05 Januari 2014

Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23 jam. 

Mayat, Mohd Halif Akim Halim berusia 1 tahun 10 bulan ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi kira-kira 400 meter dari hulu sungai manakala bapanya, Halim Ibrahim, 52 ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5.40 petang berhampiran tebing dekat lokasi kejadian. 

Pencuri Sumbat Empat Ekor Lembu Dalam Proton Wira

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Bekas tahanan ISA: Khatam al-Quran 15 kali

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

  • Susulan pemansuhan ISA seramai enam tahanan terakhir ISA dibebaskan dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting hari ini. Wartawan dan Jurugambar Bernama diberi peluang bersama pegawai KDN dan kakitangan Muzium Melaka dibawa melawat persekitaran dan sel tahanan malam tadi. - Foto Bernama

TAIPING - Bekas tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan tempoh dua tahun 'disumbat' di dalam pusat tahanan telah membuka mata mereka untuk lebih menghargai kehidupan dan konsep kebebasanyang sebelum ini hanya dipandang 'enteng'.

Jamaluddin, Ong dan Samy hanya 'habiskan beras negara'

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
 HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kecenderungan pentadbiran Najib melantik duta khas dan penasihat khas yang menelan perbelanjaan tinggi dan membebankan kewangan negara ditegur Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar).
Dalam satu kenyataan media, Sim mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik empat duta khas dan 13 penasihat khas yang sebahagiannya bertaraf menteri. 
Sambil menyifatkan perlantikan itu sebagai “teramai dalam sejarah negara”, beliau turut mempertikaikan kewajaran kerajaan melantik Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sin sebagai duta khas bertaraf menteri ke Asia Timur seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Bintulu, baru-baru ini.

25 kali gagal temu duga

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.
"Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu.

Mangsa samun nyaris dibakar

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Nibong Tebal: Seorang pemandu lori nyaris dibakar hidup-hidup oleh dua penjenayah yang menyamunnya dalam kejadian di Taman Tambun Emas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Butterworth selepas mengambil besi di sebuah kilang di Batu Kawan.

Dia yang memandu berseorangan berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Bukit Tambun sebelum dua lelaki menunggang motosikal berhenti di sebelahnya. 

6 tahanan terakhir ISA dibebaskan hari ini

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak akan dibebaskan hari ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
           
Beliau berkata mereka terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.

Konflik Selatan Thai ragut 5,352 nyawa sejak 2004

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

PATTANI (Selatan Thailand): Pergolakan di wilayah selatan Thailand telah mengorbankan 5,352 orang sejak 2004, menurut Pusat Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).
           
Jurucakap ISOC Bahagian Keempat, Kol Pramoth Prom-In hari ini berkata dalam tempoh 2004-2013, sebanyak 9,965 orang mengalami kecederaan dalam 8,540 kejadian keganasan yang dilakukan oleh puak pemisah.

Harga barang: K’jaan perlu tegas bukan sekadar beri amaran

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta mengambil tindakan lebih tegas terhadap pembekal dan 'orang tengah' yang sengaja menaikkan harga barangan dan bukan sekadar member amaran semata-mata.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata kerajaan perlu memantau aktiviti pembekal dan 'orang tengah' yang dikatakan memonopoli rantaian pasaran sehingga mampu menetapkan harga sesuatu barangan tanpa kawalan.

Kereta rasmi Guan Eng dibeli dengan diskaun 55%

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  terhadap isu pembelian Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasmi beliau dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Guan Eng yakin kerajaan negeri pimpinannya bersih dan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Barang naik, salahkan tangan memangkah BN

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Apabila harga barangan keperluan naik, pemimpin Umno BN dan media Umno cuba menyalahkan peniaga, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Katanya, mereka cuba mengalihkan isu untuk dibeban kepada peniaga kerana barang menjadi mahal kononnya beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan kerana peniaga menaikkan harga barang.