28 Mei 2014

Penghormatan terakhir jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula 9 pagi esok

28 Rejab 1435. [MOD] -

Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam ini, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.

Siapakah Sultan Perak yang baru ?

28 Rejab 1435. [MOD] -



Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri. 

Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.

  Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.

PKR gantung keahlian Chegu Bard

28 Rejab 1435. [MOD] -


Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard antara yang digantung keanggotaannya oleh PKR kerana mendakwa proses pemilihan parti itu kotor dan tidak telus.

Pengisytiharan sultan Perak yang baru esok

28 Rejab 1435. [MOD] -

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baru akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.
    
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.

PAS Perak rakam rasa sedih di atas kemangkatan Sultan Perak

28 Rejab 1435. [MOD] -

TELUK INTAN: PAS Negeri Perak melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah jam 1.30 petang tadi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria (gambar)menyifatkan, kemangkatan Tuanku Sultan adalah satu kehilangan yang sangat besar bagi rakyat khususnya rakyat negeri Perak.

"Almarhum banyak berjasa kepada rakyat negeri Perak di sepanjang pemerintahannya bermula tahun 1989 hingga ke hari ini.

Sultan Perak mangkat, Pakatan tangguh aktiviti kempen

28 Rejab 1435. [MOD] -

TELUK INTAN: Pakatan Rakyat menangguhkan semua aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada malam ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, jentera PAS digalakkan mengadakan majlis tahlil di surau dan masjid.

"PAS mengucapkan takziah dan berasa dukacita atas kemangkatan Sultan Perak dan sehubungan dengan itu, segala aktiviti malam ini ditangguhkan dan disambung semula esok.

Sultan Azlan Shah mangkat

28 Rejab 1435. [MOD] -

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Sultan Perak Mangkat ?

28 Rejab 1435. [MOD] -

Saya menerima  2 sms dari no yang tidak saya kenali sebentar tadi memaklumkan kemangkatan DYMM Sultan Perak...

1."Salam. Dengan rasa sedih dan hibanya di maklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah . Sultan Perak yang ke 34 ( naik taktha pada 3 Februari 1984 ) telah MANGKAT sebentar tadi . Maklumat lanjut sila ikuti pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Perak. Terimakasih. AL FATIHAH.

2.Kemangkatan AY baginda disahkan oleh Tengku Kamil menantu baginda melalui saluran MCOBA.

Setakat ini belum keluar kenyataan rasmi dari pihak Istana dan Kerajaan Negeri dan kedua sms diatas masih dianggap tidak sah lagi.