27 Mac 2011

Hukum UMNO dan BN yang sudah hilang akhlak dan moral

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Berikutan dengan gangguan melampau pihak pasukan keselamatan terhadap ceramah DS Anwar beberapa hari lepas saya terpanggil untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut : 1. Saya membantah segala bentuk gangguan dan halangan kepada rakyat Malaysia yang telah dibenarkan sesuai dengan Perlembagaan Negara untuk bergerak dan berhimpun secara bebas. 2. Tindalan menganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah tidakan bacul dan penakut BN untuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri dalam kes fitnah video sex terhadap ds anwar . 3.Apa saja langkah yang digunakan ubtuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri ds anwar adalah tindakan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan slogan "rakyat didahulukuk,". 4. Sebenarnya rakyat telah jemu dan muak dengan pemberitaan yang berat sebelah dan banyak berunsur fitnah kepada Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, kerana itu mereka telah beralih kepada media dan maklumat laternatif bagi mendapat pejelasan yang sebenat. 5.Kersana itu usaha menghalang ds anwar dan ceramah penjelasan tersebut adalah satu langkah untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan pimpinan BN yang lain. 6. Sepatutunya pihak keselamatan hendah lebih awal dan terlebih dahlu menganggu dan mengacau kejadian menayang video lucah di carciosa seri negara kerana ianya jelas bercanggah dengan unddang-undang negara serta melanggar tatasusila agama dan moral juga adat ketimuran. 7. Adalah tidak masuk akan pihak yang menyang dan menganjurkan sesuatu yabg melanggar undang-undang dibiarkan bebas dan semacam dilindungi sedangkan pihak yang difitnah dengan tayang itu dihalang sekeras-kerasnya untuk memberi penjelasan. 8. Oleh itu saya mencabar pimpinan UMNO dan BN menyediakan palatform yang sesuai dan dibenarkan kepada ds anwar bagi memberikan penjelasanya, bukannya menghalang dengan cara tidak bertamaddun. 9.Segala tindakan UMNO dan BN merosakkan sistem kehidupan beragama dan bermasyarakat di negara malaysia yang kita cintai, tindakan mengnanjurkan tayang video fitnah membuktikan bahawa pipinan UMNO dan BN sudah rosak dan tidak boleh diharapkan lagi. 10. Olah itu saya menyeru rakyat malaysia dimana sahaja anda berada untuk memperbetulkan kepincangan tersebut dengan memberi laluan kepada PR mentadbir negara. Kejahatan UMNO dan BN mesti diubah dengan setiap undi dari rakyat Malaysia yanag mengharapkan ujudnya negara yang aman dan makmur dengan pemimpin yabg berakhlak dan bermoral. Kenyataan Media/27 Mac 2011 Drs. Khalil Idham Lim Ketu Penerangan PAS Perak

Berjuang untuk Rakyat atau untuk diri sendiri atau hilang segala-galanya

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PAS Miri. Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah. Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita. Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa. Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu. Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti. Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi. Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita. Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang. Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN. Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti. Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa. Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy’Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.

Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH dan POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut; 1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain. 2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan. 3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. 4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri. 5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran. - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

JAMIL KHIR TIDAK MAHU ULAS KES QAZAF, MENGAPA ?

22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Oleh: WFAUZDIN NS APABILA ditanya oleh wartawan kepada Jamil Khir mengapa tiada ulasan terhadap dakwaan fitnah zina video seks yang hangat diperkatakan sekarang, Menteri yang jaga agama ini menyebut bahawa kes itu kini di dalam siasatan Polis. Lojik ke? Apakah selama ini Jamil Khir tidak pernah ulas kes liwat Anwar? Bukankah kes liwat juga dalam perbicaraan? Mungkin kerana isu video seks itu kantoi, maka Jamil Khir tidak mahu ulas apatah lagi dalangnya itu tokoh Umno iaitu bekas KM Melaka pula. Kita bukan mahu dia ulas siapa pelakun aksi lucah tersebut, kita mahu dia ulas dari segi hukum orang yang menjaja dan menayangkan aksi tersebut. Apa kena mengena dengan siasatan Polis jika sebut hukum di dalam Islam atas perbuatan tersebut? Beliau diminta mengulas dalam bab Qazaf iaitu menuduh orang melakukan zina. Begini jawapannya, " Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di Alor Setar hari ini. (Malaysiakini) Berat sungguh mulut Jamil Khir untuk memberi walau sepatah ayat berupa nasihat tentang perkara ini. Tetapi di dalam kes Liwat, berlainan pula nada Senator yang dilantik sebagai Menteri ini. Maka jelas, siapa Jamil Khir ini. Senator Mashitah, jangan disebut kerana memang terkenal dengan ampu sana ampu sini. Harussani? Macam biasa lah. Golongan agama seperti ini lah yang sengaja membiarkan rakyat dialunkan dengan cerita-cerita jijik dan kotor siang dan malam. Jamil Khir kini buka topik baru, sasarannya Anwar juga. Kununnya Anwar bawa fahaman baru yang menyesatkan yang dipanggil `Pluralisme'. Tidak habis-habis pemimpin Umno mahu menuduh pembangkang sesat. Dulu, pemimpin Umno dakwa PAS parti ajaran sesat. Kini, Anwar pula bawa fahaman sesat. Yang tidak sesat, Umno dan Apco sahaja. Cukup-cukuplah Jamil Khir cari makan secara begitu. Janganlah letakkan ilmu agama yang ada sebanyak tahi kuku tu di bawah punggung kamu. Cubalah bertindak cara berani walaupun akan kehilangan jawatan. Contohi lah bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato Hj Ishak Baharom bukannya seperti Zul Kulim yang baru mendapat habuan itu./wfauzdin.blogspot.com