08 April 2009

Rakyat sedang hitung hari halau BN keluar dari pejabat MB.

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap Umno/BN. Penolakan yang berlaku di Pematang pauh dan Kuala Terengganu sekali lagi diterjemahkan rakyat di Bukit Gantang.

Pertembungan PAS dan BN di Bukit Gantang adalah sebetulnya pertembungan maruah , hidup dan mati antara Pakatan Rakyat dan BN. Selain itu dilihat sebagai pertembungan Nizar dengan Zambry.

Kemenangan PAS dan Nizar adalah bukti kepada penolakan kepada "kerajaan haram" di Perak sekali gus yang penting juga sebagai satu isyarat bahawa Nizar bukannya penderhaka seperti yang didakwa oleh UMNO dan BN.

Penderhaka sebenar ialah UMNO kerana telah memunipulasikan Isu Istana untuk kepentingan politik sempit mereka.

Walaupun dalam kempen tersebut,PM Najib, MB Haram Zambry dan Calon Ismail Saffian cuba menagih restu rakyat ; namun rakyat Perak masih belum boleh memaafkan mereka. Rakyat Perak tidak berkenan untuk memberikan restu kepada mereka.

Rakyat Bukit Gantang sebenarnya diperbodohkan oleh pemimpin yang kurang cerdik itu untuk mengundi mereka dalam keadaan ia hampir lemas dan tenggelam . Huluran tangan mohon mereka diselamatkan malah di zahirkan dengan mereka menekan kepala BN supaya cepat "lemas" dan "mati".

Kejayaan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Mereka diberi isyarat yang jelas kecuali tidak boleh difahami oleh orang yang "bahlol", bahawa rakyat sedang menghitung hari untuk menghalau mereka keluar dari Pejabat Menteri Besar.

Strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi malah menikam diri sendiri. Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.Malah terdapat penyokong Umno yang menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu mengundang kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Kehadiran Mahadhir dalam keadaan isu kotor BN iaitu kecaman yang memuncak kononnya pemimpin DAP membaca ayat Al Quran dan dipersendakan, sehingga Mufti Perak juga sempat mengeluarkan kenyataan "bodoh" diakhir usia emasnya.

Rakyat sangat tahu, ahli UMNO juga tahu tetapi buat-buat tak tahu siapakah yang mempersendakan Al Quran, antaranya yang bernama Mahadhir. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana kembalinya Mahadhir kedalam UMNO akan mempercepatkan pereputan parti usang itu.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi bila kali pertama PAS menawan kubu BN berkenaan pada PR Umum 2008 yang lepas.

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.

Seperti kata ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam wawancaranya oleh TV PAS malam tadi, "Rakyat sepatutnya sudah boleh berarak ke Istana esok untuk memohon kepada Sultan Perak supaya dibubarkan DUN seperti yang di pohon oleh ADUN Pakatan Rakyat pada 5 Febbruari 2009 tetapi ditolak".
WMCI/KIL

SUASANA HARI TERAKHIR BERKEMPEN

Berbagai suasana dapat kita lihat di hari2 terakhir kempen Parlimen B.Gantang. Yang pasti para pengundi yang berada diperantauan berpusu2 pulang bersemangat untuk menghukum BN! Menurut sumber, ada juga para pengundi PAS yang berada jauh diberi kemudahan pengangkutan bas pergi balik percuma hasil sumbangan para dermawan. Destinasi berkumpul di Taman Melewar.

Para petugas PAS juga tidak kenal erti jerih perih merayu undi, menjaga pos2 PAS, menjaga tempat pengundian agar tidak berlaku sebarang perkara yg tidak diingini dan bermacam2 lagi. Saya terkejut bila melihat semangat Dato Dr Hasan Ali yang merayu undi menggunakan kenderaan pacuan empat ronda mengulang2 pengumumannya secara live mengingatkan para pengundi mengundi PAS. Kalau BN guna tapejelah.

Semangat Penduduk2 Changkat Ibol juga membuatkan hati ini berkumandang semangat Maharaja Lela. Mereka tidak pernah kenal erti patah hati dalam menegakkan kebenaran. Pergilah di Pos Pas Changkat Ibol lihatlah semangat PAHLAWAN mereka.Di Simpang, seperti yang dijangka Zahid Hamidi tidak datang untuk berdebat dengan Dato Husam Musa. Itu telah membuktikan PAS adalah pemenangnya.

Lihatlah apa yang terjadi di Dataran Simpang tempat debat berlangsung, orang ramai memenuhi lebih dari biasa dan malam ini merupakan kemuncaknya rekod baru tercipta dengan kehadiran ibarat pesta. Yang pasti, Melayu, Cina dan India berkumpul bersama2 di situ di bawah satu bumbung PAKATAN RAKYAT.

Insyaallah jika suasana ini telah terjadi di sini 1 hari nanti PAKATAN RAKYAT akan memerintah Malaysia. Bila ditinjau kepada pos2 BN, hanya ada 2 pos sahaja yang beroperasi tapi tidaklah seramai pos PAS. Yang lain kosong seribu bahasa ditemani jin dan babi hutan sahaja seperti di pos pemuda BN Kg Berchat.

Saya sungguh kesal bila mendapat tahu, BN menggunakan pelajar OKU yang tidak tahu apa2 untuk mengedarkan risalah mereka. Lihatlah sifat kebaculan mereka yang melampau! Wahai warga PARLIMEN B.GANTANG, mari kita hukum BN kita pangkah PAS...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Dr. Danial Zainal Abidin

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

Dalam ayat ini Allah menceritakan tentang golongan yang mendapat pertolongan daripada Allah. Mereka ialah golongan yang ‘diteguhkan kedudukan mereka di muka bumi’ berdasarkan kalimat ‘makkannaahum fil ardh’ dalam surah al-Hajj ayat 41. Imam al-Hasan dan Abu al-‘Aliyah mentafsirkan golongan ini sebagai ‘golongan daripada umat ini yang diberikan kemenangan oleh Allah’. Imam Ibn Abu Najih mentafsirkannya sebagai ‘pemimpin-pemimpin’. Imam ad-Dahhak mentafsirkannya sebagai ‘mereka yang kurniakan kerajaan dan kekuasaan oleh Allah’. Kesemua pendapat ini dilaporkan dalam al-Jamik li Ahkamil Quran oleh Imam Qartubi.

Pemimpin yang bagaimanakah yang mendapat pertolongan dan diredai Allah? Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab. Antara tanggungjawab itu ialah “mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar”.

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi. Jika boleh kemiskinan dibasmi sepenuhnya dan semua rakyat hidup dalam keadaan senang lenang.

Antara contoh yang terbaik ialah pemerintahan khalifah Omar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat ketika itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini Yahya bin Said meriwayatkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk di berikan zakat namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya”.

Ibadah zakat yang disebutkan dalam surah al-Hajj ayat 41 menekankan tentang aspek ini. Kebajikan rakyat dalam aspek duniawi tidak boleh dipandang ringan.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Berhubung dengan ini Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, “Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama”.

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf dan nahi mungkar. “Makruf” bermaksud “sesuatu yang baik mengikut pandangan syarak dan akal,” dan “mungkar” pula bermaksud “sesuatu yang berlawanan dengan makruf sebagai contoh, meninggalkan perkara yang difardukan serta kewajipan, ataupun melakukan perbuatan yang haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun besar”. Tafsiran ini disebutkan oleh Muhammad ibn Illan Al-Makki dalam Dalilul Falihin (Maktabah Al-Halabi, Mesir; jilid 2)

Aspek ini amat dipentingkan oleh Islam sehinggakan, mengikut riwayat Muslim, Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Justeru seseorang yang tidak menyeru kepada makruf dan pada ketika yang sama membiarkan serta menggalakkan perbuatan mungkar (dan yang lebih teruk lagi ialah dia sendiri terlibat melakukan kemungkaran itu), maka dia tidak layak menjadi pemimpin umat. Qadhi Iyad memfatwakan, “Apabila berlaku ke atas seseorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bidaah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil”. Fatwa ini dilaporkan dalam Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama. Rata-ratanya kita sudah mengetahui bahawa ilmu yang diperlukan bukanlah semata-mata ilmu tentang tajwid, rukun solat, mandi wajib, wuduk, tayamum dan yang seumpamanya. Ia lebih dari itu.

Di samping itu beliau juga merupakan peribadi yang bersedia untuk terus belajar dan mendengar serta menghormati pandangan golongan ilmuwan terutamanya dalam bidang agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”

Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Menegakkan Keadilan

Oleh Alwi Shahab

Beberapa saat setelah tentara Islam menaklukkan Jerusalem, Khalifah Umar bin Khattab pun ingin datang sendiri ke kota itu. Dia berangkat dari Damaskus menuju Kota Suci pertama umat Islam itu hanya dengan mengendarai seekor unta disertai pengawalnya. Sang Khalifah, seorang yang sangat rendah hati, sepakat dengan pengawalnya bahwa keduanya akan bergantian menunggang unta.

Pada waktu yang hampir bersamaan, uskup Jerusalem mengumumkan kepada para penduduk bahwa seorang pemimpin besar Islam akan datang. Ia juga menyerukan kepada warga kota untuk menyambutnya.

Ketika para penduduk telah berkumpul di pintu gerbang kota untuk menyambutnya, mereka tidak melihat adanya arak-arakan seperti layaknya kedatangan seorang khalifah. Sebaliknya, yang tampak dari kejauhan hanya dua orang, seorang menunggang unta dan seorang lagi mengawalnya. Ketika keduanya sampai di pintu gerbang, kebetulan giliran pengawal yang berada di atas unta. Orang banyak pun mengelu-elukannya. Kesalahpahaman ini berakhir setelah dijelaskan perjanjian antara khalifah dan pengawalnya saat berangkat menuju Jerusalem. Uskup yang merasa kagum dengan keadilan Khalifah Umar mengatakan kepadanya, ''Hari ini, disebabkan keadilan dan keimanan, tuan telah menerima kunci untuk masuk Kota Suci ini.

Tetapi, berapa lamakah kunci itu akan tetap di tanganmu?'' Umar pun menjawab, ''Kami memang telah mengambil alih tempat ini dengan empat sikap, yakni keimanan, keadilan, kebijakan, dan kebenaran. Selama empat sikap itu dimiliki umat Islam, mereka akan dapat mempertahankan kota ini. Tetapi, jika umat Islam tidak bisa mempertahankan empat sikap itu, maka tempat ibadah ini akan berpindah tangan.''

Dalam kondisi sekarang ini, kata-kata yang diucapkan Khalifah Umar itu patut kita renungkan. Islam memerintahkan kita untuk menegakkan keadilan tanpa pandang bulu. Dan, untuk melaksanakannya diperlukan landasan iman yang mantap. Karena, apabila iman goyah, akan goyah pulalah tegaknya tiang keadilan. ''Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menjadi penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah sekalipun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapak dan kaum kerabatmu.'' (QS An-Nisa: 135).

Berdasarkan ayat itu, kita tidak diperbolehkan untuk ragu-ragu dalam menegakkan keadilan. Siapa saja yang ternyata bersalah ia harus dihukum, walaupun akan memberati diri kita sendiri. Bahkan, menurut Islam, segala bentuk permusuhan dan perbedaan pendapat dengan orang lain tidak boleh menjadi alasan bagi kita untuk tidak berbuat adil. ''Katakanlah yang sebenarnya, meskipun hal itu merugikanmu, '' demikian sabda Nabi dalam salah satu hadisnya. Nabi sendiri pernah marah ketika ada sahabatnya sengaja mendiamkan dan menutup-nutupi seorang pencuri, hanya karena ia putri seorang bangsawan Kuraisy. Kata Nabi, ''Sungguh, Allah telah menghancurkan umat sebelum kamu disebabkan apabila di antara mereka ada yang berkedudukan terhormat mencuri didiamkan, tetapi ketika rakyat kecil melakukannya dihukum.''

Kenapa saya masuk balik UMNO dan dua bukit

Begitulah tajuk entri terbaru dari blog Che Det. Bukan saya mahu masuk balik dalam UMNO. Sekadar tergelak membaca alasan-alasan Che Det untuk menghalalkan kemasukan semula dirinya ke dalam parti yang dia adalah pengasas/ahli no.1 sebaik di haramkan, dan masih penuh dengan najis rasuah, itu pun kata Che Det sendiri.

Dengan kemenangan PAS dan PKR di dua bukit, hanya Batang sahaja yang masih bertahan bersama Che Det, walaupun Che Det turun berkempen di dua bukit sebagai 'pop star'.


Secara logiknya mengikut berita di bawah oleh Bernama;

Kemenangan Di Batang Ai Bukti Rakyat Terima BN


LUBOK ANTU, 7 April (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing menyifatkan majoriti besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Ai sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Batang Ai Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud said BN's victory in the Batang Ai state by-election is a vote of confidence for new Prime Minister Najib Abdul Razak.

He said Najib's appointment and his message of change were among the factors which contributed to the BN's huge victory in the area.

"They welcome Najib's leadership. They believe that positive change will come with his appointment.

"We fully support the new prime minister and this is the way the people of Batang Ai giving Najib a rousing welcome," he was quoted as saying by Bernama.

Maka, kekalahan di dua bukit bermaksud rakyat menolak UMNO/BN/Najib!

Saya bersetuju dengan Che Det dalam point berikut:

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

Memang melucukan membaca kembali lapuran berita akhbar milik UMNO sebelum hari pengundian.

Pengundi Cina Beri Petanda Baik Di Bukit Gantang

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bersandarkan Harapan Baru Di Bukit Gantang, BN Yakin Dapat Sokongan

TAIPING, 5 April (Bernama) -- Dengan hari pengundian semakin hampir dan para calon memanfaatkan sepenuhnya hari-hari akhir berkempen, apa yang bermain di fikiran kebanyakan orang di bandar ini yang hampir setiap hari dilanda hujan ialah siapa yang akan berputih mata atau muncul juara.

Pembangkang Semakin Tertekan Di Bukit Gantang : Muhyiddin

TAIPING, 2 April (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula "bermain kasar" kerana semakin tertekan dengan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang yang kini memasuki fasa kritikal.

Angin Perubahan Di Kalangan Pengundi Melayu Bukit Gantang

TAIPING, 1 April (Bernama) -- Para pengundi Melayu dalam kawasan pilihan raya kecil Bukit Gantang menunjukkan perubahan sikap lebih positif selepas beberapa hari jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) berkempen, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukit Gantang by-election: Ismail has reduced the odds, say Terengganu bookies

Dan lapuran paling lawak...

Ismail yakin peroleh majoriti lebih 1,000 undi
BUKIT GANTANG: Calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian, yakin menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan majoriti antara 1,000 hingga 3,000 undi. [+] 12:36 PM

"You must understand, this is not our seat and not our state, we did not lose our own seat. So to look at it in such a defeated manner... I am not prepared to do that," Hishamudin Hussien said,
Fudzail.

Tahniah buat wakil rakyat yang dipilih

Tahniah kepada tiga wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing pada hari ini, 7 April 2009. Kemenangan wakil BN, Malcolm Mussen Lamoh, 49 bagi DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti yang agak besar, 1,854 undi berbanding sebelumnya harus disyukuri oleh BN Sarawak dan BN pusat. Bersyukur kerana masih dipilih rakyat.

Kemenangan calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi pula harus diinsafi oleh semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Insaflah kerana Allah masih mahu memberi peluang kepada orangnya untuk membela rakyat. Peluang ini harus diguna dengan sebaiknya.

Manakala kemenangan muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar mempertahankan kerusi PKR bagi DUN Bukit Selambau wajar menjadi ingatan buat penyokong PKR dan Pakatan Rakyat Kedah. Ingatlah kepercayaan rakyat dalam hal ini tidak boleh dipandang ringan. Jadi, rakyat perlu dibela dengan adil tanpa mengira kaum, agama dan parti.

Kemenangan S.Manikumar dengan majoriti 2,403 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan yang memperoleh 10,229 undi berbanding Manikumar, 35, yang memperoleh 12,632 undi harus dipulangkan kepada rakyat kerana tanpa mereka tidaklah anda menjadi wakil rakyat.

Begitu juga dengan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memperoleh sebanyak 21,860undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi kemenangan itu harus digunakan sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kemenangan dua wakil PR ini hakikatnya memberi isyarat bahawa PR harus bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih berat selepas ini. Jadi, belajarlah untuk berlaku adil kepada rakyat tanpa melihat kepada parti yang mereka anggotai. Jika semua pihak dapat layanan sama rata, nanti selurah negara akan yakin kemampuan PR.

Kepada Malcolm Mussen Lamoh, 49, bekas jurutera di Jabatan Pertanian Sarawak memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperoleh 3,907 undi mengalahkan ahli politik veteran Jawah Gerang, 55, yang mendapat 2,053 undi belajarlah dari kekalahan rakan-rakan BN. Rakyat tidak mahu orang yang menjadi wakil mereka dalam kalangan orang yang cakap tak serupa bikin.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar
Fikrah Islamiah di 4/07/2009 11:07:00 PM

SURAT TERBUKA BUAT PAKATAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.

Pertama sekali, saya dengan rasa terharu dan bersyukur ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada seluruh pemimpin, ahli jawatankuasa dan tenaga kerja PAKATAN RAKYAT di seluruh Malaysia terutamanya Datuk Seri Ir. Hj. Mohd Nizar Jamaluddin atas komitmen dan kerja keras yang telah disumbangkan sehingga tercetusnya kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau semalam.

Menyedari hakikat betapa mulianya pengorbanan yang telah dicurahkan oleh semua, mendorong saya untuk melakarkan secebis ucapan dan pendapat di sini.

Tiada kata-kata manis yang dapat diutus, tiada saguhati yang dapat diberi, dan tiada titik peluh yang dapat dicurah, melainkan hanya kalungan doa, semoga Allah SWT terus memberi kekuatan hati kepada kita semua. Mudah-mudahan, kemenangan ini kita jadikan pembakar semangat untuk terus berjuang.

Saya percaya pasti ada hikmah yang Tuhan berikan, dan pemimpin-pemimpin BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Rzak harus mengambil iktibar di sebalik kekalahan mereka.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB yang telah banyak membantu jentera PAKATAN RAKYAT dalam mengekalkan kemenangan rakyat. Ternyata lawatan saya ke blog YB setiap hari banyak memberi informasi dan pedoman yang berguna buat saya yang pasti akan sama-sama berjuang satu hari nanti.

Alangkah gembiranya saya jika YB dan rakan-rakan seperjuangan tahu bahawa sebenarnya ramai sekali anak-anak muda, golongan mahasiswa yang menyokong penuh perjuangan PAKATAN RAKYAT. Sayangnya, di Malaysia, medium bagi pelajar-pelajar seperti kami untuk bersuara amat kecil dan terbatas.

Namun, percayalah bahawa doa dan sokongan kami semua anak-anak muda akan sentiasa mengiringi perjalanan YB dan rakan-rakan seperjuangan. Tidak keterlaluan rasanya untuk kami sanjung pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT sekalian. Bila tiba masanya nanti, kami akan turut sama-sama berjuang mempertahankan hak yang selama ini dinafikan.

Akhir sekali, ingin saya ucapkan TAHNIAH sekali lagi buat PAKATAN RAKYAT atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi di Bukit Gantang dan tidak lupa juga di Bukit Selambau. Saya doakan agar Allah SWT akan sentiasa merahmati dan merestui perjuangan YB dan rakan-rakan sekalian.

Sekian, wassalam.

Takbir!

Anak Perak @ Melaka
Multimedia University (MMU)



Rakyat belum maafkan BN

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.

Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.

Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.

Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.

Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.

Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan. Malaysiakini.

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

MENANTI KEPUTUSAN RASMI..MB Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menanti keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai SPR di Dewan Perbandaran Taiping.

MENANG... Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen kawasan Bukit Gantang menewaskan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.

RAI KEMENANGAN..Sebahagian daripada 10,000 penyokong Pas yang berkumpul di luar Dewan Majlis Perbandaran Taiping bagi meraikan kemenangan calon parti itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

TAIPING: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan hari ini.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

Sementara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi.

Dia menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.Mstar.

Tahniah kepada DS. Nizar dan semua.

Setelah SPR mengumumkan dengan rasminya Ir. Hj. Muhammad Nozar Jamaluddin sebagai Ahli Dewan Rakyat Bukit Gantang yang baru, dengan kemenangan majoriti lebih tinggi iaitu 2789 undi. Tidak ada ucapan yang perlu saya dahulukan melainkan ucapan sekalung tahniah kepada Dato' Seri dan semua yang terlibat dalam memenangkan calon PAS itu.

Kemenangan di Bukit Gantang adalah isyarat yang jelas dari rakyat bahawa kerajaan rampasan kuasa di Perak perlu juga ditamatkan riwayatnya dengan segera.

Gelombang amarah rakyat dibuktikan di Bukit Gantang, ayoh kita nyahkan parti perampas kuasa dari bumi perak ini

Selain itu kemenangan ini adalah isyarat kepada penolakan Najib sebagai PM yang baru.

TERKINI PAS Menang majoriti 2945

PAS 20,001
BN 17,076
BEBAS 56
ROSAK 318
JUMLAH KERTAS UNDI 37,471
MAJORITI PAS MENANG 2945
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 48.75
SALURAN MENANG 57
UPU MENANG 16

Wajah Menanti Kemenangan Diraikan


-sumber pinkturtle

Keputusan tak rasmi PAS dijangka Menang 3000 lebih.

Penyokong PAS sedang bersorak di Markaz tarbiyah PAS merayakan kemenangan yang hampir pasti. laungan takbir sedang bergema kuat .

Kebanyakan mereka sedang menuju ke Dewan majlis Perbandaran Taiping tempat pengumuman rasmi akan di buat oleh SPR.

TERKINI PAS Menang majoriti 2549

PAS 18,559
BN 16,010
BEBAS 54
ROSAK 296
JUMLAH KERTAS UNDI 34,919
MAJORITI PAS MENANG 2549
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 62.85
SALURAN MENANG 51
UPU MENANG 15

PKR menang di Bukit Selambau-keputusan tak rasmi

PKR menang di Bukit Selambau
PKR mendahului di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI 7 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Selambau dengan memperoleh 1,712 undi berbanding BN 1,142 undi.

Keputusan awal tersebut adalah berdasarkan penjumlahan undi melibatkan 11 daripada 65 saluran mengundi sehingga kini. - Utusan


Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi. _ Malaysiakini-lagiberita blogspot com

TERKINI PAS Menang majoriti 2255

PAS 16,316
BN 14,061
BEBAS 40
ROSAK 231
JUMLAH KERTAS UNDI 30,648
MAJORITI PAS MENANG 2255
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 55.16
SALURAN MENANG 44
UPU MENANG 15

TERKINI PAS Menang majoriti 2577

PAS 14,720
BN 12,143
BEBAS 31
ROSAK 192
JUMLAH KERTAS UNDI 27,084
MAJORITI PAS MENANG 2577
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 48.75
SALURAN MENANG 41
UPU MENANG 13

TERKINI PAS Menang majoriti 2391

PAS 13,327
BN 10,936
BEBAS 31
ROSAK 191
JUMLAH KERTAS UNDI 24,445
MAJORITI PAS MENANG 2391
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 44
SALURAN MENANG 39
UPU MENANG 12

TERKINI PAS Menang majoriti 2576

PAS 10,897
BN 8321
BEBAS 27
ROSAK 120
JUMLAH KERTAS UNDI 19,365
MAJORITI PAS MENANG 2576
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 34.85
SALURAN MENANG 34
UPU MENANG 11

Terkini :PAS Menang majoriti 2244

PAS 10,361
BN 8117
BEBAS 27
ROSAK 119
JUMLAH KERTAS UNDI 18,624
MAJORITI PAS MENANG 2244
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 33.52
SALURAN MENANG 32
UPU MENANG 11

TERKINI PAS Menang majoriti 2348

PAS 8932
BN 6584
BEBAS 24
ROSAK 92
JUMLAH KERTAS UNDI 15,632
MAJORITI PAS MENANG 2348
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 28.13
SALURAN MENANG 27
UPU MENANG 10


Dari 21.66 pratus pengiraan kertas undi pas menang majoriti 2624

Pengiraan setakat ini

PAS 7294
BN 4670
Bebas 17
Rosak 55
Majoriti 2624
Pratus sudah dikira 21.66y pratus
Saluran menang 23
UPU 8

Koleksi Gambar Menarik sekitar Pilihanraya Bukit Gantang.



























koleksi gambar-gambar ini diambil dari blok albanjari online, perisik rakyat, pinkturtle, ajijoi, alhussyenanak sengat

Sejarah Dalam PR, Penyokong tidak Berganjak, Perhimpunan ditutup dengan Doa

Dalam keadaan hujan semakin lebat akhirnya, masa pengundian tamat jam 5.00 petang sebentar tadi.Penyokong kedua pihak nampaknya tidak mahu berganjak dari pintu masuk sekolah tempat mengundi.

Bagi pihak PAS Majlis bacaan doa diketuai oleh Dato' Ibrahim Tuan Man.Anehnya UMNO mengikut trend PAS dengan berdoa juga diakhir perhimpunan.

Cuma bezanya PAS dengan BN adalah Ulama' terkenal dan yang aminkan semuanya insya Allah taat kepada hukum ALLAH. Semuanya sembahyang dan menutup aurat bagi yang muslimatnya.

Pelik bin ajaib sebelah BN tukang baca doa pakai topi dan tok jahil.Ahli yang aminkan adalah pelanggar hukum ALLAH.

Mudah-mudahan doa kami akan dimakbulkan oleh ALLAH.orang hindu pun hairan macammana BN ikut trend PAS hari ini.

Inilah pening lalat yang menghiasi saat akhir sebelum kami bersurai.

TERKINI 4.35 petang:Petugas UMNO mula meninggalkan tempat merayu undi

Sampai saat ini didapati, hampir separuh dari perayu undi BN telah meninggalkan lebih awal lokasi merayu undi masing-masing.

Khemah mereka telah hampir kosong dari petugas.

Mungkin ini gambaran awal kekalahan yang mereka terima?SEMUANYA MENJADI TANDA TANYA KEPADA SEMUA PIHAK.

saya juga menerima bayank panggilan dan sms bertanyakan maklumat terkini, jawapan yang afdal ialah...Insya Allah.

Pusat Perjumlahan Awal di Markas PAS Ayer Kuning

Setelah peti undi akan ditutup pada jam 5.00 petang nanti. Proses perjumlahan awal kertas undi akan dilakukan di Markas Tarbiyah Ayer Kuning.

Dijangka seawalnya jam 7 malam, mungkin gambaran keputusan sebenar dapat diketahui oleh penyokong PAS.

Persiapan yang rapi dari Lajnah IT PAS Pusat dengan memasaang 3 skrin utama untuk menampung jumlah kehadiran pengunjung telah dilakukan sejak seawal tadi.

Setelah itu jika keputusan memihak kepada PAS, kita akan berarak ke dewan Majlis Perbandaran Taiping,iaitu tempat penamaan calon untuk mendapatkan pengumuman rasmi dari SPR.

TERKINI Jam 4.30 petang: Tinggal setengah jam lagi Peti Undi akan Berakhir


Dalam keadaan hujan renyai-renyai didapati kehadiran perayu undi sampai dikemuncaknya. Saya menjangkakan jumlah perayu undi PAS pada masa ini ialah sekitar 500 orang sementara di pihak BN sekitar separuh darinya.

Inilah saat akhir yang akan mencatat sejarah politik Malaysia yang akan menyaksikan siapakah yang menang dalam pertandingan penuh dramatik ini.


Terkini jam 3.30 petang : Hujan turun lagi.

Hujan renyai-renyai yang berterusan telah turun kembali tetapi sekali ini saya saksikan petugas tidak berganjakdari tempat masing-masing. mungkin mereka mengingatkan waktu yang ada sangat singkat yang tinggal cuma sekitar satu jam 15 minit lagi sebelum waktu pembuangan undi akan ditutup pada jam 5.00 petang nanti.

Dua jam lagi waktu mengundi, Cuaca kembali panas,

Cuaca kembali panas, apabila hujan mulai berhenti sepenuhnya sekitar 30 minit yang lalu. Petugas kembali mengambil tempat masing-masing untuk meneruskan rayuan undi dalam tempoh 2 jam lagi akan tamat5 tempoh pembuangan undi.

FRU lepaskan gas pemedih mata, Osman jailu di ejek "pengkhianat".


1.50pm Lamanweb Mafrel mendakwa pemerhatinya dalam sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula beberapa kali ke pusat pengundian tersebut. Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi bagi parlimen Bukit Gantang itu. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.


11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.

Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

11.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.

Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.


Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.

Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor.

Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

10.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.

10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang (foto bawah, kanan).

Kertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.

9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.

Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.

9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.

Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."

9.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.

9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis.

Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.

Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.

9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.


8.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.

Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.

8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.

Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.

Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).

Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.

Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.Malaysiakini.

Terkini : Gambar Bukit Gantang 1.









z

Terkini Jam 1.20 petang : Hujan mulai turun

Hujan renyai-renyai dalam sausana mendung mewarnai suasana pilihanraya PRK Bukit Gantang. Para penyokong nampaknya tidak berganjak dari tempat masing-masing dengan menjalankan tugas masing.

Penyokong BN terus dengan taktik bersorak dan menyanyi yang tidak jelas bunyinya. tetapi Para perayu undi PAS terus berzikir dan berselawat dalam keadaan hujan yang semakin lebat.

Tahnish kepada mereka semua.

Nizar yakin menang.

Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."

Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.

Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat.

"Dia (isteri) berikan saya suntikan semangat dalaman dan luaran," kata beliau sambil menambah, isterinya mengikutinya berkempen sepanjang masa.

Nizar memperoleh cucu pertamanya tiga hari selepas hari penamaan calon.

Ketika ditanya cabaran kempen kali ini berbanding tahun 2008, Nizar memberitahu, suasana pilihan raya kecil ini lebih mencabar tetapi memperoleh sokongan daripada masyarakat segenap lapisan.

Cuaca panas tidak patahkan semangat perayu undi.

Keaadan cuaca yang panas menyebabkan seawalnya sekitar jam 10.00 pagi kebanyakan petugas sudah menggunakan payung berlambang parti yang dibekalkan oleh jentera pilihanraya.

Keadaan cuaca panas ini mewarnai suasana di semua tempat mengundi PRK Bukit Gantang. namun ianya tidak melemahkan semagat para petugas PAS untuk melakukan ikhtiar terakhir supaya beralih kepada PAS.

Kebiasaannya di sebelah petang hujan akan turun dengan lebat. Begitulah tempias Bukit Larut yang letak bersenbelahan dengan Bukit Gantang.

Sekarang ini cuaca mulai mendung dan langit yang berawan hitam memungkinkan hujan akan turun juga pada petang ini. Walau bagaimana pun para petugas PAS dan Pakatan Rakyat sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan cuaca di PRK Bukit Gantang.

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning. Mstar.

Pengarah Jentera Pemuda PAS : Perayu undi PAS lebih ramai .

"Sebanyak 4 tempat mengundi telah saya lawati dan mendapati di semua tempat perayu undi kita melebih jumlah perayu undi BN" Begitulah kenyataan ringkas dari Pengarah jentera pemuda PAS, Hj.Mustafa Wahab semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga memaklumkan kenderaan berjalan perlahan di semua tempat yang dilawatinya disamping jumlah pelancong yang ingin mendapat gambaran sebenar mengenai PRK juga ramai dari orang PAS.

Laungan "rasuah" sambut kedatangan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin (berbaju batik) berada bersama beberapa kerat penyokong BN.


Kehadiran Muhyiddin Yassin sekitar jam 10.00 pagi tadi disambut dengan gemaan laungan "rasuah" berulang kali dari petugas Pakatan Rakyat. Jumlah yang mengiring Muhyiddin juga tidak seramai yang mengiring Nizar sebelum dari ini.

Ada yang memaklumkan rungutan tidak puas hati dari seorang yang dianggap ketua yang menjaga pos BN kerana tidak ramai yang mengiringi Muhyiddin tadi.

Kalau begini layaklah dia fikirkan untuk lebih awal meninggalkan Bukit Gantang pada hari ini.