26 Julai 2008

MB Perak : Kerajaan Pakatan Rakyat cukup mesra dengan pelajar dan Ibu bapa

IPOH, 25 july :- Kerajaan Negeri Perak yang ditunjangi oleh Pakatan Rakyat sesungguhnya terdiri dari tenaga yang cukup mesra dengan pejar dan ibu bapa, demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa kepada 55 orang pertama yang terpilih disini hari ini.


Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Yayasan Perak yang baru, YB. H. Roslan Sharom, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abd. Rahman Hashim, Exco pengajian Tinggi, YB. En. Thomas Su, Ahli-Ahli Exco, YB. Encik Tai Sing Ng ,Y.B. Encik Chen Fook Chye , ADUN Titi Serong,YB. Drs. Khalil Idham Lim, Pengurus besar yayasan perak, En. Jamil Mat Kasa, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perak, Tn.Hj. Mohd Idris bin Ramli, dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak.




Pengerusi yayasan Perak menyerahkan replika cek RM 2 Juta kepada Menteri besar Perak


MB Perak juga menyatakan sejumlah RM 2 Juta telah diperuntakkan bagi menyalurkan bantuan tersebut kepada anak-anak perak yang berjaya masuk IPTAdan ibubapa berpendapatan dibawah RM 1500 pada tahun ini sekadar kemampuan yang ada oleh Yayasan Perak.


Mengulas ucapan dari Pengurusi Yayasan Perak, beliau amat seronok dengan bantuan diberikan dengan tidak memilih kasih, bulu dan warna kulit, yang mana selayaknya kita memberikan penghormatan kepada meeka yang telah berjaya.

Menteri Besar juga menyatakan ini adalah peruntukan dari badjet tambahan kerajaan baru yang perihatin dengan permasalahan rakyat kean dari kenaikan harga minyak.

Beliau juga menegaskan "kita berjanji tidak akan menyalahgunakan kuasa, dan mengelakkan pemaziran sedikit-demi sedikit" jelasnya kalau hendakturunkan harga minyak atau kurangkan jumlah yuran pengajian itu bukan bidang kuasa kami, maka inilah cara yang mampu dilakukan.

Jelasnya masa depan Perak terletak pada budi pekerti dan amalan muda mudi. Mereka yang tidak dididik oleh kerajaan dengan baik maka akan melahirkan budaya rakyat yang tidak benar.

Harapan beliau lagi pada masa hadapan akan ujud masyarakat Perak yang saling menghormati antara sesama bangsa. Katanya"selamat tinggal kepada elemen negatif", Sikap perkauman akan mendedahkan kepada resiko yang tinggi.

Harapan terakhir beliau sebelum menutup ucapan, Menteri Besar berharap sumbangan ini dapat menjadi sumber inspirasi supaya belajar lebih tekun.

Konvension PAS Perak : 26 - 27 Julai 2008

IPOH, 25 July :-PAS Perak akan mengadakan konvensonnya pada 26 - 27 Julai 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Rapat Setia , Ipoh; selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad akan datang ini.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS , Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dijangka akan bermula jam 8.45 pagi.


Menurut Dr Khairuddin, dijangka seramai 800 perwakilan dari seluruh negeri Perak akan turut hadhir dalam konvension tersebut.Terdapat empat kertas kerja yang akan dibentangkan disepanjang dua hari konvension tersebut diadakan.

Majlis Forum dan dialog bersama rakyat akan turut diadakan pada sebelah malamnya didewan tersebut yang akan dibarisi oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Muhammad, Wakil Parlimen Gopeng (PKR), YB Lee Boon Chye, dan Presiden Teras Keupayaan Melayu , Cikgu Azmi.

Pada hari Ahad, malam Isnin pula, satu majlis ceramah yang akan disampaikan oleh TG Presiden bersama Ir Nizar akan diadakan di Mini Stadium Sungai Tapah.

Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menghadiri kedua-dua majlis disebelah malam tersebut untuk mendapat penerangan dan penjelasan terkini tentang perkembangan pentadbiran negeri Perak dan juga isu semasa negara.