27 Oktober 2010

DHPP Pulau Pinang juga akan turun ke Galas

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Sabri Said

PULAU PINANG 25 Oktober: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan turut serta ke medan perjuangan bersama gabungan parti dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N 45 Galas, Kelantan nanti.

Demikian kata Ketua Penerangan dewan berkenaan, Dr Ooi Ahloo @ Vellautham ketika ditemui semalam.

Beliau yang sangat bersemangat ketika bercakap mengenai pilihan raya kecil itumenyifatkan pilihanraya kecil tersebut sebagai gelanggang terbaik DHPP menerangkan matlamat perjuangan PAS yang telah terbukti baik sebagaimana berlaku di Kelantan selam ini.

"DHPP akan bersama membantu jentera PAS, PKR dan DAP bagi memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang sudah sinonim dengan masyarakat Gua Musang terutamanya di Galas, " tegasnya.

Dr Oii sendiri akan mempergunakan pentas Galas menerangkan isu di Pulau Pinang kepada orang Kelantan.

Di Pulau Pinang Umno sering menganggu gugat Kerajaan Pakatan Rakyat dengan harapan rakyat akan kembali memberikan sokongan pada mereka tanpa mengetahui dakyah yang ditaburkan akhirnya memakan diri.

"Sekarang ini semua sepi kerana isu wang penghargaan kepada warga emas dan wang pengurusan jenazah dimatikan oleh Pakatan Rakyat. Rugilah sebilangan Umno bawahan kerana mengembalikan wang RM100 kepada Umno padahal ia boleh
digunakan untuk keperluan seharian tanpa was-was, " jelasnya yang juga Pengerusi DHPP Pulau Pinang.

Menyentuh pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas beliau berkata, ia hanya permainan BN untuk memerangkap Ku Li yang tidak sependapat dengan Kerajaan Pusat berhubung kes royalti Petronas.

Berbanding calon BN, Dr Oii berpendapat, calon PAS nampak lebih berwibawa memandangkan tugasnya sebagai seorang doktor yang acapkali berjumpa rakyat dengan memberikan perkhidmatan percuma di kampung-kampung.

"Kelebihan ini pastinya menguntungkan PAS untuk terus mengekalkan kemenangan di situ, " katanya.

DHPP Pulau Pinang sendiri, katanya, akan menghantar seramai mungkin petugas ke Galas.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: