02 April 2014

Senarai Kadar TOL untuk JAMBATAN Ke 2 Pulau Pinang

1 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).

   
Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama.

Radar AS mampu kesan MH370

1 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
SHAH ALAM - Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

RM100 juta baiki stadium runtuh, baik bina baru - MP

1 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said digesa menjelaskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.

PAS, PKR bersedih atas pemergian Irene Fernandez

1 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KANGAR: Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat melahirkan rasa sedih di atas kematian  pengasas dan pengarah Tenaganita Irene Fernandez pada 31 Mac lalu.

Dalam kenyataannya, Pengerusi Lajnah, Mohd Anuar Tahir(gambar) berkata pemergian mendiang Irene yang juga mesra dengan panggilan 'Kakak Irene' adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan hak asasi manusia, pengembalian demokrasi tulen dan perjuangan hak-hak pekerja di dalam negara ini.

Simulator: Tiada bukti, nama Zaharie perlu dibersihkan

1 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan dan pihak berkuasa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dikaitkan dalam insiden kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu.

Beliau merujuk kepada laporan New York Times, yang mana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu.