30 Ogos 2008

Idham Lim : Kerajaan Perak mengalu-alukan usaha membantu rakyat miskin.

TAPAH : Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat sentiasa mendokong usaha gigih yang dilakukan oleh Yayasan Pembangunan Ummah Termiskin (YAUM Foundation) sehingga berjayanya Majlis Penyampaian Bantuan Dapur bagi golongan yang memerlukan di Daerah Batang Padang, Tapah. Demikian antara isi ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang mewakili Menteri Besar Perak pada majlis yang diadakan di sini hari ini.

Katanya " disamping tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, kita bersyukur kerana ada segolongan yang berkemampuan dengan persatuan dan kelompoknya untuk membantu rakyat Perak yang memerlukan"

Drs. Khalil menyampaikan ucapan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Bekas Presidennya , Datuk Dr. Arifin Mohd Lokman, Pemangku Presiden YAUM Foundation, Datin Noor Liza Hj. Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batang Padang, Tapah, Razali Abu Bakar, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust Zulkifli Ibrahim, Pegawai Khas MB Perak, Muhammad KY. Tiang , Pegawai Tadbir Agama Daerah,Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.


Dr. Ariffin dan Drs. Khalil mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan.

Pada kesempatan itu seramai 120 orang fakir miskin telah menerima sumbangan yang dikumpulkan oleh yayasan.

Semasa berucap mewakili YAUM Faundation, Datuk Dr. Ariffin Mohd Lokman memohon agar penyumbang sentiasa mendoakan semuga pihak yang memberi sumbangan dimurahkan rezeki untuk menyumbang lagi dimasa akan datang.

Mangsa ribut dibantu.

PARIT BUNTAR, 28 Ogos : Pada hari ini ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim bersama isteri telah meluangkan masanya untuk menyampaikan sumbangan dari Tabung Bencana Alam yang diluluskan oleh YAB Menteri Besar Perak bagi meringankan bebanan seorang Ibu Tunggal, Robie binti Yahaya di Jalan Sempadan disini hari ini.

Isteri ADUN Titi Serong menyampaikan sumbangan disaksikan Ketua Kampung setempat

Sebanyak RM 3000 telah disalurkan melalui kerja secara gotong royong yang dikendalikan oleh Ketua Kampung Kg. Kedah, Hj. Ibrahim Dahlan.

Ramadhan datang lagi.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(QS. Al-Baqarah: 183).

InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan kembali bertemu dengan bulan penuh rahmat, iaitu bulan suci Ramadhan. Betapa banyak rahmat Allah SWT di bulan itu, dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Rasulullah bersabda, “ Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa” (HR. Ahmad dan Nasa‘i).

Itulah sebabnya, Rasulullah SAW mengajak kita ummatnya untuk berlumba-lumba meraih segala peluang yang disediakan Allah pada bulan itu. Apalagi, tidak semua orang diberikan kesempatan untuk bertemu dan mendapatkan rahmat Allah pada bulan itu. Tidak sedikit orang yang sempat bertemu dengannya, namun tidak mampu meraih apa-apa.

Menurut Rasulullah SAW, orang yang gagal di bulan Ramadhan termasuk orang sangsara. Sabdanya, “Orang yang sangsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini” (HR.Thabrani). Dengan kata lain, orang yang sengsara ialah orang-orang yang tidak meningkat keimanannya walaupun melalui Ramadhan yang penuh keberkatan itu. Lebih-lebih lagi kalau melihat ayat di atas, panggilan untuk berpuasa dalam Ramadhan ditujukan kepada orang-orang beriman.