14 September 2013

Toleransi berlebihan punca hilang sokongan Melayu?

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Najib 'tabur ganjaran' pasca-p'raya untuk bumiputera

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


NONE
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelbagai langkah untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, termasuk mengkehendaki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menetapkan sasaran penyertaan bumiputera.


"Saya mahukan semua ketua pegawai eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang 
dianugerahkan kepada vendor," katanya ketika berucap kepada lebih 2,000 orang di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam hari ini.

TEKUN dapat RM700j dana tambahan, RM300j untuk Amanah Ikhtiar

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.
    
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

KDN setuju cadangan bina tembok sempadan Malaysia-Thai di Kelantan

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bersetuju dengan cadangan polis Kelantan agar kerajaan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang masalah penyeludupan dadah dan senjata api. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan segera berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan cadangan itu di sempadan sepanjang 121 kilometer di negeri ini. 

Pesta Kuih Bulan

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Pesta Kuih Bulan China merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Pesta ini juga dinamakan Pesta Bulan 8, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta anak Perempuan atau Pesta Berkumpul.

7 Bandar Lenyap Menjelang 2100 ?

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Saintis meramalkan, terdapat tujuh buah bandar di dunia berkemungkinan lenyap menjelang tahun 2100. Lawatilah bandar-bandar ini ketika ia masih ada!

San Francisco, AS, rosak akibat gempa bumi;

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: Sebuah lagi Kampung Melayu di Pulau Pinang bakal hilang sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil pihak berwajib termasuk kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di belakang Taman IKS Bukit Minyak, dekat sini ketika ditemui berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka memandangkan harapan yang disandarkan kepada Umno dan BN bagaikan menanti buah yang tidak gugur.

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat


8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

“Ya Allah, (jadikanlah) haji yang tak mengandung unsur riya (pamer diri) dann unsur sum’ah (ingin populer)” (doa Rasulullah).


8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

“Ya Allah, (jadikanlah) haji yang tak mengandung unsur riya (pamer diri) dann unsur sum’ah (ingin populer)” (doa Rasulullah).

Letupan bom di Iraq mengorbankan 30 nyawa

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

IRAQ 14 Sept. - Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 24 lagi cedera selepas satu serangan bom mensasarkan jemaah yang baru selesai mengerjakan solat Jumaat di utara ibu negara Iraq.

Polis berkata, dua peranti bom meletup berhampiran masjid Al-Salam di tengah Baquba, 60 kilometer dari Baghdad, selepas pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah bersama-sama mengerjakan solat jumaat.

Banjir buruk di Colorado, AS

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BOULDER 13 Sept. - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian banjir di Colorado, Amerika Syarikat (AS), lewat semalam, dalam kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di negeri ini sejak 1940.

Bencana banjir berkenaan menyebabkan beberapa bangunan runtuh, pemandu kenderaan terkandas dan memaksa beribu-ribu penduduk menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

Kemboja: Polis temui bom di kawasan perhimpunan

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PHNOM PENH 14 Sept. - Polis Kemboja menemui bahan letupan berhampiran taman di mana pihak pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad ini, bagi membantah keputusan pilihan raya yang lalu.

Jurucakap polis negara, Kirt Chantharith berkata, tiga bom tangan telah ditemui hari ini berhampiran pintu utama bangunan Dewan Negara.

Penyokong Mursi berhimpun suarakan kemarahan terhadap tentera

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di sini selepas sembahyang Jumaat sambil melaungkan kemarahan mereka terhadap tentera.

"Sama ada kami mendapatkan hak-hak mereka atau kami mati seperti mereka!,’’ penunjuk perasaan bersorak sambil bergerak ke bandar daerah Nasr, merujuk kepada penyokong Mursi yang terbunuh pada Ogos lalu akibat tindakan kekerasan terhadap dua kem penunjuk perasaan di Kaherah.

Guru bantah reformasi pendidikan di Mexico.

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

DUA buah helikopter dari Polis Persekutuan Mexico kelihatan berlegar di kawasan Dataran Zocalo selepas berlaku pertempuran dengan guru yang membantah terhadap reformasi pendidikan di negara tersebut. 200 penunjuk perasaan selepas berminggu berkhemah di pusat bersejarah, membuat bantahan terhadap reformasi pendidikan ditandatangani oleh Presiden Enrique Pena Nieto minggu ini yang memerlukan guru-guru untuk menjalani penilaian prestasi mandatori. Guru-guru mengatakan peraturan baru tersebut melanggar hak-hak asasi tugas mereka. - Foto AF
Sep 14, 2013 8:44 am

Jadual jelajah Bantah TPPA menjelang demonstrasi mega di KLCC 11 Okt

TPPA8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak putus usaha untuk terus menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat.
Semua rakyat harus disedarkan betapa perjanjian TPPA ini adalah ‘keganasan ekonomi’ yang bukan sahaja bakal menyebabkan rakyat ditindas oleh konglomerat bertaraf dunia yang bersifat ‘samseng antarabangsa’ secara terus, malah maruah kedaulatan negara turut tergadai.