20 Disember 2021

Amaran ribut petir di negeri-negeri utara Semenanjung

 

PETALING JAYA: Sistem tekanan rendah kini berada di Laut Andaman dan dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka.

Timbunan barangan keperluan untuk mangsa banjir sumbangan warga Seremban

 

ORANG ramai mengumpulkan barangan keperluan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban untuk disumbangkan kepada mangsa yang terjejas banjir di Negeri Sembilan dan Selangor.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN: Sejumlah barangan keperluan termasuk pakaian berjaya dikumpulkan daripada penduduk sekitar Seremban menerusi program hasil inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia dan sukarelawan hari ini.

Banjir: Jumlah mangsa lapan negeri cecah 61,000

 

Bencana yang bertimpa-timpa menjejaskan kecekapan anggota bomba dalam menjalankan operasi menyelamat.

PETALING JAYA: Seramai 61,001 jumlah mangsa banjir setakat pukul 7.00 petang terdiri daripada 16,700 keluarga kini berada di 451 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Banjir: Kelantan sumbang RM100,000 kepada Selangor, Pahang

 

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri Selangor dan Pahang yang menyebabkan kehilangan tempat berteduh dan kemusnahan harta benda.

PAS kerah negeri, kawasan bantu mangsa banjir

 

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu turut berdukacita dengan kejadian bencana banjir berskala besar yang berlaku di hampir seluruh negara beberapa hari yang lalu akibat hujan lebat.

Royalti petroleum: PM hendak jumpa MB Kelantan

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk berjumpa Menteri Besar Kelantan bagi mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan.

Jalan utama ke KLIA ditutup akibat banjir

 

SEPANG: Jalan-jalan utama menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditutup akibat banjir.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam ciapan Twitternya hari ini, mereka yang ingin ke KLIA dan klia2 boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan keluar di tol KLIA.

Kes COVID-19 dijangka meningkat angkara banjir

 Kes positif COVID-19 dikesan di PPS. - Foto hiasan

Kes positif COVID-19 dikesan di PPS. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Plaza Tol, Persimpangan Bertingkat Shah Alam dibuka semula

 PLAZA Tol Bukit Jelutong, Shah Alam. FOTO Arkib NSTP

PLAZA Tol Bukit Jelutong, Shah Alam. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pengguna lebuh raya itu.

44,652 mangsa banjir dilaporkan di lapan negeri

 Tinjauan banjir di kawasan Rantau Panjang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tinjauan banjir di kawasan Rantau Panjang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Putrajaya: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terus menunjukkan peningkatan kepada 44,652 mangsa daripada 13,487 keluarga.

Menerusi data yang dikongsi di laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 10 pagi tadi mangsa banjir tertinggi dilaporkan di Pahang membabitkan 26,821 individu daripada 7,172 keluarga.