13 September 2009

Perhimpunan bekas pelajar Syamsul Maarif

Makluman kepada bekas pelajar Shamsul Maarif, Pulai Chondong,
Kelantan, satu perhimpunan sempena Idulfitri akan di adakan

Pada : 3 syawal 1430
Tempat : Syamsul Maarif lilbanat Pulai Chondong (Syamsul Maarif asal)


Semua bekas pelajar dijemput hadhir.

Sila hubungi Prof Madya Dr Fauzi Deraman untuk pertanyaan lanjut.

e-mail:drfauzi@gmail.com,
atau Sdr Razmi: razmij@yahoo.com

Risalah sampah, angkara siapa ?


Angkara siapakah perbuatan tidak bermoral dan jahat dibulan Ramadhan yang mulia ini ? Itulah pertanyaan dalam hati kecil saya setelah menerima laporan dari banyak pihak bahan dia atas sedang rancak dihantar kepada pimpinan PAS Kawasan di Negeri Perak.

Dalam Lawatan badan Perhubungan PAS Perak Ke PAS Kawasan Gerik dan Lenggong malam tadi saya mendapat maklumat dari pimpinan PAS Kawasan bahawa sudah hampir separuh AJK PAS Kawasan Gerik telah menerima risalah sampah ini.

Saya istilahkan sampah kerana di dalamnya mengandungi unsur fitnah dan fakta yang diputar belit dan menyiarkan gambar-gambar palsu yang tidak bermoral.

Setakat ini saya belum menerima maklumat dari negeri lain adakah bahan sampah ini dikirim juga kepada mereka.

Adapun 3 bahan tersebut adalah dengan tajuk berikut :-

1. Buku berjudul " The Tales at Mat Bon Anwar Sodomy II
2. Risalah Berjudul " Siapa PAS Sebenarnya, pejuang Islam atau boneka DAP ?
3. Semacam akhabr tabloid " The Screw Opener"

Yang Jelas bahan diatas adalah dikirim oleh musuh Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Mereka menyerang habis-habisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan fakta gila dan tidak berasas.

Saya menganggap pihak yang menghantar dan menerbitkan risalah ini adalah orang yang paling bacul di dunia kerana tidak menyebut dari mana penerbitnya, cuma yang dapat dikesan stem yang dikirim adalah dari Kuala Lumpur.

Cina Islam/-

Palanivel kekal No. 2, orang Samy menang besar

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.

Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

Jawatankuasa kerja pusat (CWC)


1. K.R. Partiban
2. M. Asojan
3. V.S. Mogan
4. R.A. Ragu Moorthi
5. S. Murugesan
6. Datuk M. Devandran
7. A. Saktivel
8. Datuk Randhir Singh
9. Datuk Jaspal Singh
10. Datuk K.R.A. Naidu
11. Datuk K. Ganeson
12. S.Ananthan
13. Senator M.M. Samy
14. S.P. Manikavasagam
15. Datuk M. Paanjamoorthy
16. A.Ganeson
17. Datuk V.K. Suppiah
18. Datuk S. Ganesan
19. K.P. Samy
20. S.S. Rajagopal
21. Senator N. Ravisandaran
22. P. Palaniappan
23. Madhu Marimuthu

Manusia Dalam 5 Alam

Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

Alam yang pertama

1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.


“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan Adam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”(Surah Al-A’raaf ayat 172)

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita zuriat Nabi Adam A.s telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua

Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:

1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.

2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).

3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.

4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.

5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah alam yang tidak kekal alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira dihisab, oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan anak-anak kita mula beramal. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:

“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”

1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.


Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memelihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur. Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:

“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.”(Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah kecuali para wali-wali Allah S.W.T ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat

Di Padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”(Yassin:51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterang an Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jambatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah. Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan baginya.”

Alam yang Kelima

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang diutuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:

“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.”(Al-Lail: 14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaimanayang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan."

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:

1. Jahannam
2. Saqar
3.Lazha
4.Huthamah
5. Sa’iir
6.Jahim
7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:

a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.


Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:

a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?

Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.

Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad
Terjemahan: Syed Ahmad Semait/Email oleh : mohd naim mohd zain

Penyakit uji keimanan, kesabaran manusia

Editor :PenaHalaqah

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)


Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Email : Zamri Kecik's

Anak-Anak Yatim Piatu

ZAMRI" kecik's

forwarded emails...... .

Malam tadi, waktu orang rumah saya tengah dok kira Fidyah dia dan anak-anak (saya ada 4 anak pompuan), dia ada sebut nak pi bagi kat salah seorang anak murid dia yg kini sedang menuntut di Politeknik. Orang rumah saya kata anak murid dia ni anak orang susah.

Saya tanyalah susah tara mana?

Taklah susah mana, ayah dia kerja tapi tak berapa cukup..

Abang dia ada dak?

Ada, kerja, tapi lepas untuk dia sajalah.

Saya kata, macam itu belum tentu jatuh tahap fakir dan miskin lagi itu; risau kot-kot kalau tak termasuk kategori yang layak terima fidyah itu. Kemudian saya teringat cerita seorang sahabat di Surau sewaktu menunggu solat terawih selepas Isyak tadi, sahabat saya ini ada cerita kisah 5 beradik yatim piatu tak berapa jauh dari rumah saya, yg kini dibela oleh ibu dan bapa-bapa saudara mereka. 5 beradik yatim piatu tak ada punca pendapatan selepas kedua ibu bapa meninggal, cuma mengharapkan ihsan mak dan pak menakan serta jiran-jiran, maka kalau masih belum jatuh tahap miskin, tak tau nak katalah. Suara hati kecil saya mengatakan mereka ini layak menerima fidyah.

Lalu, hari ini sempena cuti merdeka 31 Ogos, saya telepon sahabat saya tu minta tolong tunjuk jalan pi ke sana, sebuah rumah di tengah-tengah kepulauan bendang Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah

1. Mohd Shafik (Tingkatan 2)

2. Nur Atikah (Darjah 6)

3. Nur Atirah (Darjah 4)

4. Nor azian (6 tahun)

5. Nur Amirah (2 tahun)

Ibu mereka meninggal kira-kira 2 tahun yang lalu, iaitu 12 hari selepas melahirkan Nur Amirah.

Sejak itu Nur Amirah dibela oleh ibu saudara mereka, Puan Jasmi Bt Mat Isa, yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mek.

Lebih kurang setahun yang lalu, ayah mereka berkahwin lain; lalu mereka pun mendapat Ibu Tiri berusia awal 30an. Suratan takdir kemudiannya, lebih kurang sebulan yang lalu ayah mereka pula pergi mengadap Illahi, diserang jantung di ladang sawit tempat kerjanya; lalu tinggallah mereka semua yatim piatu.

Mengikut Kak Mek, Nur Amirah tinggal bersama beliau, 3 orang lagi tinggal dengan dua orang bapa saudara mereka di Taman berdekatan, dan seorang lagi, Nur Atirah tinggal dengan ibu Tirinya. Setiap hari jumaat cuti sekolah mereka akan balik ke rumah pusaka ayah mereka itu kerana mereka 5 beradik kalau boleh tidak mahu berpisah, hendak terus kekal bersama.

Ada pun mengenai Ibu Tiri mereka, mengikut Kak Mek Ibu Tiri mereka ini bukan asal orang situ, sebelum berkahwin dengan ayah budak-budak ini, sudah pun punyai anak-anak dalam perkahwinan yang sebelumnya. Ibu Tirinya ini mungkin tidak lama di sini. Maka, baru-baru ini dalam mesyuarat keluarga yang dihadiri oleh semua pihak termasuk

mereka ini, anak-anak itu sedang dalam perbincangan untuk langkah-langkah selanjutnya.

Memang sedih mengenangkan nasib budak-budak ini, apa pun terjadi tidak mahu berpisah, mahu kekal bersama; mungkin kerana itulah kot dalam Al-Quran, Allah banyak menekankan tentang peri pentingnya ahli masyarakat mengambil berat terhadap nasib anak-anak yatim apatah lagi yatim piatu seperti mereka 5 beradik ini. Berat mata kita memandang, rasanya lebih berat lagi bahu mereka dan bahu Kak Mek bersaudara memikulnya; kita doakan moga Kak Mek dan Abang serta Adik lelakinya itu tabah untuk membesarkan mereka.

Sebetulnya, saya tengok Kak Mek pun bukan senang tara mana, silap-silap termasuk dlm kategori orang susah jugak, ada anak-anak kecik 4 orang dan suami hanyalah seorang drebar lori dan Kak Mek sendiri memang tak kerja. Bapa-bapa saudara mereka kerja kerajaan.

Wakil kami ke sana, cuma si Nur Amirah (2 tahun) itu saja yang ada, yang lain seperti yang dicerita ada di rumah bapa-bapa saudara atau pun keluar jalan ke mana-mana; tak sempat saya nak ambik gambar depa semua, cuma ada Nur Amirah ini saja buat renungan.

Lihatlah wajah innocent ini, lahir ke dunia belum mengerti apa-apa, kedua ibu dan ayah sudah pun tiada; bukan bermakna Allah itu kejam tapi itulah yang dinamakan takdir kehidupan. Setiap orang punya jalan takdirnya yang tersendiri, hari ini kita mungkin

masih ada ibu dan ayah, tahun depan mungkin semuanya sudah tiada.

Allah jadikan anak-anak yatim piatu seperti Nur Amirah dan abang serta kakak-kakaknya itu bukan setakat sebagai

buat mereka dan juga Kak Mek bersaudara, tapi Allah juga nak Uji kita, nak tengok sama ada kita ini nak ambik berat pasal anak-anak yatim apa pun tidak; dan Allah jadikan juga insan-insan seperti mereka sebab Allah nak bagi peluang untuk kita raih pahala kalau kita nak.

Sebetulnya, saya bukan Ustaz, mengaji pun sekular, jadi tak pandai sangat nak sembang bab-bab agama ini, cumanya waktu dok ajar anak-anak ngaji Quran dan Mukaddam kat rumah, selalulah jugak dok jumpa dlm Quran terjemahan itu bab anak-anak yatim ini.

Antaranya:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad); apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah: Apa jua hartabenda (yg halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan org-org yang terlantar dalam perjalanan" - Al-Baqarah ayat 215.

"Dan, mereka bertanya lagi kepadamu mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itulah saudara-saudara kamu (yang seugama)" - Al-Baqarah ayat 220.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya kalau mengikut surah Al-Baqarah ayat 220 ini, anak-anak yatim piatu 5 beradik ini - Nur Amirah, Nor Azian, Nur Atirah, Nur Atikah dan Mohd Shafik - bukan setakat anak saudara kepada Kak Mek dan keluarganya tetapi juga sebenarnya adalah anak-anak saudara kita seugama

Begitu hebatnya kalimah Syahadah menyatukan kita-kita.

Justeru, 5 beradik yatim piatu ini tidak seharusnya dipandang sebagai tanggungjawab Kak Mek dan saudara-saudaranya semata-mata, tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua bersama

Moga sedikit kisah anak-anak yatim piatu ini mampu menjadi tazkirah ringkas buat kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesiapa yang ingin bertanya khabar tentang anak-anak ini, bolehlah hubungi pemegang Amanah mereka, En Azmi di no telepon: 013-4886952. Rumah arwah ayah mereka beralamat di Kg Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah - masuk melalui Tmn Damai ikut lorong Damai 4/1 ambik kiri.

Sekian moga ada manafaatnya.

YB NIZAR DI BUKIT GANTANG

ASSALAMUALAIKUM YB!

HARI INI TIDAK AKAN SAYA LUPAKAN DETIK INI. SAYA TERSEREMPAK DGN MB NIZAR DI PASAR MALAM CHANGKAT JERING TEPAT JAM 5.30 PETANG. BUKAN XBIASA JUMPA BELIAU CUMA KALI INI IA LAIN DARI YG LAIN. SAYA SEKELUARGA TELAH TERNAMPAK YB NIZAR SERTA PARA PETUGAS UNIT AMAL MEMBAHAGI-BAHAGIKAN BUBUR LAMBUK DI PASAR MALAM CHANGKAT JERING SAMBIL BELIAU BERTEGUR SAPE TIDAK KIRA SIAPA SAHAJA YG BELIAU JUMPA TERMASUKLAH SAYA. SAYA TERNAMPAK YB NIZAR DI GERAI LAKSA YG MEMANG SAYA TAHU TUAN PUNYA GERAI ADALAH PENYOKONG KUAT BN TETAPI KALI INI RASANYA TIDAK LAGI.

SAYAPUN MENGAMBIL GAMBAR YB NIZAR DARI DALAM KERETA YG SEDANG BERGERAK PERLAHAN DAN SEPANTAS KILAT YB NIZAR TELAH MENYAPA SAYA SEKELUARGA BILA MELIHAT SAYA MENGAMBIL GAMBAR BELIAU. YB NIZAR TELAH TERUS PERGI KE KERETA SAYA DAN BERTANYA KHABAR SAMBIL MEMEGANG PIPI ANAK SAYA. KAGUM SAYA MELIHAT KEPERIBADIAN BELIAU. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SETELAH LEBIH 50 TAHUN PARLIMEN BUKIT GANTANG DI BAWAH BN TIDAK PERNAH BUBUR LAMBUK DIBERI KEPADA SETIAP PENGUNJUNG YANG DATANG DI PASAR MALAM TERSEBUT. YG MENARIKNYA YB NIZAR TELAH MENERUSKAN LANGKAH ALLAHYARHAM YB ROSLAN SHAHRUM DENGAN CARA BELIAU YG TERSENDIRI UNTUK MENDEKATI RAKYAT DI SINI. TERINGAT SAYA KATA SEORANG INDIA YG MENJUAL SURATKHABAR DI BUKIT GANTANG BAHAWA ARWAH YB ROSLAN CUKUP BAIK DENGAN DIA SELALU BELI SURATKHABAR TAK SEPERTI YB BN SEBELUM INI YG BILA MENANG LANGSUNG TIDAK MENJENGUK KAWASAN DAN MELAWAT INSAN2 MISKIN DI SINI. YB NIZAR PUN LAGI BAGUS KATA BELIAU KERANA SIFATNYA YANG RAMAH SALING TAK TUMPAH DENGAN ARWAH.

SESUNGGUHNYA RAKYAT BUKANNYA SUSAH UNTUK DIJAGA CUKUP UNTUK MENZIARAHI KAWASAN YG DITADBIR DAN SALING BERTEGUR SAPE BILA BERJUMPA SUDAH CUKUP ERTINYA. NI NAK BERI BUBUR LAMBUKPUN SIBUK NAK PANGGIL PRESS(MEDIA) NAK SEDEKAHPUN SAMA, KEMUDIAN DOK KATA KITA PERLU IKHLAS. APANI? SAMA2LAH KITA AMBIL IKTIBAR SEMPENA RAMADAN INI SEMOGA YG MISKIN TIDAK BERTAMBAH MISKIN. KEPADA YB NIZAR, TERUSKAN PERJUANGAN DAN KAMI PENDUDUK PARLIMEN BUKIT GANTANG YANG MEMANGKAH ANDA TETAP BERADA DIBELAKANG MENYOKONG ANDA. TAHNIAH YB NIZAR!

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Program Berbuka Puasa bersama Anak yatim

Ditulis oleh Sdr Adam Yew Abdullah

Pusat Jagaan dan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah, terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 2000. Pusat kebajikan ini memuatkan anak-anak yatim yang ada di antara mereka dibiarkan oleh Ibubapa. Sehingga kini seramai 27 orang anak-anak yatim. Ikutilah kisah-kisah mereka berserta dengan gambar di bawah.


Halaman luar rumah anak yatim Nasyiatul Aisyiyah. Khemah dipasang untuk orang ramai berbuka puasa.


Rumah Nasyiatul Aisyiyah didirikan pada tahun 2000 - 2001 dengan kerjasama warga kilang seperti Motorola, Intel dll.


Pusat Jagaan Anak-anak yatim diurus oleh Ustazah Rohani dan keluarganya.


Ustazah Rohani memberi ucapan dan menceritakan pengalaman beliau menjaga anak-anak yatim.



Bayi berumur 1 bulan ini ditinggalkan oleh ibunya.


Bayi berumur 9 bulan ini ialah kacutkan Melayu Filipina, yang diislamkan oleh Ustazah Rohani.


Budak-budak lelaki sedang mendengar ucapan oleh Ustazah Rohani. Mereka berasa begitu seronok dengan kehadiran kami.


Budak-budak perempuan melayan kami dengan baik. Ada yang mereka menitiskan air mata ketika mendengar kisah mereka yang tidak mengenali siapakah Ibubapa mereka.


Penyampaian hadiah yang tidak seberapa kepada tuan rumah yang juga seorang Ustaz.


Pemberian Sumbangan RM5,000.00 dari warga kilang yang beragama Islam yang prihatin. Moga-moga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban hidup mereka.


Tetamu sedang menunggu waktu berbuka puasa. Sambil bersuai kenal dan menghayati suasana rumah anak yatim.


Warga kilang menaiki bas menuju ke rumah anak yatim. Ada yang belum sampai. Berlaku kelewatan disebabkan keadaan hujan.


Juadah berbuka puasa dalam bentuk bufet melalui wawasan katering . Alhamdulillah, makanannya sedap dengan lauk pautnya dan nasi minyak. MMMmmmmmm....


"Team" warga kilang bersama-sama dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal bergambar bersama.


Kepada warga kilang yang beragama Islam yang telah menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan apa sekalipun bentuk sumbangan, kami dalam jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Semoga kebaikan yang kita lakukan ini mendapat rahmat dan pahala berlibat ganda dari Allah SWT.

Sesiapa yang berprihatin dan ingin menyumbang kepada Pusat Nasyiatul Aisyiyah ini, berikut adalah maklumat bank akaun Pusat Nasyiatul Aisyiyah:

Nama : Pusat Jagaan dan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah

Akaun Nombor : 157081009973

Barangan yang diperlukan :
1) Susu bayi berumur 1 bulan dan 9 bulan (Jenama Anmum)
2) Pampers New Born dan juga size 'L'.
3) Barangan keperluan.
4) Sumbangan wang ringgit.

Jazakallahu Khai ron.

wallahu a'lam

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

http://kamparinn.blogspot.com/

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Keputusan Undi MIC Dijangka Diketahui Mulai 6 Petang

KUALA LUMPUR, 11 Sept :- Keputusan pertama pemilihan jawatan dalam MIC Sabtu dijangka diketahui mulai 6 petang bermula dengan keputusan bagi jawatankuasa kerja pusat (CWC), kata pengerusi jawatankuasa pemilihan Datuk K.Vijayanathan.

"Pemenang 23 jawatan ini akan diumumkan dahulu, diikuti dengan keputusan tiga jawatan naib presiden dan satu timbalan presiden.

Seramai 63 calon bertanding untuk 23 jawatan CWC dan tujuh calon untuk tiga jawatan naib presiden," katanya kepada Bernama.

Vijayanathan yang mengetuai ahli jawatankuasa seramai enam orang berkata proses pemilihan akan dijalankan secara telus dan lancar.

Jawatan timbalan presiden akan ditandingi penyandang Datuk G.Palanivel, bekas timbalan presiden Datuk S.Subramaniam dan Datuk S.Sothinathan.

Palanivel disokong oleh presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu yang sebelum ini menang tanpa bertanding buat penggal kesebelas berturut-turut sehingga akhir 2012.

Vijayanathan berkata undian akan bermula kira-kira 11.30 pagi dan dijangka berakhir 2.30 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Lebih 100 petugas akan mengira undi dan prosesnya boleh disaksikan oleh calon dan ejen mereka.

-- BERNAMA

Tazkirah Ramadan - Buru Keistimewaan Tujuh Golongan Di Sisi Allah

Baginda Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik khususnya dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan dan contoh yang berjaya dalam melaksanakan tuntutan pelbagai jenis ibadat sebagai pengajaran kepada umatnya bagi mendapatkan tempat yang selesa di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka..

Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.

Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu kedua matamu berlaing dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu menuruti orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya, kerana sesungguhnya seluruh hidup mereka adalag melampaui batas (agama)."

Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai tujuh golongan tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.

Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.

Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.

Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata

Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."

Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:

1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.

2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta..

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Ibadat pada waktu malam

Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.

Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.

Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.

Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.

Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.

Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.
Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud.

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Ramadan Peluang Mengislah Diri

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Hadis Fadhilat Ramadhan - 8

mohd naim mohd zain

Hari ini kita akan menamatkan siri petikan hadis-hadis mengenai Lailatul-Qadr. Insya-Allah kita akan belajar hadis-hadis mengenai bab iktikaf pada siri-siri akan datang.

Daripada Anas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

' Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail a.s. bersama satu kumpulan para malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingat Allah s.w.t. dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah maka Allah s.w.t. akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikat-Nya. Dia berfirman:

" Wahai malaikat-Ku! Apakah balasan seorang pekerja yang menyempurnakan kerjanya?" Mereka berkata : " Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempunakan ganjarannya. " Allah berkata lagi : " Wahai malaikat-Ku, hamba-hamba- Ku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan fardhu -Ku ke atas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa - Demi kemulian dan kehebatan-Ku, kemurahan dan ketinggian-Ku dan demi kedudukan-Ku pasti Aku menerima doa-doa mereka. Kemudian Allah s.w.t. berkata ( kepada hamba-hamba itu ) : " Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu dengan kebaikan." Nabi s.a.w. berkata: 'Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun'.

Huraian Ringkas.

Kedatangan Jibrail a.s. bersama para malaikat dinyatakan juga di dalam Al-Quran sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Banyak hadis-hadis juga menyebutnya. Ada hadis yang menyebutkan bahawa Jibrail a..s. akan menyuruh malaikat-malaikat supaya pergi ke rumah orang-orang yang sedang berzikir lalu berjabat tangan dengan mereka. Di dalam kitab Ghaliatul-Mawaiz terdapat nukilan dari kitab Ghuniyyah karangan Syaikh Abdul Qadir Jailani rah. di dalam hadis riwayat Ibnu Abbas r.a. dinyatakan bahawa dengan arahan Jibrail a.s. itu, para malaikat akan bertebaran dan tidak ada satu rumah pun samada kecil atau besar, di darat atau di laut yang ada di dalamnya orang-orang beriman kecuali mereka memasukinya untuk bersalaman tetapi mereka tidak akan masuk ke rumah yang ada di dalamnya anjing, khinzir, orang berhadas besar kerana zina ataupun gambar.

Berapa banyak rumah orang Islam yang ada tergantung gambar sebagai perhiasan lalu mereka merugikan diri mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri dari ni'mat rahmat yang begitu besar. Orang yang menggantungkan gambar hanyalah seorang tetapi dia menjadi sebab penghalang dari masuknya malaikat rahmat ke rumah itu lalu dia telah merugikan seluruh isi rumah itu bersamanya.