13 November 2012

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas foto Muslimeen United)


PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini. 

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat. 

Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.


(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."

Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam. 

"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam," seloroh beliau.

Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol, kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. 

Kuliah Maghrib pula di Kg luat Lenggong dan ceramah umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.


harakah/-

Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


DUA buah kereta kebal tentera Israel mengawal Bukit Golan dekat Kampung Bariqa, Syria semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam melancarkan serangan balas ke atas Syria sebagai respons terhadap serangan mortar di Bukit Golan, kata satu sumber tentera.
"Sebelum ini, serangan mortar mengenai sebuah kawasan di pekarangan pos tentera Israel di Bukit Golan yang disebabkan oleh konflik dalaman Syria," kata sumber tentera tersebut.
Menurutnya, askar-askar tentera Israel melancarkan bedilan meriam kereta kebal.
Sumber tersebut menyatakan bedilan tersebut dihalakan ke arah lokasi bedilan mortar tersebut dilancarkan.
Tentera Israel turut memberi amaran bahawa jika tentera Syria terus melancarkan serangan, pihaknya akan melancarkan serangan yang lebih besar.
"Bedilan dari Syria ke Israel tidak akan dikompromi," kata satu kenyataan daripada tentera Israel. - AFP

Deklarasi harta: MB Pahang sokong selepas PJ PAS mahu laksana

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Umno Pahang ikut PAS untuk isytihar harta)

KUANTAN: Selepas PAS Pahang mengumumkan, semua calon PAS di negeri itu akan membuat pengisytiharan harta, Menteri Besar Pahang turut menyokong agar Umno juga berbuat demikian.

Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya kepada pemberita berkata, "Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat."

Namun begitu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur mengenai cadangan itu berkata Umno belum membincangkannya.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong cadangan Pemuda PAS agar calon dan pemimpin PAS mengisytiharkan harta masing-masing.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan menerima cadangan itu untuk dilaksanakan di Pahang.

Turut menyokong cadangan itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman untuk dilaksanakan di semua peringkat.

PAS kini sedang mengkaji mekanisma yang paling sesuai untuk membuat pengisytiharan itu secara terbuka kerana ia telah dibuat oleh pemegang jawatan awam di kalangan pemimpin PAS sebelum ini.


harakah/-

4 tahun: Kerajaan Kedah tunjuk perubahan, tolak tohmahan BN

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


4 Tahun Punya Angkara: Kerajaan Negeri Kedah Tunjukkan Perubahan Ketara, Tolak Tohmahan BN.. Jom Terjah!!!


KULIM – Kedah menjana transformasi dengan sangat pantas apabila dalam empat tahun sahaja kerajaan negeri berjaya menjalankan pelbagai projek dan program yang bermanfaat untuk rakyat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya baru memerintah selama empat tahun. Tahun pertama ibarat masuk ke rumah baru dan menyusun perabot, maka selepas tu barulah dapat dilakukan aktiviti-aktiviti lain.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim, di Masjid An-ANajah, Padang Serai.
“Orang ramai sering tohmah kita dengan menyatakan bahawa jika kita perintah maka Kedah akan menjadi huru-hara. Ianya adalah tidak benar kerana kita telah lakukan yang terbaik. Walaupun kita tidak baik melebihi orang lain tetapi sekurang-kuranya kita sama dengan orang lain. Kita juga sering berusaha untuk memerangi rasuah.

“Tahun lepas kita sediakan bajet sebanyak RM1.06 bilion dan sebelum tu RM800 juta. Tahun ini bajet kita lebih banyak kerana rakyat Kedah semakin banyak,” terangnya.

Tambahnya, kerajaan negeri sedang menggalakkan anak-anak Kedah agar mempunyai pendidikan apabila jika ada anak Kedah yang berbangsa Melayu, Cina, India dan Siam berjaya masuk ke universiti maka, untuk ijazah diberikan sebanyak RM400 dan untuk diploma sebanyak RM200.

Beliau meminta supaya Majlis Ketua Kampung segera memaklumkan kepada masyarakat mengenai peruntukan ini agar tidak ada yang tertinggal. Selain itu, peruntukan Kafalah yang diberikan kepada waris si mati masih ada bakinya yang tidak digunakan.

“Kita kawal duit dengan kemas, tidak ada ketirisan dan tidak bocor maka kita dapat salurkan kepada rakyat. Akhirnya kita mendapat keberkatan daripada Allah. Jangan kedekut sangat dan jangan boros sangat agar kita tidak kecewa nanti.

“Selain itu, kita telah peruntukkan banyak juta untuk Maahad Tahfiz Sains di Kulim. Di sebabkan banyak pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR maka sambutan terhadap Maahad Tahfiz ini sangat menggalakkan. Kita buka tawaran hanya untuk 50 orang, namun yang datang temuduga kira-kira 400 orang,” katanya bersungguh-sungguh.

Sambungnya, setelah habis belajar di sana selama tiga tahun, mereka akan dihantar untuk sambung belajar di Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba, Langkawi pula. Pihaknya berharap ianya sesuai untuk dibangunkan dan dijadikan tempat ilmu. Beliau juga bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan akan menyediakan bekalan elektrik dan air di sana. Menurutnya, ini adalah pertolongan daripada Allah.

Sebelum ni semua orang takut dengan pulau yang terkenal dengan panggilan pulau hantu itu. Kerajaan negeri sudah sediakan bajet sebanyak RM20 juta. Pada tahun ini tender telah dibuka. Namun, pada tahun hadapan bajetnya akan ditambah.

“Pelajar akan menghafal Al-Quran di sana dan tidak dapat lari ke mana-mana kerana takkan nak terjun ke laut kot,” guraunya bersahaja.

Katanya lagi, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil sudah hampir siap dan bajetnya hanya RM330 juta. Jika pihak lain yang bina dijangkakan bajetnya adalah RM1 bilion. Perabot-perabot sedang dimasukkan. Selepas ini pelajar-pelajar KUIN akan tinggal bersama-sama penduduk di kawasan itu.

“Jika pelajar KUIN tinggal di sana, maka masyarakat setempat akan mendapat faedahnya ibarat kata pepatah ‘Sesiapa berkawan dengan penjual minyak wangi maka dia akan mendapat bau minyak wangi dan menjadi wangi. Sesiapa berkawan dengan tukang besi maka akan terkena habuk besi dan berbau habuk besi.’

“Selain itu, kita sedang mencari tanah yang sesuai untuk pertanian dan telah membuka tanah seluas 1000 ekar berhampiran dengan Tasik Pedu. Kita akan tanam pelbgai buah–buahan seperti buah kelubi, gemia, cermai dan durian serta banyak lagi. Sekarang sedang ditanam buah mempelam,” terangnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Exco-exco kerajaan negeri dan MKK kawasan.

harakah/-

Teuku Adnan sahkan Umno tidak Islam?

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.


Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.


Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Matmengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.
Kata Adnan dipetik;  “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam." Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.

Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongsangan dan kontra bila mana di hujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam".

Dengan pernyataan di akhir itu meragukan, macam mana Umno boleh membela dan menjaga akidah umat Islam sedangkan perkara asas iaitu al-Quran yang mengajar segala macam ilmu dan kaedah termasuk menjaga akidah itu tidak diguna pakai?  Persoalannya macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah umat Islam?  Mungkin kaedah yang diambil Umno dalam menjaga akidah umat Islam tidak mengikut kehendak agama, maka itulah dalam masa Umno membangunkan syiar Islam, mereka juga turut membina syiar meruntuhkan Islam.

Dari keadaan inilah dapat dikatakan bahawa Umno hanya berlakon saja untuk membela akidah Umat Islam. Sebab itu Umno lebih cenderung untuk membina syiar Islam daripada cuba mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Kalau bercakap fasal Islam Umno akan bercerita perihal masjid, sekolah agama dan sebagainya sedangkan itu hanya lambang-lambang yang tidak mestinya menepati kebenaran Islam.  Bukti paling sahih mengenai silakp dolak dalik dan hipokrasi Umno ini apabila ia menolak hukum Allah (hudud) dengan alasan-alasan yang berbaur kekufuran.

Makanya pengakuan itu seharusnya difahami oleh sekalian orang khasnya orang Melayu yang selama ini menganggap Umno adalah pejuang Islam nombor wahid. Sikap-sikap Umno ke belakangan ini yang kononnya mengambil berat terhadap Islam termasuk 'memalu', menghentam mana-mana kenyataan politik oleh pemimpin pembangkang adalah sandiwara dan wayang Cina saja.

Apabila Umno tidak mengambil sepotong ayat Quran untuk urusan politiknya maka jelas politik Umno termasuk apa yang dicerminkan dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak berjejak dan berkonsep kepada suruhan Allah. Jadi tidak menghairankan kalau Umno bersikap rakus, kejam, menipu rakyat kerana mereka tidak mendapat taufik dan hidyah al-Quran. Kerana mereka yang menghadam isi-isi al-Quran tidak akan tergamak berbuat begitu kerana azab Allah ke atas apa yang dibuat itu senantiasa bermain di biari matanya. 

Pegangan dan politik Umno ini amat berbahaya. Kejahatan dan kerakusan yang boleh dilakukan tanpa pegangan agama itu akan merebak ke dalam pentadbiran atau kerajaan. Situsi inilah menyebabkan berlaku berbagai penyelewengan dan salah guna kuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini. Skandal-skandal melibatkan kewangan seperti rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, ternakan lembu gemuk di kondo, tanah untuk pembinaan pelabuhan darat (PKRZ), penjualan tanah kerajaan dan sebagainya, adalah cermin atau terilham dari politik yang tidak sujud kepada al-Quran.

Disebabkan kerana Umno tidak mengambil sepatah ayat al-Quran itulah juga menyebabkan jelas berlaku kejahilan di kalangan pemimpinnya termasuk ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad dan menyindir segala hukum Allah yang dipancarkan dalam Quran seperti mana hudud.  Kesan itu juga menyebabkan ada yang mudah membuat tafsir 'buta' terhadap ayat-ayat Quran yang dibaca oleh pihak lain di mana kerana ianya difahami secara harfiah, dan bukan mencungkil falsah dan makna di sebaliknya.

Justeru mulai hari ini, dengan 'pencerahan' yang diberikan oleh Adnan itu janganlah kita merasa pelik dan aneh kalau Umno tidak menunjukkan keghairahannya kepada Islam termasuk untuk melaksanakan hukum-hakam di dalam Quran. Pencerahan ikhlas Adnan itu juga memberi isyarat jelas kepada orang Melayu untuk menjauh kurafat yang dicipta Umno mengenai Islam.

Disebabkan kesingsangan itu juga tidak pelik juga kalau sesekali pemimpin Umno yang gian hendak bercakap fasal Islam termasuk mentafsir ayat Quran yang dibaca oleh Nurul Izzah Anwar tampak sangat kejahilan dan kesongsangannya. Ini berlaku kerana pemimpin Umno tumpul dengan ajaran Islam sebenarnya. 

Memandangkan ini elok kalau Najib Razak turut melakukan transformasi imu ke dalam Umno di masa akan datang. Ajar dan dekatkan generasi Umno dengan al-Quran dan suntikan kefshaman Islam yang betul. Mungkin institusi agama yang berlambak di negeri ini boleh membantu. Institiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh memain peranan penting. Perseimbangan pengembangan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah dilakukan bagi mengelak orang Umno terus terjeblos dalam kedurjanaan kejahilan.

Najib jangan saja memperlopari blue ocen di dalam Umno tetapi hendaknya juga mempelopori green ocen (Kalamullah) di dalam Umno. Ini penting kerana tidak ada guna kalau Umno dan negara mencapai kemajuan tetapi ianya tidak disertai dengan amali agama. Kemajuan atau apa juga pemodenan yang tidak berohkan Islam - akidah dan pegangan, ia adalah palsu dan akan membawa kemusnahan besar.

Najib dan sekalian orang harus faham bila menyebut soal agama dan Islam, ilmunya terlalu luas. Islam bukan saja setakat kita mendirikan rukun-rukun Islam yang lima perkara tetapi yang penting memahami, menghayati dan mengamali apa yang termasuk di dalam sesuatu rukun itu. Pengajaran atau perintah di dalam rukun Islam itu bukan saja perlu difahami secara zahiriah tetapi hendaklah mencecah kepada hakikat. Islam perlu ditaat bukan dengan fizikal, seperti mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya, tetapi Islam perlu ditaati dan disujud dengan hati dan jiwa secara istiqamah.

Hari ini Islam di dalam Umno hanya Islam syariat saja itu pun tidak mendasari, manakala Islam tariqat, hakikat dan makrifat masih terlalu jauh lagi. Mungkin beberapa orang di kalangan pemimpinnya saja yang mengerti hal ini.

Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali berlatar belakang Islam yang mapan boleh membuka pintu ijtihad di dalam Umno melakukan hijrah besar ke atas parti itu. Kalau Umno menerima konsep Islam keseluruhan saya yakin titik temu yang jelas dan nyata parti itu dengan Pas dan segenap Islami lain akan tercapai. Bukan itu saja penerimaan Islam secara syumul menjamin hayat Umno lebih panjang dari usia pemerintahan Firaun. -


harakah/-

4 maut di Jambatan P.Pinang warga Indonesia

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 \


GEORGETOWN — Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan empat individu yang terlibat dalam kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang pada 28 Oktober lalu adalah warga Indonesia.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis telah menyiasat identiti pemandu kereta yang menggunakan nama rakyat tempatan Sadisafizan Saad, 36, terbabit selepas seorang lelaki di Selangor mendakwa kad pengenalan yang terdapat pada mayat mangsa adalah miliknya.
Beliau berkata, pegawai penyiasat telah dihantar ke rumah lelaki yang mengatakan dirinya adalah Sadisafizan yang tinggal di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, Selangor bagi mengesahkan dakwaan terbabit.
"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu telah menjumpai dan menggunakan kad pengenalan Sadisafizan yang dilapor hilang pada 28 September tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan identiti Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dan seorang wanita, Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh tembok Jambatan Pulau Pinang.
Abdul Rahim berkata, seorang lagi penumpang wanita tanpa dokumen pengenalan diri yang berusia lingkungan 20-an juga telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang beberapa hari selepas kemalangan itu berlaku.
Beliau berkata, kes itu dianggap telah selesai kerana semua mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah meninggal dunia. — BERNAMA

Lumat digilis

MALANG...mayat mangsa ditutup dengan plastik.
28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


RAWANG: Tubuhnya bersepai dan motosikalnya diseret kira-kira 100 meter, namun tiada satu pun kenderaan yang menggilisnya berhenti untuk memberi bantuan atau mengambil tanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku.

Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam.

Sumber polis trafik berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi dan mangsa, M Velayutham, 46, dari Ipoh, Perak dipercayai maut akibat digilis beberapa kenderaan. 

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan paling kanan.



“Mangsa kemudian digilis beberapa kenderaan yang mengekori motosikalnya kerana dipercayai tidak sempat mengelak. Berdasarkan kecederaan pada mayat mangsa dan kerosakan motosikalnya, mangsa mungkin digilis lebih daripada sebuah kenderaan.


metro/-

Aduhai tunangku!

SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.


Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.



“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah ‘terbonggeng’ dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang ‘terminal’ kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, ia itu tubuh dan jasadnya mati.


Seperti pengidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan pengidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat sama ada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup.

Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu.

Begitu jugalah UMNO. UMNO telah mengidap penyakit ini agak lama, tetapi oleh kerana UMNO ini parti kaya-raya dan dipimpin oleh semua pemimpin-pemimpin yang ‘kaya baru’ maka hayatnya telah dapat disambung kerana yang kaya selalunya akan dapat berubat dan pergi terbang ke seluruh pelusuk dunia untuk berubat. Penyakit kanser UMNO ini sebenar nya sudah lama kerana ramai yang berpendapat ia mula merebak sejak pemerintahan Dr Mahathir. Tetapi UMNO mampu berubat kerana kekayaan pemimpin-pemimpinnya maka UMNO dapatlah untuk terus hidup sampai ke pilihanraya 2008 dahulu walaupun tanda-tanda kematian sudah jelas nampak apabila hilang majoriti 2/3 di Dewan Legislatif Parlimen.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi, yang akan membunuh UMNO itu ialah penyakit kanser yang di hidapi selama ini juga. Sebagai pesakit kanser seseorang itu terpaksa berbelanja besar untuk membeli ubat dan membeli ‘supplement’ yang mahal-mahal untuk menyekat kemaraan penyakit kanser itu.

Maka kita sedang melihat bagaimana UMNO terpaksa berbelanja besar untuk merawat penyakit yang di hidapinya itu. Najib terpaksa ke hulu ke hilir serta mundar mandir ke darat dan ke baruh untuk memanjangkan usia parti yang sedang menghadapi penyakit yang serius itu. Sekali Najib melawat jutaan wang ringgit dibelanjakan dan semuanya ini adalah wang rakyat. Seperti yang saya katakan peruntukan besar terpaksa di adakan untuk membeli segala ‘supplement’ yang dikatakan baik untuk mengekang penyakit ini dari merebak.

Najib akan mendengar semua nasihat penasihat-penasihat dan rakan-rakan karibnya akan melakukan apa sahaja untuk mengubati penyakit yang amat sukar diubati itu. Di antaranya ialah satu ubat yang dinamakan ‘BRIM’ iaitu bantuan rakyat 1Malaysia. Ubat BRIM ini amat mahal harganya untuk memujuk sel-sel yang ada di dalam tubuh UMNO itu supaya tidak mati. Berbillion harganya ubat ‘BRIM’ ini

Satu lagi usaha ialah dengan meminta semua sel-sel di dalam tubuh itu supaya tidak membunuh satu dengan yang lain. Ramai lah pemimpin-pemimpin UMNO yang telah pergi ke Yayasan Perdana di Putrajaya untuk mengangkat sumpah di depan pemimpin besar UMNO supaya tidak membunuh di antara satu dengan lain kerana kanser di semarakan oleh bunuh membunuh di antara sel-sel yang masih hidup itu. Ramai pemimpin UMNO telah pergi mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir dan berbaiah untuk tidak mensabotaj calon-calon BN dalam pilihanraya nanti.

Itulah sebenarnya penyakit UMNO itu. UMNO juga tahu yang pesakit kanser yang sudah sampai ketahap ‘stage 4’ akan kurang diyakini oleh orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab. Pesakit kanser akan hanya dapat melambatkan kemaraan penyakit itu dengan berehat dan jauhi dari segala bentuk tekanan yang di anggap ‘stressful’ kerana perasaan tertekan itu akan memburukkan lagi penyakit itu.

Itu sebabnya UMNO kian hari kian lemah kerana terlalu tertekan dan tidak mungkin boleh memperbaiki kesihatannya. Kerana tekanan yang terlalu serius maka kita sedang melihat  kesihatan UMNO itu semakin hari semakin buruk.

Itulah sebab nya rakyat meminta UMNO untuk berehat dan pergilah buat pembedahan yang mana patut semasa dalam berehat itu. Tetapi sebagaimana sikap pesakit, mereka susah untuk menerima hakikat yang mereka terpaksa melakukan pembedahan-pembedahan yang amat diperlukan itu.

Rakyat perlu memaksa UMNO pergi melakukan pembedahan dan berehat sebanyak yang mungkin. Sementara itu tanggungjawab menjaga negara dan rakyat ini biarlah dilakukan oleh pihak lain yang sudah terbukti lebih sihat dan walafiat.

UMNO perlu memahami keutamaan mereka. Keutamaan mereka ialah untuk berehat dan melakukan pembedahan  Jangan fikir lagi untuk masih berada di pejabat dan bekerja. Kalau masih mahu bekerja pun ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada negara.

Kepada UMNO, pergilah berehat. Jaga kesihatan yang sudah terlalu uzur itu. Itu lebih afdhal. Bersihkan segala ‘toxic’ yang ada di dalam tubuh UMNO itu. Makan dan minumlah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan ‘alkaline’ yang tinggi untuk mengurangkan ‘toxic-toxic’ tersebut. -

harakah/-

Najib Perdaya Artis Untuk Tarik Sokongan Melalui YA1M

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis.

Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,”tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.

“Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.


“Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru.

Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.

Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.

“Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.

“Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis,” ujarnya.

Bangkai tikus dalam bijirin sarapan

TIKUS yang ditemui Hunter dalam bijirin Rice Krispies.
28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


 

LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.

Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. 

Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.


“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

“Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.


Kellog’s mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.



Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. - TS


SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan meneruskan Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka malam ini walaupun tanpa kebenaran polis.

Zuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini.

"Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini.

Polis bertegas tidak membenarkan program ini dan tidak memberikan jaminan keselamatan terhadapnya. 


Berikut adalah antara soal-jawab yang menjadi pokok perbincangan di antara Penyelaras SAMM Melaka dan juga pihak polis yang diwakili oleh ACP Muhammad:


1. Pihak polis telah menolak dan menghalang program tersebut dari diteruskan dengan alasan soal keselamatan dan kononnya bercanggah dengan akta baru. Turut dipersoal oleh pihak polis ialah permit tidak dimohon oleh penganjur.

SAMM Melaka menyatakan dengan baik, akan meneruskan ceramah tersebut dan lokasi ceramah tidak memerlukan permohonan permit kerana Rapat Rakyat ABU: Jelajah Scorpene diadakan di tanah persendirian dan juga berpagar. 

2. Polis berdolak-dalik untuk memastikan keselamatan di tapak program dengan mengatakan pihak polis kekurangan kakitangan di musim perayaan.

Bagi SAMM Melaka, sekiranya tugasan pihak polis bertepatan dengan kerjaya contohnya SB dan mata-mata dimansuh, pasti jumlah anggota polis mencukupi walaupun di musim perayaan.

3. Polis kemudian memberi jaminan untuk meluluskan permohonan ceramah sekiranya SAMM Melaka menukar tarikh program selepas 10 hari dari tarikh semalam.

Menunda program ke satu tarikh lain sehari sebelum program berlangsung adalah tidak efisyen. Kehadiran SAMM Melaka ke IPD bukan untuk meminta izin, tetapi memaklumkan program berlangsung supaya pihak polis boleh bertugas menjaga keselamatan. SAMM Melaka tetap dengan pendirian untuk menjalankan program pada tarikh yang dijanjikan - 13 November.

4. Polis akhirnya memberi kata dua dan jika program ini diteruskan " TIADA JAMINAN KESELAMATAN DARI PIHAK POLIS".

Bagi SAMM Melaka, mana-mana pihak polis yang tidak mampu memberi jaminan keselamatan harus meletakkan jawatan serta merta.

5. Pihak polis menyatakan sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kejadian, SAMM Melaka harus bertanggungjawab dan Penyelaras SAMM Melaka menjadi individu pertama yang akan ditangkap.

"SAMM Melaka ingin menegaskan betapa pihak polis harus menangkap provokator, bukan penganjur," kata Zuraidi dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak bersama SAMM pertahankan saki-baki ruang demokrasi yang ada hari ini. 

harakah/-

Bahaya ketagih main video

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -







KUALA LUMPUR - Ketagih bermain permainan video dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pada musim cuti persekolahan sekarang salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaid- zir Ismail berkata, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat.
Mereka, katanya, akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian.
"Dari segi psikologi, ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.
"Ketagihan ini boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Khaidzir, faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.
Menurut Khaidzir, selain bermain video di rumah, kesan ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.
"Pengaruh rakan yang turut terlibat dalam hal ini akan menambahkan lagi ketagihan. Adanya dorongan daripada rakan-rakan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.
Sebelum ini, pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor berkata, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa.
"Sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri kerana kurang rasa hormat antara satu sama lain.
"Oleh kerana terlalu asyik dengan permainan video, suami kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," jelasnya.
Justeru, Nurhazreen mengesyorkan supaya ahli keluarga memainkan peranan penting bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.
"Dalam sebuah keluarga harus ada seorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video," jelasnya.
metro/-

Israel ancam serangan besar-besaran di Gaza

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



BAITULMUQADDIS - Beberapa pegawai Israel semalam mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam.
Ancaman itu dibuat selepas 24 jam para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa negaranya bersedia untuk meningkatkan serangan balas.
Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyatakan para pemimpin pergerakan Hamas akan menerima padah ekoran serangan roket itu.
Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan bahawa Netanyahu mengadakan mesyuarat bagi melakukan persediaan untuk kemungkinan satu tindakan yang keras akan dilakukan untuk melindungi penduduk Israel.
Para pejuang Gaza melancarkan 110 roket ke selatan Israel sejak Sabtu lalu.
Salah satu serangan itu mengenai pekarangan sebuah rumah di bandar Netivot.
Tiada sebarang laporan tentang kecederaan dilaporkan ekoran serangan tersebut.
Sehari sebelum itu, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan di tiga buah lokasi di Gaza.
Beberapa pegawai Israel turut menyatakan serangan balas yang lebih hebat perlu dilancarkan.
Bekas ketua tentera negara itu, Dan Halutz mencadangkan beberapa aset milik pergerakan Hamas perlu diserang sebelum operasi ketenteraan dilancarkan tentera Israel.
Menurut seorang bekas penasihat keselamatan Israel, Giora Eiland, import barangan dan bekalan elektrik ke Gaza perlu dipotong. - Agensi

Dua puluh lima kereta rosak dihempap pokok


28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


BANGI: Sekurang-kurangnya 25 kereta dan satu motosikal rosak apabila dihempap pokok tumbang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, dalam kejadian hujan lebat, petang semalam.

metro/-