08 April 2009

Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

MENANTI KEPUTUSAN RASMI..MB Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menanti keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai SPR di Dewan Perbandaran Taiping.

MENANG... Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen kawasan Bukit Gantang menewaskan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.

RAI KEMENANGAN..Sebahagian daripada 10,000 penyokong Pas yang berkumpul di luar Dewan Majlis Perbandaran Taiping bagi meraikan kemenangan calon parti itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

TAIPING: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan hari ini.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.

Sementara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi.

Dia menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.Mstar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah DSIN...ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR...

TERKINI:MAIL PIAN MOHON TANAH DI DANOK...

abdulhalim berkata...

Tahniah DS Nizar. Kali ini tidak bersidang di bawah pokok lagi, tapi sebumbung dengan DS Najib.

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah. Allahu akbar!
Tahniah "Dato' Sri Panglima Bukit Gantang II"- DS Nizar- suara rakyat, suara hak, suara keadilan, suara mustadhaifin ........... lenyapkan Mustakbirin BN/UMNO dan kunco2nya yang angkuh kuasa & tamak harta serta lupa daratan itu.

Datu' Panglima Bukit Gantang, DS Nizar, mesti bawa suara hati rakyat ke Parlimen ....SUARA PERUBAHAN ...

Tentang amalan rasuah, politik wang - puak2 BN, UMNO & pegawai2 kerajaan pengampu .........

Cegah salahguna kuasa jentera2 kerajaan seperti SPR, SPRM, Kehakiman, Polis, RTM, PPD, kemas, GLC, dll..............

Hapus penguasaan monopoli oleh syarikat2 kroni, Turunkan kadar tol2 lebuhraya, bil2 air, elektrik, telefon, yuran2 pengajian, barang2 asasi rakyat ....

Hapuskan PPMSI, sekatan akhbar, diskriminasi SAR, ISA, AUKU, ........... "dan lain2 agenda rakyat".

akizaki berkata...

kemenangan yang dijangka..alhamdulillah..~

mekjah berkata...

salam YB Lim, tahniah untuk DS Ir Nizar dan semua pejuang PAS/PR....takbirr...PAS sokmo.