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan
hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa
cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar
sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala
macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh
kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah
yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad
hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan
"Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka
puasa.

Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya
dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah
zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati
kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang
yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa
yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan
dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa
berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat
agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah,
Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini
setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan
suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.
Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70
x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau
perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang
berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang
akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga
kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih
lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan
taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat
5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya
menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung
faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain
faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah
sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi
mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12
x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka
dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &
sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,
InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting
& terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!)
lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak
dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada
Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di
dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan
bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan
menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat
Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari
kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan
izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun
di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk
tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir
ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan
niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh &
sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &
agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir
ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa
kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan
menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x
setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi &
rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga,
maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah
tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita
akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke
dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan
sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan
oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya
Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir
ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir
ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,
maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,
diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal,
maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat
akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu
sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat
waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang
pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x

sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka
oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang
berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir
ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan
berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat
maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan
petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia
tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita
akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan
yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir
ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap
hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita
yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap
hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah
orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia &
akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x
pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar
dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas
dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada
setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, &
bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik
kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu
berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan
cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan
memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka
hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.
InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita
akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan
menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh
pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak
menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal
kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para
sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan
sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan
sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . .
. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.

Wassalam

Forwarded Message: [saujanaku] Asma Ul-Husna; Makna Dan Kegunaannya
[saujanaku] Asma Ul-Husna; Makna Dan KegunaannyaSaturday, 1 January, 2005 12:39 PM
From: "Ms Ida" To: "Zulhatfi" , "Suziyati mohmad kamson" , "Shikin" , "Ms Ida" , "marlin baker" , "Laila" , "Ida Hidayah" ... more1. Allah

puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.

Ibu, Dari Mana Datangnya Semua Ini?

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Zulhafidz Yahaya

Di sebuah rumah di pinggir kota,

Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari Dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu Dan ayahnya sama-sama memasak makanan.

Kali ini mereka Cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang Dan tepi depan rumah mereka.

Ada tomato, Ada cili, Ada halia, Ada kunyit, Ada serai, Ada daun salad Dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.

Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah Dan ibunya.
Sedang IA makan, dia bertanya kepada ibunya.

"Ibu, makanan Hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini Dan rasa sedap ni ibu?"

Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.

Ibunya sambil rasa senang Dan seronok kerana dipuji Cuba mula bercerita.

"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih Dan lada hitam Dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos Dan kicap untuk perasa.

Kali ini ibu Cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam Dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun Kita di belakang rumah TU, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Ayahnya menambah,

"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap TU"

Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.

Ibu Dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu Dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu Dan ayah tersenyum seperti mereka Ada merahsiakan jawapan sebenar.

"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? Kita tak tanam padi kan?

Ibu Dan ayahnya terkejut, kenapa Hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?

Ibunya menjawab,

"Ya, Fikrah, Kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah Kita tak muat untuk menanam padi. Jadi Ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi Dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"

Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.

"Ya.. Kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.

Sedangkan Fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.

Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.

"Dari kilang, beras itu dibungkus Dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah Kita membeli beras, Dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, Dan ibu fikrah memasaknya untuk Kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan TU"

Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.

Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar

"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.

"Dari mana datangnya tanah"?

Ayah Dan ibu Fikrah terdiam Dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, Dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"

"Fikrah tahu semua yang ibu Dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
Kenapa ibu Dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"

Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.

Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah Ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu Dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.

Ibu Fikrah berkata,

"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari Allah S.W.T"

Makanan yang Kita makan itu dari Allah S.W.T. Rasa sedap makanan itu juga dari Allah S.W.T. Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah Kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.

Ayah Fikrah menitiskan air Mata menyambung kata-kata ibu fikrah.

"Benar Fikrah, segala-galanya dari Allah S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari Kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, Dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini Kita sekeluarga terhindar dari api neraka."

Mereka bertiga menadah tangan semula Dan berdoa kepadaNya.

Tangisan keinsafan Dan air Mata yang keluar dari Mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.

Segalanya dari Al-Khaliq.

PAS dahului Umno gerak kerja di Galas

13 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

GUA MUSANG, 20 Okt: PAS terus mendahului Umno dalam melaksanakan gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas apabila melancarkan jentera pilihan rayanya malam tadi.
Sedangkan Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua nahkoda di Galas.

Pertembungan team Tengku Razaleigh Hamzah dengan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian mulai kelihatan sekarang.

Selain itu kehadiran ribuan penduduk tempatan pula memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan veteran parti itu, Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.

Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas kelihatan ramai masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.

Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.

Pelancaran jentera pilihan raya PAS dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kepimpinan PAS negeri dan wakil-wakil rakyat.

Permulaan yang baik itu disifatkan kalangan petugas media memberi kelebihan kepada PAS berbanding dengan Umno yang hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya jentera kerajaan persekutuan.

Datuk Nasuruddin Daud menyifatkan kehadiran begitu ramai malam tadi membayangkan kehendak rakyat Galas bagi mengekalkan momentum Mac 2008.

Katanya dari awal lagi sudah kelihatan semangat pengundi di Galas bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Husam pula menyifatkan tiada rungutan ditimbulkan penduduk bukan Islam di Galas terhadap kerajaan negeri di mana ia menggambarkan penerimaan mereka terhadap kerajaan PAS.

“Orang Cina dan Orang Asli nampaknya berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan negeri. Masalah pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli diselesaikan.

“Biar pun masyarakat Orang Asli berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah tersebut,” katanya pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Dun Galas.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kehidupan masyarakat di Dun Galas, Gua Musang mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia kerana mempunyai komposisi pelbagai kaum dan budaya.

Katanya, penduduk di Galas terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan.

“Teruskan apa yang telah kita lakukan pada pilihan raya umum lalu, manakala bagi yang belum mengundi PAS hendaklah sama membantu bagi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas,” katanya.

Timbalan Presiden PAS pula membayangkan pilhan raya umum ke-13 diadakan lebih awal memandangkan usaha menggula-gulakan rakyat dilakukan perdana menteri ketika membentang Bajet 2011 pada persidangan parlimen Jumaat lalu.

Harakahdaily/-