15 Disember 2008

MB Perak bertemu MB Kedah.

ALOR SETAR, 14 Dis :- YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin melakukan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Kedah , Ust. Azizan Abdul Razak di Wisma Darul Aman di sini.

Rombongan Perak juga disertai oleh Exco Agama, YB. Zainuddin Yusof dan Exco Pertanian, YB. Jamaluddin Md. Razi, serta dua ADUN lain iaitu Drs. Khalil Idham Lim dan YB. Abdul Yunus Jamhari.

MB Kedah menjelaskan sesuatu sambil diperhatikan oleh MB Perak.


Pertemuan dua Ketua Negeri Pakatan Rakyat itu berlangsung selama 1 jam dalam keadaan penuh akrab dan persahabatan. Mereka saling bertukar pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kedua negeri.

Siasah berperanan mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.

PULAU PANGKOR, 14 Dis :- Akhbar Siasah berperanan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat , pemberitaan yang benar kepada apa yang dilakukan oleh 5 negeri Pakatan Rakyat akan menambahkan lagi sokongan rakyat.Demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak semasa merasmikan Program Pemukiman Siasah di sini.

"Mempertahankan kemenangan ternyata lebih payah dari mendapatkan kemenangan. Kalau kempen pilihan raya hanyalah 13 hari tetapi untuk mempertahankan kemenangan memerlukan kerja-kerja berterusan wakil rakyat dengan ikhlas selama 4 tahun" Jelasnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana pihak pengurusan Siasah yang memilih Pulau Pangkor sebagai tempatg program sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan di Perak.

Semasa mempengerusikan majlis Sdr. Zulkifli Sulong menjelaskan Program tersebut adalah persediaan awal bagi menghadapi suasana politik yang semakin mencabar, akhbar oposisi Siasah mengadakan bengkel selama tiga hari.

Zulkifli, Khalil, dan Sayuti

Seramai 50 petugas Siasah bersama keluarga bermukim di Pulau Pangkor bagi mencari langkah terbaik untuk meningkatkan lagi akhbar tersebut menghadapi tahun 2009.

Ketua Editor Siasah Mohd Sayuti Omar semasa memberikan ucapan aluan berkata, "Kalau sebelum ini akhbar oposisi tidak banyak yang bersaing di pasaran, namun sekarang sudah lahir beberapa akhbar alternatif yang turut bersaing sesama sendiri dan akhbar harian," .

ADUN Titi Serong sampaikan Dermasiswa Kerajaan Perak.

PARIT BUNTAR, 5 Dis :- Dermasiswa yang diberikan kepada anak Perak yang berkelayakan adalah sebagai menghargai kejayaan yang dicapai dan sebagai perangsang kepada yang anak perak yang lain untuk berusaha lebih gigih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Demikian antara ucapan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sebelum menyerahkan Dermasiswa Kerajaan Perak di pejabatnya disini.



Drs. Khalil memberikan ucapan ringkas.


Jelasnya untuk tahun 2009 sebanyak RM 6 Juta diluluskan dam sidang Bajet yang lepas bagi memenuhi hasrat tersebut. Sehubungan dengan itu beliau berharap anak-anak perak yang berkelayakan tanpa mengira agama dan bangsa membuat permohonan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Wakil Ahli Parlimen Parit Buntar, Baharin Desa dan ibu bapa penerima Deramsiswa.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyerahkan cek berjumlah RM 1000 untuk setiap seorang kepada 4 orang penerima iaitu Ng Yee Han (Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi, USM),Nurul Syazwani Binti Kurnian (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, USM),Asmahani Binti Mohamed Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) USM )dan Nazatul Norasikin Binti Md.Yaacob(Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pembangunan Manusia) UKM).


Drs. Khalil juga menasihati penerima sumbangan tersebut untuk menjaga nama baik keluarga dan Kerajaan Perak dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat kelulusan yang cemerlang.