08 September 2010

Pembikin video 'bawah pokok' tidak didakwa

28 Ramadhan 1431H.

ADUN Tebing Tinggi dari DAP, Ong Boon Piow, terlepas daripada tuduhan memiliki 23 DVD yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem.

Peguam beliau, Yee Su Kai, yang juga merupakan ADUN DAP DUN Pokok Asam berkata selepas menunggu kira-kira sejam di mahkamah majistret Ipoh, beliau diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Netto, bahawa beliau menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan.

Dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi dipercayai ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.

“Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, sebelum keputusan berkenaan.

Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini.

Beliau sebelum ini dikatakan akan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002. Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi bertajuk "Rampasan Kuasa BN di Perak" itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.

PAS Explains Islam As Umno Fails

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Islamophobia has much being diminished by PAS projection of out-reaching the non-Muslims with the ‘tasawwur’ or perception of Islam .

It’s non-Muslims wing i.e. PAS SUPPORTERS ASSEMBLY CONGRESS has managed to recruit about 20,000 non-muslim members throughout the nation regardless of race and ethnic groups.

It’s a big task for PAS for Islam has been distorted and manipulated by Umno as to scare away the non-muslim electorates to come near PAS.

Umno’s propaganda in the main stream such as if PAS rules with PAKATAN RAKYAT women are not allowed to use lipstic, chinese not allowed to eat swine, Chinese and Indians will be forced to become muslims and what not. These are all not the correct and true teachings of Islam.

As a matter a fact Nasir Safar being the hench-man of PM uttered that Chinese are prostitute immigrants and Indians are beggers immigrants. These are not the teachings of Islam as Islam is totally against racism , nationalism and chauvinism of any kind. Islam is not racist-based and it’s nature is universal regardless of race and religion .” ISLAM JUST FOR ALL “ being ‘rahmatanlil’alamiin ‘( a blessing to the whole worlds )

Umno says , ‘ Chinese and Indians cannot consume liqour. But PAS/PAKATAN in Kelantan allowed only non muslims to buy liqour at a certain liquor shops and take home and drink. Liqour is not sold everywhere around town and pollutes the society with drunketh drivers and motorists killing innocent people. Islam permits the non muslims to drink buy at limited shops drink at home.

Kedah PAS/PAKATAN has resolved the swine problems in Kedah mutually and peacefully which could not be done by Umno/BN after 30 years rule. Umno says, “ Non- muslims , Chinese and Indians will be forced to embrace Islam .

But Kelantan PAS/PAKATAN allowed the buddhists to build the biggest Buddha statue in Kelantan. This is freedom of religion guarenteed by Islam as proven by TGNA the CM of Kelantan .

After 20 years of PAS/PAKATAN rule ; the people of all races live in peace , harmony and prosperity in Kelantan. Remember, the only state did not occur 13th May was Kelantan under Asri –PAS rule where non-muslims are the minority. This historical facts cannot be erased by UBN.

“ Islam Just For All “. Poor peasants regardless of race, religion and party in Kelantan are given their shares in the ‘Ladang Rakyat” and are getting their monthly divident. Government loan without usury( Interest). Beneficiary of a deceased “Warga Emas” died at the age of 60 years above will receive RM 2,500.

Gambling premises have been closed since 1990. Whereas, Umno pseudo Islam ; PM tested market on License for World Cup Gamblng.

Mothers are appreciated by giving them maternity leave for 60 days. Kelantan PAS is the first to initiate “Family Day” and Charity Begins At Home” by giving the government servants extra one day holiday i.e. Saturday and Sunday for the family. Mahathir said ,’ PAS government is teaching the people to become lazy; which finally copy-cat by UBN.

UBN also copy-cat 3- rooms for low cost housing .That is for the parents, sons and daughters in separate rooms. Thus, Islamic System and good governance is an ‘Advocating State For The People “ as shown in practicality by TGNA. Kelantan is a typical example of a Non Islamophobia Advocating State for more than 20 years of PAS/PAKATAN rule.

Just immagine what would have been if PAS/PAKATAN takes over Putrajaya and dethrone all the UBN parliamentarians. The good governance of CM Us. Azizan of Kedah, Lim Guan Eng of Penang and Khalid Ibrahim of Selangor with people’s advocating agenda is being closely watched and evaluate by the Rakyat . Who is for the Rakyat and who is for the crony, racism, chauvinism and corruption.

After five decades of UBN rule, Umno and MCA still play racism and religious sentiments. MP Teoh was slammed for entering the surau without covering the hairs. But Sharizat and Rosmah instead doing the same thing were not slammed by Umno . What a religious mockery which is merely political.

DAP wrong, if MCA! Umno slammed at Us. Zakaria Ahmad invoked God to guide CM Guan Eng to lead the State in justice , peace and harmony . Whereas Islam permits this act as shown in its precedence and jurisprudence whereby the prophet once invoke for two Umar’s and one one of them i.e. Umar Al Kattab embraced Islam and became one of the caliphates in Islamic sovereign.

Thus , Islam has been distorted by Umno and the old orchestra songs of racism is still being played by Umno-MCA which has been refuted by the masses in the 12th GN because the masses have fully understood that Umno/BN has made Islam and racism a mockery and a blunder to the nation.

Even the muslim scholars in the Prime Minister Department once said, ‘ Women can go for prostitution if it is emergency” .Umno leaders said,” Islamic System is not feasible in a mult-racial country and yet they talked about Islam Hadh(Civilization) not ISLAM ISLAM

God is the greatest! 13th GN is a turning wheel for PAKATAN ‘s VICTORY by HIS Grace.

600 keluarga miskin di Larut terima duit raya dan hamper

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

5 September 2010 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut meneruskan program amalan kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengagihkan penerima sumbangan sebanyak 600 keluarga miskin dan daif di sekitar kawasan Larut.

Penyerahan berupa sumbangan duit raya RM100 seorang, hamper barangan berjenama Zaitun dan juga keperluan dapur yang telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah semalam.

Antara pimpinan yang hadir adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Salman Saleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Larut Dr Mohd Dhari Othman dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut Mohd Nazri Din yang juga bekas calon DUN Kubu Gagah.

Antara tetamu yang hadir program anjuran Unit Amal dan Jariah Dato' Seri Dr Eusoff Teh adalah pimpinan PAS Kawasan Larut, Pemuda Kawasan dan Muslimat Kawasan disamping Ahli keluarga Allahyarham Dato' Seri Dr. Eusoff Teh.

AIDILFITRI PENGUKUH KELUARGA DAN MASYARAKAT

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: md zainal mzd

Tidak lama lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Kedatangan Syawal diterima dalam dua keadaan, satu golongan bersedih kerana menyedari kurangnya ibadat yang dapat dilakukan disebabkan sibuk, sakit dan terlalai dan golongan ini amat bimbang kalau Ramadan tahun ini merupakan yang terakhir baginya,

manakala satu golongan lagi amat gembira kerana sudah tidak perlu berpuasa lagi dan menganggap berpuasa hanyalah sesuatu yang amat membebankan. Termasuk golongan manakah kita?,fikir-fikirkanlah.

Walaubagaimanapun kita tidak boleh menahannya, Ramadan tetap akan pergi, kehidupan perlu diteruskan sebaiknya. Oleh itu mari kita renungkan dan fikirkan pula bagaimana seharusnya kita menyambut Aidilfitri tahun ini.

Apakah kita sudah bersedia dengan pengisian menyambut kehadirannya ?

Sebaik sahaja jatuh matahari akhir Ramadan, umat Islam dituntut bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah kerana mencucuri rahmat ke atas kita.

Penuhkan malam satu Syawal dengan perkara-perkara yang baik yang dituntut dan janganlah hendaknya meniru budaya negatif kerana ia tidak dibenarkan oleh agama.

Jauhkan diri dari apa-apa hiburan yang melalaikan. Janganlah diulangi amalan bathil yang dilakukan sebelum Ramadan.

Kalaupun kita tidak gembira dengan cara-cara yang dituntut agama, maka janganlah kita pula jadi penghalangnya atau menjadi penyubur kemungkaran, mudah-mudahan dengan ini kita akan terus mendapat kurniaan rahmat Allah sampai bila-bila.

Kedatangan Aidilfitri perlu disambut secara yang wajar. Jadikan satu Syawal untuk mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan terutama antara ahli keluarga.

Semasa menyambut Aidilfitri kita dianjurkan menziarahi satu sama lain dan perbuatan menyendiri di rumah atau tempat-tempat tertentu tidak digalakkan.

Membiarkan anak-anak menyendiri di rumah boleh menyemai sikap sombong dan bongkak serta tidak mempedulikan orang lain.

Hubungan silaturahim perlu disemarakkan asalkan dijaga tatasusila sesama anggota masyarakat.

Suami dan isteri sepatutnya mesti saling bermaafan antara satu sama lain, tiada berdendam dan tiada perselisihan, bermaaf-maafanlah sepanjang masa, jangan tunggu pagi satu Syawal kerana itu bukan tuntutan agama.

Menunggu pagi Syawal baru bermaafan hanyalah suatu adat dan amalan yang tidak menguntungkan, kita masih tidur dengan berdosa di akhir Ramadan jika masih ada membuat kesalahan kepada suami, isteri atau orang lain.

Bermaaf-maafan mesti dilakukan secepat mungkin bila kesalahan disedari, bermaafan dan bersalaman di pagi Syawal, hanya sesuai bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa disamping mengasuh kanak-kanak menghayati amalan yang baik sedangkan bagi kanak-kanak sebenarnya mereka tiada dosa, mereka belum mengerti apakah dosa dan pahala.

Orang Islam juga dituntut menyediakan makanan untuk dirasai oleh saudara mara dan sahabat handai tetapi mestilah halal dan disediakan tanpa perasaan riak dan tanpa membazir.

ZIARAH IBUBAPA

Anak-anak yang terpisah, tidak tinggal bersama ibubapa mesti menjadikan hari ini hari yang paling baik untuk pulang dan menziarahi mereka. Alangkah sedihnya jika ada anak tetapi berhari raya seorang diri.

Jika boleh baliklah awal sebelum satu Syawal dan tuntutlah kemaafan dari mereka sebelum jatuhnya akhir Ramadan bukan seperti biasa hanya pada pagi Syawal.

Sesungguhnya ganjaran bila melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan tidak sama dengan yang dilakukan dalam bulan-bulan yang lain.

Bila menziarahi ibubapa atau orang yang lebih tua, bawalah sedikit buah tangan untuk menggembirakan mereka walaupun bukan itu yang mereka harapkan.

Firman Allah, ” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),

dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14

Anak-anak yang diwasa yang tidak dapat pulang atau tidak dapat pulang awal terutama yang berkeluarga jangan lupa untuk menghubungi ibubapa dengan cara yang lain supaya ganjaran pahala kebaikan tersebut masih kita dapati. Jangan anggap ia sesuatu yang remeh.

Kecanggihan alat komunikasi memungkinkan segala masalah perhubungan antara ahli keluarga dapat diselesaikan dengan mudah.

Sewaktu bersama ibubapa, gembirakanlah mereka dengan isi perbualan yang baik-baik tetapi benar dan elakkan pendengaran mereka dari yang tidak menggembirakan seperti kehidupan susah masa lalu serta masalah kewangan yang kita hadapi.

Tanggungjawab sewaktu mendidik dan membesarkan kita, sudah cukup membebankan mereka. Insaflah, walau apa pun yang telah berlaku kita tidak akan dapat membalas jasa mereka kepada kita.

Jangan memberatkan ibubapa dengan perbelanjaan dan kerja. Kita sepatutnya mengambilalih tugas rumahtangga seperti menyediakan makanan, layanan kepada tetamu dan sebagainya dan benarkan ibubapa berehat dan bergembira dengan tetamu atau cucu-cucu jika ada.

Ibubapa yang sakit atau kurang sihat memerlukan masa yang panjang dan layanan yang lebih istimewa dari anak-anaknya.

Bagi ibubapa pula; Elakkan membuat perbandingan status dan keberadaan sesama anak menantu kerana ini boleh mendatangkan rasa rendah diri atau kecil hati terutama bagi yang kurang berada atau kurang mampu. Hariraya adalah hari untuk bergembira.

Tanpa sedar ibubapa kadangkalanya banyak berbicara kearah merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Limit dan fokuskan pertuturan dan perbualan kepada yang positif dan baik-baik sahaja.

ZIARAH SAHABAT HANDAI DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN

Di Hariraya, kita dituntut untuk menziarahi sesama muslim sebanyak mungkin terutama orang yang pernah menjadi sahabat ibubapa kita.

Gunakan peluang ini untuk bermaaf-maafan dan mengucapkan syukur kehadrat Allah atas limpah kurnia rahmat dan rezekiNya.

Sayugia diingat bersalaman sesama ajnabi dalam majlis sebegini adalah dilarang walaupun berlapik kerana ia adalah tidak perlu dan boleh mendatangkan fitnah.

Bersentuhan secara berlapik atau tidak bagi ajnabi hanya dibolehkan atas perkara-perkara terdesak sahaja.

Disamping itu dalam Islam kita tidak digalakkan berlama-lamaan dalam melakukan ziarah begini, kerana ini akan membuka ruang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti fitnah dan sebagainya.

Kebanyakan kita tidak mampu menjaga isi perbualan daripada memperkatakan benda-benda yang tidak baik dan melalaikan.

Berlama-lamaan juga mungkin akan membebankan orang yang kita lawati. Bergeraklah sebelum gembira bertukar sebaliknya.

Mungkin tuan rumah juga mempunyai agenda mereka sendiri atau untuk menerima tetamu yang lain pula.

Sewaktu melakukan ziarah atau sebagainya, hormatilah waktu solat

Jagalah tertib berpakaian sepertimana yang dianjurkan Islam. Sesungguhnya sudah terlalu banyak yang kita terlepas pandang dalam perkara aurat dan pakaian yang diamalkan sehari-hari.

Dalam Islam tidak ada beza aurat dalam solat dengan luar solat, cuma mungkin bentuk dan warna pakaian sahaja yang berbeza.

Hariraya juga memberi peluang kepada kita untuk merapatkan hubungan yang sudah lama terputus samaada keluar bekerja, belajar atau lain-lain.

Apa-apa persengketaan antara dua pihak juga perlu ditamatkan dengan hadirnya hari yang mulia ini.

Firman Allah “ Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila kamu berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib” Fussilat 34

Mengadakan jamuan dan menjemput seramai mungkin orang Islam dan bukan Islam untuk bergembira beramai-ramai menyambut Aidilfitri adalah satu perkara yang baik tetapi perlulah dijaga adab pergaulan supaya selari dengan keperluan agama.

ZIARAH PERKUBURAN

Orang lelaki digalakkan membersih dan menziarahi perkuburan bagi mencetuskan kesedaran terhadap kematian, manakala ziarah perkuburan kepada kaum wanita pula ada pendapat mengatakan haram dan ada yang hanya mengharuskan sahaja iaitu tidak digalakkan.

Jika kaum wanita ingin juga pergi, maka perlulah dijaga adab-adab dengan sewajarnya.

Di perkuburan, bacalah doa-doa yang baik yang diharapkan boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Perlu diingat, ziarah tanah perkuburan tidak semestinya dilakukan bila menyambut Aidilfitri sahaja.

DUIT RAYA

Memberi duit raya terutama untuk kanak-kanak adalah amalan yang baik tetapi mestilah berlaku adil.

Kanak-kanak tidak berupaya menyimpan rahsia sekiranya ada perlakuan dan agihan secara tidak adil. Oleh itu berhati-hatilah.

Di samping itu orang diwasa seharusnya tidak menyuburkan budaya mengemis di kalangan anak-anak sewaktu melakukan ziarah terutama di hari kebesaran Islam ini. Meminta-minta sebegini bukan budaya Islam.

Tujuan asal amalan ziarah adalah untuk merapatkan silaturrahim dan ianya bukanlah satu cara untuk mengumpul wang.

Selain dari perkara-perkara di atas, banyak lagi yang boleh dilakukan seperti menziarahi dan memberi makan atau pakaian kepada anak yatim, orang miskin, rumah orang tua, orang kurang upaya dan sebagainya.

Firman Allah “ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ( Aali Imran 133 ).

Hadis Rasulullah ( Dari Ibnu Hibban ) “ Sukakah kamu aku tunjukkan orang yang paling dicintai Allah, dan yang paling dekat denganku di hari kiamat’ Mereka menjawab “Sudah tentu” Rasulullah menyatakan “ Iaitu orang yang paling baik akhlaknya di antaramu”

Hadis Rasulullah ( Dari Uqbah ), “Ya Uqbah, sukakah kamu aku khabarkan tentang akhlak ahli dunia dan ahli akhirat yang paling afdal ? iaitu kamu menjalinkan hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu dan kamu memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu”

Mudah-mudahan dengan sedikit catatan ini dapatlah kita menghayati Ramadan dan Syawal secara yang disenangi Allah subhanahuwataala.

Zaid sedia jadi Ghafar Baba kedua

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa pencalonannya sebagai Timbalan Presiden PKR, mengakibatkan beliau menerima nasib sama seperti mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Katanya, Ghafar dianggap tidak setia pada Umno lalu diketepikan pada pada 1993 disebabkan parti perkauman Melayu itu menemui seorang calon Timbalan Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyuarakan kebimbangan demikian apabila melihat beberapa pihak menaburkan dakwaan liar ke atasnya sepanjang musim pemilihan kepimpinan parti itu.

"Ada yang diupah...menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencolonkan saya.

"Saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," dedahnya sambil menasihatkan mereka yang terbabit menjelaskan ketidaksetiaannya itu secara rasional dan fakta.

Walhal, beliau menjelaskan bahawa niat bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR itu demi memperkukuhkan kepemimpinan parti serta Pakatan Rakyat.

"Saya masuk Keadilan (PKR) kerana saya mahukan parti ini bergandingan dengan Pakatan (Rakyat) untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata," ujarnya yang juga Koordinator Pakatan Rakyat.

"Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding."

Sehubungan itu, nasihatnya akar umbi PKR wajar menerima pencalonan beliau hari ini sebagai gandingan terbaik bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR secara sihat lagi demokratik.

Zaid dan Azmin Ali menawarkan diri masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Seorang lagi calon yang disebut-sebut adalah Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak.

Penyandang jawatan, Dr Syed Husin Ali mengumumkan sebelum ini tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres PKR Oktober ini.

Media juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan memegang jawatan presiden PKR menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Harakahdaily/-

Agihan: BN rompak hasil negara untuk suku sakat

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

BUKIT MERTAJAM, 6 Sept: Prinsip agihan dan sumbangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah jauh berbeza dengan apa yang menjadi amalan dalam pelaksanaan Kerajaan Pusat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan waris keluarga warga emas yang telah meninggal dunia di Dewan Mutiara, Bukit Mertajam semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta kepimpinan kerajaan negeri.

Anwar juga menyifatkan perbezaan dalam pelaksanaan sistem pemerintahan adalah begitu ketara antara pimpinan PR dan BN.

"Kita dalam PR tidak merompak hasil negara dan mengagihkan hasil rompakan kepada suku-sakat. Dalam PR juga kita tidak amalkan mengambil hak orang lain seperti yang diamalkan dalam BN serta agihkan sebagai sumbangan.

"Kelainan yang ada pada PR ini akan membawa banyak perbezaan yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat yang miskin dan terpinggir.

"Mereka yang miskin harus diberi keutamaan dalam pembelaan. Nasib mereka ini mesti diperjuangkan. Selagi pembelaan yang sewajarnya tidak diberikan maka yang miskin akan tetap miskin, manakala yang kaya akan terus menambah kekayaan," ujarnya lagi.

Tambah Anwar lagi, keadilan yang hendak ditegakkan boleh dilaksanakan sekiranya sikap angkuh dan bongkak tidak menjadi amalan dalam kepimpinan.

Dalam PR hasil yang diperolehi adalah melalui amalan perbelanjaan berjimat cermat dan bukannya melalui rompakan hasil negara dan diagihkan sebagai sumbangan kepada masyarakat miskin yang memerlukan pembelaan.

Oleh kerana kelainan yang ada pada PR, katanya maka nasib masyarakat di Pulau Pinang telah berjaya dibela oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi penghargaan kepada 107,625 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM100 setiap orang.

Sejajar dengan itu kerajaan negeri juga telah mula memberi sumbangan sebanyak RM1,000kepada setiap waris apabila ibu atau bapa mereka meninggal dunia.

Sehingga 24 Ogos 2010, seramai 776 waris warga emas yang meninggal dunia telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapat sumbangan sebagai menampung kos urusan pengebumian.

Harakahdaily/-

Malaysia perlukan pemerintah lebih adil - Mohamad Sabu

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.

Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.

Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.

"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.

"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.

Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.

Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.

"Seperti Arab Jahilah yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah), Umno pun sanggup buat apa saja asalkan pemikiran rakyat dan kerajaan pusat boleh terus dijajah," ujarnya.

Tambahnya, Umno lebih bimbang apabila orang bukan Melayu seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat lebih gigih memelihara kepentingan Melayu dan Islam di negeri Pakatan Rakyat itu berbanding zaman Umno.

"Kita di Malaysia pun perlu kepimpinan yang jauh lebih adil, kita perlu futuwwah (pembukaan) semacam yang Rasulullah buat (iaitu) ubah rakyat dari perhambaan sesama manusia pada perhambaan hanya kepada Allah," beliau menambah.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat agar tidak takut dengan propaganda media pro Umno, kononnya kepentingan Melayu akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak.

Harakahdaily/-

Rakyat makin sedar fitnah media pro BN

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

RANTAU PANJANG, 6 Sept: Kesedaran rakyat terhadap media pro BN yang kini sudah tidak boleh dipercayai diharap semakin meningkat khususnya menjelang pilihan raya umum nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, berkata rakyat di negara ini dengan jelas menyatakan isyarat kepada kerajaan bahawa mereka tidak boleh dipersendakan lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan akhbar Harakah Najib Resah!, edisi Isnin hari ini.

Akhbar Harakah hari ini melaporkan Perdana Menteri resah apabila media pro Umno hilang pengaruh dan kreibiliti berikutan rakyat telah beralih mendapatkan maklumat dari blog, facebook, twitter dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berucap pada majlis Mubarak Ramadan dan Syawal Dewan Muslimat PAS Pusat ke seluruh negara, yang diadakan di Parlimen Rantau Panjang hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, timbalan, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof.

Sehubungan itu, Nuridah mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang semakin sedar akan fitnah yang dimainkan oleh Umno dan BN yang disiarkan melalui akhbar pro mereka.

“Fitnah yang dilakukan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Teo baru-baru ini sudah cukup menjadi bukti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya mendapatkan perkembangan semasa dari laporan yang tepat.

Tegasnya, Islam sendiri melarang menyebarkan berita yang berunsur fitnah.

“Jangan biarkan diri kita menjadi golongan yang dipengaruhi oleh fitnah.

“Budaya ini akan merosakkan diri, masyarakat dan negara. Malah ianya akan merosakkan generasi akan datang kerana dipengaruhi oleh berita fitnah,” ujarnya.

Sempena majlis itu, Nuridah dan Zailah masing-masing menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis yang diadakan di Kampung Tasek, dekat sini.

Harakahdaily/-

Operasi terhenti, 22 lif Komtar masuk air

28 Ramadhan 1431 H

Kesemua 22 lif di bahagian pentadbiran, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) berhenti beroperasi awal pagi ini kerana dimasuki air akibat limpahan dari tangki air di tingkat 27 bangunan itu.

Bagaimanapun, tujuh daripada lif berkenaan beroperasi semula pada 8 pagi ini manakala 15 lif lagi masih menjalani kerja pemulihan dan dijadual beroperasi semula seperti biasa esok.

Pengurus Besar Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sistem elektrikal tangki air di tingkat 27 yang gagal berfungsi dan menyebabkan air melimpah yang telah memasuki ruang angkutan lif.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan juruteknik PDC Setia Urus, pada kira-kira 4 pagi tadi dan telah ditangani dengan menghentikan limpahan air dan kawalan ke atas limpahan tersebut, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

"Sejak 8 pagi tadi, tujuh buah lif berjaya beroperasi namun kerja-kerja pemulihan operasi lif masih dijalankan untuk memulihkan operasi 15 lif lagi," katanya.

Rosli berkata beliau yakin kesemua 22 buah lif di Komtar akan mampu berfungsi seperti biasa esok.

Kejadian tersebut telah menyebabkan ratusan pekerja di bangunan Komtar bersesakan untuk merebut lif untuk ke pejabat.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menganjurkan konsert Datuk Siti Nurhaliza secara percuma bersempena sambutan Hari Malaysia.

Beliau berkata konsert tersebut akan diadakan pada 25 Sept di Stadium Bandaraya bermula 8 malam dan penonton hanya perlu membeli sebotol air mineral bernilai RM1 untuk menonton konsert tersebut.

"Penjualan air mineral tersebut adalah untuk menentukan jumlah kehadiran pada malam tersebut," katanya.

Malaysiakini/-

Jamil Khir: Jangan terpengaruh raya Khamis

28 Ramadhan 1431 H

Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan perayaan Aidilfitri disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis... kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka.

"Kita jangan ikut rentak orang bisnes," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada hari Rabu manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000.

Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah.

Malaysiakini/-

Nik Aziz: 'I know you', Ibrahim Ali

28 Ramadhan 1431 H

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.

Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu.

"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

Malaysiakini/-

Pembaikan kualiti diri kesan dari ibadah yang diterima.

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Sesungguhnya kekejian dan perbuatan keji itu sedikitpun bukan dari Islam dan sesungguhnya sebaik-baik keislaman manusia adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. Thabrani dan Imam Ahmad)

Luar biasa makna ibadah dalam agama Islam bagi manusia. Setiap ibadah, kalau dilakukan dengan sempurna, akan menghasilkan pembaikan kualiti diri. Seperti halnya yang didapat orang-orang beriman dari ibadah shalat, puasa, dan haji.

Sebagaimana dalam Al-Qur’an, ibadah shalat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Harus diakui, kemampuan ini (mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar) tidak dimiliki setiap manusia.

Hanya orang-orang yang berkualiti yang memilikinya. Buktinya, meskipun sudah meraih pendidikan yang tinggi sehingga disebut berkualiti, ramai orang yang tidak mampu menjaga dirinya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Demikian juga dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti disebutkan dalam Al-Qur’an,dengan berpuasa, manusia diharapkan meraih darjat taqwa. Jelas ini sebuah harapan bagi pembaikan diri.

Darjat taqwa merupakan darjat tinggi bagi orang-orang yang telah berhasil memperbaiki perbuatan, sikap, dan niatnya.

Bukan hanya shalat dan puasa, ibadah haji pun ditujukan untuk pembaikan kualiti manusia. Haji mabrur merupakan gelar pemberian Allah bagi orang-orang yang berhasil melakukan ibadah haji dengan hati yang ikhlas, dengan modal dan tubuh yang suci, dan benar rukun-rukunnya.

Akan menghasilkan pengikut-pengikut Rasulullah kalau ibadah-ibadah ini dilakukan dengan baik, iaitu manusia yang berakhlak baik. Kalau dunia dihuni oleh orang-orang seperti ini, maka tidak perlu lagi polis atau mahkamah.

Tidak ada lagi yang perlu ditangkap dan diadili, sebab orang-orang tidak akan mencuri, rasuah dan sejenisnya.

Dengan demikian, jika kemungkaran semakin banyak, maka itu boleh berarti bahwa shalat, puasa, dan haji yang kita lakukan belum sempurna.

Takwa : Adakah amal kita sudah diterima ?

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Hendaklah kamu lebih memperhatikan diterimanya amal daripada amal itu sendiri, kerana amal tidak boleh diterima kecuali disertai dengan takwa, dan betapa sedikitnya amal yang diterima” (Ali bin Abi Thalib r.a.).

KALAU di awal Ramadhan, setiap orang yang berpuasa menaruh harapan besar agar mampu meraih darjat takwa, maka mendekati penghujung bulan suci ini sepatutnya mengunjungi kembali harapan tersebut, apakah sudah hampir meraihnya atau tidak. Memang tidak mudah mengetahuinya.

Namun sekurang-kurangnya kita boleh merasakan bagaimana perubahan pada diri sendiri, apakah sudah punya kecenderungan menjadi orang (yang lebih) baik atau tidak.

Perubahan pada diri sendiri, antara lain, boleh diukur dengan perasaan sendiri. Menurut Rasulullah s.a.w., seseorang hamba tidak akan boleh mencapai darjat ketaqwaan sehingga ia meninggalkan apa yang tidak dilarang, supaya tidak terjerumus pada hal-hal yang dilarang (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dari itu, kalau perasaan kita masih berat untuk meninggalkan apa yang dilarang Allah dan berat juga untuk melaksanakan dengan baik apa yang disuruhNya, maka kemungkinan besar harapan kita masih jauh dari yang kita perolehi.

Namun demikian, masih tersisa sekian hari lagi dari bulan Ramadhan. Tidak ada pilihan lain, kecuali memanfaatkan kesempatan yang sedikit itu untuk memacu diri dalam beribadah.

Yang lebih penting lagi, sebagaimana disebut Sayyidina Ali, bukan hanya beribadah tetapi memikirkan bagaimana supaya ibadah kita diterima Allah. Misalnya, apakah sudah memenuhi syarat keikhlasan dan telah suci jiwa dan raga kita ketika melaksanakannya, serta genap rukun-rukunnya.

Jika syarat-syaratnya sudah terpenuhi, Allah Yang Maha Penyayang pasti akan memenuhi harapan mulia hamba-hambaNya.