10 Januari 2009

Exco Perak mula guna Camry ganti Perdana

IPOH 9 Jan. — Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

“Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai kritikan dibuat oleh pelbagai pihak kerana tidak mahu kerajaan negeri membazirkan wang rakyat bagi pembelian kenderaan itu berikutan pimpinan utama negeri yang diterajui parti DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meuar-uarkan penjimatan wang dan ingin menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Pembelian Toyota Camry bagi meggantikan Proton Perdana yang dianggap telah uzur itu merupakan suatu langkah yang bijak dan ternyata menyelamatkan resiko yang akan dihadapi untuk menyelaggara Proton Perdana yang telah mencecah umur 5 tahun itu.

Selain itu media hendaklah memberitakan secara adil mengenai pembelian kereta ini termasuklah memberitakan Kerajaan Negeri Terengganu juga telah membeli sebanyak 14 buah kereta Mercedes Benz Kompressor dengan nilai RM 245,000 sebuah dengan jumlah pembelian RM 3.43 Juta.

Selain itu keadaan yang lebih membazir dilihat bila rumah untuk kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana hanya disewa dengan sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding. Manakala Kos menyelenggarakannya RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.

Kediaman Timbalan Perdana Menteri ,Seri Satria pula disewa dengan harga sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan dan kos penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.

Akibatnya kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.

Semuga isu pembelian kereta ini tidak menjadi perkara yang diperbesarkan lagi malah akan menjadi ikutan kepada semua kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang lain.

Terdahulu, seawal 10 pagi tadi kereta Toyota Camry yang pertama dilihat memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dengan nombor pendaftaran AFD 33 dan disusuli yang lainnya dibawa masuk secara berperingkat oleh pengedar UMW Toyota ke kawasan letak kereta berbumbung di bangunan berkenaan.

Perak negeri pertama mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin


IPOH (9/1/2009) : Perak merupakan negeri yang pertama mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. RM1 juta merupakan sasaran bagi mencapai maksud tersebut. Semoga Perak menjadi pemangkin kepada negeri-negeri lain untuk melaksanakan program yang sama.

Program Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) berjaya menghimpunkan hampir 4,000 rakyat Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Pelbagai kaum dan agama telah bersama-sama menyatakan pendirian mereka mengutuk dan mengecam serangan Israel kepada rakyat Palestin kerana isu Palestin bukan hanya isu agama malah ianya adalah isu kemanusiaan.
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Ir Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak turut dihadiri oleh Setiusaha Kerajaan Perak, Datuk Bandar Ipoh, Exco Kerajaan Negeri Perak, Adun-Adun, Pegawai-pegawai kerajaan, parti-parti politik serta pelbagai pertubuhan dan juga orang ramai.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ust Zulkifli Ibrahim, Pengarah Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin, diikuti oleh Dr Khairuddin Dato' Malek selaku pengerusi Jama'iy.

Ucapan mula menjadi bersemangat dengan dimulai oleh Hafeez daripada Bersatu Perak (Mahasiswa), wakil Jemaah Islah Malaysia, Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid serta seorang wakil daripada Palestin.

Cikgu Azmi daripada Teras juga turut melancarkan Boikot Barangan Israel dan Amerika. Amat menarik apabila sebuah pentomim mengenai kesengsaraan Palestin dipersembahkan semasa ucapan oleh Cikgu Azmi.

Persembahan multimedia pula menyusul dengan menayangkan video tentang sejarah peperangan diantara Israel dan juga Palestin serta kezaliman puak rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Parti politik seperti Pas, PKR dan juga DAP mengambil bahagian dengan ucapan oleh pimpinan negeri.


Upacara kemuncak adalah Pelancaran Dana RM1 juta untuk Palestin oleh Menteri Besar Perak dengan pelbagai pihak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri sumbangan mereka kepada Menteri Besar.

Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan pada majlis itu sahaja adalah sebanyak RM127,000.00. -ajijoi.blogspot.com

Hujan renyai-renyai warnai kempen hari ke 5


KUALA TERENGGANU, 10 Jan :- Suasana kempen hari ke 5 PR Kuala Terengganu diwarnai dengan hujan renyai-renyai yang mulai turun pada jam sekitar 8.30 pagi tadi. Cuaca mendung,yang tidak kelihatan matahari mungkin menyebabkan hujan hingga ke petang.

Keadaan ini dijangkakan menghadkan pergerakan calon dan petugas kedua-dua pihak, PAS, UMNO dan calon bebas yang bertanding dalam PR itu.

Pada masa ini perang poster sedang rancak berlaku termasuklah calon bebas yang mula meletakkan panda tanda dan gambar calon yang menggunakan lambang buku di beberapa persimpangan jalan.

Selain itu BN dan UMNO masih menggunakan pendekatan lama dengan mengerahkan semua agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu calon BN. Walaupun ini jelas bercanggah dengan moral dan demokrasi namun kaedah ini mengambarkan BN sangat tersepit dan kekurangan petugas sehingga pihak yang tidak sepatutnya dilibatkan disalahguna sedemikian rupa.

Program perasmian dan pecah tanah tumbuh seperti cendawan ,inilah kaedah lama yang akan digunakan. Bayangkan berapa banyakkah wang rakyat digunakan untuk semua program itu. Persoalannya kenapa baru sekarang bercambah pecah tanah, itu dan ini naik pening dibuatnya.

Kalaulah terlalu ramai yang terlibat dikerah ke Terengganu tidaklah mustahil banyak keputusan dan urusan di pejabat masing-masing tertangguh.

Tidakkah mereka adalah pegawai kerajaan yang punya tanggungjawab memberi khidmat mereka kepada rakyat di pejabat masing-masing.

Apa yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil atau umum inilah keadaannya. Semoga rakyat di Kuala Terengganu membuat pilihan yang terbaik demi masa depan Malaysia yang lebih adil dan makmur serta mendapat keredhaan Allah SWT. Youtube di bawah adalah video semasa penamaan calon.-video ini dipetik dari LagiBerita


Nik Aziz sokong pulau barangan Amerika



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat menyokong usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu tertentu untuk memulaukan barangan buatan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya Israel dalam usaha memerangi keganasan rejim itu di Palestin.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai mengajar kuasa besar dunia itu termasuk meminta rakyat negara ini tidak menggunakan dolar Amerika dalam urus niaga mereka.

"Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian," katanya pada ceramah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah sampai masanya masyarakat dunia ini hari ini mengajar kuasa besar yang angkuh dan menindas negara Islam, terutama dalam menunjukkan sokongan umat Islam dunia terhadap nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri.

Sebaik selesai mengadakan kuliah Nik Aziz kemudiannya turut melancarkan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rakyat Palestin dan memijak poster dan membakar patung Presiden Amerika, George W Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Sementara itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mahu rakyat membuat penilaian terhadap berita yang disifatkan menentang gerakan Islam terutama menjelang sebarang pilihan raya.

Lebih 5,000 orang hadir pada majlis kuliah mingguan itu. BERNAMA&mstar

Dr. Mahathir minta umat Islam boikot dolar AS


KUALA LUMPUR 9 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meminta umat Islam dan rakyat negara ini memboikot penggunaan mata wang dolar Amerika Asyarikat sebagai bantahan atas serangan rejim zionis Israel terhadap bumi Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyarankan kerajaan supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan tribunal khas untuk mendapat keadilan dan hak asasi bagi rakyat Palestin.

“Sebagai membantah kekejaman yang dilakukan puak Israel, kita boikot semua barangan Amerika termasuk jenama Starbuck, Coca-Cola dan Colgate,” katanya di perhimpunan membantah kekejaman puak Israel di pekarangan Masjid Negara di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 500 umat Islam yang baru selesai solat Jumaat di Masjid Negara.

Ia turut disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melancarkan kempen memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerika Syarikat.

Sebelum itu, mimbar di Masjid Negara turut menyampaikan khutbah yang mengutuk serangan Israel ke atas Palestin. Selepas itu, jemaah juga mengadakan solat hajat dan berdoa khusus untuk kesejahteraan rakyat Palestin. - Utusan

Ulasan kepada Kenyataan Akhbar Pangkor dan Sungai Rapat

Kehangatan Isu mengenai penutupan Tadika KEMAS yang berpunca dari Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebenarnya agak reda beberapa ketika. Namun saya merasa terpanggil untuk mengulasnya kembali apabila dua ADUN Pembangkang di Perak iaitu Pangkor dan Sungai Rapat membuat kenyataan media mengenai isu berkaitan .

ADUN Pangkor seperti yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian mengatakan kerajaan negeri Perak menuduh kononnya isu dewan orang ramai dan balai raya sengaja dibangkitkan BN bagi meraih undi bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

"Semua tuduhan itu tidak berasas, kerana kelas Kemas di Perak adalah isu tempatan membabitkan kepentingan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil di Kuala Terengganu," kata ADUN tersebut.

Pangkor berharap kerajaan negeri PR yang sering melaungkan slogan sebagai kerajaan negeri yang mengamalkan sikap prihatin, bertanggungjawab dan telus mengakui kelemahan dan segera memperbaikinya.

Sementara itu ADUN Sungai Rapat , Hamidah Osman berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung arahan kerajaan negeri tidak membenarkan Kemas menggunakan dewan orang ramai dan balai raya sebagai kelas tabika di negeri ini.

Persoalan dalam masalah ini sangat jelas dan apa yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak adalah hak nya sendiri yang saya pasti tidak ada pihak yang perlu mempertikai kannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Pangkor.

Setiap isu yang dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan pada anggapan kami tidak ada asas dan kebenarannya wajib kami jawab dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan.

Siapapun ada hak dan dalam konteks sebuah Kerajaan yang dimanahkan oleh Rakyat adalah berhak untuk menjelaskan kepada rakyat kedudukan yang sebenar.

Dalam persoalan tuduhan kepada Kerajaan Perak yang disifatkan tanpa segan silu terus menuduh BN kononnya wujud konspirasi atau ia mainan politik BN yang berniat jahat untuk memburukkan pentadbiran kerajaan negeri. Saya ingin bertanya siapakah Zahid Hamidi yang pertama membuat tuduhan tidak berasas itu dan sesudah itu diulas oleh Muhd Taib ? adakah mereka berdua bukan pemimpim UMNO dan BN.

Tidak tahulah kalau Pangkor dan Sungai Rapat tidak mengiktiraf dia sebagai pemimpin BN ?

Saya mencabar Sungai Rapat yang mula terkenal dengan isu "ular"nya itu untuk mengemukakan bukti yang didakwanya. Jangan sekadar bercakap kosong dan syok sendiri. Zahid Hamidi belum mengemukakan buktinya kenapa beria-ia sangat YB buat kenyataan.

Persoalan saya, kenapa pada sidang kelmarin YB. tidak mengemukakan bukti yang didakwa. Atau ianya sedang di rekacipta termasuk skripnya sekali ? sebelum ianya disiarkan di drama TV yang BN kuasai ?

Janganlah buat kerja yang bukan-bukan, pelajar dan guru Kemas sedang belajar seperti biasa dan sekaligus tuduhan tidak berasas itu tidak wujud.

Malam Kemanusiaan Palestin


Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh

Anjuran :
Kerajaan Negeri Perak &
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar
Menteri Besar Perak