12 Jun 2008

Bantuan kepada 5000 miskin tegar di Perak mula diagihkan

TAIPING, 6 Jun :- Sebagaimana yang dijanjikan kerajaan Negeri perak mula mengagihkan bantuan pakej RM 200 untuk seorang miskin tegar. bantuan itu berupa wang tunia Rm 100, beras 30 kilo, gula 5 kilo dan minyak masak 2 kilo.

Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam lawatan kerja ke Daerah Larut Matang dan Selama telah menyampaikan bantuan kepada 129 orang warga miskin tegar untuk daerah tersebut.

Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ”kerajaan hari ini yang berlandaskan amanah, adil, telus, wibawa, dan berkebajikan menganggap keperitan hidup rakyat merupakan tanggungjawab kami dan kami hulurkan sedikit sumbangan kepada 129 miskin tegar supaya dapat membantu mereka yang susah”.

Kelantan tidak ikut langkah Pusat

KOTA BHARU, 11 Jun :- Kerajaan Kelantan tidak akan mengikut langkah kerajaan Pusat mengurangkan elaun keraian anggota Exco dan wakil-wakil rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan ekoran kenaikan harga minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, langkah itu tidak membawa banyak makna bagi mengatasi masalah yang dihadapi rakyat ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga bahan api itu yang begitu tinggi.

Apatah lagi, katanya, kerajaan negeri telah sekian lama melakukan langkah berjimat cermat termasuk pemotongan elaun wakil rakyat sebagai strategi menjaga kebajikan rakyat.

''Langkah penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sesetengahnya seakan mahu menunjuk-nunjuk dan mengada-ada seperti pemotongan elaun keraian 10 peratus bagi anggota Kabinet,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berpendapat, banyak lagi langkah yang lebih berkesan termasuk menghentikan pemberian tender secara runding terus melibatkan kos beribu-ribu juta yang sepatutnya dapat diselamatkan.

''Contohnya, pembinaan landasan berkembar kereta api yang kosnya dahulu sekitar RM8 bilion sekarang melonjak kepada RM16 bilion.

''Kita seolah-olah mahu berjimat 10 sen tetapi sedia biarkan hilang beribu juta, ia tak memberi kesan yang munasabah,'' katanya.

Selain itu, katanya, langkah mengehadkan penggunaan hotel untuk seminar juga suatu langkah ke belakang kerana ia secara tidak langsung akan menguncupkan industri perhotelan dan pelancongan di negeri-negeri.

''Saya tidak faham kenapa kita naikkan harga minyak yang sepatutnya masih boleh dielak sehingga terpaksa bersusah payah melakukan itu dan ini untuk mengambil hati rakyat,'' ujarnya.

Katanya, langkah lebih berkesan perlu diambil dan tidak harus disempitkan pemikiran atau tindakan dengan menggerakkan tenaga-tenaga alternatif termasuk gas dan solar.

Gaji sebulan dua ansuran adakah boleh selesai masalah ?

Mata sudah mula mengantuk, kepala sudah makin berat ditambah fikir perkara yang satu ini. Kata PM gaji bulanan pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan, , separuh pertama daripada gaji akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua pula dibayar pada hujung bulan.

Secara logiknya adalah juga kebenaran untuk menyelesaikan masalah yang mendesak rakyat yang berpendapatan tetap ini. Gamaknya bila pembayaran gaji bulanan dibayar ansuran dua kali dapatlah kakitangan kerajaan merancang kewangannya dengan lebih baik.

Tetapi yang tidak selesai masalah adalah jumlah gaji yang diperolihi, pastinya tidak ada pertambahan. Kalau yang bergaji rendah contohnya RM 1000 sebulan, sebanyak itu juga yang diterimanya dalam sebulan cumanya dua kali RM 500 sahaja.

Realitinya apakah rasional sangat keputusan ini. Yang jadi masalah wang itu sudah tidak cukup lagi untuk menampung semua kos bulanan. Jadi yang menjadi persoalan ialah tambahan gaji bukannya bayar berapa kali.

Walaupun dibayar setiap haripun jumlahnya tetap sebanyak itu. Sedangkan barang hari-hari naik. Semuga kita tetap bersabar dengan pengumuman yang bermacam-macam sekadar untuk meredakan kemarahan kita bersama.

Siapa akan percaya ?

Kabinet hari ini memutuskan tiada lagi kenaikan terhadap harga petrol dan diesel untuk tahun ini. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Putrajaya, petang tadi.

Kenyataan ini dianggap untuk meredakan kemarahan dan protes rakyat yang muncul akibat kenaikan minyak yang paling tinggi dalam sejarah malaysia. paling meyedihkan kesan dari itu menyebabkan kenaikan harga barang yang tambah membebankan rakyat.

Siapakah yang akan percaya ? pastinya Cina Islam tidak akan percaya, dan betul-betul tidak akan percaya. Jangan mudah lupa dengan beberapa fakta dan kenyataan bohong oleh orang yang sama.

Terngiur dan berdesing lagi ditelinga saya apabila Najib menyatakan harga minyak tidak akan naik bila isu gencar diperkatakan soal itu. Sesudah beberapa sehari sebelum diumumkan kenaikan itu menteri Shahrir kata harga minyak akan naik dalam bulan Ogos. Terasa lega sikit almaklum masa masih ada hendak buat persiapan menghadapinya khusnya golongan duafa.

Dengar kepada pengumuman itu saya terus buat suatu hepotisis baru, pasti harga minyak lagi tahun ini. Tidak percaya kita tunggu dan lihat.

China bantah campurtangan asing isu Tibet

BEIJING, 11 Jun :-China menentang tindakan Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU)-A.S. membincangkan masalah Tibet dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas berakhiri sidang tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang menyatakan hari ini, ini kerana hal ehwal Tibet merupakan politik dalaman China dan tindakan kerajaan China mengadakan rundingan dengan Dalai tentang masalah Tibet merupakan hal ehwal dalaman China.

Dalam kenyataan bersama selepas sidang tersebut semalam, pemimpin EU dan A.S. menyatakan perhatian bagi situasi Tibet, menyeru pelbagai pihak bertenang supaya mengelakkan berlaku rusuhan. Mereka mengalu-alukan China memutuskan mengadakan rundingan dengan wakil Dalai, dan menggalakkan kedua-dua pihak mengadakan sempena "dialog" yang konkrit dan bersifat membina.

Qin Gang menyatakan, pihak China menentang dengan keras campur tangan politik dalaman negara yang lain dengan alasan kemanusiaan.

Isu pemberian air percuma di Selangor selesai.

SHAH ALAM, 11 Jun :- Kerajaan Selangor hari ini bersetuju dengan langkah pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada penduduk di negeri itu, bermula Isnin ini. Ini membabitkan kerajaan negeri membayar rebat kira-kira RM11 juta sebulan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Sehubungan dengan itu berakhirlah sudah mainan media arus perdana untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa gagal melaksanakan menefestonya dalam masaalah pemberian air percuma ini.

Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan di antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar dan Ketua Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, KDEB, akan membayar kos air percuma yang dianggarkan berjumlah RM11 juta sebulan itu selepas mengambil kira 20 meter padu air bernilai RM11 membabitkan satu juta pengguna meter individu.

"Persetujuan ini membolehkan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna meter individu tetap dilaksanakan 1 Jun seperti dijanjikan pada pilihan raya lalu," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan itu di pejabatnya di sini.

Sehubungan itu, pengguna meter individu akan mendapat bil baru yang telah ditolak dengan rebat percuma itu bermula Isnin ini manakala bagi pengguna yang menerima bil sebelum 16 Jun, bayaran rebat untuk penggunaan air selama 15 hari sepanjang bulan ini akan dimasukkan dalam bil bulan depan.

Abdul Khalid berkata, semua pembayaran kos penggunaan air yang dianggarkan RM11 juta sebulan itu akan ditanggung KDEB yang dimiliki 100 peratus kerajaan Selangor. Katanya, pengumuman ini pasti menggembirakan rakyat Selangor yang semakin dibebani dengan kos hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak.