ANDAINYA RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT HARI ITU SUDAH PASTI SEMUA INI TIDAK BERLAKU. SUDAH DIBERI AMARAN AKAN AKIBATNYA KALAU TERSALAH UNDI....
INILAH YANG SEDANG BERLAKU......
Kabinet kaji kadar tarif baru elektrik Oleh Azrina Ahzan dan Sharifah Salwa Syed Akil
bhnews@bharian.com.my
Dikuatkuasa Ogos jika lulus
PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membincangkan cadangan kenaikan kadar tarif elektrik baru pada Rabu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata Kertas Kabinet mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk perbincangan dan kelulusan.
Katanya, kenaikan itu dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu lagimenampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk meringankan beban mereka.
"Kertas kerja mengenai kadar tarif baru elektrik itu sudah diluluskan Majlis Penasihat Ekonomi Negara baru-baru ini dan kementerian perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum boleh mengumumkannya.
"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan dan TNB sudah tidak mampu menampung kos subsidi berikutan ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran logo baru kementeriannya di sini, semalam.
Kelmarin, Chin dilaporkan berkata, kadar tarif baru elektrik akan diumumkan tidak lama lagi kerana kajian mengenainya sudah siap.
Kali terakhir kerajaan mengumumkan tarif elektrik ialah pada 1 Mac lalu dan ia membabitkan penurunan antara 2.5 peratus hingga lima peratus.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan promosi teknologi hijau dalam usaha menggalakkan penggunaannya di kalangan orang ramai dan industri.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu berkata, pihaknya berharap tarif baru itu tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
"Kita tahu kenaikan ini tidak dapat dielakkan tetapi jika benar ada kenaikan ia tidak sepatutnya menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Jika ada, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat tidak terus dibebani kenaikan ini.
"Mungkin juga kerajaan boleh memberikan permit teksi individu kepada golongan ini bagi memastikan mereka tidak terus berdepan dengan masalah kewangan," katanya ketika dihubungi.
Marimuthu berkata, rakyat boleh melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu terus dibebani dengan kenaikan tarif baru elektrik kerana kuasa ada di tangan mereka dan sebagai pengguna mereka boleh berbuat sesuatu dengan berjimat cermat.
Tambang baru teksi bermula RM3
16/07/2009 1:12pm
KUALA LUMPUR 16 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini mengumumkan kadar baru untuk tambang teksi di Lembah Klang.
Beliau berkata, kadar baru ini akan bermula dengan RM3 untuk satu kilometer yang pertama berbanding dahulu iaitu RM2.
Katanya, bagi jarak pula setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen berbanding dahulu 10 sen untuk setiap 150 kilometer.
Selain itu, untuk keadaan teksi ketika tidak bergerak pula, kadarnya sekarang adalah 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu 10 sen untuk 45 saat.- Utusan.
Tambang bas sekolah berhawa dingin naik 30 peratus
16/07/2009 2:38pm
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di sini hari ini.
- BERNAMA
'Kadar tambang baru terlalu tinggi'
KUALA LUMPUR: Orang ramai, khususnya ibu bapa pelajar berasakan kadar kenaikan tambang bas sekolah yang diumumkan kelmarin, terlalu tinggi dan membebankan keluarga mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.
Serentak itu, mereka meminta kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana berpendapat pengumuman terbabit adalah tidak sesuai ketika orang ramai terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barangan ketika kegawatan ekonomi.
Peniaga roti canai, Mohd Dalizan Yusuf, 29, berkata beliau tidak setuju kerana kenaikan tambang berlaku ketika kegawatan ekonomi dunia, walaupun tempiasnya di negara ini masih belum begitu ketara.
Katanya, kebanyakan pengguna pengangkutan awam terutama bas henti-henti dan bas sekolah, terdiri daripada golongan berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap, yang pastinya akan menambah beban mereka.
"Kenaikan tambang bas sekolah pasti akan memberi kesan kepada mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan menggunakan kemudahan berkenaan," katanya.
Guru Tabika Kemas, Sarbiah Ngah, 47, berkata beliau tidak bersetuju dengan kenaikan tambang itu kerana ia membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah.
"Kenaikan tambang bas sekolah tidak praktikal pada masa sekarang kerana situasi ekonomi tidak begitu memberangsangkan dan pastinya membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya yang mempunyai tiga anak yang bersekolah.
S Saraswathy, 29, berkata beliau kecewa dengan kenaikan tambang bas sekolah kerana ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih berbanding pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
"Pendapatan yang diterima masih sama tetapi perlu mengeluarkan lebih banyak belanja," katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pergerakan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, berkata kerajaan perlu memastikan pengusaha pengangkutan awam meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya seimbang dengan kadar tambang baru.
Katanya, jika tiada perubahan perkhidmatan itu, kerajaan perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha, termasuk tidak memperbaharui permit.
"Pengguna tidak akan merungut jika perkhidmatan yang disediakan memuaskan. Jika selepas ini pengusaha masih menggunakan bas buruk dan tidak selesa, kerajaan perlu bertindak tegas," katanya.