27 Oktober 2010

3 penjuru di Batu Sapi, satu lawan satu di Galas

18 Zulkaedah 1431 H

9 - 10am - Calon kemukakan borang masing-masing
10 - 11am - Tempoh bantah (jika ada)
11am - 12 tengahari - Pegawai Pilihan Raya menentukan bantahan

LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

8.15am: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

8.20am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di masjid diikuti oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz.

8.45am: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

9.00am: Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

9.06am: Di Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am: Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.

Di Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang.

Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.

9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.

Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).

10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.

Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

11.00am: Tempoh bantahan berakhir.

11.15am: Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalah Linda TsenAnsari Abdullah (BN-PBS), (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).

Tiada bantahan yang diterima.

11.32am: Di Galas, pegawai pengurus pilihan raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun terdapat satu bantahan, namun ia ditolak oleh Wan Mustapha.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Malaysiakini/-

Ulasan Penggulungan Umno

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mso melayu

Si Abu Nawas Dalam Umno

ENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit.

Nampaknya budaya angkat Dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat bakal calon tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindim mengampu.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein Dan Ahmad Zahid Hamidi. Ketiga-tiga ini yang Ada kelas Dan kualiti atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei.

Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Sempora Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa Dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden Dan timbalan presiden membuat tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat Dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno Dan Melayu.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno Dan para pemimpin terdahulu. Uncapan Dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad acapan pada perhimpunan tahun lepas.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda Dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobok. Diawal pembukaan kata lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor.

Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang Dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada di genggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin Cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas Dan ketara apabila beliau mengatakan Ada orang yang tergila-gilakan kuasa Dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut Mata Najib.

Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik Dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab.

Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno Dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno Ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah Dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada.

Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam Dan bangsa.

Tahniah Dari Seorang Rakyat

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mso melayu

Ciuman Kasturi Buat Nik Aziz: Sempena Genap 20 Tahun Mentadbir Kelantan

MEREKA atau individu yang merasakan saya sebagai seorang peminat kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin tidak percaya kalau saya sudah tidak bertemu muka Dan bersalaman dengan beliau hampir tiga tahun.

Apa lagi orang masih melihat konteks batin Dan naluri kemanusiaan saya dengan beliau cukup kuat. Ia tercermin di mana-mana saja akan hal ini. Kandatipun saya sesekali mengkritik beliau, tetapi kritikan itu akan lebih mengemenkan lagi tali konteks batin saya dengan beliau.

Orang tahu Dan beliau sendiri tahu bahawa kritikan saya tidak lebih daripada sang ibu kerbau yang menanduk anaknya kerana ingin memberi peringatan. Sesungguhnya tandukan itu tidak akan merodak ke hulu hati si anak yang mulia.

Antara saya dengan beliau Ada perjanjian Dan ba'iah yang tidak mungkin difahami oleh sesiapa. Hanya kami saja yang sedia maklum. Apakah lafaz Dan ikrar hanya terbungkus dalam hati kami yang disaksikan malaikat di kiri Dan di kanan.

Ianya sangat peribadi untuk diangkatkan di sini. Justeru atas kekemasan tali perhubungan itu saya tidak pernah merasakan yang Tok Guru terkedu hati atau marahkan saya, kalau saya jadi sebaliknya. Tidak..

Rasanya ketika Tok Guruku itu sedang berbulan madu dengan sambutan sempena genap 20 tahun pentadbirannya selaku MB Kelantan dewasa ini tidak elok kalau saya mencungkilkan sebab musabab kenapa saya tidak bertemu muka dengannya. Biarlah IA menjadi sebahagian sejarah antara kami - terutamanya saya.

Mungkin dilain lembaran Dan keadaan akan diceritakan kenapa saya merajuk sendiri tanpa diketahui pun oleh Tok Guru.

Namun beliau tahu akan sebab musabab perenggangan itu. Tahu sangat. Selalunya kalau saya lama tidak muncul di Kelantan ataupun berada di laluan di mana-mana dewan untuk beliau menuju ke pentas untuk bersalam Dan mencium tangannya, dia akan bertanya kenapa, lama tidak timbul kalau beliau merasakan saya lama tidak menemuinya? Atau pun akan bertanya sihat ke Dan buku baru apa judulnya?

Apabila beliau bertanya demikian saya mengira dia mengunci segala pergerakan saya dalam Mata politiknya.

Hari ini atau tepatnya 21 Oktober lalu genap 20 tahun Tok Guru menerajui Kelantan Darulnaim sebagai MB. Satu kejayaan besar Dan rekod tersendiri buatnya. Saya mengira rekod ini tidak mungkin akan terpecah oleh mana-mana tokoh baik dari Pas ataupun Umno selepas ini.

Dua dekad, satu jangka masa terlalu panjang Dan menunjukkan betapa stabilnya pemerintahan seseorang itu dalam politik kontemporari ini. Pastinya tanpa Ada senjata ampuh Dan politik bijaksana yang tidak akan sampai ke tahap itu. Dalam hal ini pada saya Tok Guru memiliki cenduai politik yang sangat menyerap.

Kalau orang Umno berbangga dengan pencapaian Dr Mahathir Mohamad menjadi PM selama 22 tahun, maka orang Pas juga perlu berbangga dengan pencapaian Tok Guru Nik Aziz itu. Bahkan orang Pas patut merasakan mereka merasakan kebanggaan mutlak kerana pencapaian Nik Aziz bukan atas politik adu domba, politik menggunakan kuasa tetapi politik kesedarhanaan Dan tulus ikhlas.

Mahathir berjaya menjadi PM kerana kelicitan beliau menyingkir seorang demi seorang musuh politiknya tanpa berhati perut.

Mahathir singkar Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu perlawanan penuh misteri Dan tertanya-tanya sampai kini tahun 1987. Ada berpendapat kekalahan Tengku Razaleigh hanya dengan 53 undi adalah kekalahan yang palsu.

Selepas itu Dr Mahathir meyingkirkan Musa Hitam. Terbaru Dan amat menghuruharakan parti itu menyingkirkan Anwar Ibrahim menerusi satu konspirasi yang memalukan ummah Dan negara tahun 1998.

Namun tidak begitu dengan Tok Guruku Nik Aziz. Dia tidak menyingkir sesiapa, dia tidak memanipulasikan kuasa Dan kedudukannya untuk terus kekal Dan tercokol di atas kerusinya. Beliau bukan bersikap autokrasi untuk mengekalkan diri atas jemala kekuasaan. Sebaliknya dia diminta Dan dirayu oleh rakyat.

Disokong Dan didoa oleh rakyat. Jadi sokongan rakyat kepadanya lebih kudus Dan murni daripada kekaguman kepada Mahathir Mohamad.

Barang kali tidak melampau kalau dikatakan, jikalau Allah tidak memberi kesempatan Pas memerintah Malaysia, tetapi cukup bagi orang Pas buat ketika ini menerima kehadiran Nik Aziz sebagai MB Kelantan Dan mana aura kehebatannya turut sama dirasai oleh segenap lapisan rakyat Dan jiwa negara ini.

Saya sebagai peminat beliau sedari kecil bebangga atas pencapaian Tok Guru. Syabas Dan tahniah. Sebenarnya wajar kalau Tok Guru mampu melalui dua dekad pentadbiran atau lebih panjang dari itu.

Kekuatan yang Ada kepadanya bukan memanipulasi kuasa politik tetapi IA adalah rahmat Dan pertolongan Allah. Beliau tidak berlawan dengan musuh menerusi politik struggle tetapi dengan menyerah kepada Allah. Itu saja senjata utama baginya berdoa Dan meminta keredhaan Allah.

Kalau Nik Aziz mengharapkan kepada kuasa politik semata-Mata pasti dia tidak akan sampai ke takah itu. Dia akan mati di tengah jalan. Dia tidak bermain dengan kuasa politik Dan menjadikan nafsu sebagai pengawalnya.

Keikhlasannya membimbing dia terus untuk memerintah Kelantan. Sekali lagi DOA menjadi senjata Dan perawat sukadukanya. Yang memberi kekuatan Dan daya istiqamah yang tinggi.

Dalam melihat perjalanan politik Tok Guru sebagai MB Dan ahli siasah, bohonglah kalau di sepanjang dua dekad itu beliau tidak pernah dibaham kedukaan atau tidak menangis. Atau tidak pernah dioleng rasa cemas Dan walang atas permainan pihak musuh.

Atas sifatnya sebagai manusia biasa, beliau juga tidak dapat terlepas dari segala pencaroba itu. Selaku peminatnya Dan pendamping secara halimunan saya menyaksikan akan detik-detik yang memberi cemas kepadanya.

Detik-detik menjadikan dia menggeletar Dan takut kepada Allah kerana tidak dapat terus menjaga negerinya sekiranya kekuasaan Islam menerusi Pas hilang.

Ada dua peristiwa yang berlaku di depan Mata Dan ini juga dapat dirasai oleh rakyat seluruhnya bagaimana Tok Guru pernah berada dalam keadaan cemas yang membimbangkan. Pertama ialah ketika berlaku krisis dengan pihak istana Kelantan tahun 195 selepas Tengku Razaleigh menguburkan Semangat 46.

Kerana waktu itu istana diperalatkan oleh golongan tertentu telah menganggu Tok Guru Nik Aziz. Tugas dan tanggungjawabnya sebagai MB dicabar dan diganggu. Matlamatnya satu mahu melemahkah kerajaan Tok Guru.

Dengan krisis ini sehingga berlaku sesuatu yang tidak seharusnya berlaku yang rasanya tidak manis untuk disebut semula di sini. Dalam krisis ini Tok Guru dihina sebagai manusia dan MB. Beliau seakan akan hilang segalanya, termasuk kerajaan Kelantan.

Namun berkat kesabaran dan doa akhirnya krisis itu mereda dan keadaan kembali pulih. Pihak yang memusuhinya juga akhirnya mengangkat tangan surrender atas kebenaran.

Bayangkan kalau bukan sembarangan orang mesti tewas dalam mengharungi krisis berkenaan. Betapa bukan kecilnya krisis itu bila mana seorang MB dinafikan haknya dan huluran salamnya tidak mahu disambut oleh sultan.

Kejadian ini bukan dalam kamar sempit tersembunyi tetapi di khalayak. Peritiwa itu penakanya mahu melondehkan maruah Tok Guru itu.

Beluam ada sejarah dalam politik negara ini MB yang berkrisis dengan MB dapat meneruskan pentadbirannya. Seorang demi seorang MB yang menghadapi masalah dengan sultan akhirnya membungkus tikar bantal pulang ke rumah.

Namun ini tidak terjadi kepada Tok Guru. Pihak istana yang mendapat nasihat tidak betul akhirnya kembali ke jalan benar, menerima Tok Guru sebagai memanda menteri semula yang bertakwa dan beriman.

Semua ini ialah kerana pendekatan dan sikap tasamuh diamalkan oleh Tok Guru yang senantiasa berdoa siang dan malam meminta Allah menunjukkan kebaikan kepada semua.

Saat cemas kedua yang saya saksi ialah pada malam keputusan pilihan raya umum ke 11 tahun 2004. Tidak ada detik dan suasana yang saya rasakan telah menelorkan kerimasan begitu dahysat kepada seorang Tok Guru dan MB.

Semuanya kerana Pas kehilangan banyak kerusi. Beliau begitu bimbang sekali Pas akan kehilangan kerajaan, namun disudut hati kecilnya kalau kehilangan itu demi kebaikan tentu beliau redha.

Sepanjang malam itu di atas pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu beliau bersolat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Sedulang buah-buahan yang dihidang untuk menghambat kerisauan sementara menunggu keputusan langsung tidak disentuh. Wajahnya juga muram durja.

Tatkala ada perkhabaran jahat mengatakan BN sudah menguasi 2/3 kerusi Dun Kelantan, saya nampak wajahnya pucat dan beliau kelihatan nanar untuk mencari bilik air bagi mengambil wuduk mendirikan solat bagi mendamaikan jiwa.

Tiada kesayuan pada saya melebihi kesayuan malam itu melihat keadaan Tok Guru. Kalaulah malam itu saya boleh membeli tunai segala keresahan dan kewalangannya, tentu sekali saya akan memborongnya semua sekali.

Tidak rela melihat seorang tok guru semulia dan seikhlas itu berdukadurja begitu. Tetapi, inilah kelebihan Tok Guru dan orang yang bergantung kepada Tuhan. Baginya apa yang akan berlaku semuanya atas kehendak Allah dan manusia tidak boleh menghalangnya.

Selepas itu tidak ada lagi bala besar yang menimpa dirinya. Kalau pun ada ada cerita-cerita dalaman parti yang boleh membingkitkan telinganya. Semuanya dapat diatasi dengan sikap tawaqus dan doa memanjang.

Sikap adil atas kebenaran dan sikap tegas kerana kebenaran menjadikan ubat atas segala itu. Justeru mereka yang cuba untu mengkhinatinya menjadi relai dan insaf sendiri.

Paling akhir ialah serangan jahat ke atasnya yang cuba menghancurkan personaliti beliau sebagai seorang tok guru. Serangan ini dibuat berangkaian dengan serangan ke atas anak menantunya. Tuduhan kononnya beliau menerima rasuah untuk mengerjakan haji adalah satu perbuatan jahat yang sungguh tidak bermoral dan keji.

Ia benar-benar mengilan dan mendukacitakan hati Tok Guru berkenaan. Malahan rakyat Kelantan yang tidak berpihak kepada mana-mana warna parti juga kesal atas fitnah melampau itu.

Sekali lagi atas kesabaran dan kebenaran beliau berjaya mengatasi segalanya. Dan kekecewaan itu telah digandakan pula oleh Tuhan, di mana tahun ini beliau dikatakan akan mengerjakan haji, bersama Sultan Mohamad Ke 5.

Inilah kerja Tuhan yang tidak ada sesiapa dapat membacanya dan menghalangnya. Semalam Tok Guru di keji dan dihina ataupun dipermainkan, tetapi hari ini esok darjatnya diangkat setinggi-tingginya.

Menilai segala kejayaan, pengorbanan dan kesungguhan Tok Guru menjadi MB dan mentadbir Kelantan selama 20 tahun rasanya tidak terbalas oleh sesiapa pun. Jasa dan pengorbanan itu sangatlah besar.

Hanya Allah jugalah yang boleh membalas. Dan seperti telah dijanjikan apabila genap saja 20 tahun Tok Guru jadi MB dan membawa Kelantan menerajui perubahan, Allah talaala memberi ganjaran duniawi besar kepadanya dengan mentkdirkan Tengku Mohamad Faris Petra menjadi sultan Kelantan yang baru.

Gandingan antara Tok Guru dengan Sultan Mohamad Ke V adalah gandingan seperti cekrawala bulan dan mentari.

Tok Guru memerintah dengan cahaya kelembutan, Sultan Mohammad Ke V memerintah dengan cahaya ketegasan dan keadilan. Dan ciumanku di perkarangan hotel Fully Inn Gua Musang malam kelmarin adalah ciuman kasturi sebagai cederahati dari seorang marhaen kepada seorang memanda kesayangan Sultan.

YB SALAHUDIN AYOB BAWA GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LARUT

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abu Syamil

BATU KURAU 23 OKT : Penduduk Batu Kurau rasa bertuah dengan kunjungan YB Salahudin Ayob ke Kawasan mereka, Ketibaan beliau di Taman Lela iaitu pintu masuk DUN Batu Kurau diiring oleh sekumpulan anak muda yang menunggang motorsikal sambil mengibarkan bendera PAS sepanjang perjalanan ke Markaz PAS Jelai.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta supaya PAS Larut terutamanya jentera Pemudanya dapat merancakkan lagi gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya yang kian hampir.

Beliau telah mengakhiri kunjungannya ke Kawasan Larut dengan ceramah di sebelah malam bersama Che’Gu Bard,Calon Ketua AMK Malaysia, DR. Dhari Othman,YDP PAS Larut,Dr Mohd Nor Manuty, Ketua Cabang PKR Larut serta Ust Akmal Kamarudin selaku Pengarah MTD Batu Kurau yang baru dilantik.

Majlis pada malam tersebut telah dipengerusikan oleh Ust Nazri Din selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Larut.

HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

UMNO telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding di dalam PRK Dun Galas bagi menentang calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad. Tanpa ditanya, Muhyiddin menyebut calon Umno itu hanya berkelulusan SPM. Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting.

"Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." (Malaysiakini). Itulah hebatnya orang Umno, dengan hanya kelulusan SPM boleh menjadi seorang Pengurus. Janji main politik dan ikut cakap Umno sudah memadai.

Di dalam negara dilambakkan dengan masalah pengangguran, ramai yang terpelajar masih menganggur, orang politik berkelulusan SPM boleh jadi Pengurus. Jadi, tidak hairanlah jika mereka angkat lagi untuk menjadi YB pula, mungkin akan ke tahap Menteri walaupun kelulusan SPM. Syaratnya mesti ikut cakap Umno, jangan melawan dan kena buat-buat `bodoh'.

Taruhan Abdul Aziz calon Umno ini adalah jawatan Pengurus. Jika beliau menang (Na'uzubillah), dikira beruntunglah juga. InsyaAllah, jika beliau tewas beliau mungkin mendapat tawaran kerja lain setelah meletakkan jawatan Pengurusnya itu.

Mungkin ini adalah janji Umno kepadanya kerana saya rasa bukan mudah untuk Abdul Aziz terima tawaran jadi calon menentang PAS. Apatah lagi kerjaya beliau menjadi taruhannya.

Samada berkelulusan SPM atau Oxford sekali pun, selagi berada di dalam Umno otaknya tetap sama. Kadangkala seperti otak orang tidak bersekolah. Muhyiddin sebagai contoh, jawatan TPM dan beliau juga orang terpelajar, tetapi banyak percakapannya seperti `orang tidak sekolah'.

Kerana apa? Kerana duduk di dalam Umno sebab itu mindanya `terkunci rapat' seperti rapatnya kunci yang menutup isu `Hak Istimewa Orang Melayu' seperti Najib perkatakan baru-baru ini.

PRK DUN GALAS - MUNGKINKAH `HANTU ORANG ASLI' MUNCUL MENGUNDI ?

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

HAKIKATNYA Umno dari awal lagi tidak yakin boleh memenangi PRK Dun Galas kali ini walaupun Umno tewas di tangan PAS di dalam Pilihanraya Umum yang lalu dengan majoriti tipis.

Bukti tidak yakinnya Umno adalah apabila sepantas kilat menamakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya di situ. Bahkan, Umno seboleh-bolehnya ingin Ku Li juga menjadi calon parti tersebut.

Muhyiddin, apatah lagi Najib sudah tentu tidak mahu menanggung aib banyak kali tewas di dalam PRK selepas PRU yang lalu. Kali ini biar Ku Li pula merasa bahana apabila berdepan dengan PAS, mungkin sebagai `hukuman' ke atas beliau akibat keberanian Ku Li membela Kerajaan Negeri Kelantan di dalam isu royalti minyak.

Karier politik Ku Li mesti digelapkan secara perlahan-lahan sebelum Ku Li mencuba lagi untuk mencabar kepimpinan Umno di dalam Pemilihan Umno akan datang.

Apa yang perlu dipandang serius oleh jentera kempen PR/PAS adalah berkenaan pendaftaran pengundi yang layak mengundi. Semakan mesti dibuat dari sekarang termasuk alamat semua pengundi yang berdaftar.

PAS juga jangan lupa isu `pengundi hantu'. Tidak mustahil kali ini `hantu' akan lahir di kawasan penempatan orang Asli. Kita sedia maklum, penempatan orang Asli di bawah Parlimen Gua Musang ini masih tidak membangun sepenuhnya.

Sudah tentu terdapat masalah perhubungan atau komunikasi, laluan di perkampungan yang tidak teratur boleh menyukarkan jentera kempen dan pemantauan. Kelemahan ini mungkin diambil peluang oleh mereka untuk menyeludup pengundi-pengundi hantu.

Kita yakin, PAS yang mempunyai ramai pakar strategi mampu mengawal semua ini. Bantuan dari rakan-rakan di dalam PR juga amat penting untuk kemenangan kita bersama.

Kerahkan semua pemimpin di setiap negeri hadir berkampung di Galas. Setiap kumpulan yang berkempen dari rumah ke rumah mestilah diketuai oleh tokoh-tokoh berwibawa dan dikenali oleh pengundi-pengundi di Galas.

Semoga kemenangan PAS di Dun Galas nanti akan menyebabkan lebih ramai orang-orang Melayu di dalam Umno berfikir kembali samada untuk kekal bersama Umno atau tidak.

Tuduh khalwat: Nik Aziz setuju dibawa ke mahkamah

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 26 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan kononnya calon PAS berkhalwat.

Ketika ditanya wartawan tentang wujudnya tuduhan terhadap Dr Zulkefli Mohamed pernah ditangkap khalwat, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau bersetuju tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Nak tuduh boleh tuduh, tapi betul ke tak benda tu. Saya setuju kalau benda tu bawa ke mahkamah. Dia (Zulkefli) nak bawa ke tidak, terpulang pada dia," katanya.

Zulkefli sebelum itu berkata, isu beliau ditangkap khalwat yang dibangkitkan Umno-Online adalah dilakukan dengan sengaja bagi memfitnahnya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama ialah meminta supaya didropkan fitnah itu daripada web Umno-Online, dan sekiranya tidak dipatuhi maka tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh bagi tindakan adalah bergantung kepada tindakan dilakukan Umno-Online terhadap permintaan yang pertama itu,” katanya.

Selepas diisytiharkan calon PAS, beliau dilaporkan media Umno-Online bahawa pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramlelah Mat Jusoh.

Zulkefli dengan tegas menafikannya kerana Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya, sedangkan isterinya ialah Zainab Jalar.

“Berkenaan dengan hak yang dikeluarkan dalam Umno-Online yang dikatakan saya terlibat dalamkes khalwat, kemudian diletak pula nama Ramelah binti Mat Jusoh.

“Ramelah binti Mat Jusoh itu adalah sebenarnya emak saya, dan untuk kes khalwat ini sepatutnya dibuat semakan di mana-mana Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah untuk dipastikan, dan (kes yang dibangkitkan ini) saya menafikan sekeras-kerasnya,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Adik ipar Tony Blair peluk Islam

18 Zulkaedah 1431 H

LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, "sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari. Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

"Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun. Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol," katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

"Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam)," katanya.

Harakahdaily/-

“Kita tak pergi sana sebab presiden tak ada”

18 Zulkaedah 1431 H

GUA MUSANG, 26 Okt: “Kita tak pergi ke khemah sana (BN) sebab presiden sana (Umno) tak ada," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berseloroh.

Jawapan bersahaja Ahli Parlimen Marang itu merujuk ketidakhadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiringi calon BN pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, pagi tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kehadiran Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Shahrizat dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS.

"Kita datang sebab nak bertemu presiden (PAS)," katanya sewaktu menunggu pengumuman rasmi SPR mengenai calon-calon yang akan bertanding pada PRK Galas, 4 November ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat.

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

PRK N.45 Galas menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Dr Zulkefli Mohamad daripada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan calon BN, Abdul Aziz Yusoff.

Harakahdaily/-

Tanda-Tanda Hati Kita Keras

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nia

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.

Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.

Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Linda Tsen, Yong, Ansari serah borang pencalonan

18 Zulkaedah 1431 H

SANDAKAN - Tiga calon iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan borang pencalonan mereka bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, apabila proses penamaan calon ditutup pukul 10pagi ini.

Ansari mendahului calon-calon lain apabila tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.

Sebaik proses penamaan calon ditutup, borang pencalonan mereka dipamerkan di papan notis yang terletak di hadapan khemah para penyokong untuk semakan dan bantahan awam.

Orang ramai diberi waktu sejam sehingga pukul 11 pagi untuk mengemukakan bantahan.

SinarHarian/-

Dua calon dekat di hati rakyat bertarung di Galas

18 Zulkaedah 1431 H

Pilihan raya kecil DUN Galas menyaksikan pertarungan dua calon yang dekat di hati rakyat serta berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Gua Musang.

BN memilih Abdul Aziz Yusoff, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sebuah agensi pusat bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan, yang dirintis ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjadi menteri kewangan.

Anak kelahiran Kampung Bertam Baru, dekat Paloh, mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat selepas menyertai Kesedar sejak 1983, dengan hanya berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikan Abdul Aziz sebagai muka baru yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno.
Bagaimanapun, Abdul Aziz yang juga Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, perlu melepaskan jawatannya dalam Kesedar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

PAS pula meletakkan pengamal perubatan Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku yang dipertua parti itu di Gua Musang, sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil 4 November itu.

Lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat kepada masyarakat melalui kliniknya di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang.

Dr Zulkefli merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Guchil pada 1974, iaitu Mohamed Awang.

Berbeza dengan calon BN, beliau adalah muka lama yang berpengalaman dan pernah bertanding di Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali, iaitu dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008, namun tewas di tangan Tengku Razaleigh.

Biarpun pernah tewas, kepimpinan PAS ternyata mempunyai keyakinan kukuh terhadap calonnya itu kerana Dr Dzulkefli pernah mengalahkan Ketua Umno Gua Musang di DUN Galas pada 2008 dengan kelebihan 317 undi.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Malaysiakini/-

Pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pas di Galas

18 Zulkaedah 1431 H

GUA MUSANG - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, manakala calon Pas ialah Dr Zulkefli Mohamad, 44, ialah Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Abdul Aziz, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dan Dr Zulkefli, menyerahkan borang pencalonannya pada 9.30 pagi.

Proses pencalonan itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.

Bagaimanapun, Presiden Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat yang menyatakan akan meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil ini, tidak muncul pada penamaan calon hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Galas merupakan yang kedua di Kelantan selepas Pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai 2009 dan pilihan raya kecil yang ke-12 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008.

SinarHarian/-

Penyokong parti patuhi arahan polis

18 Zulkaedah 1431 H

Gua Musang - Penyokong parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, diminta mematuhi segala peraturan sepanjang penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan, Gua Musang, hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Hanafi berkata, semua pihak harus mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurutnya, ramai akan hadir hari ini, termasuk orang kenamaan dari kedua-dua parti, bagi mengiring calon masing-masing.

“Kami (polis) menempatkan 500 anggota sepanjang berlangsungnya penamaan calon yang terdiri daripada unit udara, trafik, unit peronda dan pelbagai lagi.

“Penyokong Pas akan berkumpul di Masjid Tengku Muhammad FaizPetra, manakala penyokong Barisan Nasional (BN) di bilik gerakan parti di Bukit Cekati sebelum bergerak ke pusat penamaan calon.

“Bermula kira-kira jam 6 pagi, anggota polis ditempatkan di semua jalan-jalan utama bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan penamaan calon,” katanya selepas sesi taklimat bersama petugas keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Rahim berkata, pasukan keselamatan sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Katanya, kekuatan anggota yang bertugas sepanjang berlangsung PRK ini adalah mencukupi tetapi bergantung kepada keadaan dan jika ada keperluan, penambahan akan dilaksanakan.

“Hasil pemerhatian awal, semua pihak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan diharapkan perkara ini berterusan sehingga hari pengundian pada 4 November," katanya.

SinarHarian/-

Bandar Gua Musang alami gangguan bekalan elektrik

18 Zulkaedah 1431 H

GUA MUSANG - Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata, penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.

"Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.

"Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.

"Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.

Zulkffli berkata, TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta penduduk bersabar sekiranya beberapa gangguan masih lagi berlaku sementara proses pembaikan selesai.

SinarHarian/-

RTM: 15 minit untuk Pakatan

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.

10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.

10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.

9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.

9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.

9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.

Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.

Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Harakahdaily/-

Proses pencalonan pilihan raya kecil Galas ditutup

18 Zulkaedah 1431 H

GUA MUSANG - Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 49, dan Dr Zulkefli Mohamad, 44, daripada Pas.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Wan Mustapha mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi.

SinarHarian/-

DHPP Pulau Pinang juga akan turun ke Galas

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Sabri Said

PULAU PINANG 25 Oktober: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan turut serta ke medan perjuangan bersama gabungan parti dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N 45 Galas, Kelantan nanti.

Demikian kata Ketua Penerangan dewan berkenaan, Dr Ooi Ahloo @ Vellautham ketika ditemui semalam.

Beliau yang sangat bersemangat ketika bercakap mengenai pilihan raya kecil itumenyifatkan pilihanraya kecil tersebut sebagai gelanggang terbaik DHPP menerangkan matlamat perjuangan PAS yang telah terbukti baik sebagaimana berlaku di Kelantan selam ini.

"DHPP akan bersama membantu jentera PAS, PKR dan DAP bagi memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang sudah sinonim dengan masyarakat Gua Musang terutamanya di Galas, " tegasnya.

Dr Oii sendiri akan mempergunakan pentas Galas menerangkan isu di Pulau Pinang kepada orang Kelantan.

Di Pulau Pinang Umno sering menganggu gugat Kerajaan Pakatan Rakyat dengan harapan rakyat akan kembali memberikan sokongan pada mereka tanpa mengetahui dakyah yang ditaburkan akhirnya memakan diri.

"Sekarang ini semua sepi kerana isu wang penghargaan kepada warga emas dan wang pengurusan jenazah dimatikan oleh Pakatan Rakyat. Rugilah sebilangan Umno bawahan kerana mengembalikan wang RM100 kepada Umno padahal ia boleh
digunakan untuk keperluan seharian tanpa was-was, " jelasnya yang juga Pengerusi DHPP Pulau Pinang.

Menyentuh pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas beliau berkata, ia hanya permainan BN untuk memerangkap Ku Li yang tidak sependapat dengan Kerajaan Pusat berhubung kes royalti Petronas.

Berbanding calon BN, Dr Oii berpendapat, calon PAS nampak lebih berwibawa memandangkan tugasnya sebagai seorang doktor yang acapkali berjumpa rakyat dengan memberikan perkhidmatan percuma di kampung-kampung.

"Kelebihan ini pastinya menguntungkan PAS untuk terus mengekalkan kemenangan di situ, " katanya.

DHPP Pulau Pinang sendiri, katanya, akan menghantar seramai mungkin petugas ke Galas.

Harakahdaily/-

Jangan dahului SPR umum menang p’raya

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

GUA MUSANG, 25 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mana-mana pihak tidak mendahuluinya bagi mengisytiharkan calon yang menang pada pilihan raya.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, pernah berlaku pada pilihan raya kecil di Dun Manek Urai tahun lepas, jentera BN mengisytiharkan lebih awal kemenangan selepas agen mereka membuat culaan menang di tempat pengundian di sebuah sekolah.

“Kiraan culaan yang dibuat agen Umno silap dan bertentangan dengan keputusan sebenar yang diperolehi SPR.

“Oleh itu, saya nasihatkan jangan ada mana-mana pihak mendahului SPR membuat sesuatu hebahan mengenai keput usan pilihan raya,” katanya pada persidangan media di Pusat Media Dun Galas di Kesedar Inn hari ini.

Beliau juga memberitahu perbicaraan bantahan daftar pengundi baru suku ketiga tahun ini bagi peringkat parlimen Tanah Merah akan diadakan selepas pilihan raya kecil Galas.

Menurutnya, parti politik di kawasan tersebut membantah lebih 400 nama pemilih baru yang disenaraikan di parlimen berkenaan.

Katanya, pihak yang membantah dan dibantah akan dipanggil pada perbicaraan yang akan dikendalikan pengarah SPR Kelantan.

Sebelum ini, Majlis Tindakan Dun Kemahang dan Dun Bukit Panau di Tanah Merah mengesan terdapat ramai nama-nama pemilih baru yang dipamerkan SPR tidak dikenali penduduk tempatan.

Harakahdaily/-

Laporan langsung penamaan calon PRK N.45 Galas

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.

9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.

9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.

9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.

Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.

Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Harakahdaily/-

Galas: Bandar Gua Musang mula sibuk

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.

Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.

Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.

Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.

"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.

"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.

Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.

Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.

Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.

Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.

Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.

Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.

Harakahdaily/-