Mimbar Jumaat terbitan JAKIM pada hari ini menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan "memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu. Teksnya boleh dilayari secara penuh di WEB Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online
Saya melihat ini merupakan satu tindakan terdesak dan tidak sepatutnya berlaku pada mimbar jumaat yang mulia itu. Nampaknya kelemahan dan kesilapan kerajaan tidak cukup dipertahankan di media massa lain dan terpaksa digunakan mimbar jumaat.
Bukankah mimbar jumaat adalah medah untuk mengajak seluruh umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan melakukan sesuatu yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang Nya.
Sepatutnya khutbah jumaat mampu menegur pemimpin negara yang rasuah dan salah tadbir urus negara hingga menyebabkan hutang negara meningkat berbillion bilion ringgit dan kini rakyat marhaen menjadi mangsanya. Disamping itu tegurlah juga pemimpin BN yang hidup mewah dan berbelanja secara boros.
Ini termasuklah semasa laporan Ketua Audit Negara membentangkan laporan tentang ketirisan wang kerajaan, JAKIM tidakpun keluarkan khutbah yang mengutuk individu yang terbabit.
khutbah itu juga berhujah kononnya GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.
Malah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.
"Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.
Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska.
Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat.
Nampaknya khutbah jumaat menjadi medan untuk mengampu apa saja dasar kerajaan walaupun ianya membawa kesan negitif kepada rakyat terutamanya rakyat bawahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan