14 September 2013

Kemboja: Polis temui bom di kawasan perhimpunan

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PHNOM PENH 14 Sept. - Polis Kemboja menemui bahan letupan berhampiran taman di mana pihak pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad ini, bagi membantah keputusan pilihan raya yang lalu.

Jurucakap polis negara, Kirt Chantharith berkata, tiga bom tangan telah ditemui hari ini berhampiran pintu utama bangunan Dewan Negara.


Tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung perkara tersebut, bagaimanapun lokasi penemuan bahan letupan itu mengatakan ianya berkaitan rapat dengan situasi politik ketika ini. - AGENSI

No comments: