08 April 2009

SURAT TERBUKA BUAT PAKATAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.

Pertama sekali, saya dengan rasa terharu dan bersyukur ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada seluruh pemimpin, ahli jawatankuasa dan tenaga kerja PAKATAN RAKYAT di seluruh Malaysia terutamanya Datuk Seri Ir. Hj. Mohd Nizar Jamaluddin atas komitmen dan kerja keras yang telah disumbangkan sehingga tercetusnya kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau semalam.

Menyedari hakikat betapa mulianya pengorbanan yang telah dicurahkan oleh semua, mendorong saya untuk melakarkan secebis ucapan dan pendapat di sini.

Tiada kata-kata manis yang dapat diutus, tiada saguhati yang dapat diberi, dan tiada titik peluh yang dapat dicurah, melainkan hanya kalungan doa, semoga Allah SWT terus memberi kekuatan hati kepada kita semua. Mudah-mudahan, kemenangan ini kita jadikan pembakar semangat untuk terus berjuang.

Saya percaya pasti ada hikmah yang Tuhan berikan, dan pemimpin-pemimpin BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Rzak harus mengambil iktibar di sebalik kekalahan mereka.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB yang telah banyak membantu jentera PAKATAN RAKYAT dalam mengekalkan kemenangan rakyat. Ternyata lawatan saya ke blog YB setiap hari banyak memberi informasi dan pedoman yang berguna buat saya yang pasti akan sama-sama berjuang satu hari nanti.

Alangkah gembiranya saya jika YB dan rakan-rakan seperjuangan tahu bahawa sebenarnya ramai sekali anak-anak muda, golongan mahasiswa yang menyokong penuh perjuangan PAKATAN RAKYAT. Sayangnya, di Malaysia, medium bagi pelajar-pelajar seperti kami untuk bersuara amat kecil dan terbatas.

Namun, percayalah bahawa doa dan sokongan kami semua anak-anak muda akan sentiasa mengiringi perjalanan YB dan rakan-rakan seperjuangan. Tidak keterlaluan rasanya untuk kami sanjung pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT sekalian. Bila tiba masanya nanti, kami akan turut sama-sama berjuang mempertahankan hak yang selama ini dinafikan.

Akhir sekali, ingin saya ucapkan TAHNIAH sekali lagi buat PAKATAN RAKYAT atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi di Bukit Gantang dan tidak lupa juga di Bukit Selambau. Saya doakan agar Allah SWT akan sentiasa merahmati dan merestui perjuangan YB dan rakan-rakan sekalian.

Sekian, wassalam.

Takbir!

Anak Perak @ Melaka
Multimedia University (MMU)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,akhirnya kemenangan milik kita.tahniah kpd semua yg terlibat dlm PRK smlm.kami sokong PR
-Anak2 Perak @ Perlis, universiti malaysia perlis (Unimap)

Tanpa Nama berkata...

sayu aku baca tulisan hampa. aku warga kerja wd PENANG pun besyukur dgn kemenangan mlm tadi. mmg ramai kat tempat aku pun sokong PR. undilah aku nanti kalau aku pun ditakdirkan jadi calon PR.
dr kole

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...PKR menang. Syabas kepada semua yang terlibat dan berkat doa semua orang....PKR itu milik kita semua..

Unknown berkata...

sokongan penuh dari anak muda selangor...PKR milik kita dan berjuang krn Allah... Moga keadilan dan kemakmuran dapat di daulatkan kembali di bumi Malaysia ini...

dr graduan mahasiswa universiti malaysia terengganu (UMT)

IRON MASK berkata...

salam....buat mahasiswa semua....sabarlah anda....masa utk anda belajar menimba ilmu itu gunakanlah sepenuhnya...Pakatan Rakyat memerlukan anda suatu hari nanti apabila anda sudah bebas dari kongkongan tempat belajar anda....ana tau bahawa hampir 80% dari mahasiswa di universiti tempatan dan luar negara merupakan salah satu golongan pendokong utama gerakan Pakatan Rakyat....sabarlah..... masanya akan tiba...berapa tahun la sangat anda semua harus tunggu untuk menamatkan pengajian anda itu......apabila sudah bebas nanti....andalah merupakan pejuang yang akan menyambung dan menggantikan pemimpin yang ada sekarang....perlengkapkan diri anda semua dgn ilmu dunia dan akhirat....kerana dgn ilmu ilmu yang anda semua ada itulah yang akan merobah lanskap politik di malaysia suatu hari nanti...pemimpin masa depan bukan hanya celik dari segi agama tetapi juga mesti celik segala galanya seperti bidang IT, sosial, politik dan kebudayaan....masa depan negara kita yang tercinta ini terletak di dalamtangan anda semua....persiapkan diri anda sekalian sebelum keluar bertempur dan memperolehi kemenangan.....insyaallah....

Tanpa Nama berkata...

Salam kemenangan buat semua penyokong PR khasnya buat rakyat Perak. Terluah sudah amarah yg terpendam lama dalam dada.Betapa besarnya hikmah atas apa yang terjadi pada kerajaan PR Perak. Kalau dulu petugas PAS dan calon PAS sukarnya nak masuk ke kawasan orang cina & India , namun kini mereka sudah dapat menerima kehadiran PAS. benarlah sebagaimana yg sering TG nik aziz kata tunjukkan lah keadilan islam itu pada masyarakat kelak manusia akan menerima islam itu dengan rela hati setelah mereka melihat keadilan itu.Terima kasih juga kepada pengundi-pengundi cina di dun kuala sepetang yg mengundi nizar/pr/pas dimana undi sebanyak 85% (laporan tv3) dan saluran 4 pengundi muda yang banyak membantu..Berbaloi juga penat lelah ulang alik ke taiping dr Ipoh siang&malam.. takbir...