28 November 2010

Tahap kebersihan tandas awam masih tidak memuaskan

21 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 27 Nov ;- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Kajian ini menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang dan hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan.

Mengulas isu berkaitan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim mengatakan bahawa statistik ini menggambarkan tahap pengamalan kebersihan yang buruk dalam masyarakat negara kita dan perlu difikirkan langkah-langkah untuk di perbaiki.

"Apalagi masyarakat negara kita yang majoriti beragama Islam, yang sepatutnya mengamalkan akhlak Islam yang meletakkan kebersihan sebahagian dari iman" Ulasnya dalam laman twitternya beberapa hari lepas.

Beliau jug mencadangkan supaya dibuat kajian menyeluruh apakah yang menyebabkan tandas awam itu kotor , adakah mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang ada atau kemudahan yang ada tidak mencukupi sehingga dalam sesuatu masa sangat ramai menggunakan tandas sehingga aspek kebersihan terabai.

Khalil juga yang juga Ketua Sekteriat Pakatan Rakyat Negeri Perak bersetuju dengan cadangan supaya tindakan penguatkuasaan oleh PBT terhadap mana-mana premis awam yang tandasnya terlampau kotor akan diperketatkan mulai tahun depan.

"Selain itu pemeriksaan mengejut perlu dipertingkatkan disamping pemeriksaan biasa. bagi memastikan tandas dalam keadaan bersih"Katanya.

"Bagi saya kebersihan tandas akan memuaskan hati setiap pelancong yang hadir ke negara kita. Bila mereka balik ke negaranya mereka akan memberikan gambaran yg baik" Jelasnya lagi.

Beliau juga berharap kebersihan tandas di rumah ibadah seperti mesjid dan surau juga perlu ditingkatkan dan melihat tahap kebersihan tandas mesjid dan surau masih belum berada ditahap yang memuaskan.

Disamping diberikan hukuman kepada tandas yang kotor, beliau juga menyokong aspek penghargaan dan hadiah serta penarafan gred kebersihan kepada tandas yang bersih.

Kes Jenapala : kes tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah, bagaimana Perak ?

21 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 27 Nov.:- Merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 November lepas yang telah menolak permohonan pendengaran kes saman bekas timbalan setiausaha agung PKR, P Jenapala terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa mendengar masalah dalaman yang membabitkan parti politik seperti yang termaktub dalam Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan.

"Seksyen 18(C) Akta Persatuan memperuntukkan apa-apa keputusan yang dibuat parti politik atau pegawai parti (termasuk setiausaha agung) yang berkaitan urusan dalaman parti tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah.

Mengulas perkara berkatan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam lama twiternya menegaskan sepatutnya lebih awal mahkamah juga lebih awal tidak campur tangan dan menolak kes kedudukan menteri Besar dan Speaker DUN Perak.

Katanya dengan jelas Perlembagaan malaysia Perkara 72.Keistimewaan Dew Undangan.menyatakan (1)Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah

"Secara umum dapat di fahami bahawa hak menentukan kedudukan MB dan Speaker Perak bukan di dalam mahkamah sepertit yang telah berlaku" tulisnya.

Menurutnya juga kerana pelanggaran hak dewan negeri sebagai penentu kepada pemerintahan kerajaan negeri yangg sah tanpa campurtangan pihak lain menyebabkan kemelut berpanjangan di negeri Perak.

"Saya masih bertegas dan mengulangi bahawa terdapat pelanggaran kepada undang-undang tubuh kerajaan Perak dan perlembangaan Malaysia dalamm krisis di Perak" Katanya yang juga merupakan Ketua penerangan PAS negeri Perak.

PKR umum keputusan rasmi pemilihan

21 Zulhijjah 1431H.

Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilhan parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya awal petang ini, Azmin mendapat 19,543 undi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub tidak diumumkan.

Bagi jawatan naib presiden, tiga pemenangnya ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Selain Nurul yang juga anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga lagi pemenang jawatan tersebut ialah ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berikut keputusan rasmi pemilihan:

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden

Nurul Izzah Anwar - 13,211
Tian Chua - 11,744
Fuziah Salleh - 8,927
Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat

1.Elizabeth W0ng 10,897
2.Badrulamin Bahron 9,672
3.Heee Loy Sian 8,473
4.Khalid Jaafar 7,889
5.Johari Abdul 7,719
6.Abdul Rahman Yusof 7,719
7.Haniza Talha 7,588
8.Fariz Musa 7,511
9.Zakaria Abdul Hamid 7170
10.Roland Chian Ming Shen 7,095
11.Siti Aishah 6,876
12.Ismail Yusof 6,332
13.Latheefa Koya 6,242
14.S Kesavan 6,139
15.Shuhaimi Shafie 6,095
16.MR Summugam 5,964
17.Yusmadi Yusoff 5,810
18.S Manikumar - 5,789
19.Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
20.Christina Liew - 5,707

Malaysiakini/-

JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR CUBA MENIPU RAKYAT JOHOR ?

21 Zulhijjah 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TUN Mahathir sebelum ini merapu apabila meminta semua ahli PKR `bertaubat' dan kembali kepada Umno. Selepas kenyataannya itu, berbagai pihak terus meminta Mantan PM itu bertaubat kerana beliaulah punca kepada perpecahan masyarakat Melayu dan Islam termasuk menghina institusi Raja-Raja sepanjang pemerintahan `diktatornya'. Terbaru, Tun Mahathir terus merepek lagi dengan mendakwa rakyat Johor ramai menolak Bn di dalam Pilihanraya Umum yang lalu hanya kerana `jambatan bengkok'.

Pasal jambatan bengkok pun rakyat Johor banyak mengubah sokongan kepada Pembangkang? Ternyata Tun Mahathir sudah tidak waras lagi. Jika begitu, di Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah dan beberapa negeri lain ramai yang menolak Bn sehingga Kerajaan Bn hilang majoriti 2/3 itu juga adalah kerana `jambatan bengkok'?

Kita tahu mengapa beliau terlalu kecewa apabila jambatan bengkok sebagai pengganti Tambak Johor yang dirancang olehnya dulu dibatalkan oleh Pak Lah apabila beliau menjadi PM. Sebab itulah beliau tidak duduk diam mengganggu pentadbiran Pak Lah ketika itu sehingga sampai tahap beliau sanggup keluar dari menganut fahaman Umno.

Mahathir mahu namanya terukir indah sepertimana apabila orang melihat ketinggian Menara KLCC, pasti orang terbayang pada wajah beliau. Masalah untung ruginya bangunan itu Mahathir tidak ambil kisah. Beliau juga mahu apabila jambatan bengkok itu berjaya dibina, namanya akan dikenang. Tentulah marah bukan kepalang Tun Mahathir kepada Pak Lah kerana menghentikan jambatan bengkok tersebut. Tidak menerima idea dan perancangan Tun Mahathir seolah-olah menghinanya. Tidak hairanlah, sehingga sekarang beliau tetap menuntut jambatan itu dibina. Jika boleh, mungkin beliau mahu jika beliau mati nanti beliau akan disemadikan di bawah jambatan itu.

Tun Mahathir lupa, setiap PM selepasnya mahu mencipta sesuatu untuk kemegahan buat diri sendiri dan ingin mencipta nama sepertimana Tun Mahathir mencipta nama walaupun nama yang buruk. Jika Mahathir boleh cipta nama dengan KLCC, Pak Lah juga mahu cipta nama. Sekarang, Najib pun mahu cipta nama juga dengan perancangan membina bangunan 100 tingkat lebih tinggi dari 88 tingkat yang Tun Mahathir bina. Masalah ada untung atau rugi, masalah membazir atau tidak, rakyat semakin senang atau susah, kesemua mereka ini tidak peduli.

Pandangan Tun Mahathir bahawa rakyat Johor menolak Bn hanyalah kerana jambatan bengkok adalah satu pandangan yang cuba menipu rakyat Johor. Rakyat Johor cuba diperbodohkan oleh Mantan PM ini. Rakyat Johor sekarang mahu lebih dari jambatan bengkok yang mungkin hanya dapat memberi keuntungan dan kekayaan kepada beberapa kroni pemimpin Umno sahaja. Rakyat Johor tidak mahu menjadi seperti rakyat Terengganu yang tetap susah dan miskin walaupun dibina Masjid Kristal dan penganjuran Moonsun Cup itu./wfauzdin.blogspot.com

DUA WANITA BERJAYA TEWASKAN EZAM SESUMPAH

21 Zulhijjah 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

Ezam raja sesumpah semasa berucap di dalam satu program anjuran MCA Kelang menuduh bahawa DS Anwar adalah orang yang teramat bahaya untuk semua kaum di negara ini. Wah, berubah rentak `Senatak' (Senator Katak) Ezam nampaknya, maklumlah kali ini bercakap di hadapan kaum Cina.

Semua tuduhan Ezam sesumpah hanya layak dijawab oleh anak perempuan DS Anwar iaitu YB Nurul Izzah dan beliau telah pun menjawabnya secara lebih berfakta dari omongan kosong pencacai Umno itu. Sebelum ini, di merata pelusuk negara Ezam sesumpah melabelkan DS Anwar amat bahaya kepada kaum Melayu dan Islam kerana DS Anwar kununnya begitu menyanjung kaum Cina dan DAP. Itu `fesyen lidah biawak' adik beradik lidah sesumpah. Percakapannya berubah mengikut tempat seperti juga binatang sesumpah.

Tidak seperti DS Anwar, di mana sahaja beliau berucap beliau tetap konsisten dan berprinsip. "Melayu susah kita bela, Cina susah kita bantu dan India serta semua kaum kita bantu". Itulah ayat yang sering dibawa oleh DS Anwar hatta ke luar negara sekali pun. Jauh beza dengan Ezam sesumpah ini. Darihal perjuangan, mengapa beliau keluar dari Keadilan, isu rasuah, kezaliman, ISA dan bermacam isu lagi tidak pernah konsisten dari Ezam sesumpah, malahan banyak isu penting yang beliau perjuangkan dahulu sewaktu berada di dalam PKR, kini isu tersebut disorokkan di dalam `kotak-kotak'nya.

Di hadapan kaum Melayu beliau bercakap DS Anwar pengkhianat Melayu dan lebih membela kaum Cina dan India. Di hadapan kaum Cina, DS Anwar dilabelkan berbahaya kepada semua kaum. Ezam sesumpah juga pernah memuji PAS dan cuba menjadi `batu api' agar PAS lebih layak menjadi MB di Selangor. Apabila Umno berhadapan dengan PAS di dalam mana-mana PRK, Ezam sesumpah mengutuk PAS pula kerana dikatakan sentiasa melutut kepada DAP. Ini lah wajah orang yang akan `menjilat' apa sahaja asalkan dapat cari makan.

Yang pasti, ke mana sahaja Ezam sesumpah pergi, nama DS Anwar tidak lekang dari mulutnya. Tepat seperti dakwaan ramai orang, Ezam sesumpah kini `gila talak' dengan DS Anwar. `Kotak-kotak' yang dahulunya beliau canang mempunyai banyak kes rasuah pemimpin Umno untuk didedahkan, kini isu kotak dimatikan. Terpaksa dimatikan kerana Ezam sesumpah kini berada di dalam satu kapal dengan Najib dan `sedarah' pula dengan Rafidah Aziz yang kerana mendedahkan fail rasuah tokoh inilah Ezam sesumpah disumbatkan ke penjara. Kini, beliau `bersilaturrahim' dengan bekas Ketua Wanita Umno ini.

Tahniah, buat Rafidah seorang wanita yang berjaya menundukkan `kejantanan' Ezam sesumpah. Tahniah juga buat YB Nurul yang juga dapat menundukkan `jantan' ini. /wfauzdin.blogspot.com

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom

Maaf : Ada sedikit masalah teknikal sehingga posting untuk hari tertangguh. Doakan ianya secepatnya dapat diperbaiki .