SHAH ALAM, 11 Jun :- Kerajaan Selangor hari ini bersetuju dengan langkah pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada penduduk di negeri itu, bermula Isnin ini. Ini membabitkan kerajaan negeri membayar rebat kira-kira RM11 juta sebulan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Sehubungan dengan itu berakhirlah sudah mainan media arus perdana untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa gagal melaksanakan menefestonya dalam masaalah pemberian air percuma ini.
Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan di antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar dan Ketua Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, KDEB, akan membayar kos air percuma yang dianggarkan berjumlah RM11 juta sebulan itu selepas mengambil kira 20 meter padu air bernilai RM11 membabitkan satu juta pengguna meter individu.
"Persetujuan ini membolehkan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna meter individu tetap dilaksanakan 1 Jun seperti dijanjikan pada pilihan raya lalu," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan itu di pejabatnya di sini.
Sehubungan itu, pengguna meter individu akan mendapat bil baru yang telah ditolak dengan rebat percuma itu bermula Isnin ini manakala bagi pengguna yang menerima bil sebelum 16 Jun, bayaran rebat untuk penggunaan air selama 15 hari sepanjang bulan ini akan dimasukkan dalam bil bulan depan.
Abdul Khalid berkata, semua pembayaran kos penggunaan air yang dianggarkan RM11 juta sebulan itu akan ditanggung KDEB yang dimiliki 100 peratus kerajaan Selangor. Katanya, pengumuman ini pasti menggembirakan rakyat Selangor yang semakin dibebani dengan kos hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak.
3 ulasan:
ni namanya nak jd pemimpin popular. Sanggup hbskan jutaan ringgit. Lbh baik bg bantuan pd fakir miskin di selangor.
Pemberian air percuma sebagai memenuhi sebhg daripada janji. Sebagai salah seorang yang tak perlu bayar air bulanan, saya bersyukur kepada Allah diberi pemimpin2 yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan. Untuk fakir miskin di Selangor, bancian baru telah dibuat bagi membantu PZS menyalurkan zakat agar lebih menyeluruh selain sumbangn dari sumber lain. APA SALAHNYA POPULAR SEBAB PRIHATIN DENGAN RAKYAT
Janji yg tk beri faedah...akan membuatkan rakyat bertmbh membazir. Bagus la jd popular..bukan selalu pun. Tahniah!!
Catat Ulasan