23 Disember 2013

Ajal potong pokok

19 Safar 1435H. [MOD] -
Petaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpindah dan tidak menyangka akhirnya dia menemui ajal di sini,” kata Azman Iskandar, 47, rakan kepada Zainal Abidin, 59, yang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terjatuh daripada pokok kelapa berketinggian 3.6 meter.

Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, mangsa, yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh penduduk, namun dia gagal diselamatkan selepas tiga hari bertarung nyawa dan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Kemalangan bas Genting Highlands tragedi terburuk 2013

19 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Genting Highlands pada Ogos lepas mencatat sejarah sebagai kemalangan jalan raya paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun di negara ini.


Tragedi itu mengorbankan 37 orang apabila bas ulang-alik Genting Highlands ke Kuala Lumpur yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands, pada 21 Ogos.

Syarikat projek mega langgar peraturan alam sekitar

19 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Lajnah Alam Sekitar PAS Terengganu menyambut baik ketegasan Kementerian Kesihatan yang bercadang untuk mengkaji bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang melanggar peraturan berhubung kebersihan amal sekitar dalam usaha menyekat dan mengawal wabak denggi.


Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagaimana dipetik oleh sebuah akhbar harian berkata, sekalipun kementerian menjalankan pendidikan dan kempen kesedaran namun masih ramai melakukan kesalahan.

Tukang masak rentung kereta bertembung treler

19 Safar 1435H. [MOD] -
SUNGAI PETANI: Seorang tukang masak rentung selepas keretanya bertembung sebuah treler yang sarat dengan muatan papan lapis di jalan Sungai Petani-Bedong berhampiran stesen minyak Sungai Lalang malam tadi.


Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.

Angkara budaya rasuah, Malaysia diambang bankrap

19 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan selagi Umno/BN dibiarkan terus memerintah, Malaysia bakal berdepan risiko bankrap.


Beliau berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu kerana punca utamanya adalah penyelewengan yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung dan semakin membarah.