27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ
كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dikasihi
kerana Allah SWT,
Bertaqwalah sekalian kamu kepada
Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian
agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT sempena tahun
baru Hijrah 1435 yang bakal menjelang beberapa hari lagi dengan melakukan
segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya.