07 Disember 2022

KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN

Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar.

Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya akan diperolehi oleh calon-calon Perikatan Nasional di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

Alasan saya apabila melihat gelombang sokongan anak muda yang terserlah di kedua tempat ini. Setiap program terutamanya ceramah kelihatan mendapat sokongan yang sangat baik dari warga setempat.

Semoga tsunami pru 15 yang berlaku di hari pengundian pada 19 November lepas juga masih ada dan memuncak pada hari ini.

Kemenangan akan bersama kita dalam pengumuman oleh SPR malam ini..Aamiin