21 Jun 2021

UMMAH sokong JK Sidang Parlimen - Gencatan sementara politik



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan Perdana Menteri (PM) berkaitan pembukaan sidang Parlimen sebagaimana yang dizahirkan oleh cadangan YDPA bersama Mesyuarat Khas Raja- Raja Melayu pada 16 Jun yang lepas.

UMMAH melihat kesediaan dan komitmen segera oleh Perdana Menteri menunjukkan kesepaduan dan kerjasama yang erat diantara PM dan YDPA yang mengutamakan keperihatinan dan kesejahteraan rakyat.

Janda rugi hampir RM1 juta ditipu cinta hati warga AS


GEORGETOWN:  Seorang janda tidak sangka cinta hatinya dari Amerika Syarikat (AS) rupanya anggota sindiket Love Scam sehingga duit  simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir RM1 juta miliknya lesap begitu sahaja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, mangsa yang  bekerja di sebuah syarikat swasta berusia 58 tahun terjerat dengan penipuan tersebut selepas mengenali lelaki itu di Instagram.

Ada sebab Agong perlu dengar nasihat PM


PETALING JAYA: Terdapat beberapa sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan Kabinet seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu catatan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz berpendapat, pelanggaran beberapa peruntukan tertentu akan memberi kesan kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Agong dan Raja-Raja perlu berwaspada

ABDUL HAMID MOHAMAD (kiri) dan SHAMRAHAYU A. AZIZ

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu diharap supaya berwaspada bagi mengelakkan daripada termasuk perangkap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan institusi diraja.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz dalam satu catatan mendapati, terlalu banyak pihak yang dilihat seolah-olah cuba memperguna institusi diraja hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada ketika ini.

Harga emas pukal kembali susut

Harga emas pukal susut lima peratus kepada kira-kira RM270.44 segram sejak awal bulan ini - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga emas pukal menyusut sehingga lima peratus sejak awal bulan ini, sekali gus menjadikannya masa yang sesuai untuk meningkatkan pegangan dalam aset selamat itu.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata kejatuhan harga emas daripada AS$1,900 (RM7,857.07) seauns atau RM277.15 segram kepada AS$1,854 (RM7,666.85) seauns atau RM270.44 segram meningkatkan permintaan aset lindung nilai terbabit.

Pemberian vaksin hampiri 6 juta dos


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menerusi statistik dikongsikan di Facebook memaklumkan seramai 4,202,601 menerima dos pertama, manakala 1,612,974 lagi individu melengkapkan dos kedua.

China rekod pemberian 1 bilion dos vaksin COVID-19

Pelajar universiti beratur bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 China National Biotec Group (CNBG) di Wuhan, China. - Foto AFP

BEIJING: China semakin giat melaksanakan usaha membendung COVID-19 di republik itu dengan memberi satu bilion dos suntikan vaksin kepada rakyatnya setakat ini.

Jumlah inokulasi dicapai China itu berlaku selepas dunia merekodkan pemberian vaksin melebihi 2.5 bilion kelmarin.