12 Disember 2007

Presiden China : Penyelidikan Angkasa Lepas China Adalah Untuk Tujuan Awam

Persidangan merayakan kejayaan China dalam Projek Penyelidikan Bulan Diadakan di Beijing jam 9.00 pagi tadi di Dewan Besar Rakyat Beijing dengan julah peserta seramai 5000 orang Acara gilang gemilang tersebut dihadiri oleh kebanyakan pemimpin kanan China termasuk Presiden China Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao . Wu Bangguo mempengerusikan sidang itu. Kebanyakan Siaran TV utama China menyiarkan secara langsung. Sekitar sejam saya mengikuti acara tersebut melalui siaran CCTV 9 dalam bahasa Inggeris.

Presiden China Hu Jintao semasa meresmikan persidangan tersebut menegaskan bahawa penyelidikan angkasa lepas yang dilaksanakan oleh China adalah untuk tujuan awam







Satelit Chang'e 1.




Dengan penuh semangat Presiden China menyatakan bahawa kejayaan China dalam projek penyelidikan bulan pertama itu membuktikan bahawa China telah menjadi salah sebuah negara yang mempunyai kemampuan penyelidikan angkasa lepas di dunia. Rakyat China bersedia untuk bersama dengan rakyat pelbagai negara bagi mengekalkan hala tuju yang tepat dalam penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman. Katanya China akan secara aktif akan menyertai kerjasama ruang udara antarabangsa .

Satelit Chang'e 1 adalah satelit penyelidikan bulan pertama yang di reka oleh saintis-saintis China. Ianya telah berjaya dilancarkan pada 24 Oktober lalu. Satelit Changi 1 telah berjaya dalam misi mengorbitkan bulan. Pelancaran satelit tersebut merupakan langkah penting bagi projek penyelidikan bulan China dan memastikan Angkasan China akan mendapat mendarat di bulan tidak berapa lama lagi. Jabatan Angkasa Lepas China telah menyiarkan gambar permukaan bulan yang dihantar oleh satelit Chang'e I pada 26 Disember lalu . Kelmarin Kerajaan China menyiarkan kepada tatapan umum dua gambar terbaru permukaan bulan yang di ambil oleh Satelit Change 1.





Ramai Bertudung Bila Musim Sejuk Di China

Musim sejuk tiba lagi untuk seluruh negara China. Seawalnya untuk kawasan utara China sejak Jun yang lepas mereka telah mengalami musim sejuk. Namun begitu untuk kawasan lebih ke selatan khususnya seperti GuangZhou, Hong Kong dan lain-lain musim sejuk bermula lewat iaitu sekitar bulan 11 yang lepas baru bermula.

Ianya akan berlarutan sehingga habis hari raya cina akan datang. Sebetulnya Hari Raya China adalah sambutan tahun baru bagi hitungan kalendar cina dan sekali gus menyambut tibanya musim panas bagi seluruh China.

Tempat saya tinggal sekarang iaitu Yiwu mula sejuk pada bulan November yang lepas. Suhu semasa pada masa ini serendahnya hingga 5 darjah hingga 12 darjah. Keadaan ini menyebabkan semua mesti memakai pakaian secukupnya.

Kebiasaan yang akan kita lihat bila tibanya musim sejuk ialah ramainya wanita memakai tudung kepala. Sekali pandang mungkin dia adalah orang Islam, rupa-rupanya bukan. Mereka mengenakan tudung kepala untuk menutup kepala dan telinga dari kesejukan.

Begitulah kebesaran dan hebatnya hukum Allah , ianya wajib bagi setiap muslimah yang mukallaf dan terpaksa diamalkan juga oleh orang bukan Islam pada musim sejuk.

Tuan Guru Haji Mohd Arif Dalam Kenangan

Perginya pejuang Islam yang gigih di Perak , Tuan Guru Haji Mohd Arif setahun yang lepas meninggalkan kesan yang mendalam. Dialah seorang guru , dialah bapa dan dialah seorang teman karib penulis sehingga ke akhir hayatnya.


Riwayat hidupnya
Setahu saya ada beberapa perkara mengenai riwayat hidupnya untuk kita ketahui. Beliau banyak menghabiskan masanya belajar di pondok Tuan Hussin Al Banjari di Pokok Sena Kepala Batas. Pernah di tahan dibawah ISA pada tahun 1985. Anak-anaknya semua berjaya. Ada yang menjadi doktor di Kuala Lumpur dan Guru.


Rumahnya di Gerik cukup sederhana dan letaknya di kampung. Kegemaran nya sejak lama ialah menternak lembu. Rumahnya menjadi tempat persinggahan pimpinan PAS tertinggi seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj. Abdul Hadi Awang.

Dalam Arena politik pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Perak, meneruskan sisa-sisa usianya sebagai AJK Dewan Ulama Pas Negeri. Dia juga pernah bertanding di salah satu DUN di Gerik.


Menepati Waktu
Setiap program yang diadakan di negeri Perak yang melibatkan kehadiran beliau hampir 100 pratus beliaulah orang yang paling awal sampai. Kadang-kadang beberapa jam lebih awal. Contohnya kalau diadakan program Liqa' Fiqri pada setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning, beliaulah orang yang pertama datang. Rasa kehilangan apabila diakhir-akhir hayatnya sekitar setahun lebih kurang beliau sudah tidak dapat lagi menghadiri program tersebut. Kerana keadaannya yang semakin uzur beliau banyak berihat dirumahnya di Grik.


Yang peliknya dia jarang datang bersama peserta dari grik tetapi kelazimannya dia cuma menaiki bas berhenti-berhenti. Mungkin kerana ingin mengelak dari sampai lambat dia lebih awal keluar rumah. Begitulah dalam progam yang lain, kalau dia hadir tentulah paling awal dari orang lain.


Bercakap apa yang penting
Sosok badan yang kecil dan kelihatan banyak pendiam. Beliau bercakap apa yang penting apalagi yang menaikan semangat perjuangan . Jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada beliau sentiasa dijawab secara berhimah.


Gigih berdakwah hingga akhir hayat
Setelah memenuhi kegiatan dakwah di sekitar gerik pada awal bulan, beliau akan keluar dari rumah setiap penghujung bulan sebagai memenuhi program yang telah disusun oleh jemaah di luar Gerik sekitar Perak. Seingat saya bermula di Markaz Lenggong, dia akan bergerak sehinggalah sampai ke Parit Buntar dan kembali kebeberapa tempat lain pada setiap bulan. Antara tempat kulih tetapnya yang saya ketahui ialah di Gunung Semanggol, Mesjid Lama Taiping, Kuala Sepetang, dan Bagan Serai. Kalau berkebetulan pada hari Jumaat beliau akan diberi peluang berkhutbah.


Yang hebatnya beliau banyak bergerak untuk berdakwah dengan bas berhenti-henti. Kenderaannya cuma motsikal honda 70 yang agak uzur yang digunakan di sekitar gerik sahaja. Dia akan sampai di Parit Buntar dari taiping dengan bas merah sekitar jam 10 pagi pada akhir bulan. Kami cuma menjemputnya di stesen bas Parit Buntar. Saya banyak menghantarnya ke taiping untuk keprogramnya di Kuala Sepetang pada pagi Ahad. Disitulah saya banyak waktu bersama beliau.


Setiap kali turun di Parit Buntar kami akan menyusun Progran sepadat mungkin. Bermula dari Kuliah jam 3 petang untuk muslimat, sesudah itu Kuliah Maghrib dan Usrah bersama pimpinan sesudah Isya. Waktu Subuh kami isi dengan tazkirah subuh. Tempatnya tidak tetap dan berubah pada setiap bulan.


Diakhir-akhir hayatnya sesudah tidak mampu lagi keluar berdakwah, semasa mengunjungi beliau setiap kali balik ke Kelantan beliau merungut tidak dapat keluar lagi macam biasa. Iras wajahnya masih bersemagat tetapi apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.


Itupun sejak saya mengenali beliau sememangnya dilihat pada susuk tubuhnya memang dia sentiasa uzur. Tidak salah sekitar 80 tahun tetapi dia masih gigih keluar berdakwah.


Metode dakwahnya agak bersahaja dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Suaranya yang agak perlahan memerlukan pembesar suara yang bagus. Namun bagi yang sentiasa menghayati setiap patah yang terbit dari mulut almarhum pasti menyentuh jiwa. Terkadang kupasannya mirip kepada kupasa TG Nik Abdul Aziz, ringkas dan mudah fahami.


Makan cara sunnah
Bila makan sehingga hari ini saya teringat kepada Almarhum yang makan cara sunnah. Makannya saya rasa tidak sampai kenyang, buktinya dia makan jarang untuk menabah . Sentiasa dia makan hanya sedikit sahaja. Makannya agak lambat dan teliti sekali. Menikmati makanan bersamanya saya tidak akan mula makan sebelum dia makan dan menjamah makanan. Bermula dengan doa bersama rasa berkatnya makan bersama Tuan Guru. Bercakap semasa makan jarang sekali, lagak makannya kelihatan dia sangat bersyukur dengan nikmat rezeki yang dicecapi nya.....sampai kepada point ini penulis menitiskan air mata , sebak rasanya teringat makan bersama seorang guru yang banyak memberi jasa kepada PAS Perak.


Kalau diajak makan dikedai kopi dia agak berat dan biasanya kami beli makanan dan makan dipejabat PAS Jalan Keli.


Sesudah makan dia akan menjilat jari seperti yang lazim dapat kita lakukan. Yang tidak lazim dilakukan orang lain sesudah makan ialah dia membasuh tanganya dengan sidikit air di dalam pinggannya lalu dia akan mengacau air yang sedikit dalam pinggan itu bagi membersih kan bekas-bekas makanan yang ada. Selepas itu dia akan meminum air bekas itu .


Kuat ibadahnya
Beliau menjadi contoh kepada sahabat yang mengenalinya dalam soal ibadah. Mengikut Mak Cik (panggilan kepada isteri almarhum) semasa mengunjungi ketika dia dah mula tidak keluar rumah ,dia akan menalifon anaknya yang menjadi guru di sekolah yang berdekatan di Gerik supaya balik untuk sembahyang berjemaah bersamanya. Nampaknya dia tidak boleh sembahyang kalau tidak berjemaah.


Diwaktu malam tidur dengan Tuan Guru kita dapat saksikan dia banyak melakukan ibadah diwaktu malam. Doanya agak perlahan dan sentiasa diselangseli dengan doa dalam bahasa Melayu seperti kelaziman yang dilakukan oleh TG Nik Abdul Aziz. Sangat menyentuh jiwa yang menghayatinya.


Patah tumbuh hilang berganti
Perginya seorang pejuang yang begitu gigih itulah suatu realiti yang mesti di lalui oleh umat dari zaman berzaman. RasulNya juga telah diwafatkan oleh Allah Sang Pencipta. Namun yang tinggal adalah generasi-generasi penerus sebagai pewaris dengan memeperjuangan Al Quran dan As Sunnah sehingga kiamat tiba.

Semuga rohnya di cucuri dan di Rahmati Allah serta ditempatkan ditempat yang terpuji.


.... Al Fatihah....