01 November 2013

Syarikat operasi seperti biasa ?

27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

  • Syarikat operasi seperti biasa

  • Pintu masuk pejabat di Jalan Raja Chulan.
KUALA LUMPUR – Syarikat kawalan keselamatan yang digantung lesen oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih beroperasi seperti biasa di Jalan Raja Chulan.

Seorang pekerja berusia 40-an yang enggan dikenali mendakwa, syarikat tempat dia bekerja tidak digantung operasi, sebaliknya lesen senjata kelas A sahaja yang ditarik balik.

Dakwanya lagi, perkara ini perlu dibincang dengan lebih telus sebab syarikat berkenaan mempunyai kira-kira 2,450 orang pekerja yang perlu ditanggung.

“Bayangkan jika lesen ditarik atau digantung, apa akan jadi kepada kami. Dan mungkin selepas ini pengawal keselamatan kita hanya menggunakan kayu cota.

“Syarikat ini semuanya bumiputera, tidak logik jika hanya satu tragedi itu berlaku kami disalahkan sepenuhnya,”katanya.

Mengulas mengenai pengawal keselamatan syarikat berkenaan yang menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib 22 Oktober lalu, pekerja berkenaan berkata, syarikatnya mengambil individu terbabit bekerja kerana dia ada kad pengenalan yang beralamat Tawau, Sabah.

“Syarikat ini tidak akan mengambil pekerja yang bukan bumiputera, apatah lagi melibatkan warga asing,”katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan: