30 Ogos 2021

Kemasukan ICU kes Covid-19 di Lembah Klang turun

 

KUALA LUMPUR: Kemasukan pesakit Covid-19 ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital Lembah Klang sekarang menunjukkan trend penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap.

Paralimpik: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia

 

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

TOKYO: Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Selamat bertugas Kabinet baru: Tekun dan beristiqamah

 

TANPA diragukan lagi bahawa kabinet baharu pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang telah dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan di Internet

 

Rupa serangga tersebut yang saling tidak tumpah seperti sehelai daun hijau, benar-benar mengagumkan warganet.

Percayalah, apa yang bakal disaksikan dalam video yang tular ini memang wujud dan agak mengejutkan.

Sebuah video yang memaparkan kelibat seekor serangga daun gergasi yang turut dikenali sebagai Phyllium Giganteum, tiba-tiba tular bagai di media sosial.

Mahdzir, Shahidan, Idris, Faizal Azumu selesai angkat sumpah jawatan

 Senator Idris Ahmad (kiri) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Foto FAIL NSTP

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Kumpulan kelima anggota Jemaah Menteri diketuai Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini. 

62.6 peratus populasi dewasa lengkap vakin COVID-19

 Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.