14 September 2013

Penyokong Mursi berhimpun suarakan kemarahan terhadap tentera

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 14 Sept. - Beribu-ribu penyokong bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di sini selepas sembahyang Jumaat sambil melaungkan kemarahan mereka terhadap tentera.

"Sama ada kami mendapatkan hak-hak mereka atau kami mati seperti mereka!,’’ penunjuk perasaan bersorak sambil bergerak ke bandar daerah Nasr, merujuk kepada penyokong Mursi yang terbunuh pada Ogos lalu akibat tindakan kekerasan terhadap dua kem penunjuk perasaan di Kaherah.

Koresponden AFP berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan mengambil bahagian dengan turut diiringi berpuluh-puluh kenderaan.

Mereka juga membawa bendera dan potret penunjuk perasaan yang terbunuh bulan lalu dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Dataran Rabaa al-Adawiya dan al-Nahda. - AFP



Tiada ulasan: