08 September 2010

600 keluarga miskin di Larut terima duit raya dan hamper

28 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

5 September 2010 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut meneruskan program amalan kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengagihkan penerima sumbangan sebanyak 600 keluarga miskin dan daif di sekitar kawasan Larut.

Penyerahan berupa sumbangan duit raya RM100 seorang, hamper barangan berjenama Zaitun dan juga keperluan dapur yang telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah semalam.

Antara pimpinan yang hadir adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Salman Saleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Larut Dr Mohd Dhari Othman dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut Mohd Nazri Din yang juga bekas calon DUN Kubu Gagah.

Antara tetamu yang hadir program anjuran Unit Amal dan Jariah Dato' Seri Dr Eusoff Teh adalah pimpinan PAS Kawasan Larut, Pemuda Kawasan dan Muslimat Kawasan disamping Ahli keluarga Allahyarham Dato' Seri Dr. Eusoff Teh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah!!@ kerana pas Larut dapat meneruskan aktiviti tahun. Semoga dengan sumbangan itu dapat merapatkan silatulrahim golongan kaya dan miskin...murah rezeki..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk pemuda Kws Larut, khusus SU Pemuda Sdr Razali Ismail , keja keras siang malam. teruskan usaha murni anda