10 Februari 2009

Gambar Pengebumian MP Bukit Gantang.

Sejarah pernah melakarkan ramainya orang yang hadir dalam majlis pengebumian Almarhum Ust.Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum Poko Sena suatu masa dulu. Kebetulan saya hadir sama dalam majlis itu. Lautan manusia dari seluruh negara menyaksikan seorang tokoh pemimpim Islam dipanggil kembali ke Rahmatullah.

Ramainya orang yang menziarahi, sembahyang dan pengebumian Almarhum Hj.Roslan Sharum pada petang kelmarin saya rasakan. Walaupun tidak seramai pada haripengebumian Ust. Fadzil namun kehadiran yang saya anggarkan menghampiri 10,000 orang itu menggambarkan betapa jasa dan pemergiannya di kenang. Saya sempat mengumpulkan koleksi gambar untuk tatapan dan kenangan pengunjung blog cina islam.
















Al Fatihah : Pengerusi yayasan Perak meninggal dunia.

Perginya sangat mengejutkan kawan dan lawan, malah peringkat awal saya sebarkan dalam blog ini ada yang tidak mempercayainya.Beliau ditemui terjatuh di bahu jalan berhampiran stesen minyak Petronas di pekan Batu Gajah dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital batu gajah. Semasa menunggu keretanya diperbaiki, allahyarham dikatakan meminjam basikal tuan punya kedai untuk ke Batu Gajah membeli ubat. Mungkin penat mengayuh basikal menaiki fly-over ke pekan Batu Gajah membuatkan Allahyarham diserang sakit jantung.

Saya sempat makan dan duduk bersebelahannya pada malam terakhir sebelum pemergiannya. Gambar di atas saya bersama Hanifa maidin, Hj. Zul negeri Sembilan dan Dr. Hatta berbual panjang selepas makan malam.

Beliau adalah Pengerusi Yayasan Perak yang dilantik sejak Pakatan Rakyat menang di Perak pada tahun.Antara pegawai Yayasan Perak yang hadir ialah Pengurus Besarnya, Jamal Mat Kasa dan En. Farid.

Malam tadi, semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau dan berjenaka bersama rakan-rakan. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq yang amat disenangi ramai. Segala aktiviti Allahyarham sebelum ini boleh diikuti di blog Parlimen Bukit Gantang.

Jenazah Allahyarham yang di bawah ke Hospital Batu Gajah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh. Orang ramai dijemput bersama-sama menunaikan solat jenazah yang akan diadakan pada jam 6 petang ini di Kampung Changkat Larang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Changkat Larang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke-atas rohnya. Al-Fatihah

Bersama ini saya lampirkan beberapa gambar dari koleksi Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Perak, Hj.Anuar Hashim.

Beliau duduk bersebelahan dengan Ust. Mujahid bersama pemimpin PR lain di beranda atas pentas ceramah di kediaman MB (8 Feb).


Beliau sempat pindah tempat duduk dan duduk di sebelah Hj. Asmuni Awi.

Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

ALOR SETAR, 10 Feb :-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato? Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.


"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.-Harakahdaily

Jenazah Ahli Parlimen Bkt. Gantang selesai disemadikan.

BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslam Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi.

Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India berdatangan untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.

Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang.

Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ,Sheikh Mohd. Nor Al Hafiz.

Gambar menyusul kemudian...

Sembahyang jenazah jam 6.00 petang di Cangkat Larang, Batu Gajah.

Sembahyang jenazah Hj Roslan Sharom akan di adakan di Changkat Larang, Batu Gajah 6.00 petang ini.Kepada yang ingin menziarahi sila hadir ke rumah beliau di tempat yang sama juga.

Jam 1.45 PM : mayat masih di Hospital Batu Gajah.

Saya baru menerima talipon dari Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Kuala Sepetang memaklum dia berada di Hospital Batu Gajah. Beliau mengesahkan mayat Hj. Roslan Shaharum masih berada di sana.

Bila saya bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.

Beliau juga memaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.

Malam tadi YB. Roslan hadir dalam ceramah rumah MB.

Kelmarin saya bersama dengan Yb.Roslan Shaharum di Kediaman MB, dia berada disini sehingga habis ceramah pada malam tadi pada jam 12 malam.Beliau duduk di beranda atas kediaman MB bersama kepimpinan parti yang lain yang menjadi pentas ceramah.

Semasa makan tengah hari saya dan kawan-kawan lain ada bertanya dengannya mengenai jawatan yang dipegangnya sebagai Pengerusi yayasan Perak. Dia jelaskan kepada kami keretanya sudah diarah diserahkan balik dan dia lakukan beberapa hari lepas.

Saya sejak akhir-akhir ini banyak kali bertemu dengan beliau dalam keadaan kami sama-sama mempertahankan Kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.

Al Fatihah....

Ahli Parlimen Bukit Gantang(PAS) meninggal dunia.

IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

Jam 11.30 pagi : MB di wawancara wartawan Wasilah.

Perak melahirkan landskap politik baru bagi Malaysia menyebabkan UMNO dan BN iri hati dengan melakukan kudeta. Demikian kenyataan YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dikediamannya pagi ini.

Ikuti isi wawancara sepenuhnya temuramah beliau oleh wartawan akhbar Wasilah yang menemu ramah beliau pagi ini.

Pakatan Rakyat makin kuat .

Senario politik di Perak ketika dikatakan oleh musuh politik Pakatan Rakyat adalah bukti keretakan serius yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat dan kononnya tidak mustahil gabungan itu akan berakhir.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa Mohamed dipetik sebagaimana berkata kepada Bernama bahawa keadaan itu juga memperlihatkan ideologi parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan dengan pemimpin mereka saling menunding jari antara satu sama lain.

Sebenarnya apa yang berlaku di Perak adalah gambaran sebenar pertelagahan dalam BN dan UMNO yang sangat meruncing bukanya Pakatan Rakyat. malah Pakatan Rakyat semakin kuat dengan isu yang berlaku di Perak.

Saya menafikan bahawa berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat. Yang jelas yang retak malah hendak menunggu belah adalah UMNO dan BN.

Siapakah barisan Exco kerajaan kudeta ? , selamat kembali ke PR.

Esok dikatakan hari akan diadakan angkat sumpah Exco Kerajaan kudeta. Pertelagahan mengenai siapa akan dilantik sebagai Exco semakin meruncing dalam keadaan tidak sampai 48 jam angkat sumpah berlangsung.

Sebelum itu pertelagahan mengenai kelayakan Pangkor sebagai MB kudeta masih belum reda dan ianya masih menjadi persoalan yang semakin kusut. Apa lagi penyokong kuat UMNO masih ingat dengan keterlibatan Pangkor dalam gerakan reformasi dan pernah ditahan ISA kerananya.

Berikut ini adalah jangkaan Exco yang bertiup kencang dan gambarnya tersiar dan akhbar Cina...


Kalau Hee Yit Fong turut dikatakan tersenarai sebagai salah orang yang dipilih, ke mana pula ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu.

Inilah yang dikatakan akan dilantik menjadi Exco ?

Kalau benarlah mereka berdua tidak terpilih sebagai Exco, malang lah nasib mereka, sudah jatuh ditimpa tangga. Dulunya Exco sudah melompat jawatan hilang, padahnya di caci dan di maki oleh pengundinya sendiri. Malah dianggap sebagai pengkhianat kepada pengundinya sehingga memporak peranda kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Namun malang dan padah itu cuma sementara, Allah maha menerima taubat hamba-hambanya. Jasa mereka berdua akan disanjung tinggi kalau mereka sanggup kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Kembalinya usahlah di fikir masuk mana-mana parti,buang yang keruh ambil yang jernih. teruskan anda dengan parti bebas yang diumumkan tetapi beralih lah arah menyokong PR. Mudah-mudahan jawatan Exco yang saudara pernah pegang akan dikembalikan. Namun bukan hak saya dan sikap kami untuk menjanjikan sesuatu.

Tetapi demi untuk menjernihkan suasana, menenangkan semua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan anda, eloklah difikirkan langkah yang terbaik demi untuk menyelamatkan Perak yang kita kasihi.

NIZAR IS WINNING SYMPATHY

IPOH, Feb 8 – Smiling and waving to onlookers, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, his eyes red and looking tired, would have been encouraged by the warm reception he got as he walked today from the old Tokyo Hotel off Anderson Road here to the nearby Kallumalai Sri Subramaniam temple opposite the city’s YMCA building.

Devotees on their way to attend Thaipusam festivities and members of the public cheered and called out to the man who still considers himself the legitimate menetri besar of Perak.

Datuk Seri Nizar handed out free drinks to the public from a Pakatan Rakyat (PR) stall at the entrance of the temple. He paused frequently to pose for pictures with members of the public.

Flanked by Sungkai assemblyman, A. Sivanesan, and Ipoh Barat Member of Parliament, M. Kulasegaran, Nizar wished the crowd a Happy Thaipusam and urged the public to be calm.”.

“Please do not overact or do anything which can harm society,” he said in what was an obvious reference to the widespread public dissatisfaction over the manner in which Barisan Nasional (BN) has now taken over the state.

On Friday, while Sultan Azlan Shah swore in BN’s Datuk Zambry Abdul Kadir as the new mentri besar, violence broke out outside the palace in Kuala Kangsar when police fired tear gas and forcibly put down a demonstration by more than 5,000 mainly-Malay protestors.

Nizar contends he remains the Perak MB as he has not resigned, and the issue is set to end up in the courts.

In the battle for hearts and minds – at least here in Ipoh, the capital city – the sympathy is clearly with Nizar.

Tonight, Nizar will receive some encouragement from national PR leaders. Opposition Leader Anwar Ibrahim, Pas president Hadi Awang and DAP stalwart Lim Kit Siang is scheduled to address a public gathering at the MB’s residence.

Zambry continues to fight an uphill battle to win over the public. The BN camp knows that the only way they can overcome the negative perception of the new government is by performing well and working hard.

So far, Zambry has been promising money wherever he goes and sticking to a scripted line which bears similarities to Datuk Seri Abdullah Badawi oft-quoted “I am the prime minister for all Malaysians.”

This morning, Zambry also went to the same temple as Nizar, in an attempt to pull the rug from under Nizar, and became, according to locals, the first MB from Barisan to ever step foot in the temple.

He announced an immediate allocation of RM100,000 for the Thaipusam celebrations.
Zambry arrived at the temple at 8.30am, accompanied by Deputy Minister in the Prime Minister Department, T.Murugiah, and temple officials.

After being garlanded, Zambry made it a point to stop at stalls which lined the road leading to the entrance of the temple, before finally addressing a small crowd from a small stage.

Besides announcing the allocation, Zambry who greeted the crowd in Tamil, reiterated that he was MB for everyone, a message he has been repeating at all official functions.

“I want to tell all Indians, here, that I am the MB of all races and I am here for you.”

A day before, Zambry attended a Chinese New Year party organised by BN and said the same thing.

But his message yesterday at a Chinese school was partly drowned out by hundreds of protesters outside the compound.

At the MCA-organised party, he also pledged cash for a Chinese musical orchestra from one of the richest government Chinese schools in the city.

So far, Nizar continues to run his “seat of government” from the official mentri besar’s residence which he has refused to vacate.

In an attempt to change public perception, Umno plans to organise a mammoth rally tomorrow to show support for the Sultan.

Umno media has so far portrayed Nizar and PR leaders as disloyal for challenging Sultan Azlan Shah’s decision.

On Tuesday, both Nizar and Zambry plan to report for work at the MB’s office.
Local activists in Ipoh are calling on the public to wear black on Tuesday to mourn what they say is “the death of democracy”.

Harun Din Sanggah Harussani.

PENGKALAN CHEPA, 8 Feb : - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.


Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

“Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik. Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,”ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

Ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.Hanya ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,”ujarnya lagi. harakahdaily.

30,000 lebih banjiri kediaman MB.

IPOH, 8 Feb : Walaupun mendapat kawalan yang ketat dari pasukan keselamatan, namun kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke majlis ceramah mempertahankan Kerajaan pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan lebih 30,000 orang.

Sejak jam 6.00 petang saya mendapat maklumat mengenai semua jalan menuju jalan ke Kediaman MB di larang kenderaan menuju kesana. Mereka diarahkan berjalan kaki ke kediaman.
Bersama ini saya paparkan koleksi gambar yang diambil untuk tatapan pengunjung blog cina islam.