SUZHOU, CHINA, 22 Okt. :- Satu rombongan Jelajah Peluang Perniagaan wakil Kerajaan Perak dan KPerak Inc Corporation berada di China dari 21 Okt hingga 24 Okt 2008 dalam rangka memenuhi jemputan dari Kerajaan Tempatan Daerah Bandar Suzhou, China.Mesyuarat yang diadakan pada hari pertama.
Kerajaan Perak diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi , YB. Su Keong Siong dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Manakala KPerak diwakili oleh CEO nya, Dato' Yaacob Nordin dan Ho Hsieh Hsiung(Head, KWorkers Development & Infrastructure Unit) serta ahli rombongan yang lain yang diurus oleh Walter Rhodes Global SSO Center
Pada hari pertama satu mesyuarat resmi dari jam 1.00 petang hingga 5.oo petang telah diadakan antara kedua pihak.
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian(MoA) antara Kperak yang mewakili Kerajaan Prak dengan Kerajaan Tempatan Perbandaran Xiangcheng dan Walter Rhodes SSO Center akan diadakan pada akhir lawatan nanti.


